PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, November 21, 2010

Kejahatan UMNO!


Perang Saraf UMNO/ BN sudah bermula, gendang peperangan sudah mula dipalu oleh UMNO/BN, sebagai tanda-tanda Pilihanraya Umum ke 13(PRU13) akan berlansung sedikit masa lagi. Berbagai isu telah dibangkitkan didalam media kerajaaan BN melalui TV1, TV2, TV3 dan media cetak dan elektronik dan lain-lain lagi.

1. Segala isu dan masalah akan diketengahkan terutama dari negeri-negeri yang diperintah PAS, PKR dan DAP. Seolah-olah segala masalah dan isu disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP yang memerintah negeri itu.

2. Gambar klip video yang boleh memburukkan pemimpin PAS, PKR dan DAP akan ditanyang berulang-ulang kali didalam TV.

3. Isu banjir kat negeri Kedah, isu tanah orang Melayu kat Pulau Pinang, isu PKNS dan Yayasan Selangor di Selangor akan di timbulkan setiap hari.

4. TV akan membuat ulasan dari pemimpin UMNO/BN setiap hari terhadap isu-isu ini.

5. Apa sahaja kepincangan akan didedahkan, seolahnya segala kesilapan adalah akibat dari PAS, PKR dan DAP dan bukan UMNO, ketika memerintah negeri-negeri berkenaan.

6. Segala kegagalan akan dilemparkan kepada PAS, PKR dan DAP, seolah-olah UMNO/BN tidak terlibat langsung.

7. Pemimpin UMNO/BN mula menyerang setiap peribadi individu pemimpin PAS, PKR dan DAP.

8. Segala kegagalan dan keburukan UMNO/BN tidak akan nampak atau disiarkan dalam media.

9. UMNO/BN akan menggunakan dan memperkudakan mana-mana NGO untuk membuat demontrasi membantah PAS, PKR dan DAP.

10. UMNO/BN akan membayar mereka-mereka yang melakukan demontrasi kat negeri yang diperintah oleh PAS, PKR dan DAP yang kononnya mereka adalah ahli PAS, PKR dan DAP yang tidak puas hati terhadap kepimpinan.

11. UMNO/BN akan membeli pemimpin PKR seperti Zulkifli MP dari Kulim untuk membuat komen mengutuk dan mengiritik kepimpinan PKR dan PAS.

artikel ini aku tujukan khusus kepada pengikut UMNO

Saturday, November 20, 2010

5 Slogan Tokoh yang Menggoncang Dunia

As-Syahid Imam Hassan al-Banna ( Pengasas Ikhwanul Muslimun)
As-Syahid Syed Qutb ( Pengaruh Tafsir fi Zilal karangan menggerunkan musuh seluruh dunia)
Doktor Yusoff al-Qaradhawi ( Pengarang Fiqhul Aulawiyat)
Syeikh Mustafar Masyhur ( Jenazahnya diiringi oleh 500ribu manusia)
Doktor Fathi Yakan ( Kitab Maza Ya'ni karangannya menjadi panduan pejuang islam)
As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ( Pengasas Gerakan HAMAS di Palestin)
Syeikh Abdul Qadir Audah ( Aktivis Ikhwanul Muslimun)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Pengaruh dakwahnya memberi kesan kepada non-muslim di Malaysia)

Slogan mereka ringkas, tepat dan padat iaitu:

1. Allahu Ghayatuna ( Allah matlamat kami)

2. Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kami)

3. Al-Quran Dusturuna (Al-Quran panduan kami)

4. Al-Jihadu Sabiiluna (Jihad jalan kami)

5. Almautu fi Sabiilillah asma amanina ( Mati di jalan Allah cita tertinggi kami)

Dengan 5 slogan ini sahaja mereka mampu menggoncang dunia tanpa kita sedari

Lebih dari itu musuh-musuh islam begitu takut dan gerun dengan perjuangan mereka

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan ada di antara mereka yang gugur (syahid) dan ada pula yang menunggu-nunggu (janji Allah) dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka"

Semoga kita juga tergolong daripada kalangan mereka..

