PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Thursday, June 10, 2010

Di Mana Ustaz Akil??




Sengaja aku letakkan satu persoalan yang sudah lama terkubur dalam hatiku…Aku tersangat merindui seorang Da’ie yang amat relevan pendekatannya terhadap masyarakat seumpama Ustaz Akil..Walaupun terdapat segelintir umat islam di Malaysia membantai, mencerca dan memfitnah beliau dengan macam-macam cara namun aku suka melihatnya dari sudut sumbangannya terhadap masa depan islam ( walaupun kita tidak menafikan bahawa setiap manusia tetaop melakukan kesilapan)…hakikatnya manusia tak kan sempurna (perfect)..sesiapa pun tetap akan ada KELEMAHAN..So aku jenis tidak suka melihat keburukan orang bahkan aku melihat apa manfaat yang boleh kita ambil daripadanya..tak gitu?


Ada beberapa hikmah yang aku nampak di sebalik apa yang berlaku kepada Ustaz Akil:


· Dia seorang Pendakwah Moden yang bersifat semasa ( waqieyyah) kerana dengan uslub dan cara dia mengajak masyarakat berdasarkan keadaan masyarakat itu sendiri…Contoh mudah kita melihat di dalam ceramahnya beliau suka mendendangkan lagu2 pengajaran dalam masa yang sama masyarakat tertarik dengan kualiti ceramahnya..Kesan daripada tindakannya maka ramailah ustaz-ustaz di Malaysia terikut2 dengan caranya dalam mengajak umat akhir zaman…


· Dulu dia seorang artis yang kita katakan kehidupannya penuh dengan kelalaian dengan dunia…namun reality yang berlaku sekarang amat jauh bezanya..Dia telah banyak berubah berbanding dulu..tak sepatutnya kita mencerca orang macam ni kalau nak dibandingkan dengan artis-artis nasyid yang sekarang sudah berubah rentaknya bertukar kepada lagu-lagu LAGHA semata-mata!


· Jika kita meneliti kaset-kaset dan cd-cd ceramah Ustaz Akil kebanyakkannya memberikan kesan yang amat mandalam ke dalam hati anak-anak muda zaman sekarang…Adakah kita mampu nak mengajak anak-anak muda sekarang sepertimana Ustaz Akil?? Kalau kita tak mampu adakah layak untuk kita mencaci orang yang lebih mampu dari kita?


· Isu kahwin dengan Ustazah Waheeda (insyaAllah moga-moga dia jadi ustazah)? Terdapat ramai individu-individu yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan Ustaz Akil..Kenapa??..Persoalannya adakah Ustaz Akil telah mambuat sesuatu yang bercanggah dengan islam? Tambahan pulak dia kahwin dengan seorang wanita yang bertudung malah sekarang sudah berpurdah!!


· Bagiku inilah sebenarnya antara cabaran-cabaran seorang pendakwah. Pelbagai cara dan bentuk..Allah sudah tentu akan uji para Da’ie dengan ujian yang berat dan setimpal..Mungkin disebabkan Ustaz Akil suka mengajak masyarakat kepada islam lah beliau ditohmah dan dihina oleh manusia yang tidak faham islam..


Maaf aku bukanlah seorang yang taksub kepada Ustaz Akil malah jauh sekali aku berniat sedemikian..Namun aku ingin sedarkan sebahagian daripada kita agar kita tidak selalu menuding jari terhadap kesilapan orang lain dalam masa yang sama kita lupa sumbangannya terhadap islam..


Harapan aku terhadap Ustaz Akil agar kembali terjun dalam ARENA DAKWAH sebagaimana dulu..


Teruskan perjuanganmu..


Dalam doaku


Semoga engkau tetap thabat dalam perjuangan di bawah “payungan hijau

Wednesday, June 2, 2010

ISRAEL LAKNATULLAH


Tindakan ganas Israel laknatullah menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza semalam, 31 Mei 2010 yang mengorbankan 19 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain dikutuk sekeras-kerasnya oleh seluruh dunia.

Konvoi ini (Flotilla-yang bermaksud bergerak beramai-ramai) daripada Turki ke Gaza pada 22 Mei dilaporkan membawa kira-kira 10,000 tan makanan dan bahan bantuan lang lain. Konvoi ini membawa aktivis-aktivis daripada 30 buah negara termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, kanak-kanak warga emas. Jelas sekali di sini, konvoi ini bukan membawa tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan.

Berdasarkan laporan wartawan yang mengikuti perjalanan, Kapal Mavi Marmara bergerak meninggalkan Gaza sekitar 22 Mei lalu. Pada sekitar jam 4.00 petang waktu Malaysia semalam (31 Mei), sewaktu berada di 65 km melepasi pantai Gaza, kapal tersebut dihadang oleh kapal tentera Israel yang sudah menunggu.

Salah seorang wartawan yang berada di kapal menyatakan Israel terus menembak kapal tersebut sebelum mendarat. Wartawan Al-Jazeera pula menyatakan tentera Israel terus menembak kapal tersebut walaupun mereka sudah mengangkat bendera putih.

Sungguh tindakan tentera Israel ini amat biadap.

Israel berdalih dengan menyatakan mereka menyerang misi bantuan tersebut kerana meyakini di dalamnya terdapat ratusan militan. Malah mereka juga mengatakan bahawa diserang menggunakan pisau dan benda tajam lain.

Laporan satelit televisyen Al-Jazeera menyangkal dakwaan tersebut dengan menggambarkan konvoi tersebut cuba mengelakkan kapal tentera Israel sebaliknya kapal Israel terus menghampiri mereka dan menembak. 480 orang ini ditahan di penjara Gaza dan 48 yang lain dilepaskan.

Takziah di atas kematian pejuang kita di sana . Sungguh kita semua akan mati. Beruntunglah mereka yang berjuang dan mati syahid di jalannya.

Di sini disenaraikan 19 orang yang terkorban di dalam kejadian tersebut.

Noorazman Mohd Samsuddin, Ketua Delegasi Malaysia (pensyarah UIA)

Dr Mohd Arba Ai Shawal (doktor perubatan)

Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan (doktor perubatan)

Dr Selamat Aliman, peniaga

Jamaluddin Elias (Klang)

Al Hilmi Husain Suhaimi (ustaz)

Mohd Nizam Mohamad Awang (jurutera)

Abd Halim Mohd Redzuan (pegawai Syabas)

Ustaz Hasanuddin Aqsi Assarip ( petugas NGO sepenuh masa)

Ashwad Ismail (wartawan)

Shamsul Kamal Latip (jurukamera Astro Awani )



Dipetik daripada : Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan

Rujukan :
http://www.presstv. ir/llnw/
http://www.huffingt onpost.com/ 2010/05/31/ mavi-marmara- video-israel- news-gaza- flotilla_ n_595250. html

Monday, May 24, 2010

PAS pada Cerminan Ketulenan Gerakan Islam




CIRI-CIRI JAMAAH ISLAMIYYAH YANG DIWAJIBKAN KITA BERSAMA-SAMA DENGANNYA

Di antara perkara-perkara yang telah diterima dan tidak dapat dipertikaikan lagi, bahawasanya setiap pertubuhan atau Jamaah sama ada Jamaah Islamiyyah atau pun jamaah yang selain daripada itu, mesti mempunyal ciri-cirinya yang tertentu. Dengan demikian ia dikenali dan dapat dibezakan dari jamaah yang selain daripadanya. Jadi apakah ciri-ciri atau prinsip-prinsip Jamaah Islamiyyah yang menonjol dan membezakannya dari segala Jamaah atau pertubuhan dan ideologi yang dibuat oleh manusia di atas muka bumi ini ?

Sebenarnya ciri-ciri Jamaah Islamiyyah telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya. Terdapat nas-nas daripada Al Qur’an dan As-Sunnah yang menerangkan tentang ciri-ciri Jamaah Islamiyyah. Di antara ciri-ciri yang ada pada sebuah Jamaah Islamiyyah ialah :

1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semua ummah, dapat membebaskan semula golongan mustadh’afin dan menyelamatkan dunia dari kehuru-haraan dan kehancuran.

