PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com
Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts
Showing posts with label PERSOALAN. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

UMNO dah INSAF?

Inilah UMNO YANG KITA KENALI SELAMA INI..SEOLAH-OLAH KITA MAMPU UNTUK MENYATAKAN KEPADA SESIAPA YANG SOKONG UMNO BAHAWA MEREKA SUDAH LAGI TIDAK WARAS......sudah tiba masanya untuk kita 'IKHLAS MELUAHKAN' bahawa Umno sudah tidak RELEVAN

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah INSAF dan BERTAUBAT bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.
Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.

apa yang penting kita mengharapkan agar Allah membuka pintu hati orang-orang UMNO lebih-lebih lagi Ulamak mereka....

Tuesday, March 23, 2010

Pelajar Agama Di"anak tiri"kan??

Sebagai sedikit iktibar...

Kita melihat reaksi 'pihak atasan' terhadap 'pelajar agama'...bagaimana?

Sepanjang penelitianku tiada seorang pun pelajar agama lebih2 lagi yang belajar di Timur Tengah mendapat support khas daripada pihak kerajaan...

Kalau nak dibandingkan dengan Medic Student yang berada di London, Amerika, Mesir dll semuanya dapat BIASISWA atau TAJAAN daripada mara, petronas dan lain-lain tetapi amat MALANG SEKALI pelajar agama macam akau ni tidak pernah mendapat TAJAAN...PATUT KE JADI DEMIKIAN?

Aku merasakan seolah-olah pelajar agama sudah DI" ANAK TIRI" KAN !

Sedangkan ILMU YANG PALING UTAMA DAN PALING SEPATUTNYA UMAT ISLAM AMBIL BERAT IALAH ILMU AGAMA YANG BERKISAR TENTANG AL-QURAN DAN SUNNAH....

Suka aku nak kuatkan lagi hujjahku bahawa Al-Allamah Sa'id Hawwa pernah meluahkan perasaannya dalam Kitab Tazkiyatunnafsi yang berbunyi : " Sesungguhnya Ilmu yang paling Agung dan paling tinggi martabatnya berbanding dengan ilmu-ilmu lain ialah ILMU AL-QURAN DAN SUNNAH"

SO?Kenapa pelajar agama terpaksa dijadikan MANGSA ANAK TIRI?

Monday, October 12, 2009

Demokrasi Bobrok


Ish 3x lama betul saya tak mengarang yer….rasa rindu pulak nak sambung perjuangan ini…perjuangan dengan pena..memandangkan dunia dikejutkan dengan suasana duka di Padang (Indonesia)..Seluruh AHLI GERAKAN SEDUNIA termenung sejenak apakah ini semua berpunca daripada sikap sesetengah PENDAKWAH yang GAGAL memainkan peranan menyebabkan berlakunya bala dan malapetaka?


Kita sedia maklum bahawa Negara Malaysia telah lama mengamalkan system demokrasi berparlimen..Keamanan dan kesejahteraan yang sedang dinikmati seringkali dikaitkan dengan ‘berkat’nya amalan demokrasi ini hatta Malaysia jugak dikatakan sebuah Negara yang baik dan mendapat pengampunan daripada Allah dek kerana demokrasi…betul ke?


Apa yang saya nak bincangkan saat ini adalah berkenaan dengan makna demokrasi itu sendiri..Bagi individu yang ‘suka’ berpolitik dan ‘suka’ mengikuti isu-isu semasa mereka sangat arif tentang apa makna demokrasi iaitu ‘KUASA DI TANGAN RAKYAT’ ataupun kita boleh maksudkan sebagai ‘KEBEBASAN BERSUARA’…Pendek kata erti demokrasi yang sebenar adalah rakyat yang berkuasa menentukan pemimpin yang mereka suka dan rakyat jugaklah yang berkuasa untuk menentukan masa depan Negara sama ada rakyat dalam bentuk MAJORITI ataupun dalam bentuk MINORITI…yang penting adalah SUARA RAKYAT…


Cuba kita ‘relate’ kan dengan erti demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia sekarang..Adakah bertepatan dengan makna demokrasi yang sebenar?? Ini persoalannya…Sama ada anda di pihak UMNO, PAS ataupun DAP…Sama-sama kita menilai…Janganlah kita hanya sekadar pandai menilai dengan HAWA NAFSU sebaliknya kita menilai dengan KEWARASAN AKAL FIKIRAN NORMAL!!