Takbir!!

Thursday, November 18, 2010

Kita yang perlukan Allah @ Allah yang perlukan kita?


Siapa yang berikan kita nikmat nafas??.......jawabnya Allah..kalau kita tak de nafas amacam?dapat ke kita hidup sekarang?

Siapa yang berikan kita nikmat mata??.......jawabnya Allah..kalau kita buta seronok tak?

Siapa yang kurniakan kita nikmat kenyang??......jawabnya Allah..kalau kita makan banyak tapi tak kenyang-kenyang apa kita nak buat?

Siapa yang sihatkan kita??...tentunya Allah....kalau kita tak sihat apakah sekarang kita berasa lega?

Siapa yang bagi nikmat pendengaran pada kita??.....confirm Allah..sekiranya kita ditulikan oleh Allah apa kita boleh buat?

Siapa pula yang berikan kita rumah??...Allah jugak kan??..ok kalau rumah kita terbakar dengan siapa kita nak pohon doa?

Siapa yang berikan kita 'teman hidup'??....memang sah Allah...sekiranya Allah tak berikan kita 'teman hidup' dengan siapa kita nak meluahkan perasaan?

Siapa yang bagi kita nikmat pakaian??...sebenarnya Allah..andaikata Allah tarik nikmat pakaian daripada kita amacam?

Siapa yang memberi peluang kepada kita untuk menggunakan hand set??...dah tentu Allah..kalaulah Allah tak bagi nikmat ni zaman sekarang susah kita nak berurusan

Siapa pula yang kurniakan kita nafsu??....jawabnya Allah..kalaulah Allah tak berikan nafsu pada kita macam mana kita nak makan??

Siapa yang berikan kita nikmat 'anak'??...confirm Allah..kalaulah orang yang mandul tersangat inginkan anak tapi Allah tak bagi apa dia boleh buat?

Siapa yang bagi kita nikmat Iman & Islam??...ini memang sah Allah yang bagi...tapi kalau Allah tak berikan kita Iman dan Islam apakah kita boleh masuk syurga??

Siapa yang berikan peluang untuk kita hidup atas dunia ni??...dah tentu Allah..sekiranya ini bukan ketentuan Allah memang kita tak akan wujud kat dunia sekarang ni..

sebenarnya banyak lagi aku nak sebut tapi dah tak larat sebab hakikatnya semua daripada Allah

So sekarang kita yang perlukan Allah atau Allah yang perlukan kita??

Wednesday, November 17, 2010

Perutusanku di Aidiladha 1431H


Perutusanku di Aidiladha 1431 H

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian makhluk yang ada di dunia yang sementara ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Pembawa Risalah Allah yang Maha Agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana telah berjaya menyebarkan sinar hidayah ke seluruh pelosok dunia, serta tidak lupa juga kepada ahli keluarga Baginda dan para Sahabat Ridwanullah 'alaihim ajma'in yang telah bertungkus lumus menjadi pendokong kepada perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan islam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Musim haji itu pada bulan-bulan yang telah maklum. Barangsiapa yang mengerjakan haji pada bulan itu maka janganlah dia berkata perkara yang tidak senonoh, berbuat maksiat dan bertengkar dalam melakukan ibadah haji. Segala yang baik yang kamu kerjakan Allah mengetahuinya. Bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah bekal taqwa. Dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang orang-orang yang mempunyai akal yang sihat" (surah al-Baqarah ayat 197)

