PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, December 18, 2011

Ekspedisi Dakwah ke Sabah...


InsyaAllah sekiranya dan seandainya Allah menentukan kuasaNya untuk mentakdirkan aku panjang umur pada 22 hingga 29 /12/2011 aku bersama beberapa orang sahabat seperjuangan akan berada di Sabah atas dasar melebar-luaskan misi dakwah yang kian MALAP di sana kalau nak dibezakan dengan semenanjung ini..

Aku harus menerima hakikat bahawa Sabah tersangat memerlukan pendakwah-pendakwah dari Semenanjung kerana mereka amat dahagakan ilmu islam, ilmu mentauhidkan Allah. Kekuatan islam sangat lemah di sana lebih-lebih lagi pengaruh kristian semakin kuat dan hebat..Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang kita kekurangan tenaga yang benar2 ingin memperjuangkan agama Allah khususnya di negeri bawah bayu ini..

Betapa kita melihatnya ramainya pendakwah-pendakwah di Malaysia yang hanya suka berada di comfort zone dan rimas dengan suasana yang complicated..Di manakah erti perjuangan islam yang sebenar??..apakah kita lebih hebat daripada dakwah Rasulullah S.A.W??..bukankah perjuangan Rasulullah mengharungi perit pedih di atas landasan dakwah??..pernah kah Rasulullah selesa dalam berjuang??..persoalan-persoalan ini lah yang menjadi guider kepada aku dalam menelusuri medan dakwah sekaligus menjadi muhasabah yang amat berguna kepada diri yang hina ini..

Aku mohon kepada pembaca blog ini agar dapat mendoakan aku semoga terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Allah di muka bumi ini..jangan lah hendaknya Allah S.W.T cabut nikmat berjuang dalam diri ini..Wal'iyazubillah

Sunday, December 11, 2011

Madu Sidir dan Roh Perjuangan Islam..

Alhamdulillah hari ni 6 botol Madu Sidir Yaman telah terjual..Dan sebahagian dari keuntungan jualan madu ini akan dimasukkan ke dalam tabung pemuda Pas Subang dan tabung Dewan Muslimat Pas dan secara umumnya kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan agama Allah..
Apa yang penting pastikan setiap tindakan dan gerak kerja kita mesti lah memberi sumbangan kepada perjuangan Islam. Sebagai abna'ul harakah seharusnya kita menyedari bahawa tanggungjawab kita cukup banyak hatta kalau nak dinisbahkan dengan masa yang ada memang tidak mencukupi. Memang benar apa yang telah diungkapkan oleh Imam Mujaddid As-Syahid Hassan al-Banna "kewajipan itu lebih banyak daripada masa".
InsyaAllah moga-moga risalah ringkas ini sedikit sebanyak dapat meniupkan roh perjuangan dalam jiwa kita dan juga kita mengharapkan agar roh perjuangan ini akan senantiasa sebati dengan hati sanubari kita..
takbir!!

Friday, December 2, 2011

Jadual Kuliah Terbaru..

4/12/2011 - Kuliah Subuh di Surau Hikmah Subang Bestari : Sambungan tajuk 7 golongan terselamat di bawah arasy Allah..

4/12/2011 - Kuliah Dhuha di Masjid Kota Damansara : 3 Persoalan Penting dalam kehidupan Muslim

5/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau Sakeenah TTDI Jaya : Muqaddimah Mukjizat Sains dalam al-Quran

10/12/2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Mardhiah Ulu Kelang : Sambungan 3 persoalan penting

20/12/2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan : Sambungan tajuk mukjizat sains dalam al-Quran

29/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau al-Bakariah Sentul : Sambungan tajuk 7 golongan terselamat

31/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau al-Azhar Sri Damansara

Moga-moga aku dirahmati Allah..

Doakan aku supaya terus tetap dalam perjuangan Islam

Saturday, November 26, 2011

Puasa Muharram...

Apakah dalilnya bahawa bulan Muharram bulan terbaik untuk puasa sunat?

Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.[1]

Apa hikmah kelebihan puasa di bulan Muharram itu?

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura. Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’.[2]

Nota kaki;
[1] Al-Wajiz, Syeikh Mustafa al-‘Adawi, hlm. 206.
[2] Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182.

Thursday, November 24, 2011

Virus di Alam Kampus



Moga-moga aku bukan dari kalangan mereka yang futur di medan perjuangan...

Tiada istilah pencen dalam perjuangan menegakkan agama Allah..ianya berterusan sehinggalah tibanya saat hari kiamat..

kalau ada yang kurang berpuas hati dengan statementku dalam video di atas anda dipersilakan untuk komen secara membina...terima kasih kepada pengomen..

Tuesday, November 1, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Jadual Kuliah Terkini...

  • 26/10/ 2011 ( Rabu ) - Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan ( I'jazul Ilmi siri ke-2 )
  • 30/10/2011 ( Ahad ) - Kuliah Subuh di Masjid Sungai Plong Sungai Buloh
  • 30/10/2011 ( Ahad ) - Kuliah Maghrib di Surau Mutmainnah Pandan Perdana

Sunday, October 16, 2011

Tidurnya seorang Menteri Besar..


Masha

Allah...tidurnya seorang

hamba Allah yang aku

kagumi, Tuan Guru Nik

Abdul Aziz..aku sendiri

tidur tak macam tu..tidur

cara junjungan besar

baginda Nabi Muhammad

s.a.w...

ketua kerajaan sesebuah

negeri yg takda masalah

tidur di atas karpet atau

tikar(lebih2 lagi di

masjid) tanpa ditemani

atau diupah seorang pun

pengawal peribadi....

benarlah, kemuliaan itu

suatu yg datangnya dari

Allah, begitu juga

kehinaan..jika Allah

berkehendak dia jadi

mulia maka seluruh

manusia berhimpun utk

menghinanya, dia tetap

dgn kemuliaannya...jika

Allah berkehendak dia

jadi hina maka seluruh

manusia berhimpun utk

memuliakannya, dia

tetap dgn

kehinaannya...

Sunday, October 9, 2011

Teliti Iklan...

TAWARAN HEBAT !!!!!

"CARILAH ILMU KERANA IA DAPAT MENJAGAMU DARIPADA BALA DAN MALAPETAKA"- HAMKA

-KEPADA ANDA YANG BERMINAT UNTUK MENGHIDUPKAN SUASANA ILMU DI RUMAH

-KEPADA ANDA YANG TIADA PELUANG/KESEMPATAN MENDENGAR KULIAH AGAMA DI MASJID

SAYA MENYEDIAKAN KEPADA ANDA SATU PROGRAM CERAMAH DARI RUMAH KE RUMAH

ANTARA MODUL YANG MENARIK DALAM CERAMAH SAYA ADALAH:-

· MATLAMAT CIPTAAN MANUSIA

· MANFAAT MENUNTUT ILMU

· AL-QURAN DAN SAINS

DAN BANYAK LAGI….

ANDA BERMINAT??

HUBUNGI SAYA SEGERA DI TALIAN 0132041372 ( USTAZ ZAIDI) PELAJAR LEPASAN DIPLOMA TAHFIZ DARUL QURAN JAKIM DAN SEDANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI YAMAN…

Friday, October 7, 2011

Rindukan University Iman...


Sabda Nabi S.A.W : Iman itu Yaman, Hikmah itu Yamaniah

Hadis ni menyebabkan hatiku masih lagi merindui Yaman walaupun di sana sedang bergolak sakan...

University of Iman satu-satunya university yang amat unik di Sana'a Yaman sekarang menjadi sasaran pihak musuh islam..

Sekarang musuh islam di Yaman sedang bertungkus-lumus untuk MELUPUSKAN aura University Iman daripada peta Yaman..

Terkilannya hati bila mendengar isu ini...

Aku doakan agar University Iman akan terus tabah dan bertahan menentang pengongkong-pengongkong Islam..

Aku juga berharap agar Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dipanjangkan umurnya oleh Allah demi mempertahankan arus kebangkitan islam di Yaman di samping University Iman yang menjadi pemangkin semangat pejuang islam di sana

Takbir!!

Sunday, October 2, 2011

Antara Kebobrokan UMNO dan Keterbukaan DAP..

Semakin hari semakin kita menyedari bahawa UMNO adalah suatu parti yang suka kepada hidup sekular...semakin kita sedar bahawa UMNO dalah parti yang suka mengapikan isu PERKAUMAN..semakin juga kita sedar UMNO adalah suatu parti yang suka menjuzu'kan ajaran al-Quran...apa perasaan anda terhadap UMNO??

Hukum Hudud tak reality dilaksanakan di Malaysia..suatu statement pemikiran manusia yang JUMUD dan SEMPIT..inilah akibatnya kalau kita memisahkan AGAMA daripada POLITIK..so marilah sama2 kita menginsafi kejahilan ini..Astaghfirullah

JANGANLAH PULA KITA LUPA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 85 YANG MENCERITAKAN PRINSIP ORANG YAHUDI YANG SUKA MENENTANG PRINSIP ALLAH..cuba ambik quran tengok makna ayat ni..

jom kita pakat renung artikel ni...

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN

KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.

Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.

Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.

"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya.

Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

sumber: harakahdaily

Thursday, September 29, 2011

Tazkirah Itu....

Tazkirah itu penting...

Tazkirah itu bermanfaat...

Tazkirah itu sumber hidayah...

Tazkirah itu masa depan akhirat...

Tazkirah itu rahmat...

Tazkirah itu jalan ke syurga...

Tazkirah itu makanan jiwa...

Tazkirah itu muhasabah diri...

Tazkirah itu kewajipan...

Tazkirah itu penyeri rumah tangga...

Tazkirah itu keintiman suami isteri...

Tazkirah itu ketenangan...

Tazkirah itu kebahagiaan...

Tazkirah itu suatu kemuliaan...

Tazkirah itu saham akhirat...

Tazkirah itu penghangat cinta..

Tazkirah itu........

Monday, September 5, 2011

Perkembangan Terkini..

