PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com
Showing posts with label KENYATAAN. Show all posts
Showing posts with label KENYATAAN. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Islam ala sekular

jangan monyet...! aku kata jangan....! itu tak boleh...!

aku nk jugak! aku nak jugak ! aku tak kira....

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S

ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Wednesday, April 28, 2010

APCO: Malaysia di Bawah Cengkaman Israel

Negara kita yang tercinta, kini berada di ambang ancaman yang amat berbahaya akibat kebuasan nafsu pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional yang sedang kemaruk untuk mengekalkan kuasa.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya tidak memutarbelitkan fakta yang sudah diperakui oleh kerajaan pimpinannya, iaitu menggunakan khidmat perunding Yahudi Zionis APCO Worldwide dengan bayaran terkini RM77 juta sejak setahun lepas.

APCO Worldwide pada asasnya adalah syarikat komunikasi yang digunakan untuk menjernihkan imej Umno-BN yang tercalar teruk pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Peranannya sekarang sudah menjadi begitu besar. Ia menjadi penasihat utama kepada PM untuk membentuk imej baru, memulihkan persepsi rakyat dan menggunakan pelbagai taktik dan strategi.

Oleh kerana APCO sendiri merupakan sebuah syarikat Yahudi Zionis, maka ia tidak boleh lari daripada menggunakan pendekatan ala Zionisme yang terkenal amat licik, ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Zionisme menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' dan menganggap semua penentangnya sebagai ghayyim (hina) yang mesti dimusnahkan walau sekejam mana sekalipun.

Dikhuatiri pendekatan sebegini yang menjadi pegangan Umno-BN, demi untuk mengekalkan kuasa yang mereka nikmati selama lebih 50 tahun dalam negara.

Dikhuatiri pemimpin Umno-BN akan menggunakan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' untuk memusnahkan penentang-penentangnya yang terdiri daripada Pakatan Rakyat.

Elemen-eleman nasihat Zionisme sudah mulai subur dalam negara. Ia sudah menjarah minda pemimpin Umno. Ia sudah dipraktikkan oleh media tali barut Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Khususnya di Hulu Selangor, Umno-BN memainkan kononnya kesucian calon Pakatan Rakyat tercemar, media tali barut membesar-besarkan cerita mengenai seorang individu, sedangkan bertimbun-timbun manusia Umno yang jauh lebih rosak dan tercemar disembunyi dan dilindungi.

Mereka merasuah rakyat secara terang-terangan, mengagihkan wang, menabur janji pembangunan, memeras ugut penyokong Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya akibat kemaruk kuasa.

Mereka cuba menipu rakyat, membohongi rakyat, memperbodoh-bodohkan rakyat, bahawa kononnya merekalah parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

Namun, rakyat yang terpelajar, rakyat yang cerdik tidak akan tertipu. Yang tertipu hanyalah rakyat yang minda mereka tertutup, mereka berada jauh dari arus pembangunan, mereka dibiarkan miskin dan susah, agar mereka mudah diperas ugut.

Ayuh pendukung Pakatan Rakyat, atas nama keadilan Islam, atas nama demokrasi, atas nama hak asasi dan kebebasan, kita bangkit menentang kemungkaran ini. Kita bangkit menentang kefasadan yang berlaku akibat nasihat Yahudi Zionis ini.

Kita tidak sama sekali harus membenarkan negara dijajah oleh Yahudi Zionis. Kita adalah bangsa yang bermaruah, kita adalah bangsa yang mempunyai susur galur budaya yang amat murni.

Kita menolak kekejaman, kita menolak manipulasi, kita menolak pengaruh fahaman Yahudi Zionis yang dibawa oleh Umno-BN dalam negara. Jangan sesekali kita berundur walaupun kita terpaksa berhadapan dengan rintangan yang lebih besar di hadapan nanti.

Kita harus bekerja lebih kuat dan gigih, menyatupadukan gerombolan Pakatan Rakyat, mendidik rakyat untuk lebih prihatin dan peka untuk terus menolak BN pada PRU ke-13 nanti.

www.harakahdaily.net

Sunday, April 18, 2010

Malaysia Agen Israel?