Alhamdulillah marilah sama-sama kita tingkatkan seinfiniti kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T kerana Dia telah mengurniakan kita nikmat yang terlalu banyak hatta kita sendiri tidak mampu untuk membalasnya. Bahkan lebih daripada itu pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menhayati dan merasai suasana Aidiladha yang penuh dengan hikmah dan nikmah.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t takkala mana Nabi Ibrahim A.S diperintahkn untuk menyembelih anaknya. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Wahai ayahku buatlah apa yang diperintahkan kepadamu. Engkau akan dapati aku dengan kehendak Allah dalam kalangan orang yang bersabar"

Firman Allah yang menceritakan kita betapa hebatnya ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup untuk menyembelih anaknya semata-mata arahan daripada Allah. Tanpa sedikit pun pertikaian Nabi Ibrahim terus menyahut arahan Allah tetapi akhirnya Allah menggantikan Nabi ismail dengan seekor binatang untuk disembelih. MasyaAllah begitu hebat ujian yang diterima oleh para Anbia'. Cuba kita bayangkan ujian itu terkena kepada kita, apakah kita boleh taat perintah Allah??

Sebab itulah wujudnya Aidiladha adalah merupakan suatu mesej yang teramat penting kepada kita selaku umat islam khususnya dalam soal pengorbanan kita untuk mentaati apa jua suruhan Ilahi tanpa kita mempersoalkan sedikit pun. Siapa kita hendak melawan perintah Allah? Bukankah Allah yang menciptakan kita?? Apakah Allah tidak mengerti akan hakikat kejadian kita? Mustahil lah bagi Pencipta yang tidak tahu hakikat ciptaanNya..

Pengorbanan juga sering dikaitkan dengan perjuangan islam. Pendek kata pengorbanan dan perjuangan islam adalah suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu. Sudah menjadi lumrah orang yang berjuang untuk mengorbankan segala jiwa raga dan hartanya demi memastikan kemenangan islam. Orang yang tidak rela berkorban sebenarnya dia tidak layak untuk berjuang. Lebih-lebih lagi dalam kita menyeru manusia ke jalan Allah yang menjadi keperluan yang tersangat penting di akhir zaman. Itulah kenyataan yang pernah diluahkan oleh Mustafar Mayhur dalam kitabnya 'Dakwah Fardiah'.

Justeru saya menyeru kepada semua umat islam khususnya warga Malaysia yang berada di Yaman agar kita dapat menghayati sebaik mungkin kebesaran hikmah yang terselit di sebalik Aidiladha yang kita sambut pada tahun ini. Mungkin inilah Aidiladha yang terakhir dalam hidup kita. Jadi janganlah kita sia-siakan kehadirannya….

Sunday, November 14, 2010

Jom Puasa Hari Arafah!


Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

Aku ingin mengajak semua warga blogger, warga facebook, warga my space, warga friendster, dan seluruh umat islam yang melata di atas bumi ini yang sedang membaca blogku agar dapat sama-sama kita berpuasa hari arafah sempena 9 zulhijjah 1431H kerana ianya sebahagian daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Kemungkinan ini adalah peluang terakhir untuk kita merasai hari kebesaran ini...

Sampaikanlah seruanku ini kepada yang lain..

Labbaikallahummalabbaik.....

Saturday, November 13, 2010

"PAS sedia ganti UMNO"

1. Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun hari ini di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .


Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Perubahan Dalaman .

5. Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menegaskan bahawa "PAS mesti menang dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan kelemahan yang dialami oleh musuh" . Sementara kelemahan musuh hanya bonus dan ianya tidak boleh dijadikan asas strategik untuk PAS mencapai kemenangan dalam semua kerusi yang ditandingi oleh PAS disamping kerjasama politik yang telah dimeterai bersama rakan - rakan parti komponen Pakatan rakyat yang lain .

6. Terma "Kekuatan sendiri" ini perlu diberi perhatian oleh setiap organ parti khasnya pemuda. Saya melihat kekuatan sendiri yang dimaksudkan , selain merujuk kepada:

- kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta
- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru , juga
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

Pemimpin PAS perlu bergerak seiring dengan slogan [ PAS For All ] dan keperluan rakyat yang memerlukan pemimpin yang berwibawa serta mampu membimbing mereka keluar dari belenggu pemerintahan UMNO dan BN yang korup .

Tentunya pemimpin yang berupaya turun padang , menyantuni masyarakat dan menjuarai isu rakyat sangat diperlukan. Jangan hanya mengharapkan Presiden atau pimpinan tertinggi untuk berbuat demikian tetapi selain mereka , seluruh saf pimpinan disemua peringkat seperti pimpinan dewan - dewan diperingkat pusat , negeri dan kawasan , pimpinan diperingkat perhubungan negeri , kawasan , DUN dan cawangan juga dikehendaki pro aktif dan kreatif dalam membawa risalah perjuangan ini .

Perubahan Luaran [ nak jatuhkan UMNO jangan ikut cara hidup UMNO ]

7. Sementara perubahan luaran pula melibatkan penampilan , pendekatan dan gerakkerja parti. Saya percaya setiap peringkat parti telah mempunyai plan tindakan strategik mereka masing - masing . Cuma apa yang saya nak tekankan di sini ialah budaya kerja dan sikap kita mendepani sasaran dakwah atau pengundi .

8. Kesediaan menggantikan UMNO adalah satu langkah yang sangat ditunggu - tunggu oleh masyarakat yang telah kehilangan daya sabar untuk terus bertahan di bawah kepimpinan UMNO dan BN . Namun begitu , PAS mesti insaf dan sedar bahawa , PAS sekali - kali tidak boleh mengamalkan cara hidup UMNO jika mahu menjatuhkan UMNO . Jika cara hidup UMNO selama inilah yang membuatkan rakyat menolak mereka , maka bagaimana kita pula boleh mengamalkan cara hidup UMNO dalam kehidupan kita .

9. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan disiplin .peribadi dan jamaahnya. Pertahankan kemuliaan tersebut tanpa perlu bersikap apologatik berdepan dengan perubahan iklim sosial hari ini .

10. Insyaallah 2011 adalah Masa Untuk Berubah . Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi penjelasan dan penegasan betapa PAS telah sedia menggantikan UMNO dan 2011 yang dijangka akan berlangsungnya pilihanraya umum adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan . Roadshow ini akan disempurnakan dalam tempoh 3 bulan ini [ Dec - Jan - Feb ] Ayuh , kita tinggalkan UMNO untuk kesejahteraan negara dan seluruh rakyatnya.

www.episodesebuahperjuangan.blogspot.com

Friday, November 12, 2010

Bantahan Filem Gay

Muqaddimah Penulis

Gejala Sosial dan 'Bala Dosa' di Malaysia semakin hari semakin dahsyat menyebabkan aku tak dapat nak berdiam diri daripada terus berjihad dengan blog walaupun hakikatnya aku sekarang berada di Yaman yang bebas daripada maksiat.

Inilah tanda-tanda Kiamat yang semakin hampir dengan kita. Patutkah umat islam berpeluk tubuh melihat dosa-dosa yang bergelimpangan di hadapan mata?? tetapi malangnya isu gejala sosial kurang didedahkan oleh media UMNO.

Terbaru kita menyaksikan usaha untuk menerbitkan filem Gay pula di Malaysia. Apa sudah jadi dengan negaraku yang selama ini aku cintai?? Patut ke kita cinta kepada sesuatu yang jauh dari Allah??

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menentang hasrat penayangan filem “Anu Dalam Botol” yang didakwa bertemakan kehidupan gay.

Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata sikap penerbit filem tersebut Raja Azmi Raja Sulaiman, wajar dipersoal kerana cuba menonjolkan budaya songsang untuk tatapan masyarakat negara ini.

"Apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini?

Malah, DPPP juga hairan mengapa pihak beliau menamakan judul filem asal berkenaan adalah “Anu Dalam Botol”?," soal Nasruddin.

Beliau berkata demikian setelah merujuk kepada laporan sebuah portal berita tempatan semalam bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di negara ini selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.

Kata Nasruddin lagi, DPPP bukan bersifat taboo dalam membincangkan soal-soal seksualiti.

Malah katanya perbahasan Fiqh (Hukum Hakam Islam) telah dibincangkan secara panjang dan mendalam isu-isu mengenai seksualiti tanpa rasa segan silu kerana ia demi kepentingan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Menurutnya, perfileman, sepatutnya memainkan peranan yang betul untuk membangunkan minda masyarakat dengan cara menerbitkan filem-filem yang berkualiti disamping menggunakan sistem teknologi yang canggih.

"DPPP berpandangan bahawa kualiti adalah berdasarkan kepada jalan cerita atau pengisian yang memberikan kesan besar dalam diri masyarakat supaya menjadi lebih baik dan mampu mengkoreksi peribadi individu dengan mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat," katanya.

harakahdaily.net

Thursday, November 11, 2010

100 Manusia Yang paling Berpengaruh dalam Sejarah

Penulis amat tertarik dengan sebuah buku yang dikarang oleh Michael H. Hart yang merupakan seorang berbangsa yahudi dan juga ahli astronomi didalam bukunya yg bertajuk:
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (100 Manusia Yang Paling Berpengaruh di Dalam Sejarah)..

Apa yang menarik Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di ranking yang pertama yang menyebabkan buku ini menimbulkan kontroversi di kalangan yahudi sendiri. Antara alasannya ialah Nabi Muhammad S.A.W mampu mencari pengaruh bilionan manusia di seluruh dunia melalui peranan Agama dan Pemerintahan..

Yang menghairankan saya orang yahudi boleh mengiktiraf Nabi S.A.W sedemikian tetapi yang wujud di zaman sekarang adalah orang islam sendiri yang tidak 'respect' pada Rasulullah S.A.W..

mari kita perhatikan 100 ranking manusia berpengaruh dalam sejarah..

1 Muhammad
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts'ai Lun
8 Johann Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein
11 Louis Pasteur
12 Galileo Galilei
13 Aristotle
14 Euclid
15 Moses
16 Charles Darwin
17 Shih Huang Ti
18 Augustus Caesar
19 Nicolaus Copernicus
20 Antoine Laurent Lavoisier
21 Constantine the Great
22 James Watt
23 Michael Faraday
24 James Clerk Maxwell
25 Martin Luther
26 George Washington
27 Karl Marx
28 Orville and Wilbur Wright
29 Genghis Khan
30 Adam Smith
31 Edward de Vere a.k.a. William Shakespeare
32 John Dalton
33 Alexander the Great
34 Napoleon Bonaparte
35 Thomas Edison
36 Antony van Leeuwenhoek
37 William T.G. Morton
38 Guglielmo Marconi
39 Adolf Hitler
40 Plato
41 Oliver Cromwell
42 Alexander Graham Bell
43 Alexander Fleming
44 John Locke
45 Ludwig van Beethoven
46 Werner Heisenberg
47 Louis Daguerre
48 Simon Bolivar
49 Rene Descartes
50 Michelangelo
51 Pope Urban II
52 'Umar ibn al-Khattab
53 Asoka
54 St. Augustine
55 William Harvey
56 Ernest Rutherford
57 John Calvin
58 Gregor Mendel
59 Max Planck
60 Joseph Lister
61 Nikolaus August Otto
62 Francisco Pizarro
63 Hernando Cortes
64 Thomas Jefferson
65 Queen Isabella I
66 Joseph Stalin
67 Julius Caesar
68 William the Conqueror
69 Sigmund Freud
70 Edward Jenner
71 Wilhelm Conrad Roentgen
72 Johann Sebastian Bach
73 Lao Tzu
74 Voltaire
75 Johannes Kepler Lutheran
76 Enrico Fermi
77 Leonhard Euler
78 Jean-Jacques Rousseau
79 Nicoli Machiavelli
80 Thomas Malthus
81 John F. Kennedy
82 Gregory Pincus
83 Mani
84 Lenin
85 Sui Wen Ti
86 Vasco da Gama
87 Cyrus the Great
88 Peter the Great
89 Mao Zedong
90 Francis Bacon
91 Henry Ford
92 Mencius
93 Zoroaster
94 Queen Elizabeth I
95 Mikhail Gorbachev
96 Menes
97 Charlemagne
98 Homer
99 Justinian I
100 Mahavira

Wednesday, November 10, 2010

Malaysia dibebani Hutang


Manusia biasanya akan tertekan apabila berhadapan dengan bebanan hutang..begitulah juga negara..

Pada pengamatan saya sekiranya seseorang @ negara itu mengalami bebanan hutang yang teramat dahsyat, maka itu tandanya pengurusan hidupnya bermasalah sama ada di sisi manusia bahkan di sisi Allah.

Justeru saya rasa sebelum anda mengatakan negara Malaysia adalah negara yang 'baik' seeloknya anda meneliti artikel di bawah terlebih dahulu..

1 ] Baki Tunai lwn Pinjaman Tunai :

Walaupun kerajaan berjaya menyimpan baki tunai RM6.32 bilion pada 2009 berbanding hanya RM1.541bilion pada 2008, jumlah pinjaman tunai yang dibuat kerajaan tahun lepas adalah sebanyak RM107.171 bilion berbanding hanya RM75.156 bilion pada tahun sebelumnya

sumber : Laporan Audit yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

2 ] Hutang Negara :

2009 berjumlah RM362.39 bilion
  • paras paling tinggi dalam tempoh 5 tahun
  • mencakupi 53.7% daripada KDNK, kali pertama berlaku dalam sejarah negara
  • PM hanya menyebut hutang RM233.92 bilion (34.3% KDNK) di Parlimen Jun lalu
2008 – RM348.6 bilion

sumber : Laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

3 ] Hutang Kerajaan dalam Negara :

Hutang kerajaan dalam negara (domestic debt) pada tahun 2009 berjumlah RM348.6 bilion atau 96.2% keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.

setiap rakyat Malaysia (26 juta) menanggung hutang RM 14 ribu/org

Kerajaan membazir dan kurang berdisiplin dalam mengendalikan kewangan negara sejak kemelut ekonomi 1997.

Sejak 10 tahun lalu, Kerajaan persekutuan tidak bersungguh-sungguh mengurangkan defisit dan hutang negara, menjurus kepada akibat hari ini, kita berada di saat genting untuk membayar hutang negara dalam 3 tahun ini.

Kerajaan berpeluang capai keseimbangan belanjawan dalam tempoh 10 tahun lalu tetapi memilih untuk kekalkan defisit pada paras 4.3% secara puratanya.

4 ] Janji Perdana Menteri :

Tahap perbelanjaan (Peruntukan Bajet 2011) hampir 3% lebih tinggi daripada 2010.

Daripada peruntukan RM214 bilion,
  • RM163 bilion perbelanjaan operasi
  • RM51 bilion perbelanjaan pembangunan

Realiti :

Dari mana datang lebihan dana tersebut? Negara dalam keadaan defisit. Logiknya, perbelanjaan perlu dipotong jika negara berhutang.

Kerajaan komited kekalkan perkhidmatan awam yang terlalu besar, yg menggunakan 75% daripada peruntukan (perbelanjaan operasi > perbelanjaan pembangunan)

5 ] Kadar Pengembangan Perdagangan :

Dunia : dijangka berkembang pada kadar 11.4% berbanding pengucupan 11% bagi tahun 2009.