InsyaAllah akan ke KL hari khamis ni. dapat rumah sewa di kawasan Gombak.mintak maaf kepada sahabat2 di Kelantan kerana tak sempat nak beraya..moga2 panjang umur kita dapat berjumpa lagi..
jangan bersedih kalau kita berpisah di dunia akan tetapi bersedihlah kalau kita berpisah di akhirat..na'uzubillah

hakikatnya tempat abadi orang mukmin dan pejuang-pejuang islam yang sebenar adalah di Syurga yang Abadi

aku teringat jawapan Imam Ahmad Ibnu Hambal kepada pertanyaan: "Bilakah waktu rehat yang sebenar??"...maka jawab Imam: " Bila kaki kita mula melangkah masuk ke dalam Syurga..itulah waktu rehat yang sebenar.."

Wednesday, August 24, 2011

Madu Oh Madu...


Alhamdulillah hari ni terjual lagi sekilo madu sidir yaman..dibeli oleh staf-staf RHB Islamic Bank di Jalan Bukit Bintang semasa berkuliah zohor di sana tadi..moga2 sesiapa yang memakan madu yaman akan lebih mengingatkan dia tentang sabda nabi S.A.W berkenaan dengan MADU...aminnn

Thursday, August 18, 2011

Jangan Begitu...

Memang tak berdosa kalau kita gembira dengan Aidilfitri yang lama lagi akan tiba..tapi jangan lah sampai kita terlalu seronok membuat persiapan hari raya sehingga kita lupa fokus IBADAH kita dalam bulan ramadhan..ramai di kalangan kita jahil tentang hakikat kelebihan bulan ramadhan...sebab itulah kita lebih seronok dengan kedatangan hari raya berbanding bulan ramadhan

Sunday, August 7, 2011

Perjuangan Anakku...


Anakku Abdullah Azzam terpaksa meringkup dalam lokap kerana telah memakai baju berwarna kuning..dia telah dituduh menyertai perhimpunan Bersih baru-baru ni..apa2 pun aku bersyukur kerana dia telah membuktikan kesungguhannya untuk menegakkan Daulah Islam...semoga engkau Syahid di jalan Allah..takbir!!

Saturday, July 16, 2011

Tanbihul Ghafilin

Alhamdulillah semalam aku sempat membelek sedikit hikmah-hikmah yang terkandung di dalam kitab masyhur bagi insan yang cintakan tasawuf iaitu kitab Tanbihul Ghafilin ( Peringatan Bagi Orang-orang yang lalai ) karangan Syeikh Abu Laits As-Samarqandi..

Terdapat satu statement Ulamak yang telah dinaqalkan oleh Pengarang menyebabkan aku tertarik apabila membacanya:

" Manusia keseluruhannya adalah BINATANG kecuali ULAMAK, dan Ulamak keseluruhannya MABUK kecuali orang yang beramal dengan ilmunya..."

terasa insaf sangat2 apabila membaca statement ni apabila mengenangkan dosa-dosa yang lalu..

Semoga post ini ada sedikit manfaat buat pelawat blog ini..

Thursday, July 7, 2011

Hadaf Perhimpunan Bersih


Perhimpunan Bersih adalah demonstrasi dan demonstrasi adalah merupakan sebahagian daripada wasilah dakwah..objektifnya tidak lain tidak bukan ialah untuk memastikan pilihanraya umum akan datang dilaksanakan dengan telus dan tulus di samping ingin memperbetulkan prinsip demokrasi yang sebenarnya..realitynya demokrasi yang ada di Malaysia sekarang bersifat berat sebelah dan tidak menepati ciri2 demokrasi yang sebenar...wallahu'alam

Sunday, June 19, 2011

Utusan Melayu Menghina ISLAM!!


KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai “Denmark Malaysia” ekoran penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam.
Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah.
“Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam.
“Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut,” kata Nik Aziz (gambar kiri) pada laman sosial Facebook beliau hari ini.
Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Tindakan itu mendapat kecaman hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka.
Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.
Dialognya berbunyi “Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!”.
Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.
Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan “Datuk T” Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan.
Golongan ulama termasuk PAS mengecam penggunaan video seks itu yang turut didakwa bertujuan menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu tertentu.
Kecaman itu turut dibuat dalam bentuk usul pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 awal bulan ini.TMI

Tuesday, June 14, 2011

Pelacur Kelas Pertama??

Perkahwinan merupakan satu saluran yang terbaik dalam mengaplikasikan cinta anugerah Allah sesama manusia.Ini kerana perkahwinan adalah platform yang dapat menyalurkan fitrah manusia sekaligus mengukuhkan pembinaan ketamadunan insan.

Oleh kerana yang demikian ,matlamat ikatan perkahwinan bukan hanya sekadar bagi melampiaskan kehendak nafsu semata-mata bahkan tuntutan agama yang diwajibkan kepada umat Islam dalam proses menyempurnakan agama bagi setiap individu.Ia merupakan ibadah dan perlaksanaannya juga berlandaskan syara' dengan rujukan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.


