PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, February 20, 2010

Di sebalik Transformer dan Star Trek


Di sebalik Transformer dan Star Trek

قال الله سبحانه وتعالى فى سورة البقرة : "ولن ترضى عنك اليهود والنصرى حتّى تتّبع ملّتهم"ـ صدق الله الظيم

Maksudnya: “Dan orang Yahudi dan Nasrani sekali-kali tidak akan redha denganmu (wahai Muhammad) sehinggalah kamu mengikut ajaran mereka” (ayat 120)

Pada pendapatku elok jugak para Da’ie meneliti dua filem gempak yang dihasilkan oleh barat ini sebagai pengajaran untuk kita hidangkan kepada masyarakat awam kelak…

Bukan setakat dua filem ni jer bahkan beratus-ratus filem lagi yang harus kita ambil perhatian (bukan ambik kesempatan)…

Sebenarnya filem ini terselit konspirasi ataupun rancangan jahat untuk menghancurkan pemikiran dan rohani umat islam..Buktinya?

Watak utama mestilah dikaitkan dengan hero dan heroin yang sudah tentu lakonan mereka akan diselitkan dengan unsur-unsur seks dan lucah…Inilah aksi yang sangat menyeronokkan jiwa-jiwa remaja islam dan sememangnya mereka seringkali disogokkan dengan budaya hiburan yang melampau…

Filem-filem keluaran barat teramat ghairah memperkotak-katikkan WANITA sebagai “perangkap syaitan” untuk melariskan jualan mereka kepada umat islam yang jahil…Biasalah bila heroin berpakaian seksi siapa yang tak tertarik? Mereka tidak ubah hanyalah sekadar “bidadari-bidadari dunia” sahaja..

Bak kata Rasulullah S.A.W:

النساء حباءل الشيطان

Maksudnya: “wanita adalah perangkap syaitan”

Kalau anda tanya orang-orang kampung (yang jahil) kebanyakkan mereka tidak menyedari akan wabak ini..Boleh jadi mereka hanya mampu menjawab “ah tak de masalah pun, ini masalah kecil jer…biasalah akhir zaman memang begitu”

Cerita-cerita sebegini memang confirm akan bertamu di dada-dada televisyen kita yang hanya akan menunggu mangsa jiwa-jiwa anak kita yang masih lagi tempang dalam menilai di antara kesucian islam dan kebobrokan kuffar…

Sebab itulah aku suka nak ingatkan kepada pembaca bahawa racun yahudi dan nasrani ada 4 S iaitu:

1. S- Seks (budaya seks melampau)

2. S- Song (hiburan yang melalaikan)

3. S- Sport (sukan yang mengenepikan hukum Allah)

4. S- Screen (pengaruh televisyen)

Hakikatnya akan sentiasa wujud golongan-golongan yang mahu melihat kehancuran umat islam dan tamadunnya…Wallahu’alam

No comments: