PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, December 28, 2009

Ujianku di Yaman

Kadang2 seronok rasanya hidup di Sana'a (Yaman) yang penuh dengan ujian dan cabaran yg dapat mematangkan lagi pemikiranku...selama berada di Yaman aku tak pernah dengar dan tengok maksiat2 yang berlaku sepertimana di Malaysia...rasa aneh pulak...kalau ada orang bercouple kat sini memang aib giler laaa...kes kecurian pun aku tak pernah dengar...rompakan bank lagi laa xde...Yaman sekarang udah makin sejuk bangat...pagi ni sebelum pukul 5 aku dah berada di tepi jalan tunggu bas...sejuk gilerrr...tapi nasib baik la ada sayap kiri yang sentiasa bagi semangat padaku...zaujahku dah mula belajar elok dah kat jami'ah iman...gembira hatiku bile melihat seorang isteri yang begitu bersemangat menuntut ilmu kat cini walaupun macam2 ujian yg kami tempuhi bersama.kalau rasa nak kontek aku ambik lah nombor ni +967711802596 ataupun nombor Malaysia aku +60132041372...Alhamdulillah sedikit coretan...sambung lain kali

Wednesday, December 16, 2009

Doakan kebahagiaan kami



Buat yang mengenali diriku...aku memohon agar kalian dapat mendoakan kebahagiaan hubungan kami abadan abada....diharapkan tiada yang tidak merestuinya kerana setiap manusia pasti akan membuat kesilapan...maafkan aku seandainya aku pernah membuat kesilapan terhadap kalian...namun teramat mustahil untuk kita pastikan semua manusia redha akan kita sekaligus mengingatkanku pada pepatah arab yang berbunyi "ridhannas ghayatun la tudrak"(keredhaan manusia adalah suatu matlamat yang tak mungkin dapat dicapai)... terima kasih

Thursday, December 10, 2009

masuk musim sejuk da...

Sekarang aku berada di Sana'a Yaman bersama isteri tersayang.....

Yaman dah masuk musim sejuk dah...

Tengah sibuk dok buat preparation untuk hidup selesa di sini....

Tengah aktif dengan persiapan untuk belajar seminggu lagi...

Doakan semoga urusan kami dipermudahkan....

Monday, November 16, 2009

Sedikit makluman....

Aku berkongsi sedikit sahaja ilmu yang bertajuk "MEMBONGKAR MUKJIZAT SAINS DALAM AL-QURAN sempena roadshow kuliah maghribku sepanjang bulan ini seperti tertera di bawah....

Masjid Bulan Kubang Bemban Pasir Mas (siri ke-2)
Masa: Selepas Subuh
Hari: Jumaat
Tarikh: 20/11/2009

Masjid Beijing Rantau Panjang (siri pertama)
Masa: Selepas Maghrib
Hari: Sabtu
Tarikh: 21/11/2009

Masjid Besar Mekasar Pasir Mas (siri ke-2)
Masa: Selepas Maghrib
Tarikh: 23/11/2009

Kalau rasa maklumat ini ada kepentingan untuk islam sebarkanlah...

Tuesday, November 3, 2009

Jangan.......


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.






Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).





Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.






Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.. .






Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.





Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.





Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.





Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.





Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya....
Kalau gagal kecewa pula.





Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.





Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita....





Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.






Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.






Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.





ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.





Jangan biarkan diri anda membaca saje artikel ni ni. Sebarkan pada kepada semua saudara islam yang anda kenal !!


Wasalam

Tuesday, October 27, 2009

Hikmah di sebalik kekhilafan....


Sedikit coretan buat penyokong dan pendokong PAS....janganlah kita terlalu cepat membuat kenyataan-kenyataan tertentu terhadap isu hangat yang sedang berlaku dalam PAS sekarang sedangkan kita masih lagi tidak mengetahui hakikat sebenar ....kita kena banyak bersangka baik terhadap pimpinan2 PAS...yang pentingnya kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya...bersabar...di sebalik kekhilafan mereka pasti terselit SEJUTA HIKMAH...diharapkan agar janganlah kerana kita masa depan PAS semakin malap....Cubalah kita fikir macam mana nak kukuhkan binaan PAS bukannya berusaha untuk meruntuhkannya.....wallahu'alam

Thursday, October 22, 2009

Gambar-gambar FITNAH terhadap PR

Inilah gambar-gambar FITNAH yang telah dibuat oleh segolongan manusia yang tidak mempunyai hati perut....manusia yang suka menempah tiket untuk ke NERAKA JAHANNAM!!
Alim Ulamak ditohmah begitu hebat menandakan kita semakin hampir dengan saat KIAMAT....
Peristiwa besar yang sedang berlaku di akhir zaman ini adalah semakin bertambahnya manusia yang AMAT GEMAR MEMPERSENDAKAN AGAMA ALLAH.....
hakikatnya dalam kita memperjuangkan ISLAM pasti wujud manusia-manusia yang tidak berpuas hati menyebabkan mereka sanggup membuat BID'AH sebegini kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS
Manusia yang jahil suka sangat menabur FITNAH, mereka-reka cerita dongeng yang tak berasas...mereka hanya pandai menilai dengan NAFSU SYAITAN sahaja...

YA ALLAH HANCURKANLAH MANUSIA YANG TELAH MEMBUAT FITNAH KEPADA PERJUANGAN ISLAM......

Monday, October 12, 2009

Demokrasi Bobrok


Ish 3x lama betul saya tak mengarang yer….rasa rindu pulak nak sambung perjuangan ini…perjuangan dengan pena..memandangkan dunia dikejutkan dengan suasana duka di Padang (Indonesia)..Seluruh AHLI GERAKAN SEDUNIA termenung sejenak apakah ini semua berpunca daripada sikap sesetengah PENDAKWAH yang GAGAL memainkan peranan menyebabkan berlakunya bala dan malapetaka?


Kita sedia maklum bahawa Negara Malaysia telah lama mengamalkan system demokrasi berparlimen..Keamanan dan kesejahteraan yang sedang dinikmati seringkali dikaitkan dengan ‘berkat’nya amalan demokrasi ini hatta Malaysia jugak dikatakan sebuah Negara yang baik dan mendapat pengampunan daripada Allah dek kerana demokrasi…betul ke?


Apa yang saya nak bincangkan saat ini adalah berkenaan dengan makna demokrasi itu sendiri..Bagi individu yang ‘suka’ berpolitik dan ‘suka’ mengikuti isu-isu semasa mereka sangat arif tentang apa makna demokrasi iaitu ‘KUASA DI TANGAN RAKYAT’ ataupun kita boleh maksudkan sebagai ‘KEBEBASAN BERSUARA’…Pendek kata erti demokrasi yang sebenar adalah rakyat yang berkuasa menentukan pemimpin yang mereka suka dan rakyat jugaklah yang berkuasa untuk menentukan masa depan Negara sama ada rakyat dalam bentuk MAJORITI ataupun dalam bentuk MINORITI…yang penting adalah SUARA RAKYAT…


Cuba kita ‘relate’ kan dengan erti demokrasi yang sedang diamalkan di Malaysia sekarang..Adakah bertepatan dengan makna demokrasi yang sebenar?? Ini persoalannya…Sama ada anda di pihak UMNO, PAS ataupun DAP…Sama-sama kita menilai…Janganlah kita hanya sekadar pandai menilai dengan HAWA NAFSU sebaliknya kita menilai dengan KEWARASAN AKAL FIKIRAN NORMAL!!


Kalau saya nak ungkitkan sejarah boleh jerr…cuba perhatikan beberapa PERHIMPUNAN RAKSASA yang telah di’haram’kan oleh pihak Kerajaan..Sebagai contoh Perhimpunan BERSIH, Bantah TOL MINYAK, Bantah PPSMI, ANTI-ISA dan lain-lain…Kenapa perhimpunan sebegini DIHARAMKAN?? Bukankah di sana terdapatnya SUARA RAKYAT yang nak mengamalkan DEMOKRASI? Bukan sekadar suara minority bahkan MAJORITI!!...Hakikatnya SUARA RAKYAT di negara kita cuba dihalang sekeras-kerasnya tanpa berlaku tolak ansur yang rasional…Inikah erti NEGARA DEMOKRASI??


Kita tau kan sebelum berlakunya PRK di Bagan Pinang sudah beberapa kali berlakunya PRK di tempat lain seperti Permatang Pasir, Manik Urai dan lain-lain…malas saya nak sebut…Tapi apa yang menarik perhatian kita pilihanraya kecil yang telah berlaku banyak memaparkan sikap dan perwatakan serta reaksi dalam pelbagai Parti menyebabkan erti demokrasi yang digariskan kerajaan GAGAL DITERJEMAHKAN…Sehingga wujudnya PAKSAAN dan UGUTAN dalam membuang undi…Misalnya ‘undi pos’…Bagi yang berkerja dengan kerajaan ada yang didakwa tepaksa mengundi pihak yang tidak seteru dengannya sendiri…Alasan terpaksa? “saya nak jaga periuk nasi saya” “kalau saya tak undi UMNO nanti saya kena buang kerja” (INI CONTOH YANG BERLAKU) SEDANGKAN SETIAP UNDIAN ADALAH RAHSIA …Ayat ini sangat FAMOUS apabila berlaku PILIHANRAYA….


Saudara…..


Kalau betul lah situasi ini berlaku di Negara kita maka amalan demokrasi tidak lagi RELEVAN kepada rakyat yang WARAS…..


Persoalannya adakah MALAYSIA NEGARA DEMOKRASI ataupun NEGARA KUKU BESI??

Monday, October 5, 2009

UMNO SENTIASA TAKUT DENGAN AL-QURAN


UMNO SENTIASA TAKUT DENGAN AL-QURAN

Utusan Malaysia menukilkan tulisan awang selamat yang bertajuk ”apabila Gobala memetik ayat al-Quran” (sila Klik). Dalam artikle itu, diberikan gambaran bahawa gobalakrishnan yang tidak beragama Islam itu, tidak mempunyai kelayakan untuk memetik mana-mana ayat Al-Quran pun dalam menyampaikan ceramah.

Semasa krisis rampasan kuasa di perak, UMNO juga pernah mengherdik tindakan YB Nga Kor Meng yang membaca al-Quran. Herdikan itu disokong pula oleh seorang mufti yang berlebelkan Tan Sri, dengan dakwaan ia bercanggah dengan islam.

Pelik bin ajaib dengan pemikiran orang UMNO yang mendakwa beragama Islam ini. Mereka amat marah, apabila wujud orang bukan Islam yang sudah mula membaca Al-Quran, tetapi mereka tidak pernah mengambil tahu tentang bagaimana semakin wujudnya orang Islam yang berbangsa melayu yang semakin hari semakin tipis kemampuan mereka membaca Al-Quran.

Apa yang nyata, hakikat UMNO adalah, mereka sebagai golongan yang tidak pernah mengikut al-Quran dengan ikhlas. Al-Quran diikuti, pada perkara yang sesuai dengan kehendak nafsu mereka. Adapun yang bercanggah dengan kehendak nafsu, sudah pasti Al-Quran akan tidak dilayan, malahan diabaikan sedemikian rupa.

Di zaman dahulu, seperti amalan UMNO ini sering dilakukan oleh kaum yahudi; kaum yang mementingkan perkauman Bani Israel berbanding kebenaran. Keadaan yang sama sudah berlaku kepada parti perkauman melayu yang bernama UMNO. Justeru, tidak hairan jika dikatakan UMNO dan Yahudi; kedua-duanya mempunyai kesamaan yang amat ketara.

Takut kepada Al-Quran, sememangnya berlaku kepada UMNO. jika mahu dimarahkan kepada orang islam yang membaca Al-Quran, sudah pasti dirasakan seperti amat pelik. Tetapi, mereka akan berani menghalang orang bukan islam dari membaca Al-Quran, dengan pelbagai hujjah-hujjah yang hakikatnya berpaksikan nafsu syaitan keyahudian mereka.

Jika dibaca balik kisah di zaman terdahulu, kita akan dapat lihat bagaimana wujudnya kebencian dan ketakutan orang kafir Quraish terhadap bacaan Al-Quran itu sendiri. Seorang sahabat Nabi bernama Zubair bin Al-Awwam pernah bercerita bagaimana takutnya orang-orang kafir Quraish terhadap Al-Quran. Pada mereka, jika Al-Quran didengari oleh rakyat Makkah, sudah pasti mereka akan ditolak. Justeru, ketika Abdullah bin Mas’ud datang kepada mereka membacakan al-Quran dengan suara yang merdu, menyebabkan mereka sanggup memukul Abdullah bin Mas’ud sehingga luka.

Keadaan ini yang sedang berlaku kepada UMNO. Apabila wujud manusia – terutama ahli politik – berhujjah dengan al-Quran, pasti mereka akan menggunakan berbagai-bagai cara dan kaedah, bagi menutup mulut manusia tersebut dari membaca al-Quran.

Justeru, bagi menghadapi UMNO, jadikanlah al-Quran sebagai sandaran berhujjah. Sudah pasti, UMNO tidak akan bersedia berhujjah balas.

Sekian

p/s : kalau seseorang itu dikuasai oleh jin Kafir, kaedah yang paling berkesan adalah membaca ayat-ayat al-Quran. Nampaknya, keadaan yang sama juga perlu dilakukan terhadap manusia yang dikuasai pemikiran UMNO.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Wednesday, September 16, 2009

Kenangan di Bulan Ramadhan

penulis berada di Muzium Kesenian Islam
Persiapan sebelum berangkat ke Bukit Ampang Syurga Dunia ( rush maksiat di bulan mulia)
Dua orang sahabat yang sanggup berpenat lelah bersamaku (tengah moreh)

Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan di Airport Antarabangsa (hantar juniour p Jordan)

Sunday, September 13, 2009

Di Ambang Syawal VS Lailatul Qadar

Sekarang kita sedang menyaksikan dua pertembungan suasana yang teramat berbeza....

Manusia yang beriman sedang asyik mencari LAILATUL QADAR tetapi malangnya manusia yang jahil sedang dibuai dengan LAILATUL KAMDAR!!....manusia yang jahil bergembira dengan pemergian RAMADHAN kerana syoknya preparation SYAWAL....

Sedangkan manusia yang bertaqwa sedang bersedih tangis dengan titisan air mata kerana RAMADHAN hampir meninggalkan mereka....mungkinkah tahun depan aku masih dapat merasai erti RAMADHAN???

Renungkanlah...........

Tuesday, September 8, 2009

Sakit Saudara Mati

"Semalam sebelum tidur aku sesak nafas...hati tiba-tiba jadi gelisah..aku mula menggelabah...aku terus terfikir kematian...aku rasa semalam dah 100% sebijik macam nak mati....Ya Allah takutnya pada kematian ini dalam keadaan aku masih belum betul-betul bersedia...ntah lah kenapa hati jadi gementar secara tiba-tiba...tak tau penyakit apa yang aku kena...aku terus menyebut sebanyak-banyaknya "LAILAHAILLALLAH" lantas terus hatiku sedikit tenang...."

"Memang begitulah kondisiku semenjak dua menjak ni....setiap kali aku terasa sakit walaupun sedikit mesti dalam kepala terngiang-ngiang tentang kematian...hati automatik jadi gelisah...

Semaksum-maksum Nabi S.A.W tapi dia jugak merasa sakit dengan kematian...kita apatah lagi...

Ya Allah kalau engkau ingin matikan aku, matikanlah aku dalam "HUSNUL KHATIMAH" bukannya "SUUL KHATIMAH"..Ameen

Masih banyak lagi kerja-kerja islam yang aku tak dapat laksanakan...Ya Allah kalau boleh Kau tolong lah panjangkan umurku kerana manfaatku pada dunia dan agama ini....aku masih belum puas bermain di atas jalan dakwah ini....masih banyak lagi taklifat dan tanggungjawab yang terpaksa aku pikul.....Sebab itulah dalam sehari kalau aku tak berceramah ataupun mengajak manusia amar makruf nahi mungkar, sudah tentu hatiku terasa gelisah....

Terasa ruginya hidup ini kalau umur tidak dihabiskan untuk perjuangan.....Ya Allah panjangkanlah umurku kerana aku masih belum puas dengan perjuangan ini....

Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur pada Allah kerana masih lagi menyayangiku....masih lagi memanjangkan umurku....aku ingat hari ni dah tak de dah buatku...Alhamdulillah aku masih lagi hidup...Allah sengaja berikanku sedikit kesakitan supaya aku dapat mengenangkan bagaimana nasibku di saat ajal tiba....Allah mengharapkan agar aku lebih banyak mengingati kematian...

Alhamdulillah sebenarnya ingatkan KEMATIAN merupakan suatu NIKMAT yang tiada NILAINYA....walaupun kita terasa takut tapi ingatlah bahawa itulah tanda Allah mengasihi kita..

Buat saudara yang mengenali diriku...aku memohon jasa baik dari kalian agar mendoakan supaya aku dipanjangkan umur dalam redha-Nya...insyaAllah