Firman Allah SWT yang bermaksud :"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangandan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Kualiti nilai modal insan juga bergantung kepada institusi keluarga yang bermula dengan perkahwinan.Sekiranya ianya goyah dengan dicampuri pelbagai versi kefahaman dan perlaksanaan yang bertentangan dengan syariat Islam maka sudah pasti misi dalam mempertingkatkan nilai modal insan juga akan terjejas.

Berikutan dengan kenyataan yang telah dikeluarkan di akhbar Berita Harian bertarikh 5 Jun 2011 oleh Dr.Rohaya Mohamed, Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang bertajuk 'Layan macam pelacur',merupakan satu kenyataan yang kurang sopan apatah lagi ia melibatkan institusi rumahtangga.

Masahusma penggunaan perkataan "PELACUR KELAS PERTAMA" tersebut telah menggambarkan keadaan yang sebaliknya dalam hubungan perkahwinan dan istilah tersebut akan memberikan perspektif yang negatif kepada para pendengar mahupun pembaca, sekaligus akan mencemarkan pemikiran masyarakat awam tentang peranan seorang isteri dalam medan institusi kekeluargaan.

Islam meletakkan taraf dan martabat seseorang isteri itu amat tinggi nilainya dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan istilah “pelacur”. Sandaran dua istilah, perkara dan keadaan yang berbeza tidak boleh disamakan dalam membuat suatu perbandingan dan juga penilaian.

Justeru , kepelbagaian fahaman dalam memahami matlamat perkahwinan boleh menyebabkan masyarakat akan memandang enteng matlamat dan fungsi sebenar sebuah ikatan perkahwinan.Kegagalan dalam memahami matlamatnya mengakibatkan pelbagai gejala yang tidak sihat berlaku dewasa ini.

HEWI PMRAM dengan ini menegaskan bahawa istilah "PELACUR KELAS PERTAMA" yang digunakan dalam kenyataan tersebut merupakan sebuah kenyataan yang menghina kesucian peranan wanita dalam rumahtangga .


NURAIN BINTI YAACOB
Timbalan Pengerusi
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011

Tuesday, June 7, 2011

Islam di Negara China...

-Ramai di kalangan penduduk Cina di Malaysia tidak mengetahui bahawa terdapat penduduk di negara China yang beragama Islam. Pada anggapan mereka, penduduk China adalah sama dengan kedudukan dan keadaan orang Cina di negara ini. Orang Cina di Malaysia mempunyai pandangan stereotaip yang sempit terhadap agama Islam di mana Islam dianggap sebagai agama orang Melayu. Tanpa mereka sedari di China terdapat lebih 140 juta penduduknya yang beragama Islam. Malah Islam sampai ke China lebih 1400 tahun yang lalu.-Ann Wan Seng

Thursday, June 2, 2011

Barakah Dewan Ulamak...

Aku sempat mengikuti perjalanan Muktamar Dewan Ulamak Pas yang baru sahaja selesai sebentar tadi....

Alhamdulillah aku diberikan keizinan untuk mengaut semangat dan kesedaran untuk memperjuangkan agama Allah melalui aura Ulamak...

Moga2 aku terus thabat yang perjuangan PAS....

Sebenarnya...

Perjuangan Ulamak adalah mirip perjuangan Rasulullah S.A.W kerana mereka lah yang menjadi pewaris Nabi..itulah yang harus kita yakini...

Justeru hanya dalam Pas sahaja kita akan menemui bibit-bibit TARBIAH yang diwarnai oleh barisan Ulamak...

Kita akan melihat keberkatan perjuangan Ulamak akan selari dengan kemenangan Islam...

InsyaAllah...

Takbir!!

Sunday, May 1, 2011

Jadual Kuliah Maghrib Terkini.....

Masjid Beijing

Hari: Isnin

Tarikh: 2/5/2011

Waktu: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Rantau Panjang


Surau Kampung Aur

Hari: Selasa

Tarikh: 3/5/2011

Waktu: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Kedai Lalat


Masjid Siti Khadijah

Hari: Rabu

Tarikh: 4/5/2011

Waktu: Selepas Solat Maghrib

Tempat: Kampung Poyok, Bachok


Wednesday, March 16, 2011

Syahid di Malaysia..

InsyaAllah aku akan sampai di Malaysia pada hari jumaat atau sabtu ni..moga-moga aku diberi peluang untuk syahid di negaraku sendiri di samping kerja islam yang cukup banyak menantiku..

hampir kesemua rakyat Malaysia di Yaman terpaksa pulang ke Malaysia ekoran demonstrasi yang semakin menjadi-jadi dari hari ke sehari menyebabkan pelajar Malaysia di sini terdedah dengan risiko rusuhan..

rakyat mahu Ali Sholeh turun tetapi dia tetap juga berdegil..

Syeikh Majid Az-Zindani kata: " Ali Sholeh tak akan turun melainkan dengan pertumpahan darah"

Semoga kerajaan Ali cepat-cepat turun digantikan dengan Syeikh Majid yang akan menerajui negara dalam konsep "Daulah Islamiah" yang sebenar..

takbir!!!

p/s: apa2 hal nanti bolehlah kontek aku di talian 0132041372

Tuesday, March 8, 2011

Soleh dan Musleh..

