PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, November 3, 2008

aku harus sedar islam itu indah

Selama penelitian aku dalam menuntut ilmu, aku melihat tajuk ini tersangat unik bagiku untuk aku memahami erti islam yang sebenar secara mudah iaitu ciri-ciri khusus islam. Bila aku dengar tajuk ni aku dah tertarik dah. Rupa-rupanya indahnya islam sampai tahap ciri-ciri khusus pun ada yang mana aku tak pernah jumpa pun dalam agama lain. ke ada jugak agama lain?. Aku rasa tak de. Mungkin inilah antara bukti islam itu datangnya daripada Allah bukannya daripada pemikiran manusia. Aku amat yakin manusia tidak akan mampu membuat pemikiran sampai ke tahap ini melainkan dia mendapat petunjuk dari Ilahi.

Setakat yang aku aku tahu tajuk ini sebenarnya telah dikupas dan dibahas panjang oleh ulamak-ulamak haraki terutamannya di mesir . Bagi aku setiap orang yang berjiwa haraki seharusnya dan sepatutnya memahami secara mendalam tajuk ini becouse this is basic to understand our true religion. Aku sangat yakin dan percaya seandainya kita betul-betul faham perkara ini maka amat mudah sekali untuk kita menarik kepada orang bukan islam supaya mencintai islam.

Aku sebenarnya dah lama berniat untuk mencari peluang berhadapan dengan orang bukan islam untuk menjelaskan secara terperinci tentang tajuk ni yang sangat complete tapi malangnya peluang masih lagi tiada. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi setakat ni orang bukan islam dah ada yang tertarik dengan dakwah bil hal aku maksudnya mereka tertarik dengan penampilan yang aku bawa. Itu belum lagi aku cakap apa-apa tentang islam. Kalau cakap silap-silap masuk islam lah.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mencoret sedikit huraian di dalam blog ini secara detail tentang tajuk ini dan aku akan cuba sedaya upaya mengupasnya supaya lebih mudah untuk difahami oleh semua insan lebih-lebih lagi yang berjiwa pejuang.

Kalau aku tersilap hurai mintak tolong tegur dan komen-komen yang membina sangat aku perlukan.terima kasih.


Rabbaniyyah ( bersifat KETUHANAN).


Secara mudahnya aku nak cakap bila sebut soal rabbani kita kena faham maksudnya adalah apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah itulah yang dikatakan bersifat rabbani. Maknanya apa yang kita buat kalau betul-betul berlandaskan al-Quran dan sunnah itulah yang dikatakan Ketuhanan. Semuanya perjalanan hidup kita berteraskan apa yang Allah kehendaki. Semuanya bersifat taqwa kita pada Allah. Semuanya bersifat pengabdian kita kepada Allah tak terkecuali sedikit pun. Kesimpulannya apabila kita menyalahi kehendak al-Quran dan sunnah maka ketika itulah kita tidak lagi bersifat ketuhanan dan kita telah kehilangan satu ciri-ciri khusus islam yang paling utama. Opss jangan silap faham kalau ada yang mengatakan ‘negara Cina melaksanakan hukum hudud’ dikatakan bersifat rabbani maka itu adalah silap faham tentang ketuhanan. Kita kena ingat asas yang paling utama untuk bersifat rabbaniah ialah orang islam yang mengucap kalimah syahadah.

· Syumuliyyah


Islam itu merangkumi segala aspek kehidupan manusia dari buka mata hingga tutup mata,sebelum itu aku nak tanya apa maksud syumul???hah jawab laa.kita kene tahu takrif dulu baru senang nak nampak apa yang dimaksudkan dengan syumuliah. Maksud syumul dalam kamus marbawi ialah lengkap.ingat tau.kalau tak caye u refer sendiri la dalam kamus marbawi yang terbaru muka surat 327. Ia berasal dari perkataan (syamila), (yasymalu), (syamlan), (wasyamalan), (wasyumuulan). Kalimah ini satu lagi menunjukkan betapa hebatnya islam yang merangkumi segala aspek kehidupan kita sama ada dari sudut ibadat, muamalat, munakahat, jenayat, perundangan, sosial, politik, ekonomi, hati, perasaan dan sebagainya.malas aku nak sebut banyak-banyak sebab terlalu banyak. Maklumlah islam kan syumul semuanya berkaitan dengan islam. Apa dalilnya?? Ha rujuk sendiri dalam surah Al-Baqarah ayat 208. Aku masih ingat lagi pesan naqib aku kat sekolah falahiah dulu semasa dia menghuraikan maksud syumuliah. Dia kata:’syumulnya islam sampai tahap nak buat roti canai dan karipap pun diajar dalam islam tentang kaedahnya. Bila aku dengar kata-kata ni terus aku faham betapa islam sangat mengambil berat soal kehidupan umatnya hatta masuk tandas pun islam ajar kita. Apa sumber utamanya???Al-Quran dan sunnah lah. Hanya orang yang betul-betul berpegang pada Al-Quran dan Sunnah sahaja akan merasai kesyumulan islam. Orang yang tak berpegang dengan kedua-duanya selama-lamanya kan buta melihat kehebatan agama Ilahi.

