ISTI’JAL (Lorat/Gopoh):
Takrifnya : kmahuan mngubah suasana dan keadaan hidup org muslimin hari ini dgn wktu yg singkat, dgn sekelip mata dgn tidak mlihat pd akibatnya, juga tnpa memahami keadaan dan kperluan pd prkara itu, juga tnpa prsediaan yg rapi bg mmbuat tindakan dgn kaedah2 dan cara2 trtentu.
Pandangan Islam dlm isti'jal :
Brbeza cuba lihat - (Al-Isra 11) dan (Al-Anbia 37) :
Isti'jal yg dipuji: Tindakan sbegini prlu dibina dgn kemmpuan yg betul2 mmpu mnggung akibat2nya, juga dgn prlaksanaannya yg betul dan tepat dgn suasana dan kperluan dgn mngambil sgala klengkapanya dan prsediaanya yg trsusun - lihat Surah Toha ayat 83 dan 84.
Isti’jal yg dikeji : Tindakan yg trgesa yg trhasil dari nfsu smata-mata, tnpa mngira dan kemmpuan mnanggung akibat trsebut, juga tnpa mngira kperluan dan suasana yg sesuai.
Tanda2 Isti'jal :
1- Mletakkan individu di dlm medan prjuangan tnpa mmbina kemahirannya, kperluannya, kemmpuannya dan persiapan2 yg lain.
2- Menaikkan individu pejuang trtentu bkn tahapnya. Terlalu tinggi sblm smpurna taraf yg spatutnya.
3- Melaksanakan pngubahsuaian dan cara pmbawaan tnpa mmberi faedah pd prjuangan. (tindakan tanpa kajian dan penilaian).
Kesan Ist'jal :
1- Tersebar sifat futur (putus asa - xnak berjuang) dikalangan anggota prjuangan.
2- Tindakan yg tidak baik akn timbul - hasilnya akan mmberi fitnah pd prjuangan.
3- Memnjangkan amal - tindakan prjuangan akan sia-sia..
Sebab Isti'jal:
1- Memenuhi nafsu lihat (surah Yunus 11 & al-anbia 37).
2- Semngat yg tinggi.
3- Trpengaruh dgn keadaan zaman moden (semua nak cepat).
4- Keadaan musuh yg brgerak cepat dan terancang.
5- Jahil dgn uslub musuh - perncangan musuh.
6- Tidak mmbuat kajian dan tdak blajar cara mmbuat prubahan dlm masyarakat.
7- Lemah dlm mghadapi dugaan perjuangan.
8- Mengambil bbrp kaedah atau strategi trtentu tnpa mngetahui akibatnya.
9- Tidak ada mnhaj dan program yg mmbina kemmpuan dan pngawalan dlm tindakan.
10- Tindakan tnpa pngalaman dan kajian.
11- Lalai dari memahami suruhan Allah dlm soal pnjagaan alam , jiwa, dan syariat.
12- Trlupa matlamat asal perjuangan.
13- Trlupa tntg sunnatullah kpd mreka yg maksiat dan mreka yg bohong.
14- Brsahabat dgn mreka yg gopoh dan tidak sabar.
Jalan pnyelesaian :
1- Pnelitian dan kajian yg mndalam dlm prsoalan kesan dan akibat yg dtg dari sikap gopoh.
2- Sentiasa mrujuk hadis dan sirah nabawi.
3- Sntiasa mrujuk kpd al-Quran.
4- Mmpelajari sejarah.
5- Sntiasa berhati-hati di dlm prjuangan srta mndapatkan nasihat dan bimbingan dari mreka yg mmpunyai pngalaman dan pnduan mreka yg trdahulu.
6- Beramal brdasarkan manhaj atau program yg trsusun dan jelas brdasarkan prundangan dari org yg selayaknya.
7- Kefahaman yg jelas brkenaan uslub dan cara prjalanan musuh.
8- Jgn takut dgn prancangan dan strategi musuh (jgn trkesan dgn impak tindakan mreka).