2. Jamaah yang lahir di atas kesedaran sendiri bukan atas dasar tidak puas hati dan sebagainya. Tidak dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Lahirnya kerana tuntutan Al Qur’an dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T. di dalam Al Qur’an yang bermaksudnya:

" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dan melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka (yang bersifat demikian), ialah orang-orang yang berjaya."

Dan maksud sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan dari Huzaifah Al Yaman :

" Wajiblah kamu bersama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka.

3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam
Maksud firman Allah :

" Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagian kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu dan Turki, bahkan ianya untuk seluruh manusia. Berdasarkan kepada hakikat inilah, maka PAS sebagai sebuah Jamaah Islamiyyah membuka keahliannya kepada semua orang Islam dengan tidak mengira apa bangsa mereka. PAS adalah berlainan dengan mana-mana pertubuhan atau parti-parti politik lain yang hanya menerima keanggotaannya dan bangsa-bangsa tertentu sahaja.

4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Sebagaimana firman Allah Taala :Maksudnya:

" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam (dengan mematuhinya) seluruh hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata."

5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan ummat Islam iaitu Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksudnya:

" Akan terus wujud segolongan ummatku yang berani melahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudharat kepada mereka oleh orang~rang yang menyanggahinya sehingga datangnya perintah dari Allah."

Inilah amalan dan sikap Jamaah Islamiyyah. Ia berterus terang di dalam menyatakan kebenaran walaupun dl saat-saat orang lain membisu seribu bahasa. Biarpun tindakan demi tindakan dikenakan terhadap anggotanya, namun Jamaah Islamiyyah tetap dengan perjuangannya sekadar yang termampu dilakukan olehnya.

6. Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatukan para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.

Firman Allah Taala : Maksudnya :

" Katakanlah, wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan di antara kami dengan kamu, bahawa kita tidak sembah kecuali Allah dan kita tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadi sebahagian yang lain sebagai tuhan melainkan Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka " Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang menyerah diri (kepada) Allah."

7. Jamaah yang terdapat di kalangan anggotanya sifat-sifat Hizbullah. Di antara sifat-sifat itu ialah seperti berikut :

a) Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka.
b) Merendah diri sesama mukmin.
c) Bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak mukmin.
d) Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.
e) Memberi kesetiaan kepada Allah, RasulNya dan para Mukmin.
f) Mendirikan solat.
g) Menunaikan zakat dan
h) Sentiasa ruku’ kepada Allah.

Sifat-sifat yang tersebut di atas itu selari dengan firman Allah Taala di dalam Al Qur’an yang bermaksud :

" Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka juga kasih kepadaNya. Mereka bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersikap tegas (gagah) terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka pula tidak takut pada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Ia kehendaki, kerana Allah amat luas limpah kurnianya lagi meliputi pengetahuanNya. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku’ (menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongNya (dapatlah ia kemenangan), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang."

Selain daripada itu Jamaah Islamiyyah adalah juga dianggotai oleh mereka yang memilliki sifat-sifat berikut :
a) Bertafakkur kepada kebesaran Allah dan kejadianNya. Allah Taala berfirman (bermaksud :

’Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi itu ada tanda-tanda yang jelas bagi mereka yang berirnan"

b) Takut hanya kepada Allah, sebagaimana maksud firman Allah Taala :

"Bahawasanya orang-orang mukmin, apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka terasa takut."

c) Taat kepada Allah dan RasulNya.Maksud firman Allah Taala :

" Dan taatilah kepada Allah dan Rasulnya jika sekiranya kamu beriman."

d) Kembali kepada hukum Allah dan RasulNya. Maksud firman Allah Taala :

" Maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam sesuatu perkara maka hendaklah kembali kepada Allah (Al Qur’an) dan RasulNya (As-Sunnah jika sekiranya kamu masih beriman kepada Allah dan hari kemudian (Qiamat)."

e) Berkasih sayang kerana Allah dan benci-membenci juga kerana Allah. Maksud sabda Rasulullah SAW. :

" Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah."

f) Benar-benar bertawakkal kepada Allah. Maksud firman Allah :