Kalau saya nak ungkitkan sejarah boleh jerr…cuba perhatikan beberapa PERHIMPUNAN RAKSASA yang telah di’haram’kan oleh pihak Kerajaan..Sebagai contoh Perhimpunan BERSIH, Bantah TOL MINYAK, Bantah PPSMI, ANTI-ISA dan lain-lain…Kenapa perhimpunan sebegini DIHARAMKAN?? Bukankah di sana terdapatnya SUARA RAKYAT yang nak mengamalkan DEMOKRASI? Bukan sekadar suara minority bahkan MAJORITI!!...Hakikatnya SUARA RAKYAT di negara kita cuba dihalang sekeras-kerasnya tanpa berlaku tolak ansur yang rasional…Inikah erti NEGARA DEMOKRASI??


Kita tau kan sebelum berlakunya PRK di Bagan Pinang sudah beberapa kali berlakunya PRK di tempat lain seperti Permatang Pasir, Manik Urai dan lain-lain…malas saya nak sebut…Tapi apa yang menarik perhatian kita pilihanraya kecil yang telah berlaku banyak memaparkan sikap dan perwatakan serta reaksi dalam pelbagai Parti menyebabkan erti demokrasi yang digariskan kerajaan GAGAL DITERJEMAHKAN…Sehingga wujudnya PAKSAAN dan UGUTAN dalam membuang undi…Misalnya ‘undi pos’…Bagi yang berkerja dengan kerajaan ada yang didakwa tepaksa mengundi pihak yang tidak seteru dengannya sendiri…Alasan terpaksa? “saya nak jaga periuk nasi saya” “kalau saya tak undi UMNO nanti saya kena buang kerja” (INI CONTOH YANG BERLAKU) SEDANGKAN SETIAP UNDIAN ADALAH RAHSIA …Ayat ini sangat FAMOUS apabila berlaku PILIHANRAYA….


Saudara…..


Kalau betul lah situasi ini berlaku di Negara kita maka amalan demokrasi tidak lagi RELEVAN kepada rakyat yang WARAS…..


Persoalannya adakah MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI ataupun NEGARA KUKU BESI??

Wednesday, August 26, 2009

Sambung tajuk lepas……

1. Ramai umat islam banyak buat ibadat dalam bulan puasa jer tapi tidak dalam bulan lain….macam nak ambik kesempatan jer kan? Alasan diorang sebab buat ibadat di bulan puasa dapat banyak pahala….adakah kita hanya inginkan pahala semata2? Bukankah keredhaan Allah itu lebih besar? Keredhaan Allah bukan wujud bulan puasa jer...

2. Quran begitu hebat dibaca di bulan puasa tapi kenapa hanya hebat di bulan puasa? Bulan lain quran tidak dipedulikan. Kesian.....

3. Ramai jugak umat islam TERPAKSA bayar zakat di bulan puasa tanpa mengetahui hikmah yang terselit di sebalik zakat….

4. Kebanyakan kita tiada apa2 kelebihan pada puasa melainkan lapar dan dahaga jer….tapi pahala puasa kita KURUS SANGAT2…..sebabnya mulut kita sedang mengumpat…mata kita tengok maksiat….telinga kita dengar lagu rock…Rupa-rupanya kita masih gagal berpuasa ketika kita puasa...

5. Kuatnya kita tidur di bulan puasa dengan alasan untuk mengelak keletihan dan kelaparan? Bukan ke bulan puasa dikatakan bulan beramal?

6. Yang peliknya ada jugak yang mengatakan kentut di bulan puasa menyebabkan batal puasa…huhu mazhab tak tau

7. Bazar ramadhan tempat tumpuan masyarakat dan mendapat sambutan di semua peringkat tapi malangnya masjid bukan begitu……

Bersambung lagi la....

Tuesday, August 11, 2009

BALA ALLAH


influenza A H1N1 mungkinlah salah satu bala daripada Allah kepada manusia yang melanggar syariat-Nya....

semakin hari semakin bertambah angka kematian akibat jangkitan wabak ini....

apakah babi yang harus kita persalahkan?

semoga bala ini membuatkan kita lebih takut pada Allah....