9- Brmujahadah dan melatih jiwa dgn tarbiah brmanhaj.
10- Tumpu pd objektif asal.
11- Mmberi prhatian brkenaan masalah umat Islam dan mnentukan cara yg trbaik di dlm usaha mmbantu mreka dan cara trbaik brdakwah utk mreka.
Wallahu 'alam..
Ulasan :
Semangat dan kekuatan org muda amat diperlukn dlm prjuangan ini, kerana prjuangan ini amat perlu kpd mreka. Jentera perlu dikemaskan dan dilaksanakan oleh mereka. Semangat dan tenaga yg tanpa had dan segar boleh mmbantu prtumbuhan perjuangan ini dgn pesat.
Cuma saluran semangat dan tenaga ini perlu disalurkan dgn betul. Ambo tidak kisah apa cara cuma biar sepakat dan berbincang jangan ada tikam menikam dan jatuh menjatuh. Bincang molek. Biar perjuangan ini tersusun dan kemas.
Isti'jal atau gopoh adalah punca putus asa, pndakwah dan pekerja Islam akan cepat lari dan gugur dlm prjuangan yg amat penting ini.
"Semangat orang muda perlu, kebijaksanaan orang tua juga perlu".
Oleh itu jalinan kerjasama "Orang tua dan orang muda" penting dalam mlicinkan prjuangan ini agar kesannya lebih tajam dan tepat. Menguntungkan umat dan agama ini.
Org muda mrujuk kpd = pekerja dan pelaksana.
Org tua = pemikir, pengalaman, ilmu dan manhaj.
Jgn lorat/gopoh. Ia tertentu pada semua. Dari golongan ulama atau tidak. Sebab status mereka sama. Hamba Allah dan pejuang Allah. Pahala dan dosa yang sama, syurga dan neraka ciptaan Allah yg sama. Bahkan mungkin golongan ulama cepat lg msuk neraka. Bgitu juga sebaliknya. Cuma peranan mreka brbeza dlm aspek trtentu. Apa yg penting "kerjasama". Jgn endahkan langau dan lalat. Tumpukan penyakit dan musuh yg dihadapan kita.
-Petikan dari kitab "آفات على الطريق - mereka yg gugur dari medan dakwah".
JIWA SUFI FIKRAH HARAKI
"Michael H. Hart, seorang yahudi merupakan ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya "The 100:A Ranking of the Most Influential Persons in History" ( 100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah )menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia, karena ia adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan"
Friday, May 31, 2013
Monday, March 25, 2013
Jadilah Motivator yang Faqih
APABILA CERAMAH MOTIVASI MULA MEREPEK
Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi s.a.w. Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut “Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!” Saya sering menjawab mereka dengan berkata: Tamar Nabi s.a.w baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi s.a.w punya!
Malangnya, orang-orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi s.a.w’. Agama sering menjadi alat penipuan dan kepentingan golongan yang pandai mengeksplotasikannya.
Ahli Motivasi
Saya tidak menyatakan semua, tapi sesetengah penceramah motivasi yang tidak mendalami agama juga demikian. Oleh kerana ceramah merupakan pendapatan utama ataupun besar bagi sesetengah pihak, maka mereka mencari jalan untuk memenuhi ‘market demand’. Apabila mereka melihat unsur agama mendapat sambutan, maka mereka pun memasukkan unsur agama dalam ceramah-ceramah mereka. Malangnya, mereka mula ‘merepek’ ataupun mengada-adakan atas nama agama apa yang tiada asas dari al-Quran dan al-Sunnah.Contohnya, ada yang menyatakan kita sebelum tidur hendaklah memohon maaf kepada semua kenalan. Jika Islam mewajibkan hal yang seperti ini, tentulah sukar bagi para sahabat yang pada zaman mereka tiada sms, telefon, whatsapp ataupun apa sahaja teknologi seperti hari ini. Islam menyuruh kita memohon maaf apabila kita melakukan kesalahan, bukan setiap kali hendak tidur. Pandangan motivasi seperti itu sekadar mengkayakan syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja.