" Kepada Allah sahajalah kamu bertawakkal sekiranya kamu beriman kepadanya."

g) Saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Maksud firman Allah Taala :

" Dan saling ingat mengingatilah kanu antara satu dengan yang lain, maka saling ingat mengingatiiltu mendatangkan munafa’at kepada orang-orang mukmin."

h) Budi pekerti yang mulia. Maksud sabda Rasulullah SAW. :

" Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling mulia pekertinya."

a) Bergembira apabila melakukan perkara taat dan berdukacita bila melakukan maksiat.
Maksud sabda Rasulullah SAW. :

" Apabila kamu merasa gembira setelah melakukan kebaikan dan merasa berdukacita setelah melakukan keburukan maka itu tandanya kamu beriman."

8. Jamaah yang berjuang secara amali, tidak hanya teori semata-mata dan ia turun ke medan tidak hanya di tempat-tempat yang tertentu sahaja. Sebagaimana maksud sabda Rasulullah SAW. :

" Akan terus wujud segolongan ummatku yang berjuang di atas kebenaran dan berterus terang sehinggalah ke hari akhirat (qiamat)."

Berdasarkan kepada prinsip-prinsip gerakan Islam seperti yang dibentangkan di atas, maka dapatlah kita membuat keputusan bahawa mana-mana gerakan Islam yang wujud mestilah mempunyai asas dan matlamat penubuhannya. Ia ditubuhkan di atas kesedaran sendiri, bukan di dorong oleh rasa tidak puas hati kepada gerakan Islam yang lain yang telah sedia ada. Untuk lebih jelas dan yakin lagi, bahawa gerakan Islam mestilah mempunyali tujuan-tujuan sebagaimana berikut :

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Untuk merealisasikan semua tuntutan itu, Jamaah Islamiyyah mestilah mempunyai usaha-usaha seperti berikut :

a. Menyeru ummat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

b. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

c. Memupuk dan memperkuatkan lagi Ukhuwwah Islamiyyah dan menyuburkan rasa perpaduan dikalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

d. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan~pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan hidup Islam.

e. Menyediakan rancangan~rancangan dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan ummat Islam dan rakyat seluruhnya.

f. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan~persatuan, atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan gerakan Islam bila mana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan syariat Allah.

g. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat dan tanggungjawab mewujudkan keharmornian antara kaum di dalam negara ini.

Sebenarnya perkara-perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas telah pun sedia wujud di dalam perlembangan Parti Islam Se-Malaysia iaitu PAS di dalam bab yang ke tiga fasal lima dan fasal enam.

Kalau kita melihat dan meneliti dengan fikiran yang terbuka dan menjauhkan dari mempunyai perasaan taasub terhadap mana-mana pertubuhan maka kita akan mendapati bahawa semua perkara itu telahpun dan sedang diusahakan walaupun PAS menghadapi berbagai-bagai rintangan dan gangguan. Oleh kerana itulah bagi saya tidak ada sebab mengapa perlunya ada Jamaah yang lain yang memperjuangkan perkara yang sama dan mempunyai matlamat yang sama. Masalah kelemahan adalah merupakan perkara biasa bagi mana-mana pertubuhan yang perlu bagi kita ialah jangan kita mudah berputus asa dan merasa lemah semangat bila menghadapi permasalahan.

Wednesday, May 19, 2010

Islam ala sekular

jangan monyet...! aku kata jangan....! itu tak boleh...!

aku nk jugak! aku nak jugak ! aku tak kira....

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

S

ehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Wednesday, May 12, 2010

Tersirat di Sebalik Yahudi dan Sejarah Kekejaman Mereka


Mari kita mengenali siapa musuh sebenar umat islam….

  1. KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah.

  1. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya – segi tiga betul dan terbalik – membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

  1. YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap eksklusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka.

  1. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin))

  1. KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion yang mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah.

  1. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

  1. BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain.

  1. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

  1. KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy’ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal.

  1. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu.
  2. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan’an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

  1. Manusia lain selain Yahudi adalah ANJING. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim.

  1. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:

"Semua bangsa selain Yahudi adalah LAKNAT. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi".