Apa yang kita mahu lahirkan adalah manusia yang SOLEH dalam masa yang sama dia adalah MUSLEH. Kalau sekadar SOLEH sahaja tapi tak berjiwa MUSLEH itu adalah kekurangan yang perlu diperbaiki secepat mungkin sebelum ianya menjadi barah mental!

Kita juga sering digembar-gemburkan dengan golongan SUFI yang hanya sibuk menyucikan jiwanya sahaja TANPA sedikitpun mengambil tahu masalah umat yang sedang berlaku sekarang..inilah yang aku katakan orang yang SOLEH tapi tak MUSLEH (agen perubah masyarakat ke jalan Allah) atau pun Reformer..Akan tetapi kalau kita just pandai mengubah masyarakat tetapi kita gagal mengubah diri kita sendiri itu pun menjadi suatu permasalahan dalam gerakan islam khususnya...

teringat aku kata-kata hikmah...

اصلح نفسك و ادعوا غيرك

Maksudnya: " Ubahlah diri kamu dan ajaklah (dakwah) orang lain"

Mengubah diri menjadi SOLEH dan menjadi MUSLEH (mengajak manusia ke jalan Allah) adalah dua benda yang yang tak dapat dipisah kan dalam kehidupan insan yang benar-benar mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..

Oleh itu suka aku berpesan kepada golongan sufi jangan hanya sibuk memperbaiki diri kerana salah satu tanggungjawab kamu yang besar adalah memperbaiki masyarakat kepada suasana islam yang sebenar..

bak kata Mustafar Masyhur: "akhir zaman ini adalah suasana yang amat sesuai untuk kita realitykan dakwah"

wallahu'alam

Kontrovesi Menuju Permaya Baru...

Tema: Menuju Permaya Baru

Ini adalah tema hasil daripada pemikiran manusia yang inginkan perubahan kepada lebih baik berlaku di dalam PERMAYA, namun kita tidak akan sunyi daripada tentangan dan tohmahan 'geng'2 jumud yang mahu mengekalkan tradisi lama dalam PERMAYA..

Seolah-olah rasa 'berdosa' pulak kalau diubah apa yg seniour2 tinggalkn..

Semalam aku menerima 'surat layan' daripada manusia jumud yang sanggup mengutuk Mantan Timbalan Presiden PERMAYA 01/11. Kalau dia gentlemen tak payah lah buat macam tu...itu nampak sangat dia tu pengecut..Yang dia dok sibuk sangat komen2 orang apa hal?? macam lah kau tu banyak sangat bagi sumbangan kpd PERMAYA..

Kalau setakat pandai komen jer tanpa memberi sokongan moral lebih baik diam jer..

Walau apa pun diharapkan kepada kepimpinan baru Permaya agar dapat meneruskan Permaya Baru ini sekalipun kamu mendapat tentangan hebat..

Mereka tak kan faham dengan perubahan ini sehinggalah mereka akan melihat hasilnya nanti...

Saturday, March 5, 2011

Beratnya sebuah Amanah...

Ya Allah semalam aku baru sahaja menerima satu amanah yang cukup berat untuk aku pikul...

Amanah ini kalau diberikan kepada bukit nescaya ia akan berkecai, kalau diletakkan kepada gunung tentu ia akan hancur..

Inikan pula aku yang lebih kerdil dari bukit dan gunung..

Benak hatiku selalu tertanya-tanya 'layak ke aku pegang amanah ini'??

Bertalu-talu persoalan ini bermain-main di benak fikiranku..

Apa boleh buat aku 'set' ini mungkinlah cara Allah nak kurniakan pahala berganda-ganda buat insan yang berjiwa harakah..insyaAllah

Aku sahut seruanMu dengan penuh rasa rendah diri dan kehinaan..

Ya Allah tolonglah aku untuk terus thabat..

Semoga aku diberi kekuatan olehMu untuk terus istiqamah dalam perjuangan melalui wasilah ini...

Tuesday, March 1, 2011

Pahala Bonus untuk Pakatan Rakyat..


Kalau tengok gambar ini aku yakin dan percaya bahawa inilah PAHALA BONUS bagi orang yang berjuang menegakkan islam dan keadilan..

Kita tak perlu sedih sangat sebab gambar ini akan menambahkan lagi AKAUN AKHIRAT bagi Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim..

Inilah sebenarnya reality dan ujian yang perlu ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin berjuang menegakkan islam...

Buat UMNO,

Teruskan perjuangan kamu mengutuk Ulamak, menghentam Pakatan Rakyat...itu dosa buatmu dan pahala buat PAS..PAS tak perlu sedikit pun untuk lemah dalam perjuangan disebabkan sikap jejek dari pihak musuh..

Akhirat nanti Allah akan pisahkan di antara mukmin dan mujrim..


Saturday, February 26, 2011

Sikap Perdana Menteri Kita...


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel

dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri

Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh

Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari

yang lalu.


Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan

tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu

fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang

penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan

telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan

tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara

jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga

ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi

apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan

pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah

fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada

iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan

pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis

pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak

mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu

sendiri.


Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia

berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar

dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang

mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan

Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.


Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah

yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.


Presiden PAS

Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011

Thursday, February 24, 2011

Hukum Muzhoharah...

Dunia sekarang sedang hangat digembar-gemburkan dengan istilah muzhoharah atau demonstrasi yang mampu menjadi wasilah rakyat untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan sepertimana yang telah berlaku kepada Tunisia dan Mesir. Istilah ini sedang dipraktikkan pula oleh rakyat Libya dan Yaman untuk menjatuhkan kerajaan yang disifatkan sebagai zalim. Kita yakin dan percaya inilah gelombang kebangkitan rakyat dalam melepaskan diri mereka daripada belenggu pemerintahan ala kuku besi ini.

Inilah fitrah manusia inginkan keadilan dan bencikan kezaliman yang sememangnya menjadi darah daging mereka sejak dahulu lagi. Sesiapa pun yang menentang fitrah maka tetap akan wujud golongan yang mempertahankannya. Kita sekali-kali tidak akan mampu menghalang sifat semulajadi ini yang senantiasa mengalir ibarat air sungai yang mengalir walaupun terdapat pelbagai macam halangan di sepanjang muara sungai..

Firman Allah dalam surah as-Soff yang bermaksud:

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya walaupun mendapat kebencian daripada orang kafir"

Di antara cahaya Allah adalah keadilan dan keadilan itu sangat sinonim dengan islam itu sendiri.

Jumhur Ulamak mengatakan bahawa Muzhoharah ataupun dalam bahasa inggeris dinamakan sebagai 'Demonstrasi' adalah sebahagian daripada dakwah kerana jika kita melihat kepada objektif dan hadaf muzhoharah itu sendiri ialah di atas dasar ingin mengubah kerajaan zalim kepada kerajaan yang adil. Tambahan pula rakyat tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan hanya mampu untuk berkumpul ramai-ramai di suatu tempat dan melaungkan kalimah-kalimah dengan harapan kerajaan yang zalim sudi mendengar luahan dan bantahan mereka.

Benarlah sabda Nabi S.A.W di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim:

" Barang siapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan, kalau dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lidah, dan kalau dia tidak mampu juga maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati"

Ulamak haraki telah bersepakat bahawa mengubah dengan hati bermaksud 'muzhoharah'.. Oleh sebab itu di antara cara kita sebagai ahli gerakan islam untuk mengajak manusia ke jalan Allah adalah melalui muzhoharah ataupun demonstrasi walaupun kita mendapat tohmahan dan kritikan daripada segelintir pihak yang mengatakan bahawa muzhoharah adalah tidak syar'ie dan bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W.. Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa ini adalah sebahagian cara kita dalam mencegah kemungkaran..

Thursday, February 17, 2011

Sayap Kiri Gerakan Mahasiswa


CABARAN masa kini dan arus modenisasi kian mendesak kaum Hawa untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi memastikan tertegaknya kalimah Allah. Bagi golongan mahasiswi pula, kemestian untuk menceburkan diri dalam pengurusan di alam mahasiswa atau dengan kata lainnya berpersatuan sudah semestinya diberikan prioriti.

Realiti bahawa amal ijtima’ie yang dituntut oleh agama ini menagih sejuta persediaan mental, thaqafah, fizikal juga spiritual seharusnya mendorong kaum Muslimah untuk bekerja keras menyiapkan diri ke arahnya. Gerakan mahasiswa merupakan medan yang cukup ideal untuk melatih para Muslimah dengan pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Bagaimana mungkin matlamat ini mampu dicapai sekiranya golongan mahasiswi ini enggan meleburkan masa, tenaga, harta dan buah fikiran dalam gerakan mahasiswa itu sendiri?

Senario ‘tidak pedulisme’ dalam kalangan mahasiswa lahir kesan daripada kefahaman agama yang cetek atas tuntutan mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Penting bagi kaum Muslimah untuk menyumbang tenaga dalam gerakan mahasiswa selaras dengan saranan Allah SWT melalui Al-Furqan yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)

Desas-desus yang mengatakan bahawa gerakan mahasiswa mampu merencatkan prestasi akademik individu haruslah ditepis secara matang. Seharusnya gerakan mahasiswa itu sendiri membentuk individu yang mampu menguruskan masa dengan baik dan mendisiplinkan diri bagi memastikan prestasi akademik tidak terabai. Kaum Hawa bakal bergelar isteri, ibu dan naqibah dalam masyarakat seharusnya dilatih membahagikan masa dan menjalankan tiap peranan yang ditaklifkan dengan kesungguhan. Tidak salah apabila disimpulkan bahawa gerakan mahasiswa merupakan platform persediaan bagi para Muslimah sebelum terjun ke medan dakwah yang penuh variasi di tanah air kelak.