Ada pula yang menyuruh isteri sentiasa memohon agar suami menghalalkan makan dan minum yang diberikan. Ini adalah kedangkalan faham terhadap hukum syarak. Suami diwajibkan syarak memberikan isteri dan anak-anak makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Jika suami gagal memenuhi hal ini tanpa sebab yang sah maka dia berdosa di sisi Allah. Jika gagal, suami yang sepatutnya meminta maaf kepada isteri dan anak-anak. Lihat arahan Allah kepada suami yang menceraikan isteri : (maksudnya)
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idah) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu), dan jika mereka sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah; dan berundinglah antara kamu (dalam hal penyusuan) dengan cara yang baik, dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah orang yang mampu (suami) memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadaNya. (Ingatlah) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”(Surah al-Talaq: 6-7)Hatta dalam edah dan selepas bercerai pun masih ada tanggungjawab suami. Inikan pula semasa perkahwinan masih berjalan. Firman Allah lagi: (maksudnya)
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi sesiapa yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya..” (Surah al-Baqarah: 233).Walaupun majoriti ulama berpendapat ibu hanya disunatkan ataupun digalakkan menyusukan anaknya, namun mereka tetap berpendapat jika tiada siapa selain ibu yang dapat menyusukan anaknya, maka menjadi wajib ke atas ibu untuk menyusu. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, al-Tafsir al-Munir, 2/360. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991).
Salah Faham
Justeru, anak memang wajib berbuat baik dan menghormati ibu, tetapi dalam Islam tiada ungkapan kena meminta halal susu ibu yang telah kita minum. Sebaliknya, jika seseorang ibu meninggalkan anak tanpa susuan dan tiada gentian yang selayaknya, maka ibu itu berdosa. Demikian isteri tidak perlu meminta halal dari suami kerana itu adalah tanggungjawab yang Allah fardukan ke atas suami. Hanya isteri memohon maaf jika dia gagal menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Nabi s.a.w mengingatkan suami dan bapa dengan sabda baginda:“Seseorang cukup berdosa dengan dia cuai terhadap sesiapa yang menjadi tanggungjawabnya untuk memberi makan”. (Riwayat Abu Daud, bertaraf hasan).Pendapat-pendapat seperti itu meletakkan isteri dalam keadaan bersalah kerana memakan nafkah yang suami berikan sehingga kena meminta halal. Malangnya, kurang ditekankan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Ini memberikan persepsi yang salah tentang Islam. Juga menjadikan suami sering rasa tidak bersalah atau kurang bersalah atas kecuaiannya.
Ini diwarisi sehingga dalam politik di mana rakyat sentiasa dianggap bersalah sehingga terpaksa akur apa sahaja yang dilakukan oleh penguasa disebabkan pemberian ataupun kemudahan infrastruktur yang diberikan ataupun disediakan oleh kerajaan. Tanpa mengingatkan itu adalah tanggungjawab penguasa yang jika mereka cuai mereka berdosa.
Nafkah Haram?
Ada pula penceramah motivasi yang menyatakan anak-anak yang tidak cemerlang belajar disebabkan sumber wang pendapat bapa itu tidak halal. Isteri dianggap turut berdosa atas pendapatan haram suami. Kita bertanya, apa yang hendak mereka jawab mengenai anak-anak non-muslim yang cemerlang sedang ibubapa mungkin terlibat dengan riba dan seumpamanya. Dalam Islam, isteri-anak tidak bersalah atas kerja yang dibuat suami. Nafkah yang diberikan suami kepada isteri dan anak adalah halal diterima kerana itu tanggungjawab suami. Dosa hanya ditanggung oleh pihak suami sahaja jika wang itu diterimanya secara haram. Adapun isteri dan anak, mereka menerimanya secara halal kerana ia nafkah yang wajib.Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).Dalam riwayat al-Baihaqi,
Seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”.Ahli motivasi juga jangan lupa, wang yang diperolehi melalui motivasi yang tidak benar dan menggunakan nama Allah dan rasulNya secara salah juga termasuk dalam senarai yang haram.
(http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
Bacaan
Ada pula pakar motivasi mengeluarkan petua kononnya bacaan itu dan ini mendatang pelbagai khasiat. Ada yang kata baca fatihah untuk ibubapa setiap pagi mendatangkan rezeki. Padahal tiada bukti dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut kelebihan itu. Pemberi rezeki hanyalah Allah. Bilakah Allah menurunkan wahyu kepada mereka ini memberitahu jika manusia baca ayat-ayat ini DIA akan turunkan rezeki?!Inilah yang al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ulas mengenai tipu daya iblis terhadap golongan wu’adz dan qussas ataupun tukang cerita ini:
“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat). Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).Bukan tujuan tulisan ini menghalang ahli-ahli motivasi bercakap agama, tetapi pastikan apa yang disebut itu berasas dan benar dari segi faktanya.
Monday, February 25, 2013
Minum Arak di Kala Dhorurat
Pandangan Mazhab tentang Dhorurat minum arak...
Rasulullah SAW pernah bersabda dlm hadis riwayat abu daud.."setiap
yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram"
Kata Imam Abu Hanifah : boleh minum arak di kala terdesak iaitu
terlampau dahaga yang boleh membawa kpd mudhorat dan kematian( dalam
keadaan waktu itu tiada makanan atau minuman selain arak)...namun
tidak boleh dijadikan sebagai ubat berdasarkan hadis "sesungguhnya
Allah tidak jadikan sesuatu penawar daripada benda haram"
Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali : boleh minum arak untuk
menghilangkan kemudharatan diri dan boleh juga dibuat ubat sekiranya
tiada ubat lain untuk mengubati pesakit kecuali arak dengan syarat
mendapat nasihat daripada pihak doktor muslim yang adil dan dipercayai
kata-katanya atau dia pakar tentang ubat seperti tahi, umpama daging
bangkai atau pun air kencing manusia..
wallahu'alam
merujuk kpd Kitab al-Fiqhu 'ala mazahibil arba'ah pada bab minum arak
ketika dhorurat
kalau ada kesilapan tolong perbetulkan

Tuesday, February 12, 2013
Penilaian manusia jahil tentang HUDUD..
Benarlah kata Nabi SAW dalam hadis riwayat Imam Baihaqi : " Akan datang suatu zaman berlaku ke atas umatku tiada berbaki islam kepadanya kecuali hanya pada nama..."
Thursday, January 17, 2013
Ikhlaskan hati dalam berjuang
Kita berjuang menentang UMNO kerana dia
mengekalkn perlembagaan kafir dan kerana dia membawa dasar sekular yang
amat bercanggah dengan ajaran Islam..berjuang lah menentang UMNO kerana
Allah sebelum datangnya Kiamat..di sebalik perjuangan UMNO sebenarnya
Allah SWT menyediakan pahala yang besar buat orang yang berjuang
menegakkan Islam..rugi seandainya kita tidak menentang UMNO..bila dah
kiamat tiada guna lagi menyesal.takbir
InsyaAllah semoga dengan keuntungan jualan Madu Asli Yaman yang sedang diusahakan sekarang ini dapat membantu aku untuk aku pulang ke Malaysia berjuang dalam PRU 13...mohon teman2 doakan aku..panjang umur kita jumpe di medan jihad PRU 13
p/s: bahang PRU 13 semakin dirasai

Sunday, January 13, 2013
Isu kalimah Allah : Keputusan Majlis Syura Ulamak
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan
sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh
diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati
kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Saturday, January 12, 2013
Tahniah peserta HKR112..
Sukacitanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada peserta HKR112 kerana telah berjaya mengharungi himpunan ini. Semoga kalian semua dikurniakan pahala jihad di sisi Allah SWT..InsyaAllah
Harapan saya dengan HKR112 akan dapat menggerunkan UMNO dan BN sekaligus HKR112 bakal menjadi petanda kejatuhan BN pada tahun ini InsyaAllah
Takbir!!
وفى رواية لمسلم من جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن
جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس وراء ذلك من الايمان حبة خردل
maksudnya : daripada Ibnu Mas'ud R.A "Barangsiapa yang berjihad menggunakan tanganya maka dia
adalah Mukmin, barangsiapa yang berjihad menggunakan lidahnya maka dia
adalah Mukmin, dan baransiapa yang berjihad menggunakan hatinya maka
dia adalah Mukmin. Selain itu tidak ada iman walaupun sebesar biji
sawi" -hadis riwayat Muslim
p/s : hadis ini boleh dirujuk dalam Shohih Muslim pada Kitab al-Iman, juga dinaqalkan oleh Imam Tobroni dalam Kitabnya
Mu'jamul Kabir dan juga Ibnu Taimiyah dalam Kitabnya Majmu' al-Fatawa

Thursday, January 10, 2013
Samsung S4 dan Kehancuran BN
Gunakanlah Samsung Galaxy S4 untuk tumbangkan BN dan UMNO serta ajak masyarakat untuk turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 12/1...ini adalah sebahagian drpd wasilah dakwah sebagaimana yang telah diperbincangkan oleh Ulamak Gerakan Islam...sblm ke HKR bangun awal solat tahajjud dan baca mathurat kerana di situ ada kekuatan 'dalaman' kita sebagai pejuang islam. Yakinlah bahawa kita sedang berjihad..wallahu'alam
Sunday, January 6, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Ucapan Pemimpin Sekular
Inilah contoh-contoh ucapan seorang pemimpin yang sangat tegar membawa fikrah sekular iaitu menolak kesyumulan islam serta memisahkan di antara agama dan pentadbiran..
Perlu diingat bahawa pemimpin sekular sekali-kali tidak akan menerima islam secara keseluruhan..
Mereka membawa pemikiran yang bakal menghancurkan masa depan islam..
Jom Tolak UMNO
Tuesday, November 27, 2012
Anda masih sokong PAS??
Masih sokong PAS
Alhamdulillah bersyukurlah pada Allah kerana kita masih lagi diberikan hidayah oleh Allah untuk menyokong serta mendokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS
Ingatlah saudara bahawa nikmat ini Allah tidak kurniakan kepada semua manusia bahkan tidak kepada semua umat islam..
sedarlah bahawa kita di antara manusia yang dipilih oleh Allah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi..
perjuangan ini penuh dengan ranjau dan dugaan yang memerlukan ketabahan yang sejati...
suka saya ingin berkongsi...
b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]
c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]
d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.
e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"
f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .
g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.
3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa & Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ g ]
Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :

Peraturan Am Penceramah Pemuda PAS : [mendepani PRU 13]
a]
Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan
ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la]
seterusnya Selawat
dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.
b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]
c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]
d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.
e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"
f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .
g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.
[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan
individu khas untuk membacakan doa penutup]
Nota : 5 Rukun Ceramah :
1. Muqaddimah [ a ]
2. Protokol [ b ]3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa & Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ g ]
Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :
a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih
atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.
b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak
termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak
dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]
c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir
mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka.
Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.
d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga
bahasa badan.
Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu
mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang
mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga
sewajarnya :
i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu
disampaikan
ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan
serta tahap audien
iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada
saudara sebelum tampil di khalayak.
iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang
dijadualkan agar audien tidak menanti lama.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tuesday, November 13, 2012
Hadis Rasulullah Menampar sikap Syi'ah
Kata Nabi SAW : " Barangsiapa yang menghina @ mencela sahabat-sahabatku maka dia akan mendapat laknat oleh Allah, para malaikat dan seluruh manusia" - hadis ini telah dihasankan oleh Syeikh Nasiruddin al-Bani
Subscribe to:
Posts (Atom)