PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, June 22, 2009

JOHN 3:16



Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..

Friday, June 19, 2009

Antara Perkahwinan dan Jiwa Da'ie


Hubungan Perkahwinan dan Dakwah sebenarnya tak dapat dipisahkan seumpama INTIMnya hubungan kucing di atas.....betul kan?

Bukan semata-mata nafsu tetapi pendorong semarak perjuangan seorang da'ie. Inilah hakikat yang amat sukar untuk direalitikan..

Fokus pada tujuan dan dasar..jadikan ianya sebagai PERINGATAN buat da'ie yang memiliki 'asistant'...

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh seterusnya kita berpotensi melahirkan seramai yang mungkin jiwa-jiwa dakwah..Ini kena jelas

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan KHALIFAH-KHALIFAH di muka bumi ini.”
Rasulullah saw juga penah bersabda:
‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”
Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”
Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:
“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:
“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.
Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabutlah sembahyang kita.
Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.
Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Pendek kata "PERKAHWINAN MERUPAKAN TEMPAT SEORANG DA'IE BERHIBUR"

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.
Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga.Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.

p/s:- perlu diingat bahawa perkahwinan juga menjadi penyebab kita kehilangan JIWA DA'IE..beware.......

Monday, June 15, 2009

5 Wasiat Imam Syafi’e


1.“Perbanyakkanlah menyebut Allah daripada menyebut makhluk”

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit sahaja kita puji habis-habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. Ingatlah puji Allah sahaja yang MUTLAK

2.”Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia”

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang sendeng fikiran sibuk memikirkan dunia hingga terlupa akhirat. Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang akhiratnya. Saham-saham dunia tak penting, tapi yang paling penting ialah saham akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3.”Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan”

Pesan Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, nescaya akan meremehkan segala kelazatan-kelazatan dunia”. Ingatlah saudara, walaubagaimanapun kita nak lari namun kita tetap akan merasai bagaimana suasana kematian. Cuma yang tinggalnya kita hanya mampu mengubah bagaimana memilih cara kematian.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini.

4.”Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga”

Syaitan memang sentiasa menghasut dan memerangkap diri kita dengan menyuruh atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingati kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

5.”Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain”

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita men yebut-nyebut kesalahatan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang “kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan.Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari ke arah orang itu tapi 4 jari lagi menuding kea rah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita yang lebih buruk daripadanya.

-petikan daripada buku 30 wasiat imam syafi'e-

Sunday, June 14, 2009

Al-Fatihah Buat Doktor Fathi Yakan


Kita telah kehilangan seorang lagi tokoh gerakan yang teramat berpengaruh yang saya rasa sudah tentunya memberi kesan dan impak yang cukup besar dalam dunia gerakan islam

Al-fatihah

Monday, June 8, 2009

Bagaimana Mustafar Masyhur menjawab...

Bak kata Syeikh Abdul Kadir 'Audah : "Umat islam berada dalam keadaan berdosa sekiranya tiada usaha untuk menegakkan khilafah islamiah"

Perlu juga dijelaskan kepada bahawa jemaah yang bakal dimasuki dan
berjuang dengannya, mestilah merupakan satu jemaah yang menganut Islam
dengan segala kesyumulan (sempurna dan menyeluruh). Mengambil Islam
sebagai akidah, ibadah, akhlak, undang-undang, perlembagaan, siasah dan
jihad. Malah mencukupi semua aspek kehidupan. Apabila sesuatu jemaah
hanya mementingkan beberapa sudut kehidupan sahaja dan mencuaikan
beberapa sudut yang lain kerana lebih mengutamakan kemudahan dan
keselamatan atau dengan alasan yang lain, maka jemaah itu bukanlah satu
jemaah yang sempurna.

Jemaah Islam yang diharapkan untuk melaksanakan kewajipan yang besar ini
patutlah meluaskan segala usahanya ke serata dunia. Dengan ini dia dapat
menyediakan dasar dan asas yang lebar dan luas untuk Ad Daulah Islamiah
Alamiah, bukan hanya terbatas kepada satu tempat atau negeri yang
tertentu sahaja. Jemaah yang telah mempunyai pengalaman dan mengalami
berbagai cubaan itulah merupakan jemaah yang boleh dipercayai.
Diharapkan ia akan dapat melaksanakan tanggungjawab (masuliah) yang
terbesar dan mulia ini dan dapat merealisasikan segala tujuan perjuangan
Islam. Membawa buah dan hasil seberapa segera dan mempergunakan waktu
dan usaha dengan sebaik-baiknya. Kefahamannya, pemikirannya, harakahnya
jauh dari kecuaian dan keterlaluan, jauh dari penyelewengan dan
pengambilan juzi'ah (mengambil bahagian dan meninggalkan sebahagian). Ia
terus berjalan menurut jejak dan petunjuk Rasulullah (s.a.w) dan para
salafussaleh.