Malaysia – dijangka tumbuh 7% bagi tahun 2010
Thailand – 6.5-7.5% (setanding/lebih baik)
Singapura –13-15% (2x ganda lebih pantas)
China – 9.9%
Indonesia – tidak mengalami pengucupan pada 2009, pertumbuhan 6% (lebih besar kerana tidak mengalami pengucupan)

6 ] Kemasukan Pelaburan Asing :

Negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI dan peningkatan dalam pengeluaran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara – World Investment Report 2010

hanya Malaysia dalam kalangan negara ASEAN alami ‘negative inflow

FDI negara merosot 81%, RM4.43 bilion pada tahun 2009 dari RM23.47 bilion pada tahun 2008

Di kalangan negara ASEAN:

  • Malaysia hanya mengatasi Kemboja, Myanmar, Brunei, Laos, Timor-Leste
  • Negara ASEAN lain termasuk Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam mengatasi Malaysia dalam kemasukan FDI.
  • Pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi Malaysia

7 ] Kadar Defisit Negara :

2010 – 5.6%, sudah 13 tahun berturut-turut dalam keadaan defisit sejak 1998.

2009 – defisit mencecah 7.4%

2010 - Hasil kerajaan berjumlah RM162.13 bilion. Daripada jumlah ini, lebih kurang 36% pendapatan kerajaan datang daripada hasil minyak kerana Petronas menyumbang RM57.6 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti eksport dan dividen.

www.episodesebuahperjuangan.blogspot.com

Tuesday, November 9, 2010

Inspirasiku : Muhammad Al-Fateh

Umur 21 tahun sudah wujud semangat perjuangan islam yang amat tinggi kepada Sultan Muhammad al-fateh..sangat jauh bezanya jika nak dibandingkan dengan anak-anak muda zaman sekarang..Aku rasa sepatutnya tokoh ini perlu dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada semua anak muda yang cintakan perjuangan islam...

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.


Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Sunday, November 7, 2010

Resepi Azab Kubur...Na'uzubillah

gaya nak mati cepat
hidup berfoya-foya tanpa halatuju
model cara hidup yahudi
isteri solehah ke??
umur disia-siakan
hilang jati diri

Saturday, November 6, 2010

Masa Depan Negara Versi Najib


"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik sebuah laporan..

TINDAKAN pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat dikesali.

Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Ketika isu gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain dibincangkan dengan hangat di media massa, tiba-tiba kerajaan menyongsang arus merancang pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan.

Kajian menunjukkan bahawa gejala sosial yang melanda negara kita pada hari ini antara punca utamanya adalah hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Nafsu manusia dirangsang melalui hiburan-hiburan seumpama ini yang akhirnya membawa kepada penzinaan dan seterusnya pembuangan anak apabila mengandung.

Dengan perancangan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku. Kerajaan lebih mengutamakan keuntungan duit semata-mata berbanding dengan usaha untuk mengatasi gejala tersebut apabila menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM 427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, ceramah, kuliah dan lain-lain termasuk yang terbaru menubuhkan TV Al-Hijrah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, program-program tersebut hanya akan menjadi sia-sia apabila kerajaan terus menggalakkan hiburan yang berlebihan.

Sebagai seorang manusia, seseorang akan lebih cenderung kepada hiburan berbanding dengan program keagamaan kerana sifat tabiat semulajadi manusia yang diciptakan adalah sedemikian.

Rancangan kerajaan ini menampakkan lagi bahawa kerajaan tidak ada keinginan politik untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan membongkarkan lagi pembohongan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam untuk mengaburi mata orang Islam tetapi hakikatnya negara ini adalah sebuah negara sekular.

Justeru, Ulamak Pelapis PAS menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Jika kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah gejala sosial dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri, tidak acuan barat, seharusnya kerajaan membatalkan cadangan ini dan seterusnya mengurangkan tempat-tempat hiburan yang ada. Kerajaan seharusnya berusaha untuk membentuk suasana Islam dan bukannya menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat.

Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur