PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, February 24, 2009

Bukti Kebenaran Agama Islam



Tidak ada sesuatu pun diatas dunia ini berlaku secara kebetulan, bahkan semuanya terselit sebab dan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hanya manusia yang berfikiran waras sahaja dapat menilainya dengan tepat dan betul. Sebagai umat islam yang berpegang teguh dengan ajaran Allah sewajibnya kita mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku di atas dunia ini semuanya datang daripada perancangan dan tektik Allah tanpa sedikit pun syak dan was-was.Barangsiapa yang merasa syak maka tidak syak lagi akidahnya akan rosak.

Kehadiran Islam kepada manusia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyelamatkan mereka daripada KEMUDHARATAN DUNIA.dan SEKSAAN DI MEDAN AKHIRAT. Sewajarnya bagi orang yang berfikir, tiada lagi alasan bagi mereka untuk menolak Islam bahkan menerima Islam seluruhnya dengan penuh kebanggaan dan keyakinan. Aku nyatakan demikian disebabkan ALLAH telah banyak menzahirkan bukti-bukti kebenaran Islam kepada manusia tetapi sedikit sahaja di kalangan manusia ,yang menyedarinya.

Aku nak tanya kenapa abu jahal masih lagi enggan beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W walhal dia melihat sendiri dengan mata kepala ketika mana Rasulullah S.A.W membelah bulan sebagai bukti kebenaran mukjizat? Sedangkan itu juga bukti kebenaran islam. Tapi apa jawapan abu jahal? “Muhammad ahli sihir”

Aku nak tanya lagi kenapa masih lagi wujud segelintir umat Nabi Musa yang ingin mencari Tuhan selain Allah sedangkan sudah terbukti kebenaran mukjizat Nabi Musa kepada mereka ketika mana Nabi Musa membelah laut?

Jawapan aku senang jer, kerana mereka masih lagi BODOH dalam memikirkan antara hak dan batil. Orang yang tidak ada roh Islam di dalam dirinya sudah tentu mereka akan tempang dan kecundang dalam menilai kebenaran islam secara hakiki. Sebab itulah antara fungsi Islam diturunkan kepada manusia adalah untuk menyatakan yang mana hak dan yang mana batil.

Mari kita melihat satu lagi bukti kebenaran Islam sebagaimana kisah di bawah. Terpulanglah kepada saudara untuk peraya ataupun tidak, tetapi apa yang pasti ianya tidak akan berlaku secara KEBETULAN. Pastinya terselit jutaan HIKMAH.........

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US,
memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan
ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia
mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak
tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum lah hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu
membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak
jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia
keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu
selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman
dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

"Why don't you do anything to me on that night even though you know
that I'm alone?"
Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young
man walking with you. One on your right side and the other one was by
your left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang
Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat
terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang
menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah
amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah,
kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat
pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa
di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah.
Jadi, renungkanlah di mana level 'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr
r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan
aku dan aku yakin 100% inilah buktinya kenapa islam itu dikaitkan dengan kebenaran.

source: Mamak@webchat

Tuesday, February 10, 2009

ASYA’IRAH VS SALAFIAH VS WAHABIAH = AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH






Sedikit pesanan dariku sebelum pembaca menatap risalah ini: "MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA HAMBA YANG DIKEHENDAKINYA DI PERAK EKORAN PERGOLAKAN YANG BERLAKU SEKARANG. INSYAALLAH. MASALAH DI PERAK SEKARANG SEBENARNYA TELAH MAKLUM DI SISI ALLAH DAN DIA LEBIH TAHU SIAPA YANG DIA REDHA DAN SIAPA PULA YANG DIA MURKA, SIAPA YANG MENANG DAN SIAPA PULA YANG AKAN KALAH. HAKIKATNYA ISLAM PASTI MENANG"

Anda baca dan menilai. Jika anda dapati ada kesilapan terhadap pandanganku sila TEGUR dengan hujjah.terima kasih….