Jemaah ini juga mestilah jemaah yang teratur rapi (munazamah) di dalam
satu ikatan yang teguh dan perpaduan yang utuh. Segala perancangan
adalah penuh perincian dan telah diputuskan oleh jemaah. Bukanlah ia
merupakan jemaah yang porak peranda, bertindak seperti bidan terjun
(irtijal), tanpa perincian yang rapi, tanpa disiplin dan tanpa syura.

Patutlah disebutkan di sini beberapa kesalahan dan bahayanya perpecahan.
Perpecahan itu membahagi-bahagikan usaha-usaha kepada berbagai jemaah
yang kecil-kecil. Pada asalnya, setiap orang yang ingin bekerja untuk
Islam hendaklah menyatu padukan segala suara dan usaha di dalam satu
jemaah. Jemaah ini pula telah memenuhi ciri-ciri yang telah disebutkan
tadi. Jadi tidaklah boleh ia mengibarkan bendera baru atau bernaung di
bawah jemaah yang baru, untuk mencuba-cuba atau mencari pengalaman yang
baru. Tindakan begini hanya akan memecah belahkan segala usaha untuk
Islam. Jadi, tidaklah harus baginya memisahkan dirinya dari satu jemaah
yang besar yang telah mempunyai semua ciri-ciri tersebut serta mempunyai
berbagai pengalaman (tajribah) kecuali jika didapati di dalamnya
kefasikan atau kesesatan (dholalah) keseluruhannya.

Dengan penjelasan mengenai marhalah ini, diharapkan setiap individu yang
benar dan ikhlas dapat memahami dan akan mendapati bahawa ciri-ciri
jemaah yang dipilih itu telah ada pada jemaah Ikhwanul Muslimin dengan
kurnia dari Allah (s.w.t) dan taufikNya.

[Utz Mustafa Masyhur]

Wednesday, May 13, 2009

Sukarnya kemenangan ISLAM


Saudara dan saudari yang dikasihi,

Lihatlah pergolakan di Perak yang teramat sukar menemui penghujungnya, Perebutan kuasa MB antara 2 fahaman yang sangat jauh bezanya. Hakikatnya kita melihat betapa sukarnya 'islam' di Perak untuk bangkit bersama-sama rakyat yang sedar.

Inilah buktinya KIAMAT belum lagi hampir kepada kita kerana masih teramat jauh lagi untuk kita memastikan kemenangan islam di Malaysia.betul tak?

So penghujung hayat dunia ini berlaku di saat BANGKITNYA ISLAM.....

Sedikit coretan..

Saturday, May 2, 2009

Sekadar luahan

Fuhhhhhh…………………………….betapa susahnya nak jadi orang soleh di saat hampirnya dunia dengan kehancuran.Fuhhhhhhhhhh… Betapa sukarnya nak ingat Allah di saat hampirnya kita dengan janji Allah (Qiamat). Huhhhhhhhhhh……..Hebatnya ujian dan cabaran pejuang-pejuang islam saat ini….

Saudara…..

Aku sendiri mudah alpa dengan reality dunia yang menghanyutkan manusia ini….memang semakin hari semakin ramai manusia yang hanyut dengan godaan akhir zaman……Sedangkan aku dah bergelumang dengan kuliah maghrib tiap2 malam pun sakit jiwa nak menghadapi suasana akhir zaman….Hakikatnya : “Semakin hampir kita dengan Allah, semakin hebat &
kuat cabaran yang harus kita hadapi”

Ntahlaaa…

Bukan senang nak jadi orang yang hampir dengan Allah sekarang, peluang nak cintakan dunia amat mudah sangat…….apa yang kita nak semua ada dan semua dapat. Kadang-kadang terasa dunia ni dah macam syurga...Ohhhh silapnya aku kalau demikian sangkaanku

Yang lebih aku risaukan………….

