PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, April 3, 2012

Muamalat Dengan Yahudi

1. Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "

" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Tuesday, March 6, 2012

Kelantan Roll Model PAS..

Rasa gatal tangan nak menulis pagi ni...

nak berkongsi sikit...

Antara bukti kebenaran perjuangan PAS anda boleh tengok kesan dan hasilnya di Kelantan..

Dari sudut ekonomi ( jauh dari Riba), Sosial ( suasana islamik di merata tempat), pendidikan ( penekanan tentang kefahaman islam di sekolah YIK), politik ( mengajar rakyat apa itu politik islam yang jauh daripada penyelewengan dan rasuah),

Kalau nak dibandingkan dengan negeri lain (bawah UMNO) jauh langit bumi bezanya dgn Kelantan..

Cuba tengok ada tak kedai yang jual arak kt Kelantan?...ada x kedai Seven Eleven yang jual arak?...ada tak kedai2 judi di Kelantan ( Agensi nombor ramalan)??... ada tak disko atau kelab malam di Kelantan??

Inilah bukti kesungguhan perjuangan PAS dalam menegakkan Islam..

Kelantan sebenarnya menjadi ROLL MODEL sebuah kerajaan islam sebagaimana yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W 1400tahun dahulu...walaupun hakikatnya bukanlah 100% menyamainya...

So rakyat Kelantan sepatutnya berbangga...

kekalkanlah pemerintahan islam di Kelantan dalam PRU 13 nanti

pastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan UMNO sekular..

kalau jatuh kpd UMNo mungkin anda boleh menganggarkan apa nasib yang bakal menimpa rakyat Kelantan..


Sunday, March 4, 2012

5 Sebab Kenapa tolak UMNO

1. UMNO Memperjuangkan Bangsa...prinsip perjuangan UMNO sebenarnya bertentangan dengan prinsip perjuangan Rasulullah S.A.W...Rasulullah memperjuangkan islam bukannya bangsa

2. UMNO tolak hukum Allah...dalilnya Kelantan pernah cadang kepada Kerajaan pusat supaya dilaksanakan hukum islam tapi malangnya Kerajaan pusat

3. Maksiat Berleluasa...sebabnya UMNO memerintah gaya sekular bukannya gaya islam..Kesannya??..Nah lihatlah gejala sosial yang sedang parah membarah dalam masyarakat malaysia

4. Membiarkan pusat2 judi dan jualan arak berleluasa...ini jugak suatu sikap yang lahir daripada UMNO yang gagal memahami islam secara menyeluruh

5. Menjadikan Israel( Yahudi) sebagai teman setia sedang mereka menjadi musuh ketat umat islam seluruh dunia especially di Palestine..

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa kita mesti tolak UMNO,.,,aku tak larat nak tulis semua..korg cari sendiri lah maklumat..

Jangan cari maklumat dalam Utusan Melayu plak..mampus korg

Perlu diingat bahawa Utusan Melayu dan Berita harian adalah surat khabar UMNO

Lebih baik korg baca Harakah, itu lebih telus dan jujur

Wallahua'alam

Thursday, March 1, 2012

Pesanan Ringkas...

Aku ingin berpesan kepada semua gunakanlah internet ( blog, facebook, twitter dan lain2) untuk kita mengajak manusia mengenal islam dan perjuangannya..

Gunakanlah medan ini sebagai salah satu cabang jihad kita untuk menegakkan agama Allah S.W.T...

Tuesday, February 7, 2012

BlackBerry dan Perjuangan Islam


Belilah BlackBerry dengan saya sambil-sambil anda menderma kepada tabung Fi Sabilillah demi kemenangan Islam yang suci...

Banyak kelebihan BB sebenarnya menyebabkan hand phone ini sangat berbeza kualiti dan fungsinya berbanding dengan hand phone mahal yang lain..

BB ada satelite nya tersendiri menyebabkan connection internet dan BBM terlalu laju..

Mesej di antara pemakai BB hanya makan kos sehari 50 sen sahaja dalam tempoh 24jam walau banyak macam mana pun anda bermesej..

Ada 3model dengan saya iaitu BB Bold 9700 = RM750, BB Curve 9300 = RM650 dan BB Torch 9800 = RM1050

Warranty 2 tahun

Kalau anda berminat boleh hubungi saya segera 0132041372

Sunday, December 18, 2011

Ekspedisi Dakwah ke Sabah...


InsyaAllah sekiranya dan seandainya Allah menentukan kuasaNya untuk mentakdirkan aku panjang umur pada 22 hingga 29 /12/2011 aku bersama beberapa orang sahabat seperjuangan akan berada di Sabah atas dasar melebar-luaskan misi dakwah yang kian MALAP di sana kalau nak dibezakan dengan semenanjung ini..

Aku harus menerima hakikat bahawa Sabah tersangat memerlukan pendakwah-pendakwah dari Semenanjung kerana mereka amat dahagakan ilmu islam, ilmu mentauhidkan Allah. Kekuatan islam sangat lemah di sana lebih-lebih lagi pengaruh kristian semakin kuat dan hebat..Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang kita kekurangan tenaga yang benar2 ingin memperjuangkan agama Allah khususnya di negeri bawah bayu ini..

Betapa kita melihatnya ramainya pendakwah-pendakwah di Malaysia yang hanya suka berada di comfort zone dan rimas dengan suasana yang complicated..Di manakah erti perjuangan islam yang sebenar??..apakah kita lebih hebat daripada dakwah Rasulullah S.A.W??..bukankah perjuangan Rasulullah mengharungi perit pedih di atas landasan dakwah??..pernah kah Rasulullah selesa dalam berjuang??..persoalan-persoalan ini lah yang menjadi guider kepada aku dalam menelusuri medan dakwah sekaligus menjadi muhasabah yang amat berguna kepada diri yang hina ini..

Aku mohon kepada pembaca blog ini agar dapat mendoakan aku semoga terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan hukum Allah di muka bumi ini..jangan lah hendaknya Allah S.W.T cabut nikmat berjuang dalam diri ini..Wal'iyazubillah

Sunday, December 11, 2011

Madu Sidir dan Roh Perjuangan Islam..

Alhamdulillah hari ni 6 botol Madu Sidir Yaman telah terjual..Dan sebahagian dari keuntungan jualan madu ini akan dimasukkan ke dalam tabung pemuda Pas Subang dan tabung Dewan Muslimat Pas dan secara umumnya kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang menegakkan agama Allah..
Apa yang penting pastikan setiap tindakan dan gerak kerja kita mesti lah memberi sumbangan kepada perjuangan Islam. Sebagai abna'ul harakah seharusnya kita menyedari bahawa tanggungjawab kita cukup banyak hatta kalau nak dinisbahkan dengan masa yang ada memang tidak mencukupi. Memang benar apa yang telah diungkapkan oleh Imam Mujaddid As-Syahid Hassan al-Banna "kewajipan itu lebih banyak daripada masa".
InsyaAllah moga-moga risalah ringkas ini sedikit sebanyak dapat meniupkan roh perjuangan dalam jiwa kita dan juga kita mengharapkan agar roh perjuangan ini akan senantiasa sebati dengan hati sanubari kita..
takbir!!

Friday, December 2, 2011

Jadual Kuliah Terbaru..

4/12/2011 - Kuliah Subuh di Surau Hikmah Subang Bestari : Sambungan tajuk 7 golongan terselamat di bawah arasy Allah..

4/12/2011 - Kuliah Dhuha di Masjid Kota Damansara : 3 Persoalan Penting dalam kehidupan Muslim

5/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau Sakeenah TTDI Jaya : Muqaddimah Mukjizat Sains dalam al-Quran

10/12/2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Mardhiah Ulu Kelang : Sambungan 3 persoalan penting

20/12/2011 - Kuliah Maghrib di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan : Sambungan tajuk mukjizat sains dalam al-Quran

29/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau al-Bakariah Sentul : Sambungan tajuk 7 golongan terselamat

31/12/2011 - Kuliah Maghrib di Surau al-Azhar Sri Damansara

Moga-moga aku dirahmati Allah..

Doakan aku supaya terus tetap dalam perjuangan Islam

Saturday, November 26, 2011

Puasa Muharram...

Apakah dalilnya bahawa bulan Muharram bulan terbaik untuk puasa sunat?

Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.[1]

Apa hikmah kelebihan puasa di bulan Muharram itu?

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura. Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’.[2]

Nota kaki;
[1] Al-Wajiz, Syeikh Mustafa al-‘Adawi, hlm. 206.
[2] Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182.

Thursday, November 24, 2011

Virus di Alam Kampus



Moga-moga aku bukan dari kalangan mereka yang futur di medan perjuangan...

Tiada istilah pencen dalam perjuangan menegakkan agama Allah..ianya berterusan sehinggalah tibanya saat hari kiamat..

kalau ada yang kurang berpuas hati dengan statementku dalam video di atas anda dipersilakan untuk komen secara membina...terima kasih kepada pengomen..

Tuesday, November 1, 2011