PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Friday, October 31, 2008

model isteri seorang pejuang


sahabat-sahabatku sekalian,

satu kisah yang sepatutnya dijadikan panduan dan telan untuk insan yang berjiwa haraki.aku berpesan pada diriku teruatama sekali supaya dapat menagambil sepenuhnya iktibar yang berlaku dalam kisah yang aku paparkan ini.terimalah.....

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.



"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.


***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24

Thursday, October 30, 2008

indahnya hidupku di yaman

  • bumi yaman adalah antara bumi yg didoakan oleh Rasulullah s.a.w supaya dijadikan bumi ini sbg bumi barakah dan ternyata ianya memberi kesan yg sangat POSITIF kepada penduduk yaman sehingga sekarang

  • seorang sahabat nabi yg aku boleh katakan roll model dari yaman iaitu huzaifah al-yamani ni.kita semua tahu dia adalah setiausaha sulit Rasulullah s.a.w

  • untuk pengetahuan pembaca bi'ah kat sini aku bleh katakan BI'AH SOLEHAH JIDDAN(taukid bia'ah solehah).sbb apap aku statementkan demikian?akun ambik contoh simple spy mudah faham,pompuan kat sini semuanya nampak mata sahaja(pakai purdah) dan paling teruk pun dorg just xpakai purdah shj.aku xpnah lihat selama aku berada di bandar sana'a(yaman) pompuan yg seksi ya'ni xtutup aurat.untuk makluman pembaca suasan mcm ni memang sukar u kita jumpa di dunia akhir zaman sekarang.

  • selain itu orang arab yaman adalah ntr org arab yg boleh didekati(maksudnya mesra) hatta kdg2 bila aku keluar dari rumah kebiasaannya mesti dorg dulu yg tegur aku dan biasanya dorg akan doakaqn aku 'hayyakallah' dan kau jawab 'Allahu yuhayyiikum fiih'.dorg agak berbeza dgn sesetengah arab d negara lain(aku xnk ckp negara mana,pembaca kji sendiri lah).sbb tulah aku duduk sini senang sgt u aku kuasai bahasa arab

  • tambahan pula negara yaman adalah ntr negara yg termiskin di dunia dan matawang nya jauh lebih murah bbnding malaysia.so bila aku ckp mcm ni maknanypembaca nak belajar sini murah lah belanja bbnding dgn bberapa negara lain(aku xnk sebut negara mana,cari sndiri).dan dalam masa yg sama banyak jgk brg2 kat sini murah bbnding malaysia

  • kdg2 aku bleh katakan cuaca sejuk menjadi motivasi u sesetengah org untuk belajar.kdg2 jgn silap fhm.mksdnya xsemua tau.untuk makluman cuaca yaman sekarang sejuk(kdg2 tengahari pun kene pakai sweater) dan setakat sepuluh hati aku datang sini just bberapa kali jer baru aku mandi tp hebatnya Allah xmandi pun badan&baju still xbrbau.seronok x dok sini?

  • di samping itu aku juga ingin ambil pluanag u bgtau pembaca bhw kat sini banyak guna bahasa fushah cuma kdg2 kita pyh nak faham sbb dorg banyak terpengaruh dgn lahjah yaman

  • kat sini jgk sgt8 senang untuk talaqqi di luar jaami'ah dengan pelbagai kitab.takhassus kitab imam syafie pun ada kat sini dgn 'iqno' yer,abu syuja'nyer dll bnyk lagi.maafla aku bukan rajin saat nak menaip.pembaca nk tau dtail kontek aku lah ataupun datang ke yaman terus,aku akan citer dtail.

  • yg seronok dan peliknya kitab shohih muslim belajar sampai habis(dari kulit ke kulit).sbnrnya susah nak jmpe belajar kulit ke kulit dlm university atas dunia skrg ni.

  • belajar yaman x diiktiraf????eh3 kdg2 sempitnya pemikiran mcm ni.bab ni aku trpaksa bahas pnjg pada pembaca spy jelas.nak tau???

bersambung.........................

Wednesday, October 29, 2008

wahai PEMUDA

Pemuda adalah harapan semua ummat untuk mengembalikan ummat. Perlukan:

  • fikir tentang ummat lebih banyak dari fikir diri sendiri.
  • faham dakwah yang betul

Dakwah kurun ke 15 Hijrah.

  • Hanya satu dakwah yang boleh menyelamat manusia - ISLAM (5:3) manusia sedang menunggu-nunggu.
  • Ianya perlukan pengorbanan (Kesah Seerah Nabi dan Sahabat)
  • Fikrah Islam hendaklah tulin (tanpa seleweng , tambah atau kurang). (3:85) Musuh telah cuba merosakkan Islam beberapa lama.

Tugas kita:

  • Menceritakan hakikat Islam dengan jelas (teori).
  • Mengajak beramal dengan Islam yang syumul (amali).
  • Menjadikan Al-Quran & Sunnah rujukan utama.
  • Berjuang terus hingga mati.
  • Slogan kita : ‘Allah matlamat - Rasul Ikutan - Quran perlembagaan - Jihad jalan & Mati syahid cita-cita tertinggi’.
  • Berkeyakinan diri ; kita adalah ‘tuan’ di bumi ini. Kemenangan adalah milik kita.