Kaum lelaki berhadapan dengan fitnah wanita yang tersangat hebat……Aku pun kena…lagi2 aku menghafal quran tambah pulak aku belajar agama lagi lah kuat ujian wanita buatku…… Ya Allah betapa sakitnya mata dan jiwaku sekarang nak cuba jadi soleh dengan Allah……Amat senang sangat nak nengok pompuan SEKSI, TAK PAKAI TUDUNG,
BERPAKAIAN TAPI BERBOGEL dan macam-macam lagi tau….Ramai lelaki yang menjadi mangsa godaan wanita...Mintak jauh sangat dari benda ni

Perghhh…….

Aku segan giler dengan orang yang dapat melawan ujian akhir zaman……….sbb dia mampu melawan arus takkala orang lain semuanya dihanyutkan arus. Bukan senang nak jumpe orang macam sekarang kan? .memang orang ini aku akan sentiasa dampinginya (kalau aku betul2 jumpa)……Betul lah kata-kata hikmat pernah aku jumpa dari seorang hukamak iaitu: “Mencari sahabat yang soleh di akhir zaman sesuatu yang mustahil”

Alahai…….

Zaman sekarang zaman kita menyaksikan majority umat islam yang bencikan agama sendiri……pelik tak? Zaman sekarang zaman orang dah tak suka hidup beragama…..zaman sekarang jugak rata2 manusia ,merasakan kehidupan di dunia suatu yang kekal selama-lamanya…… ish3 zaman yang kita alami ni teruk tuan-tuan……memang kiamat sudah dekat sangat dah….Aku takutttttttttttttttttt sangat2 dengan nasib umat islam sekarang lebih2 lagi pada diriku yang lemah iman niiiiiiii……

Memang betul lah…

Kita dah kesuntukan masa untuk beramal………..

Sahabat2 seperjuanganku….

Inilah masanya untuk kita buat perubahan kepada dunia islam, masyarakat sekarang sedang dahagakan dakwah kita sebenarnya tapi malangnya kita tak menyedari..

Aku rasakan bahawa inilah waktu yang paling relevan untuk kita tegakkan ISLAM

JANJI TUHAN PASTI BERLAKU

TAKBIR!!!

Saturday, April 18, 2009

Bukan Masa Berehat

Sedikit perkongsian buat seluruh pendakwah dan pejuang agama Allah

Kiamat semakin hampir kepada kita

Tanda-tanda kiamat kecil semua telah berlaku

Sekarang kita hampir berhadapan kedatangan dajjal

Saat pertemuan dengan Tuhan kian terasa

Seruan syurga dan neraka melambai-lambai manusia

Masa kita untuk berdakwah sudah hampir kepada penghujungnya

Tempoh untuk kita menyeru manusia ke jalan Allah semakin suntuk

Ingatlah

Sekarang bukan lagi masa untuk kita berehat

Sekarang bukan lagi masa untuk kita berdiam diri

Sekarang bukan lagi masa untuk kita bertengkar sesama sendiri

Sekarang bukan lagi masa untuk kita berpeluk tubuh

Sekarang bukan lagi masa untuk kita katakan "ah,aku sibuk dengan kerja, tak de masa dengan islam"

Sekarang bukan lagi masa untuk kita terus biarkan manusia masuk neraka

Ingatlah saudaraku sekalian

Sekarang kita perlu berkerja keras

Usaha bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan agama Allah

Kita sama-sama mengajak manusia seluruhnya untuk kembali kepada Allah

Kita juga bersama-sama menarik manusia seramai yang mungkin untuk menelusuri syurga

Kita juga tak lupa mengingatkan manusia akan kedahsyatan api neraka

Inilah masanya saudara seperjuanganku

Gunalah apa cara sekalipun jiwa dan raga kita

Semata-mata untuk kita cari Redha-Nya

Ingatlah saudara

Sekarang bukan masanya untuk kita berehat

Sekarang masa untuk kita bertindak

Sebelum kita terlewat

kerana esok-esok adalah............

QIAMAT

P/S khas buat diri yang hina

Thursday, April 2, 2009

9 April 2009

DENGAN NAMA ALLAH

InsyaAllah dengan izin Allah aku akan berada di Malaysia pada 9 April 2009(kalau Allah panjangkan usiaku). Seruan dan lambaian SYAHID sedang menungguku di sana. Medan-medan dakwah sedang menghamparkan duri-duri pengorbanan buatku. Aku akan kembali ke Yaman pada hujung tahun ini untuk menyambung sirah firtah hidup sebagai pejuang. Sesungguhnya kewajipanku terlebih banyak daripada masaku . InsyaAllah.......doakan aku

Tuesday, March 24, 2009

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah

Takut untuk bagi permit kepada akhbar yang membawa kebenaran? Itu tandanya SALAH…………Betul lah kata pepatah melayu "BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH"………………………….