Mungkin maudhu’ (tajuk) yang aku utarakan ini menyebabkan berlakunya silap tanggap dari kalangan sesetengah umat islam. Hakikatnya aku bukan bermaksud demikian tetapi hanyalah semata-mata untuk menyatakan kefahaman sebenar kepada umat islam supaya mereka memandang berat soal USUL di dalam AGAMA bukannya sekadar pandai membesar-besarkan soal FURU’ di dalam AGAMA. Aku melihat dan merasakan bahawa berlakunya banyak perpecahan di kalangan umat islam adalah kerana mereka bergaduh dan bertikam lidah soal cabang-cabang didalam agama. Yang aku maksudkan soal USUL didalam agama itu ialah soal yang menjadi KEWAJIPAN seluruh umat islam untuk melaksanakannya bahkan jikalau tidak dilaksanakan akan membawa kepada dosa dan kemudharatan kepada manusia amnya dan umat islam khasnya. Sebab itulah aku berani mengatakan orang yang ada roh ‘perjuangan’ di dalam jiwanya nescaya dia akan lebih menumpukan soal USUL berbanding FURU’. Kemudian yang aku maksudkan soal FURU’ didalam agama ialah soal yang menjadi KHILAFIAH (perbezaan pendapat ulamak) di kalangan umat islam yang tidak membawa kepada dosa jikalau meninggalkannya sebagaimana USUL kerana percanggahannya hanyalah berkisar pada soal zanni bukannya qat’ie. Maka dengan sebab itu wujudnya ijtihad dan khilaf di kalangan ulamak. Sebab itulah aku berani mengatakan orang yang ada roh ‘perjuangan’ di dalam nalurinya nescaya dia akan lebih menumpukan soal USUL berbanding FURU’ demi menjaga kemaslahatan ammah. Aku teringat sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “perbezaan diantara umatku adalah rahmat”. Apa maksud Nabi sebenarnya? Cuba fakir sejenak. Sebenarnya soal khilafiah yang tidak membawa kepada perbalahan itulah yang dikatakan RAHMAT. Tetapi jikalau khilafiah itu membawa kepada pertelingkahan maka kita tidak boleh sama sekali mengaitkan dengan hadis tersebut. Contoh mudah aku nak bagi iaitu wijudnya pelbagai mazhab fekah di kalangan umat islam seperti Mazhab Syafi’e, Hambali, Maliki, Hanafi, Syaukani dan banyak lagi. Perkara inilah yang dikatakan khilafu rahmah. Faham?

Sebelum itu mari kita perhatikan sedikit latarbelakang beberapa golongan yang masyhur disebut sekarang :

ASYA'IRAH

Pengasasnya adalah Abu Hasan al-Asya’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang dengan pada fahaman Muktazilah dan berguru ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai.

Fahaman Asya’irah
-Mereka membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang di masa itu.



Tokoh-1.Imam Mazhab Syafie , Maliki, Hambali, dan Hanafi 2.Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali 3.Imam Haramain al-Juwaini 4.Imam Fakhruddin al-Razi 5.Abu Hasan al-Bahili 6. Habib Umar al-Yamani 7.Banyak lagi Ulamak-Ulamak pondok


SALAFIAH

Sebenarnya salafi berasal daripada aliran Imam Ahmad bin Hambal. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah.

Fahaman Salafiah
-Golongan ini menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat mutashabihat.Golongan ini mahu supaya ayat-ayat mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis.

WAHABIAH

Wujub di Arab Saudi yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah.

Fahaman Wahabiah
-Fahaman ini tegasnya mengemukakan dua prinsip penting iaitu tauhid yang bersih daripada sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan mengganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Mereka juga menentang sambutan maulidurrasul dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Tokoh- 1.Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) 2.Syeikh Abdul Hamid bin Badis (Algeria) 3.Syeikh Ahmad (Punjabi) 4. Syeikh Nasiruddin al-Bani 5. Syeikh Uthaimin

Kesimpulan

Kita melihat realiti umat islam sekarang segelintirnya lebih banyak menumpukan kepada perbalahan sesama umat islam yang semuanya mengakui dan mengiktiraf Allah itu Tuhan yang satu dan tiada lagi Tuhan selain Allah serta mengakui Nabi Muhammad itu Utusan Allah dan kita juga perlu ingat bahawa golongan yang aku sebut di atas semuanya mengucap kalimah suci iaitu LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

Apa yang mengecewakan kita selaku umat islam adalah berlakunya kegagalan umat islam untuk bersatu di atas satu kalimah syahadah yang sama. Perlu diingat bahawa musuh kita sebenar adalah yahudi dan nasrani yang sebagaimana termaktub di dalam al-Quran dan golongan yang secara jelas menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan mereka tidak pernah mengiktiraf kalimah syahadah. Inilah lah sebenarnya musuh umat islam.

Oleh yang demikian perbalahan sesama umat islam hanyalah menimbulkan kerugian semata-mata dan dalam masa yang sama kita telah membuatkan orang kafir ketawa terbahak-bahak melihat reaksi umat islam kini sekaligus membuka ruang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk memperkotak-katikkan islam. Takkala itulah mereka mula memasukkan jarum-jarum kuffar ke dalam hati umat islam dengan pelbagai cara dan gaya. Mungkin inilah juga punca kenapa kerosakan dan keruntuhan akhlak umat islam kini semakin menjadi wabak dek kerana “bergaduh sesama adik-beradik” hatta masalah “adik-beradik” sendiri pun tidak dihiraukan. Betul tak? Maksud adik-beradik tu sesama umat islam lah woi.

Aku ada beberapa persoalan untuk direnungkan. Kalau adalah orang bertanya kepada anda bagaimana anda menilai? 1. “Kenapa dia ni suka berzina?” 2. “Kenapa dia ni tak suka wirid? wahabi ke? 3. “Kenapa zaman sekarang wanita tak suka tutup aurat?” 4. “Kenapa pelajar-pelajar pondok suka buat bid’ah sedangkan sunnah lebih baik?

Moralnya cuba anda perhatikan persoalan mana memberi keuntungan kepada umat islam dan yang mana pula sebaliknya? Persoalan mana yang sepatutnya diambil berat oleh umat islam dan persoalan mana pula yang sebaliknya? Cuba fikir betul-betul. Anda tentu ada jawapannya.

Hakikatnya kesemua mereka yang disebutkan diatas adalah daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun perlu kita ingat pertelingkahan itu tidak tersasar daripada DASAR-DASAR AKIDAH. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok (usul) yang melanda umat islam dan menentang musuh yang sebenarnya.

Apa yang penting kita semua adalah SAMA cuma mungkin kita sedikit BERBEZA yang bukan sepatutnya dijadikan alasan untuk kita BERGADUH…………….

Sedikit tambahan dari penulis: “ Jami’ah Iman tempat aku belajar sekarang wujud pelbagai fahaman dan mazhab seperti wahabi, salafi, khalafi, tabligh, ikhwanul muslimin, sufi,4 mazhab terkenal, syiah zaidiah (syiah yang paling hampir dengan ahli sunnah wal jama’ah dan akidah mereka tidak rosak seperti sesetengah syiah yang lain) mazhab syaukani pun ada dan macam-macam fahaman lagi yang wujud di universitiku. Tapi yang aku pelik dan cukup kagum tak pernah pun timbul perbalahan dan pertelingkahan sesama sendiri. Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi university yang dapat menyatukan pelbagai fahaman dan fikrah hanyalah semata-mata atas satu alat sahaja iaitu IMAN. Cuma perlu diingat belajar di sini kita dilarang bersifat seperti lalang yang memungkinkan kita hilang pendirian. Cuma kita yang ada akal ni pandai-pandailah buat penilaian yang mana terbaik dan rojih bersandarkan al-Quran dan Sunnah Aku rasa inilah yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat islam kerana kesatuan kita hanyalah di atas dasar akidah yang sama iaitu LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH

Monday, February 2, 2009

Bagaimana Hati Aku Menjawab


• Kenapa aku perlukan Tuhan?

• Aku perlukan Tuhan atau Tuhan yang perlukan aku sekarang?

• Islam perlukan aku atau aku yang perlukan Islam?

• Kenapa aku perlukan seorang nabi?

• Dan apa pentingnya nabi kepadaku?

• Betul ke aku sayang pada nabi?

• Kalau betul apa bukti aku?

• Dan adakah Nabi terima apa yang aku buktikan?

• Ataupun aku hanya bercakap saja sayangkan Nabi?

• Betul ke aku benar-benar perlukan Al-Quran sekarang?

• Ataupun aku hanya sekadar baca sahaja?

• Kalau betul adakah Al-Quran mampu memberikan suatu manfaat kepada aku sekarang?

• Kalau tak mampu betul ke aku sebenarnya memerlukan Al-Quran?

• Apakah Al-Quran yang ada pada aku sekarang dapat menjadi petunjuk kepada aku sekarang?

• Agak-agaknya sifat dan sikap aku sekarang nak ke syurga atau neraka?

• Pernah tak tertanya dibenak fikiranku kenapa aku dilahirkan sebagai manusia bukannya binatang?

• Pernah tak aku rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang manusia?

• Bagaimana kiranya kalau aku sekarang adalah seekor binatang?

• Sudah tentu aku akan rasa bertuahnya jadi manusia kan?

• Kenapa pula aku dipilih untuk dihantar ke dunia?

• Adakah secara kebetulan jer aku lahir ke dunia ni?

• Ataupun ada “sesuatu” yang menghantar aku ke dunia?

• Siapa yang hantar aku ke dunia?

• Tentu Dia hebat kan? Kerana dapat ciptakan aku kemudian menghidupkan aku sehingga sekarang

• Dan kenapa Dia hantar aku ke dunia?

• Tentu ada sebab kan?

• Dan sudah tentu aku ada tugas yang nak dibuat di dunia ini?

• Apakah fungsi aku dilahirkan ke dunia ini untuk derhaka kepada Dia?

• Patut ke aku derhaka kepada “orang” yang menjadikan aku, memelihara aku, memberi makan&minum aku dan memberikan udara percuma kepada aku?

• Aku perasan tak bahawa suatu ketika dahulu aku masih belum wujud di dunia ini?

• Di mana aku berada masa tu?

• Dan aku berada di mana kira-kira 100 tahun yang lepas?

• Sudah tentu aku berada di alam ghaib kan?

• Aku rasa apa pulak yang akan berlaku kepadaku 100 tahun akan datang?

• Dan sedarkah aku suatu hari nanti anda akan meninggalkan dunia ini?

• Ke mana pulak aku akan pergi?

• Pernah tak aku fikir bagaimana nasib aku selepas aku meninggal dunia?

• Adakah aku akan tetap bahagia seperti sekarang?

• Dan kalau lah ada “orang” datang jumpa aku hari ni dan “dia” berhajat untuk mengambil “nyawa” ku, apa perasaan aku agak-agaknya masa tu?

• Adakah aku rasa aku ahli syurga ataupun sebaliknya kalau hari ni “dia” datang ambik nyawaku?

Bagaimana hati aku menjawab? Dan sekarang mungkin hati aku akan menangis kerana mengenangkan apakah aku mampu menjawab soalan ini di hadapan Allah nanti.

Sebenarnya orang yang gagal menjawab soalan ini sebenarnya dia juga gagal mengenal siapa diri dia yang sebenar.

Kata Ulamak Sufi : “ Barangsiapa yang mengenali dirinya maka dia akan dapat mengenal siapa Tuhannya”

Aku harap agar aku dapat banyakkan istighfar sekarang

Aku harap agar sekarang aku lebih ingatkan mati

Kerana sekejap lagi mungkin aku akan meninggal dunia

Kemudian aku akan dapat rasa&tengok bagaimana suasana alam kubur

Masa tu kawan rapat aku bukan lagi manusia

Tapi amalan yang menjadi teman setiaku

Entah lah masa tu prasaan aku seronok ataupun tidak

Harap-harapnya aku seronok masa tu

Takut-takutnya masa tu aku akan rasa menyesal kerana dilahirkan sebagai manusia

Ataupun masa tu aku rasa bertuahnya kalau dapat jadi binatang

Dan masa tu jugak lah mungkin aku akan memahami kenapa aku perlukan Tuhan