Titik kekuatan:

  • Iman
  • Ukhuwwah
  • Zahir (Tubuh badan, senjata, peralatan, pengurusan dsb)
  • Program kita:
  • Individu Muslim
  • Rumahtangga Muslim
  • Ummat Islam
  • Kerajaan Islam
  • Watan Islam (Tanahair)
  • Menawan balik negeri Islam yang dirampas.
  • Menjadi pemerintah dunia.
  • Lain-lain
  • Disangka angan-angan oleh manusia. Siapa tidak bekerja kearah ini maka sila cari cara lain.
  • Kita bukan lemah (3:173)
  • Kita tidak akan memisahkan agama dan negara, solat dan masyarakat dll.
  • Islam adalah sistem yang sempurna.
  • Mengapa orang sangat memperelokkan solat tetapi melalaikan bidang Islam yang lain?
  • Orang Islam ialah: Pendita dimalam hari dan satria disiangnya.
  • Kita tidak mengabaikan negara dan bangsa kita tapi semua kerana Iman.
  • Kebangsaan kita adalah semua negara Islam.
  • Kita hendaklah maju dalam semua perkara kerana kemunduran akan merosakkan kita.
  • Hendaklah melepaskan dari sebarang fahaman lain selain Islam.
  • Hendaklah menguntukkan seluruh tenaga dan masa untuk Akidah ini.
  • Kita akan capai antara 2 kebaikan: Menang atau Syahid.
  • Siapa yang masih teragak-teragak dan berdolak dalih, Tentera Allah akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3:126)

Al-Aqsa

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Isra’: 1)

Kedudukan Dan Peristiwa

Masjid al-Aqsa yang terletak di selatan Haram As-Asyarif di dalam kota Baitul Maqdis. Haram As-Syarif ialah kawasan suci bagi umat Islam. Selain Baitul Maqdis, di dalam Haram As-Syarif juga terdapat binaan-binaan yang lain seperti Qubbat As-Sakhrah, Qubbat An-Nabawi, Qubbat As-Silsilah, Qubbat Al-Mikhraj dan banyak lagi. Kawasan suci Haram As-Syarif dikelilingi oleh tembok yang mana ia mempunyai pintu-pintu yang mempunyai nama-nama tersendiri.

Dalam sirah perjuangan Rasulullah s.a.w., Masjid Al-Aqsa memainkan peranan yang sangat penting di dalam peristiwa Isra’ wal Mikraj yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Ketika Isra’ wal Mikraj, Rasulullah juga mengalami pelbagai peristiwa penting yang menjadi pengajaran dan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Ia juga menguji keyakinan umat Islam pada masa itu terhadap kerasulan baginda Muhammad s.a.w. dan kebenaran ajaran Islam. Pada masa itu, umat Islam dianugerahkan ibadah solat 5 waktu yang menjadi kewajipan kepada umat Islam hingga sekarang. Masjidil Aqsa menjadi kiblat umat Islam pertama sebelum Masjidil Haram di Mekah.

Kota Baitul Maqdis menjadi simbol pertembungan Islam, Kristian dan Yahudi. Ia pernah diduduki dan diperintahkan oleh tamadun-tamadun besar yang bersilih ganti. Ia dihuni oleh penduduk yang mempunyai latar belakang agama pelbagai. Qubbat As-Sakhrah yang dibina ketika pemerintahan Khalifah Malik Ibnu Marwan pada zaman Uthmaniyyah menjadi simbol perpaduan masyarakat pada masa itu.

Sejarah penaklukan kota Baitul Maqdis pada zaman pemerintahan Saidina Umar telah mencatat sejarah apabila tidak ada pertumpahan darah berlaku. Islam dapat menawan kota Baitul Maqdis secara aman. Pada zaman Umarlah juga berdirinya Masjidil Aqsa di kawasan suci Haram As-Syarif.

Percubaan Menghapuskan Al-Aqsa

Zionis Israel dalam usaha untuk menguasai sepenuhnya kawasan suci Al-Aqsa dan seterusnya menghapuskan Masjidil Aqsa dan beberapa peninggalan Islam di kawasan tersebut.

Israel pernah membakar Masjidil Aqsa tetapi berjaya diselamatkan oleh penduduk Islam Palestin pada tahun 1969. Israel juga kini menggali terowong berhampiran dengan tembok Al-Aqsa dengan alasan mencari tinggalan sejarah orang Yahudi. Sehinggakan meruntuhkan pintu Al-Maghribah di selatan Al-Haram As-Syarif. Selain itu, beberapa lagi usaha Israel sebelum ini untuk menguasai Baitul Maqdis sepenuhnya seperti menghapuskan penempatan Islam dan Kristian dan membawa orang Yahudi masuk untuk menetap di situ. Mereka juga membina tembok untuk memisahkan umat Islam dengan dengan Masjidil Aqsa.

Peranan Kita

Kini umat Islam dan para pejuang Islam di Palestin sedang bangkit menentang kezaliman Zionis. Mereka dengan sudaya upaya berusaha membebaskan tanah Baitul Maqdis seluruhnya daripada kejahatan Zionis Israel laknatullah.

Kita juga perlu bangkit dengan memberikan bantuan kepada umat Islam di Palestin, dan yang paling utama ialah doa kita mengiringi perjuangan mereka.

Kita perlu menghidupkan kembali suasana Islam di dalam negara kita. Kita mengimarahkan rumah-rumah Allah dan mewujudkan biah solehah di kalangan warga kampus. Kemuncaknya kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. kepada kita.

“Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.: (as-Sof: 13)

Jikalaulah keruntuhan Masjid Babri di India telah cukup untuk membuatkan umat Islam di India untuk bangkit, selayaknya apa yang berlaku kepada masjid al-Aqsa telah cukup untuk membuatkan umat Islam di serata dunia untuk bangkit dan membebaskannya dari jajahan dan cengkaman Rejim Zionis.

Ataupun umat Islam hanya akan bangkit setelah Masjid Al-Aqsa telah dirobohkan dan generasi Muslim yang mendatang hanya akan mengenalinya melalui gambar-gambar di dalam buku sejarah, kerana pada waktu itu masjid Al-Aqsa sudah tiada lagi.