Politik Malaysia ‘khorban daaiman’ (sentiasa rosak). Sedarlah wahai saudaraku inilah BALA yang menimpa negara kita sekarang……………..SEMAKIN RAMAI UMAT ISLAM YANG TAKUT AKAN KEBENARAN………MEREKA LEBIH CINTAKAN KEBATILAN………………………

Maklumat yang terbaru saya dapati akhbar harakah dan suara keadilan telah digantung permit oleh KDN selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta bermula semalam……….

Inilah masanya yang paling tepat untuk saya katakan bahawa peranan blog sangat relevan untuk dimainkan sebagai pengganti lidah harakah dan keadilan……………….

Bagi saya pihak kerajaan teramat BIMBANG (khouf jiddan fi kabiiril musykilah) seandainya permit kepada akhbar harakah dan keadilan masih lagi diberikan buat masa sekarang. Sebabnya??????????

Sebabnya………………….itulah yang dikatakan politik kotor (siasatul fasad wa siasatul maridh) yang dianjurkan oleh kerajaan yang ada supaya AURA KEBENARAN tidak berani menentang keangkuhan mereka. Mereka teramat takut sekiranya KEBENARAN menyinari kegelapan sistem politik Malaysia……………..

Tindakan kerajaan yang menahan permit tersebut telah mengZAHIRkan lagi betapa hancurnya makna sebuah DEMOKRASI yang dicipta sendiri oleh tangan-tangan mereka………….

Betul lah kata A.Samad Said bahawa negara kita sekarang sedang mengalami KECACATAN demokrasi..

Mereka semakin hilang kewarasan dalam mentafsir erti DEMOKRASI yang sebenar. Sebab itulah Allah turunkan pelbagai bentuk BALA dan ANCAMAN kepada rakyat. Siapa yang susah? Siapa yang terpaksa pening kepala untuk settlekan bala ini ??? Susah tentu pihak yang MENEMPAH BALA itu sendiri……………………..

Saudara perlu ingat apa erti sebenar demokrasi iaitu “KUASA DI TANGAN RAKYAT”.”KERAJAAN TIDAK BOLEH MEMAKSA RAKYAT UNTUK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK”"RAKYAT DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK MENYUARAKAN PENDIRIAN MEREKA"………………..Inilah makna demokrasi sebenar tapi…………………………..

Kerajaan kita seolah-olah ingin meniru sistem pemerintahan kuku besi yang tidak memberi ruang sedikit pun kepada rakyat untuk bersuara. Kalau bersuara pun seolah-olah tidak ada kesan dan tindakan. Apa semua ni?????.............................

So………………………sebenarnya...

Kita tidak pernah membenci orang islam di dalam pihak kerajaan

tetapi

Kita BENCI orang islam yang tidak mahu MEMBELA agamanya....

Kita amat BENCI orang islam yang tidak sedar dirinya seorang MUSLIM.....

Kita amat BENCI orang islam yang bersikap ingin menghancurkan agamanya sendiri.

Anda tahu siapa mereka?

Friday, March 20, 2009

Amankah Malaysia?

Keamanan yang HAKIKI adalah bergantung kepada apa yang telah DIUKIRKAN oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang mulia. Keamanan yang diwarwarkan oleh manusia seringkali melencong daripada maksud keamanan yang sebenar sejajar dengan fitrah manusia. Oleh yang demikian mahu tidak mahu kita terpaksa menurut garisan SYARAK untuk memastikan kita betul-betul mengecapi erti SEBUAH KEAMANAN……

Bagi saya keamanan yang tidak selari dengan landasan kitab suci, maka itulah SEBENARNYA yang dikatakan KEHANCURAN………………….

Selama mana manusia tidak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah maka selama itulah juga manusia akan MERANA di dalam KEHANCURAN HIDUP………..

Negara yang AMAN adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah saba’ ayat 15 yang bermaksud “……………..negeri yang baik lagi mendapat keampunan daripada Allah” (KEAMANAN DAN KEAMPUNAN ALLAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN)……………………

Sebelum anda kata Malaysia sebuah Negara yang aman dan bahagia cuba lah anda perhatikan SEDETAIL YANG MUNGKIN dahulu apa yang telah dan sedang berlaku di Malaysia sekarang………Sudah tentu anda tahu kan? Itupun kalau anda seorang yang mengikuti arus semasa dan perdana........................

Dada-dada akhbar menjadi bukti keadaan Malaysia yang sebenar…………….

Dan boleh kita katakan masalah-masalah yang timbul sekarang masih banyak lagi tidak menemui penyelesaian sehingga hari ini……………………

Hakikatnya Malaysia sekarang memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan Malaysia dahulu………

Rakyat rasmi di Malaysia memang kita sedia maklum iaitu namanya MELAYU. Tau tak anda apa maksud melayu???. Senang jer jawapannya, maksudnya LEMAH. Sebenarnya saya sangat tidak setuju bangsa kita dinamakan melayu. Entah lah siapa sebenarnya yang mewujudkan nama ni. Saya betul-betul tak setuju. Tapi bila kita fikir balik betullah kata orang kadang-kadang nama yang disebut-disebut telah menjadi suatu DOA dan memberi IMPAK yang sangat BESAR kepada pemilik nama…………betul tak?? Mungkin anda pandang remeh pendapat saya. Tak kisah lah apa pun anda nak kata...................

Semasa zaman jahil dulu saya rasa seronok sangat-sangat hidup di Malaysia kerana saya sangka memang saya berada di sebuah Negara yang aman, tapi bila dah dewasa, pemikiran pun dah matang, ilmu pun bertambah, kepimpinan pun dah mula berbuah, saya jadi takut nak lafazkan bahawa Malaysia sebagai Negara aman berdasarkan pengamatan saya pada apa yang berlaku di Malaysia sekarang…………Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya saya just membuat penilaian berdasarkan penilaian Allah sahaja. Saya tak guna pun sumber lain. Kalaulah saya tidak menilai berdasarkan agama mungkin saya akan dapati agak sukar bagi saya untuk menyedari bagaimana realiti Malaysia sebenarnya……..

Logik lah jugak kalau saya katakan masalah orang melayu sekarang bertimbun-timbun adalah revelan dengan nama MELAYU………..(layu dalam pelbagai aspek)

Selepas anda baca apa yang saya tulis ini, jangan lupa cek dulu sejauh mana benar ataupun silap kenyataan saya (itupun kalau anda tak percaya tulisan saya)……………….Kalau anda dapat menafikan semua yang saya sebut di bawah ini maka boleh lah anda katakan Malaysia adalah sebuah negara aman dan makmur. Tak gitu??

Kes Antatuya – kita pun sedia maklum kan kes ni tak settle sampai sekarang? Agak-agak anda kenapa jadi macam ni? Bagi saya benda ni mungkin lah satu bala daripada Allah untuk pemberi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Bila penyakit itu tidak dijumpai ubatnya maka rosaklah............

Kehilangan adik syarlinie – ada orang kata kes ini telah membongkarkan lagi kelemahan sistem perundangan Malaysia. Ini bukan saya yang kata tapi kawan-kawan saya………. Apa pendapat anda?. Sehingga sekarang adik syarlinie masih belum dijumpai. Entah apa yang sedang berlaku kepada adik ni sekarang. Cuba anda bayangkan kes ini berlaku kepada anak anda macam mana? Saya yakin anda tentu akan TERTEKAN GILERRRRRRR. So adakah anda hanya sekadar menyebut “ tak pelah saya redha dengan apa yang berlaku” ? Ke di sana ada sesuatu untuk anda bertindak?

Ribuan anak luar nikah – anda pun tahu kan anak luar nikah di Malaysia sekarang semakin ramai?. Ramai giler tau tak..... Agaknya apa punca yang menyebabkan timbulnya masalah ni? Orang Malaysia kuat nafsu ke? Ataupun orang Malaysia ramai yang miskin sampai tak mampu nak kahwin? Ke macam mana? Adakah ini nilaian sebuah keamanan bagi rakyat yang merdeka?

Sambutan hari maksiat – ini pun ada orang kata sambutan tahun baru dan malam kemerdekaan adalah sebagai “hari sambutan maksiat”. Saya pernah hadir pada sambutan malam kemerdekaan dekat Masjid Syakirin. Ribuan umat islam terutama para remaja yang hadir untuk sama-sama menyaksikan persembahan bunga api yang menelan belanja ribuan ringgit. Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya betapa ribuan anak-anak muda melayu bersama pasangan masing-masing menanti saat ‘bahagia’ (berseronok di lubang neraka)………………..mungkin inilah yang dikatakan Malaysia Merdeka kot........

Perogol dipotong telinga – pernah berlaku beberapa tahun lepas adalaaa…….. seorang hamba Allah tu buat cadangan supaya dipotong telinga terhadap perogol kerana alasannya amat kukuh (kononnya). Nak tau apa alasannya? Sebab si perogol ni jenis tak dengar nasihat, so dia patut dipotong telinga………………..logik tak sedara? Sedangkan kita lupa bahawa ini lah sebenarnya ‘jenayah’ kepada umat islam………….apa boleh buat bila ayat Allah dilelong..............

Mat Rempet cintakan Minah Rempet – bagi saya ini gejala menarik dan memikat sesetengah remaja juhala’. Betullah kata Allah dalam surah an-Nur yang bermaksud: “Perempuan yang jahat hanyalah untuk lelaki yang yang jahat…………..”. Maka tak mustahil lah kalau wujud mat rempet mestilah akan wujud juga minah rempet, kalau wujud jiwa ustaz maka akan wujud juga jiwa ustazah. Inilah sunnatullah…………Tapi yang saya kecewa amat sedikit rakyat Malaysia yang pandai mendidik anak mereka berjiwa ustaz. Apa boleh buat ayah dulu pun mat rempet, mak dulu pun bekas minah rempet…………..jadi maknanya kalau sape-sape yang ada anak berjiwa mat rempet, maka bersedialah untuk menerima menantu yang berhati minah rempet. Logik tak pendapat saya?

Ulamak dunia- kalau anda seorang yang belajar agama maka anda akan melihat timbulnya 2 jenis ulamak di Malaysia iaitu ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kenyataan ini ditegaskan oleh Imam al-Ghazali. Agak ramai la jugak ulamak dunia bertebaran di Malaysia. Anda tau tak apa maksud ulamak dunia? Imam al-Ghazali kata “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya sebagai tempat cari makan (mereka menjual agama Allah dengan harga yang sangat murah). Sebab tulah lahirnya banyak fatwa-fatwa yang terpesong dari syariat……………………….mungkin inilah jugak sebab kenapa Malaysia diiktiraf sebagai negara ‘bahagia’………………..

Kes Rompakan dan Kecurian – Bagi saya kes ini dah menjadi kebiasaan bagi umat Malaysia. Anda setuju?. Sebab apa saya kata biasa? Benda boleh katakan hari-hari masuk akhbar dan televisyen macam mana kita tak kata biasa? Padahal di sisi Allah kedua-dua kes ini menjadi satu dosa yang BERAT……………………….tapi hakikatnya negara kita bahagia kalau ada pencuri kan?

Perhimpunan BERSIH – saya dapat berita lah, tak tau betul ke tak, anda selidik sendirilah, perhimpunan ini berlaku atas sebab ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Saya tengok lebih 100 ribu jugak yang hadir sebab ramai yang tidak puas hati dan kita sama-sama menyaksikan perhimpunan ini telah menghuru-harakan rakyat Malaysia kerana ianya diharamkan oleh kerajaan. So disini kita melihat wujudnya 2 golongan iaitu golongan yang menentang kerajaan dan golongan yang mencintai kerajaan. So ini lah juga bukti sukar untuk kita katakan negara ni negara aman bahkan mungkin secara warasnya kita akan fikir negara kita masih tidak ‘merdeka’ kerana berlaku perpecahan rakyat.

Kes Lina Joy – anda tentu tahu bagaimana sebenarnya negara Malaysia selepas mengikuti isu ini………………..