  1. . DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ‘sapu bersih’ ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 – Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

  1. 1 Januari 1948 – kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

  1. 9 – 10 April 1948 – dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

  1. 11 Julai 1948 – Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

  1. 15 – 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel sekarang.

hakikatnya orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepada umat islam sehinggalah hari kiamat..inilah bukti kebenaran firman Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yahudi dan nasrani sekali-kali tidak akan redha terhadapmu wahai Muhammad sehinggalah engkau menjejaki langkah (agama) mereka"

Sunday, May 9, 2010

'Adnan Sempit'

Sekarang kita dikejutkan lagi dengan filem terbaru di Malaysia iaitu "Adnan Sempit" yang semakin berani mendedahkan aksi-aksi yang tidak sepatutnya dicontohi oleh umat islam...Mereka semakin berani menonjolkan kehidupan melampau mat rempet sehingga berjaya mempengaruhi para wanita yang memang terkenal dengan sifat MALU...tapi sayangnya kebanyakkan wanita di negara kita khususnya dan di dunia umumnya sudah tidak lagi menghargai diri mereka sebagai manusia yang 'malu'...

Filem ini juga mempamerkan kepada kita bahawa inilah reality yang berlaku di Malaysia sekarang sekaligus membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mampu untuk memastikan keamanan Malaysia dengan cara islam. Kita juga sedia maklum gejala sosial seperti zina, minum arak, dedah aurat, rasuah sumbang mahram dan sebagainya semakin menjadi-jadi di negara kita. Sedarkah kita?..

Mereka hanya mampu menyogok rakyatnya dengan hiburan yang melalaikan semata-mata tanpa ada sedikit pun manfaat di sebalik filem tersebut...Kita mengharapkan kepada pihak kerajaan agar menghentikan serta-merta filem-filem dan adegan-adegan yang berunsur lucah dan merosakkan akhlak&moral umat islam...

Ditambah pulak dengan sistem pengajian sekular yang semakin menebal di negara kita menyebabkan kita semakin runsing dan risau untuk mendidik anak-anak kita dengan nilai-nilai islam kerana dari kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan pelbagai tayangan yang menjolok mata...

Aku mengharapkan agar suatu hari nanti akan lahir di Malaysia nanti suatu parti@pertubuhan yang mampu mengajak rakyatnya sama-sama menuju ke arah syurga yang abadi bukannya neraka..

Friday, May 7, 2010

benda senang tapi tak buat....

عن عائشة رضي الله عنها قالت : عَØ·َسَ رَجُÙ„ عند رسول الله (ص) وقال : ما أقول يا رسول الله؟ قال : قل : "الحمد لله": قالوا: ما نقول له يا رسول الله؟ قال : "قولو: يرحمك الله" قال : ما اقول لهم يا رسول الله؟ قال : "قل لهم : ÙŠَÙ‡ْدِيكُÙ…ُ الله Ùˆ ÙŠُصْÙ„ِØ­ُ بَالَكم"


رواه احمد و ابو يعلى


Maksudnya : dari Aisyah R.A berkata, telah bersin seorang lelaki ketika bersama Rasulullah S.A.W lalu bertanya: Apa yang patut aku ucapkan Ya Rasulullah? Lalu jawab Rasulullah S.A.W: “Ucaplah: Segala puji hanya bagi Allah” lalu bertanya pula mereka yang mendengar bersin lelaki tersebut: Apa pula yang patut kami ucapkan kepada dia (lelaki bersin)? Lalu jawab Rasulullah S.A.W : “Ucaplah: Semoga Allah merahmati kamu” lalu bertanya lagi lelaki yang bersin itu: Apa yang patut aku balas Ya Rasulullah S.A.W? lalu jawab Rasulullah S.A.W: “Katakanlah: Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membaiki keadaan kamu


Rujuk Kitab Hayatus Sohabah (Kehidupan Sahabat) karangan Syeikh Mohd Yusuff al-Kandahlawi..


Boleh jugak rujuk Musnad Imam Ahmad Ibnu Hambal as-Syaibani