1. [ Bagaimana benih disemai begitulah hasilnya dituai . Jika perundingnya Israel maka pemikirannya Zionis .] Barangkali inilah perkataan yang boleh saya gunakan terhadap sikap dan tindakan terbaru yang diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap dasar luarnya .

2. Segala-galanya bermula selepas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil APCO Worldwide sebagai konsultan merunding imej beliau [ serta negara dengan kos RM 77 juta sebagaimana yang didedahkan oleh Datuk Nazri Aziz ] dan tindakan itu semakin jelas dan ketara selepas Perdana menteri bertemu dengan Presiden Amerika Barrack Obama baru - baru ini .

3. Selain daripada Perdana Menteri kelihatan amat terdesak untuk mendapatkan sokongan antarabangsa khasnya Presiden Obama dalam pembentukan atau penstrukturan semula imej beliau yang tercalar teruk ekoran pelbagai dakwaan skandal dan penyalahgunaan kuasa yang membayangi kepimpinannya , Perdana Menteri Malaysia juga kini dilihat sebagai "terjerat" dalam mainan zionis antarabangsa.

4. Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib kini mendahului negara - negara Islam yang lain [ sementara negara - negara Islam tersebut masih berdialog dalam pendekatan mereka mencari penyelesaian isu nuklear Iran] apabila mengambil langkah sadis dan menyokong dasar Penjajah Amerika untuk terus mengenakan tekanan ekonomi dan politik ke atas negera berdaulat Iran .

5. Biarpun beribu kali Kerajaan Iran menegaskan bahawa teknologi nuklear yang dibangunkan di negara mereka adalah bertujuan untuk menghasilkan tenaga alternatif dan kegunaan teknologi bukan senjata pembunuh sebagaimana yang didakwa oleh Amerika , ternyata Iran terus diasak dan ditekan oleh Amerika dan sekutunya di peringkat antarabangsa . Pelbagai bentuk sekatan ekonomi dikenakan ke atas Iran sekaligus menafikan kedaulatan negara tersebut .

[ sedang Iran masih patuh kepada resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ]

6. Kini Malaysia mengambil pendirian yang berbeza dengan Turki , Rusia dan China [ yang menetang tindakan Amerika ke atas Iran termasuk Ahli majlis Keselamatan PBB yang lain seperti Brazil dan Lubnan dijangka mengambil sikap yang serupa ] apabila [ Malaysia ] secara terbuka menyokong dasar Amerika terhadap Iran .

7. Sebelum ini Malaysia sekurang - kurang mempunyai sikap yang tidak berpihak kepada Amerika sebagai sebuah negara kuasa besar yang menjadi sekutu rapat Israel itu ,terutama dalam isu melibatkan kepentingan negara Islam dan ummatnya di peringkat antarabangsa , seperti isu Palestine dan penindasan ke atas ummat Islam .

8. Segala sikap dan dasar itu berubah secara drastik sejurus Malaysia mendapat khidmat rundingan imej berbayar dari sebuah Syarikat Konsultan bertaraf antarabangsa [ APCO Worldwide ] , sebuah syarikat yang panel penasihatnya ialah

Doron Bergerbest-Elion [mantan Ketua Keselamatan Kerajaan Israel]
Shimon Shein [ mantan Duta Israel ke German ] dan
Itamar Rabinovich [ mantan Duta Israel ke Amerika Syarikat ] .

9. Benarlah apa yang saya tegaskan sebelum ini , apabila Malaysia mendapat nasihat dan khidmat runding imej dari syarikat konsultan yang mempunyai hubungan erat dan intim dengan Israel maka sudah tentu yang dikonsult itu akan dibentuk pemikiran , sikap dan imejnya agar menepati agenda zionis antarabangsa .

10. Hasilnya telah dituai kini apabila Malaysia turut menyekat bekalan minyak ke Iran selari dengan kehendak negara penjajah dunia Amerika Syarikat dan saya difahamkan bahawa Petronas telah mengesahkan penjualan gasolin ke Iran telah dihentikan pada 4 dan 5 march yang lalu .-blog www.episodeperjuangan.blogspot.com

Wednesday, February 10, 2010

Bangkit dengan semangat membara-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan jentera parti seluruh negara dan negeri Perak supaya meneruskan gerak kerja dan bangkit dengan semangat baru yang membara ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

"Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh negeri Perak dan negara, dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan PAS selama ini," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

PAS, jelasnya berpandangan walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi Pakatan Rakyat, namun yakin rakyat negeri Perak masih dan akan terus bersama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang diterajui Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ianya kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sememangnya telah dipilih secara sah oleh rakyat negeri itu menerusi proses pilihan raya umum ke-12 lalu.

Episod hitam ini juga diingatkan jangan sesekali melemahkan semangat juang seluruh kepimpinan PAS negeri itu.

"PAS juga menyeru kepada seluruh peringkat kepimpinan PAS di negeri Perak khususnya, dan di seluruh negara amnya agar tidak menjadikan episod hitam ini sebagai alasan yang dapat melemahkan semangat juang," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan kepada seluruh rakyat Perak agar bertenang dan tidak terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

"Pihak kepimpinan tertinggi PAS pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini," katanya.-HARAKAH

Friday, January 22, 2010

Mutiara Tok Guru



هو الذي أرسل رسوله بالهدي ودين الحق ليظهره على الدين كله و كفى بالله شهيدا

• Pahala adalah duit manusia di hari akhirat kelak

• Iman adalah yakin

• Allah adalah tuan punya dunia

• Allah adalah Engineer dunia

• Sebodoh2 org tiada yang berani mengaku dia buat air setitik

• Al-Quran yang selalu memperkenalkan sifat2 Allah kalau nak dibandingkan dgn kitab2 lain

• Wujudnya langit dan bumi menandakan kita kebijaksanaan Allah

• Semua bangsa yang wujud di atas dunia ini adalah ciptaan Allah

• Kalau nak berniaga dengan cara untung pokok pangkalnya adalah beriman dgn Allah dan Rasul

• Orang yang tolak islam beerti mereka menganggap islam ini cacat sekaligus Allah jugak dikatakan cacat kerana Allah yang buat islam

• Kalau kita nak buat undang2 sendiri maka kita kena buat bumi sendiri

• Iman adalah barang dalaman dan islam adalah barang luaran

• Mak ayah, raja tak boleh ampun dosa kita, hanya Allah sahaja boleh ampunkan dosa kita

• Macam mana kita nak masuk syurga kalau diri kita kotor dengan dosa

• Sekular adalah ajaran yang memesongkan pemikiran dan kesatuan umat islam

• Tiada orang yang tiada musuh hatta Nabi Muhammad S.A.W sendiri mempunyai ramai musuh sedangkan dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah

• Orang mukmin adalah orang cerdik bukannya orang bodoh

• Kita mesti membentuk seorang yang bermusuh dengan Allah bertukar menjadi seorang yang cintakan Allah

• Nak cari benda yang lebih sebenar daripada kata2 Allah sudah tentu tak jumpa..

• Allah yang menciptakan manusia dan Allah jugak tau apa keperluan yang diperlukan oleh Allah

• Orang kafir adalah orang yang “menutup” nikmat Allah (menutup keimanan kepada Allah)..tidak peduli dengan nikmat Allah dipanggil kafir

• Nabi kita dicop seorang yang “baik” sejak kecil lagi…tapi bila Nabi kita membawa ajaran Quran maka dia serta merta dituduh memecahbelahkan masyarakat…

• Akidah nasionalis, sosialis, dan pragmatis adalah akidah karut

• Kita kena buang tahi ayam dalam kalbu kita seperti syirik, riak, ujub dan sebagainya sebelum kita mengadap Allah

• Bila kita mengenangkan kegerunan huru-hara kiamat maka itu adalah nikmat

• Kata2 hikmat daripada orang arab- annasu niamun faiza matu intabahu (manusia seluruh sedang tidur, apabila mereka mati baru terjaga dalam tidur)

• Rasulullah dilahirkan sebagai mesej untuk menyatakan kebenaran hari kebangkitan…

• Nabi S.A.W dibenci oleh manusia kerana membawa ajaran yang benar

• Nabi S.A.W mengajar kita supaya buat persiapan untuk masa depan (hari akhirat)

• Daripada zaman dahulu sehingga sekarang tetap akan wujud manusia yang disesatkan oleh Allah

• Biarlah ada dalam hati kita “aku sedang menumpang nikmat Allah”…kita menumpang Allah sekaligus kita jugak bergantung dengan Allah…kita bukan sekadar menumpang bahkan kita kena bayar kpd Allah dengan UBUDIYYAH

Sunday, January 17, 2010

Perjuangan Rasulullah


Seeloknya kitab ini jadikan sebagai bahan rujukan utama kita untuk lebih menghayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W..Apa yang penting salah satu 'kerja besar' Rasulullah S.A.W adalah berjihad di jalan Allah menentang golongan kuffar...jihad merupakan 'masa depan' umat islam...ingatlah kita dah hampir dengan 'janji' Allah iaitu hari Kiamat...islam pasti akan bangkit! TAKBIR

Monday, October 5, 2009

UMNO SENTIASA TAKUT DENGAN AL-QURAN


UMNO SENTIASA TAKUT DENGAN AL-QURAN

Utusan Malaysia menukilkan tulisan awang selamat yang bertajuk ”apabila Gobala memetik ayat al-Quran” (sila Klik). Dalam artikle itu, diberikan gambaran bahawa gobalakrishnan yang tidak beragama Islam itu, tidak mempunyai kelayakan untuk memetik mana-mana ayat Al-Quran pun dalam menyampaikan ceramah.

Semasa krisis rampasan kuasa di perak, UMNO juga pernah mengherdik tindakan YB Nga Kor Meng yang membaca al-Quran. Herdikan itu disokong pula oleh seorang mufti yang berlebelkan Tan Sri, dengan dakwaan ia bercanggah dengan islam.

Pelik bin ajaib dengan pemikiran orang UMNO yang mendakwa beragama Islam ini. Mereka amat marah, apabila wujud orang bukan Islam yang sudah mula membaca Al-Quran, tetapi mereka tidak pernah mengambil tahu tentang bagaimana semakin wujudnya orang Islam yang berbangsa melayu yang semakin hari semakin tipis kemampuan mereka membaca Al-Quran.

Apa yang nyata, hakikat UMNO adalah, mereka sebagai golongan yang tidak pernah mengikut al-Quran dengan ikhlas. Al-Quran diikuti, pada perkara yang sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Adapun yang bercanggah dengan kehendak nafsu, sudah pasti Al-Quran akan tidak dilayan, malahan diabaikan sedemikian rupa.

Di zaman dahulu, seperti amalan UMNO ini sering dilakukan oleh kaum yahudi; kaum yang mementingkan perkauman Bani Israel berbanding kebenaran. Keadaan yang sama sudah berlaku kepada parti perkauman melayu yang bernama UMNO. Justeru, tidak hairan jika dikatakan UMNO dan Yahudi; kedua-duanya mempunyai kesamaan yang amat ketara.

Takut kepada Al-Quran, sememangnya berlaku kepada UMNO. jika mahu dimarahkan kepada orang islam yang membaca Al-Quran, sudah pasti dirasakan seperti amat pelik. Tetapi, mereka akan berani menghalang orang bukan islam dari membaca Al-Quran, dengan pelbagai hujjah-hujjah yang hakikatnya berpaksikan nafsu syaitan keyahudian mereka.

Jika dibaca balik kisah di zaman terdahulu, kita akan dapat lihat bagaimana wujudnya kebencian dan ketakutan orang kafir Quraish terhadap bacaan Al-Quran itu sendiri. Seorang sahabat Nabi bernama Zubair bin Al-Awwam pernah bercerita bagaimana takutnya orang-orang kafir Quraish terhadap Al-Quran. Pada mereka, jika Al-Quran didengari oleh rakyat Makkah, sudah pasti mereka akan ditolak. Justeru, ketika Abdullah bin Mas’ud datang kepada mereka membacakan al-Quran dengan suara yang merdu, menyebabkan mereka sanggup memukul Abdullah bin Mas’ud sehingga luka.

Keadaan ini yang sedang berlaku kepada UMNO. Apabila wujud manusia – terutama ahli politik – berhujjah dengan al-Quran, pasti mereka akan menggunakan berbagai-bagai cara dan kaedah, bagi menutup mulut manusia tersebut dari membaca al-Quran.

Justeru, bagi menghadapi UMNO, jadikanlah al-Quran sebagai sandaran berhujjah. Sudah pasti, UMNO tidak akan bersedia berhujjah balas.

Sekian

p/s : kalau seseorang itu dikuasai oleh jin Kafir, kaedah yang paling berkesan adalah membaca ayat-ayat al-Quran. Nampaknya, keadaan yang sama juga perlu dilakukan terhadap manusia yang dikuasai pemikiran UMNO.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Sunday, August 23, 2009

Kecelaruan Ramadhan??


Aku melihat 8 kecelaruan umat islam yang berlaku di dalam Bulan Ramadhan

1. Ramai orang bertandan ke masjid untuk terawih tapi tak pernah datang masjid selepas bulan Ramadhan….fungsi masjid untuk Ramadhan jer ke?

2. Nafsu begitu lemah terhadap orang yang berpuasa tapi kenapa ramai jugak umat islam membazir di bulan ini? Berpuluh-puluh jenis makanan disediakan untuk juadah berbuka tapi semua mampu dimakan ke?

3. Syaitan memang dah tak de dalam bulan puasa tapi yang peliknya kenapa masih wujud lagi umat islam yang tidak menutup aurat?

4. Memang la nabi kata seafdhal-afdhal sedekah dalam bulan Ramadhan tapi kenapa kita kedekut dalam bulan lain? Sekedah untuk bulan puasa saja ke?

5. Quran hanya sekadar dibaca dan berlumba-lumba untuk khatam cepat tapi faham ke maksud ayat-ayat yang dibaca?

6. Kita pandai berpuasa menahan diri daripada makan dan minum tapi kita gagal berpuasa mulut daripada mengumpat, puasa mata daripada melihat benda maksiat, puasa telinga daripada mendengar lagu lalai…kan?

7. Kita merasa tak mampu nak buat segala ibadat dalam bulan puasa….alasannya sebab kita letih kelaparan…munasabah ke alasan tu?

8. Ramadhan tak meriah kalau tak de mercun….setuju? sedangkan mercun suatu benda yang membahayakan manusia

Bersambung.....

Sunday, August 2, 2009

PAS PUNCA PECAH BELAH???


Ramai yang menyifatkan "PAS ADALAH PUNCA PECAH BELAH"....hatta mereka berhujjah dgn ayat Allah "wala tafarroqu" jangan kamu berpecah belah...kita mestilah bersatu...kenape nak timbulkan huru -hara di jalan??nape nak buat demonstrasi sdangkan demonstrasi menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat....sbagai contoh perhimpunan membantah ISA hari sabtu lepas telah banyak menjejaskan premis2 perniagaan dan banyak kedai2 tutup....ramai rakyat yang bengang dgn perhimpunan ni...

So ramai yg mengatakan perjuangan gerakan islam khususnya PAS banyak memecahbelahkan masyarakat

PAS telah banyak menyebabkan masyarakat sukar bersatu

kita tengok2 sekali macam betul jgk pendapat dorg kalau fikir logik

persoalannya siapa yang sebenarnya menjadi punca perpecahan??perjuangan haq atau batil??

bukak perbincangan............