· Alamiyyah


Islam sesuai kepada semua manusia,tempat dan masa.ha ini pun aku nak tanya apa maksud alami???kalau tahu InsyaAllah kita akan mudah memahami maksud alamiah. Tak pelah biar aku tolong jawab alami maksudnya sarwajagat@sejagat. Kita kena ingat bahawa islam bukan untuk orang arab sahaja, islam bukan untuk orang melayu sahaja, tetapi sebaliknya islam untuk seluruh manusia dan ajarannya sesuai untuk semua jenis manusia walau di mana sahaja mereka berada, walau bagaimana keadaan mereka sekalipun. Islam tetap akan memberikan kebahagiaan kepada sesiapa sahaja yang cintakan islam dan islam tetap akan melindunginya selama dia berpegang dengan islam. Satu lagi aku nak tambah, orang melayu tidak semestinya islam, jangan silap faham tau. Tolong bagitahu elok-elok pada masyarakat hanya orang melayu yang ikut segala ajaran islam sahaja diiktiraf sebagai islam sejati, yang lain tu islam jugak tapi just pada nama sahaja ibaratnya 'daftar program tapi tak nak ikut tentatif program', bukan ke pelik perangai macam ni??. Walaupun mat motor ramai dari kalangan orang islam kita kena ingat perangai diorang tak pernah pun diajar dalam islam. So bukan islam yang bersalah dalam soal ini. Islam tak pernah bersalah tetapi penganutnya yang selalu menjadi penyebab kesucian islam dicabuli dan difitnah.

· Inqilabiyyah ( islam tertegak di atas runtuhnya jahiliah)


ha tajuk nilah yang tersangat tidak berlaku di Malaysia kalau pembaca nak tau la dan inilah yang menyedihkan kita semua terutama orang yang faham islam. So tanggungjawab kitalah untuk membuat perubahan di negara kita yang tercinta ini. Aku melihat selagi mana al-Quran dan Sunnah tidak dijadikan sebagai sumber perundangan yang PALING TINGGI di Malaysia selagi itulah inqilabiah tidak akan dapat diwujudkan buat selama-lamanya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. “Al Islaamu ya’lu wa la yu’ la ‘laihi” (islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari islam). Dalam masa yang sama kita melihat bahawa islam sahaja lah satu-satunya tempat untuk kita menyelesaikan segala masalah manusia dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.


Thabat wa murunah (islam tetap dari sudut hukum anjal dari sudut pelaksanaan).

aku sangat seronok bila baca tajuk ni kerana ia menunjukkan bahawa islam bukanlah agama yang menyusahkan manusia.kalau lah orang bukan islam betul-betul faham memang aku nampak senang sangat diorang nak masuk islam. Tolong lah bagitahu kepada orang bukan islam segala ajaran dan suruhan dalam islam tiada langsung memberatkan penganutnya.kalau ada cuba cakap!!.daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara semuanya ada kemudahan. aku ambik contoh satu hukumm asal makan babi HARAM tetapi bila keadaan kita yang dalam terdesak kerana ketiadaan makanan maka kita dibolehkan untuk makan babi sekadar perlu bukan sampai tahap kenyang, tapi hanya sekadar untuk mengelakkan diri kita daripada mati kelaparan. itu saja, contoh lain apabila kita bermusafir maka solat kita diringankan oleh Allah dengan cara boleh dijama' dan diqasarkan, sama lah juga cara pelaksanaan solat bagi orang yang sakit kalau tak mampu boleh duduk, kalau tak mampu juga boleh berbaring dan kalau tak mampu juga boleh mengiring bahkan sampai tahap MUDANNYA islam kalau kita terlalu sakit sangat kita boleh solat menggunakan isyarat hati. Inilah yang dikatakan tetap dari sudut hukum tetapi anjal rari sudut pelaksanaan.

aku mengharapkan segala tulisan aku sedikit sebanyak dapat membantu kepada siapa yang memerlukan. jangalah bergantung pada point aku sahaja kerana aku bukanlah yang terbaik dalam menghurai tajuk ni. Tolong perbnyakkan rujukan supaya hujjah kita menjadi lebih kukuh.wallahu'alam

No comments: