PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010

APCO: Malaysia di Bawah Cengkaman Israel

Negara kita yang tercinta, kini berada di ambang ancaman yang amat berbahaya akibat kebuasan nafsu pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sedang kemaruk untuk mengekalkan kuasa.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya tidak memutarbelitkan fakta yang sudah diperakui oleh kerajaan pimpinannya, iaitu menggunakan khidmat perunding Yahudi Zionis APCO Worldwide dengan bayaran terkini RM77 juta sejak setahun lepas.

APCO Worldwide pada asasnya adalah syarikat komunikasi yang digunakan untuk menjernihkan imej Umno-BN yang tercalar teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Peranannya sekarang sudah menjadi begitu besar. Ia menjadi penasihat utama kepada PM untuk membentuk imej baru, memulihkan persepsi rakyat dan menggunakan pelbagai taktik dan strategi.

Oleh kerana APCO sendiri merupakan sebuah syarikat Yahudi Zionis, maka ia tidak boleh lari daripada menggunakan pendekatan ala Zionisme yang terkenal amat licik, ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Zionisme menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' dan menganggap semua penentangnya sebagai ghayyim (hina) yang mesti dimusnahkan walau sekejam mana sekalipun.

Dikhuatiri pendekatan sebegini yang menjadi pegangan Umno-BN, demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka nikmati selama lebih 50 tahun dalam negara.

Dikhuatiri pemimpin Umno-BN akan menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memusnahkan penentang-penentangnya yang terdiri daripada Pakatan Rakyat.

Elemen-eleman nasihat Zionisme sudah mulai subur dalam negara. Ia sudah menjarah minda pemimpin Umno. Ia sudah dipraktikkan oleh media tali barut Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Khususnya di Hulu Selangor, Umno-BN memainkan kononnya kesucian calon Pakatan Rakyat tercemar, media tali barut membesar-besarkan cerita mengenai seorang individu, sedangkan bertimbun-timbun manusia Umno yang jauh lebih rosak dan tercemar disembunyi dan dilindungi.

Mereka merasuah rakyat secara terang-terangan, mengagihkan wang, menabur janji pembangunan, memeras ugut penyokong Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya akibat kemaruk kuasa.

Mereka cuba menipu rakyat, membohongi rakyat, memperbodoh-bodohkan rakyat, bahawa kononnya merekalah parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Namun, rakyat yang terpelajar, rakyat yang cerdik tidak akan tertipu. Yang tertipu hanyalah rakyat yang minda mereka tertutup, mereka berada jauh dari arus pembangunan, mereka dibiarkan miskin dan susah, agar mereka mudah diperas ugut.

Ayuh pendukung Pakatan Rakyat, atas nama keadilan Islam, atas nama demokrasi, atas nama hak asasi dan kebebasan, kita bangkit menentang kemungkaran ini. Kita bangkit menentang kefasadan yang berlaku akibat nasihat Yahudi Zionis ini.

Kita tidak sama sekali harus membenarkan negara dijajah oleh Yahudi Zionis. Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita adalah bangsa yang mempunyai susur galur budaya yang amat murni.

Kita menolak kekejaman, kita menolak manipulasi, kita menolak pengaruh fahaman Yahudi Zionis yang dibawa oleh Umno-BN dalam negara. Jangan sesekali kita berundur walaupun kita terpaksa berhadapan dengan rintangan yang lebih besar di hadapan nanti.

Kita harus bekerja lebih kuat dan gigih, menyatupadukan gerombolan Pakatan Rakyat, mendidik rakyat untuk lebih prihatin dan peka untuk terus menolak BN pada PRU ke-13 nanti.

www.harakahdaily.net

Monday, April 26, 2010

Konspirasi "My Spy"


Dalam kitab Riadhussolihin Imam Nawawi membawa satu hadis penting untuk renungan umat islam iaitu yang bermaksud: “takutlah kamu kepada Fitnah Dunia, takutlah kamu kepada Fitnah Wanita……”


Kenapa fitnah wanita diasingkan daripada fitnah dunia sedangkan fitnah wanita sudah termasuk di dalam fitnah dunia?


Inilah bukti bahawa FITNAH WANITA TERSANGAT BAHAYA….


Aku sempat tengok sekejap perjalanan cerita terbaru di Malaysia yang bertajuk “My Spy” yang mengandungi pelbagai konspirasi dan rancangan jahat untuk menghancurkan AKHLAK umat islam khususnya di Malaysia….


Aku tak mampu untuk tengok secara ‘feeling’ sebab di dalamnya mengandungi racun yang amat berbisa disantap oleh umat islam…(just sekadar tengok untuk ambik pengajaran jer)


Watak utama cerita ini adalah dua orang spy iaitu Ac Mizal dan Harun Salim Bachik (setahu aku la)…


Jalan ceritanya begini seorang Datin yang tersangat menjolok mata pakaiannya mengupah 2 orang spy demi mengintip rahsia suaminya iaitu Dato’ O…


Aku menyampah nak citer banyak-banyak sebab tiadalah pengajaran yang kita dapat melainkan semuanya sia-sia belaka…(tetapi itulah hakikatnya yang sedang berlaku di Malaysia sekarang)


Aku melihat selain hiburan dunia yang teramat melampau, ‘godaan wanita’ menjadi faktor utama menariknya cerita ini..Betapa seksinya pelakon-pelakon wanita di dalam cerita my spy ini…Astaghfirullah...memang betul kata Rasulullah S.A.W " wanita itu perangkap syaitan"


Saudara yang dirahmati Allah,


Sedar tak sedar cerita my spy juga membuktikan kepada kita bahawa betapa HANCURNYA sebuah Negara dan Kerajaan sekular yang seringkali menyogok dan menjolok rakyatnya dengan kelalaian dunia dan hiburan yang melampaui batasan syariat..( Inilah PUNCA BESAR APABILA SYARIAT ALLAH DIKETEPIKAN OLEH UMAT ISLAM)


Halal dan haram semakin tidak dipedulikan oleh KEBANYAKKAN rakyat Malaysia..Yang lebih menyedihkan kita artis-artis di Negara kita semakin disanjung-manjung di sana sini seolah-olah merekalah menjadi idola dan contoh tauladan kepada rakyat Malaysia…


PERSOALANNYA SIAPA YANG SELAYAKNYA MENJADI IDOLA KITA?


Tersentak di fikiranku bahawa inilah hasil 1 Malaysia yang selalu dilaung-laungkan selari dengan perancangan 1 Israel yang diciplak oleh Malaysia…


Rupa-rupanya Malaysia HANCUR sebab ISRAEL menjadi penasihatnya….


Di mana peranan mufti?


Terkadang kita boleh mengatakan bahawa MEMANG PERANAN MUFTI DIRENDAH-RENDAHKAN MARTABAT mereka..Suara mufti tidak langsung bernilai di sisi PEMERINTAH melainkan hanya benda-benda remeh sahaja….


Mufti berjiwa UMNO


Pada pandanganku sepatutnya filem My Spy menjadi isu besar bagi Mufti untuk mengeluarkan fatwa bahawa ianya DIHARAMKAN oleh Islam untuk ditayangkan kepada umat Islam..


Kesimpulan:


Selagi mana GOLONGAN THOGHUT memerintah Negara Malaysia selagi itulah kita TIDAK AKAN dapat melihat KESYUMULAN ISLAM……Indahnya ISLAM apabila isinya diterjemahkan ke dalam pemerintahan negara..wallahu'alam

Tuesday, April 20, 2010

UMNO dah INSAF?

Inilah UMNO YANG KITA KENALI SELAMA INI..SEOLAH-OLAH KITA MAMPU UNTUK MENYATAKAN KEPADA SESIAPA YANG SOKONG UMNO BAHAWA MEREKA SUDAH LAGI TIDAK WARAS......sudah tiba masanya untuk kita 'IKHLAS MELUAHKAN' bahawa Umno sudah tidak RELEVAN

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah INSAF dan BERTAUBAT bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.
Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

apa yang penting kita mengharapkan agar Allah membuka pintu hati orang-orang UMNO lebih-lebih lagi Ulamak mereka....

Sunday, April 18, 2010

Malaysia Agen Israel?


1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .-blog www.episodeperjuangan.blogspot.com

Tuesday, April 6, 2010

Agama dan Pemerintahan




Dalam surah Saba’ Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


“ Negara yang BAIK serta mendapat KEAMPUNAN daripada Allah”


Imam al-Ghazali pernah mengungkap:


“ Agama dan pemerintahan adalah KEMBAR (tidak dapat dipisahkan)”


Inilah satu lagi BUKTI kukuh yang menggambarkan bahawa ISLAM itu agama yang sempurna dari pada seluruh aspek kehidupan manusia…HAKIKATNYA ISLAM adalah datangnya daripada Allah dan sifat Allah itu MAHA SEMPURNA, maka sudah tentu agama yang diturun kan oleh Allah juga sempurna kerana Allah MAHA SEMPURNA….


“ islam tidak lengkap sekiranya tidak bertapak pada pemerintahan”


Seandainya manusia tidak dan gagal meng’conbine’kan elemen islam dalam skop pemerintahanmakakitaakan melihat betapa hancurnya sesebuah tamadun dan kaum, betapa rosaknya keagungan akhlak dan moral manusia, betapa musnahnya segala system kehidupan manusia…


Bila islam gagal diselitkan ke dalam ‘kerajaan’ maka sudah tentu juga nafsu yang menjadi tempat untuk dimanja-manjakan…kesannya kita akan menyaksikan lahirnya pemimpin-pemimpin kuku besi, pemimpin skandal, pemimpin tamakkan harta, pemimpin yang memperjuangkan bangsa dan kabilah dan banyak lagi title-title yang sepaptutnya sekiranya islam DISISIHKAN dalam system pemerintahan…..


Sejarah telah membuktikan bahawa ISLAM mampu ‘memegang’ dunia disebabkan KUASA DAN PEMERINTAHAN…


Tersinarnya ISLAM di zamanRasulullah S.A.W di saatketikamanalahirnya NEGARA ISLAM YANG PERTAMA DI MADINAH yang menjadi KEGERUNAN oleh KUASA-KUASA BESAR DUNIA…


Terbentuknya NEGARA ISLAM PERTAMA DI MADINAH juga menjadi buktidan dalil yang amat kukuh bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ‘memplatformkan’ politik sebagai medan untuk memperjuangkan menegakkan agama Allah di muka bumi…