Dalam mendepani cabaran pelbagai ideologi yang kian meresap masuk ke dalam masyarakat dewasa ini, seorang mahasiswi mesti menyiapkan diri dengan kelengkapan thaqafah yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Bukan sahaja pengetahuan pada ilmu agama, bahkan penguasaan terhadap isu semasa, ekonomi, perundangan, kesihatan, komunikasi bahkan pelbagai soft skills yang lain adalah perlu sebagai bumbu kepada uslub dakwah. Gerakan mahasiswa mampu menawarkan kesemua pakej pengetahuan tersebut melalui latihan yang panjang dan berterusan. Maka dengan itu tidak ada alasan lagi untuk meminggirkan diri dalam lautan kelalaian tanpa mahu bekerjasama menghidupkan perjuangan melalui gerakan mahasiswa.

Sekiranya kaum Muslimah melalaikan tanggungjawab amal ijtima’ie di alam mahasiswa ini, padahnya akan dirasai bukan sahaja oleh Muslimah itu sendiri, bahkan agama dan komuniti mahasiswi tersebut akan turut terjejas. Universiti bakal melahirkan mahasiswi yang sekadar memiliki ijazah untuk bekerja tetapi cetek kefahamannya akan tujuan dirinya diutuskan ke bumi Allah; iaitu sebagai khalifah. Masyarakat luar akan memandang para Muslimah sebagai kelompok yang tidak kompeten dan tidak reliable. Dan kemuncaknya dapat dilihat apabila kaum Muslimah ini tidak mampu bangkit membela masyarakat yang kian mabuk dirasuk pelbagai ideologi yang merosak akhlak dan cara hidupnya.

Apakah kita selaku Muslimah sanggup membiarkan perkara-perkara tersebut terjadi lantaran sikap tidak peduli di atas taklifan ini?

Muslimah yang dicari-cari untuk menjadi benteng organisasi daripada sebarang pengaruh negatif ini haruslah membajai diri dengan kualiti-kualiti seperti taqwa agar usaha sebegini dapat disuburkan. Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT.

Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan.

Agama ini tidak akan sempurna tanpa pengurusan dan pengurusan itu memerlukan keyakinan akan kesempurnaan Islam juga kepatuhan pada sunnah Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin. Berjuanglah untuk menjadi Muslimah mursyidah yang bakal mendokong amalan syura sedang ia dijamin kedudukannya di sisi Allah.

Akhirnya buat para Muslimah yang bergelar sayap kiri perjuangan, usahlah gentar pada cabaran menegakkan kalimah Allah dan onak durinya.

Bukankah cabaran dan ujian itu sunnatullah dalam menjulang Islam di mata dunia?

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010 &
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010

Ya Allah jauhkanlah aku daripada zina..


Tuesday, February 15, 2011

Kapsul Habbatussauda' dan Atar dari Yaman..

Minyak Wangi Yaman
Sample Kapsul Habbatussauda'

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh lah menghantar emel kepada saya ataupun mesej ke no ini +967715005954..

Lebih dialu-alukan kepada individu yang ingin membuka syarikat barangan Yaman..

insyaAllah saya akan poskan dari Yaman sekiranya anda berminat..

Saturday, February 12, 2011

Valentine Day: Zina Tumbuh Mekar





Just orang KAFIR dan penganut KRISTIAN sahaja yang bergembira dengan kedatangan Valentine Day esok...
So aku sape2 yg berada di malaysia tu ambik lah peluang u bersama dgn Pemuda Pas turun padang mengedarkan risalah malam ni..inilah sebahagian cara kita untuk mengajak manusia ke jalan Allah..

Gambar2 di atas menggambarkan akibat Hukum Allah tidak dilaksanakan di Malaysia...

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah syukurnya..

Alhamdulillah hari ini aku menerima tempahan MADU ASLI YAMAN daripada seorang individu..terima kasih aku tujukan kepada individu tersebut yang sudi menempah madu denganku..harap2nya bertambahlah sikit sumber kewanganku..ameeen

Friday, February 4, 2011

Tindakan Mufti Umno Mesir..

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

mufti_mesir.jpg

Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pesanan Qaradhowi kpd Hosni..


Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami. Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Tuesday, February 1, 2011

jangan lembab! kelak buruk padahnya

KUALA LUMPUR, 2 Feb: PAS mendesak kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.

“Memandangkan keadaan di Mesir yang tidak menentu bahkan keadaan bertambah kritikal, sewajarnya tindakan segera perlu diambil,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ke Harakahdaily.

Tuan Ibrahim turut berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan nyawa rakyat Malaysia kerana keadaan di Mesir semakin tidak terkawal sekarang dan tiada tanda-tanda yang ianya akan reda dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ramai yang membidas kelambatan kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan untuk membawa lebih kurang 10,000 pelajar negara yang kini terkandas di Mesir berbanding negara jirannya, Indonesia.

Pada petang semalam, Indonesia dilaporkan akan menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu manakala kerajaan Malaysia masih lagi sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

“Kalau pihak kerajaan beria-ia menghantar misi pengaman ke beberapa negara untuk keselamatan dan keamanan negara luar, apakah keselamatan rakyat tidak menjadi keutamaan?

Sudah sampai masanya kerajaan menghantar penerbangan khas bagi membawa keluar rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat bagi menyelamatkan warga negara mereka yang melancong ke Mesir,” bidas Tuan Ibrahim.

Mengenai keadaan di Mesir, Tuan Ibrahim berkata hanya dengan peletakan jawatan seluruh rejim Mubarak dan satu pilihanraya bebas boleh menstabilkan kembali keamanan di negara tersebut.

“Kita tidak mahu nasib rakyat Mesir menjadi mangsa campurtangan luar, sebagaimana berlaku di Iraq akibat seorang pemimpin, maka negara hancur,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, pada pukul 1 pagi selepas laporan ini ditulis, Bernama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya telah memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara.

Mengikut laporan Bernama, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke Mesir yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” Najib dipetik sebagai berkata.

Najib juga dipetik sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia telah diminta untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Dalam pada itu, blog (http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/) yang melaporkan berita-berita terkini keadaan pelajar-pelajar Malaysia mengesahkan bahawa Putrajaya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tengah malam tadi bahawa mereka akan dikeluarkan menggunakan kapal yang berlabuh di Teluk Aden.

“Pelajar di Alex sudah mula mengemas dan berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkan ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG,” kata blog itu lagi.

Sunday, January 30, 2011

Warning pada Kerajaan Zalim

Kerajaan yang ZALIM pasti akan diguling dan dilipat oleh rakyat..
lihatlah contoh Tunisia dan Mesir ( sekelip mata kerajaan angkuh diguling )..
inilah bukti bahawa fitrah manusia yang inginkan KEADILAN. Mereka tidak rela maruah dan hak mereka dicabul begitu sahaja.
Semoga isu ini menjadi muhasabah kepada kerajaan BN..
jangan kita menzalimi rakyat nanti buruk padahnya..rakyat akan bangkit..
sejarah tetap berulang

Sunday, January 16, 2011

Perumpamaan Al-Quran dan Sunnah..


Ana merujuk kepada kitab Syarah Hilyah at-Tholibil Ilmi..

Syeihk Sholih Uthaimin menyatakan bahawa al-Quran dan Sunnah tidak dapat dipisahkan seumpama 2 sayap burung..

Sekiranya tiada salah satu sayap maka matlamat burung untuk terbang tidak akan tercapai...so inilah pentingnya kita berpegang kedua-duanya sekali supaya matlamat Mardhotillah akan tercapai..

Bertepatan dengan Hadis Nabi S.A.W yg bermaksud: "aku telah tinggalkan kamu 2 perkara seandainya kamu berpegang teguh kepada 2 perkara ini maka kamu tidak akan sesat FOREVER..Nabi xpernah pun sebut "sekiranya kamu berpegang kpd salah satu dari dua perkara ini" akan tetapi Nabi sebut pegang 2 2..

Inilah juga dalil yang cukup jelas untuk kita menolak hujjah golongan anti-hadis...mereka ikut Allah tapi menentang Rasulullah..haza syaiun 'ajib jiddan jiddan..mereka ikut Allah tapi benci KEKASIH ALLAH!

hakikatnya kita hanya dapat mengenal Allah via Rasulullah faqath(sahaja)..

wallahu'alam..

sedikit perkongsian ilmu..

kalau ada silap tolong betulkan..

kalau ada penambahan silakan....

Friday, January 7, 2011

jangan tertipu dengan purdah!

Mata menawan belum tentu wajahnya juga begitu!



Padaku purdah adalah suatu 'pakaian' yang akan men'cun'kan lagi seseorang muslimah..

Sebab itu aku juga amat seronok apabila melihat isteriku memakai purdah menyebabkan sukar untuk ku jemu melihatnya..

Dan aku tidaklah mengatakan wajib kerana di sana terdapat khilaf para Ulamak tentang hukum memakai purdah..ada yang kata wajib dan ada juga yang kata sunat..bagiku ianya sunat pada setengah keadaan dan kadang-kadang purdah akan menjadi wajib takkala ketika itu wanita terdedah kepada suasana FITNAH!

Apa-apa pun terpulanglah kepada individu muslim untuk menilai yang mana lebih tepat untuk dirinya beramal...

Akan tetapi ada sesetengah orang bila dia melihat wanita berpurdah terus tertarik bahkan terus jatuh hati (berkenan)..jangan....

wanita yang pakai purdah walaupun matanya menawan belum tentu wajahnya cantik..kalau ikut pengalaman aku, ada setengah wanita yang pakai purdah matanya amat cantik tapi hidungnya besar, giginya rosak dan mulutnya tidak menarik!...

tapi kadang-kadang walaupun matanya kurang cantik sebenarnya wajahnya cantik..ada jugak macam ni..

So jangan korang tertipu dengan purdah..

Sebab itulah bila nak tengok bakal isteri kita mestilah melihat wajah dan tangannya terlebih dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W...

barulah kita boleh menilai wanita ini cantik atau sebaliknya..huhu

Dan apa yang penting jugak adalah kecantikan wanita bukanlah jaminan kebahagiaan sesebuah rumahtangga akan tetapi agamalah yang menjadi penyelamat..

So utamakan wanita yang ada agama berbanding wanita 'cun' kerana ke'cun' annya akan hilang suatu hari nanti..

aku sekadar menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman...

Wallahu'alam