Pembunuhan adik Nurin – Betapa sedihnya nasib yang berlaku kepada arwah adik Nurin. Mayatnya ditemui dalam keadaan yang teramat KEJAM lebih hina daripada binatang. Rupa-rupanya kita sedar masih lagi wujud manusia yang berhati binatang di negara kita. Siapa mereka itu? Anda mungkin akan mengenali mereka. Tak sekarang mungkin besok. Tak besok mungkin lusa dan seterusnya………..dan tidak mustahil anda juga bakal menjadi MANGSA seterusnya. beware…………………

Rombakan Rumah Allah (masjid) – Apa yang penting kejadian rombakan rumah Allah tanpa alasan yang munasabah telah banyak berlaku di negara kita. So kalau lah berlaku lagi penghinaan terhadap rumah Allah maka tak mustahil lah negara kita akan menerima bala…………………

Masjid Dhiror – ada orang kata Masjid Kristal di Terengganu adalah Masjid Dhiror. Entah aku pun tak pasti sejauh mana betul kata orang. Aku tak berani sangat nak menghukum. Tapi kalau benarlah masjid kristal dibina atas tujuan kepentingan peribadi semata-mata dan menjadi penyebab berlakunya PERPECAHAN di kalangan umat islam di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya, maka patutlah kita iktiraf sebagai Masjid Dhiror

Kes Murtad – peliknya Malaysia sampai tahap umat islam ramai yang murtad berbeza dengan amerika dan eropah yang semakin ramai memeluk islam. Kalau anda tak percaya cuba anda selidik bagaimana percambahan umat islam yang berlaku di Amerika dan Eropah sekarang. Eh negara Malaysia bukan power sangat pun dalam pembangunan tapi kenapa sampai tahap nak murtad? Pelik lah. Orang Eropah jauh lebih maju daripada kita tiba-tiba mereka pulak yang berduyun-duyun masuk islam. Tak ke terbalik?

Kes Pembuangan Bayi – telah beratus-ratus kes pembuangan bayi berlaku di negara ini sehingga kita boleh katakan isu ni bukan isu janggal di kalangan rakyat. Nak buat macam mana dah terlalu kerap berlaku. Saya rasa punca besar berlaku kes ni ialah sebab zina. Itulah logiknya. Dah mereka tak sanggup nak tengok ANAK HARAM. Eh anda tau tak binatang tak pernah diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat ada akal tapi tak pernah berlaku dalam sejarah binatang membuang anak mereka……………..pelik tak?

Al-Quran hanya dijulang berdasarkan bacaan sahaja – Kita asyik kagum dengan pertandingan tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh kerajaan hingga ke peringkat kebangsaan, sedangkan kita tak sedar apa yang berlaku di sebaliknya. Apa yang menyedihkan kita adalah quran hanya diagung-agungkan pada bacaan sahaja. Tidak lebih dari itu. Padahal matlamat yang sebenar al-Quran bukan sekadar baca bahkan WAJIB ke atas setiap umat islam atau kerajaan islam untuk memastikan al-Quran di letakkan di tempat paling tinggi dalam sistem perundangan negara…………jika sekiranya al-Quran hanya sekadar dibaca maka akan hilanglah KEHEBATAN SEBENAR AL-QURAN. Tak gitu?......

Undang-undang Allah dipinggirkan – disebabkan lahir ramai golongan yang menjual agama Allah dengan harga murah maka automatik akan berlakunya perbahasan-perbahasan untuk melumpuhkan undang-undang al-Quran. Hal ini berlaku hanyalah kerana mereka merasakan undang-undang Allah dah tidak sesuai di zaman moden bahkan ia just suitable pada zaman dahulu kala sahaja………Maka saya merasakan permasalahan umat islam selama-lamanya tidak akan dapat diselesaikan selagi mana hukum Allah tidak diyakini sepenuhnya………….

Nabi Muhammad hanya disanjung bulan Rabi’ulawal sahaja – kita sedia maklum Nabi S.A.W merupakan contoh paling ideal bagi manusia bukan untuk umat islam sahaja. Tapi satu perkara yang mengecewakan kita, Nabi Muhammad hanya diingati pada bulan Rabi’ulawal sahaja. Apa reaksi sesetengah umat Malaysia selain bulan ini?? Mereka seolah-olah tidak pernah pun mengenali siapa Rasulullah. Jauh lagi nak mengamalkan sunnahnya…………

Pemimpinnya tidak menjadikan islam sebagai cara hidup yang sebenar bagi rakyatnya – ini isu telah lama diperbahaskan oleh kebanyakan rakyat yang sedar. Saya teringat satu kata-kata hikmah iaitu “ manusia itu akan terikut-ikut dengan agama yang dibawa oleh pemimpin mereka”. Maka senang kita nak simpulkan bahawa kalau pemimpin borek maka rakyat CONFIRM akan rintik. Inilah bukti betapa pentingnya kita mengangkat pemimpin yang mampu membawa QUDWAH kepada rakyat……………….Cuba anda perhatikan zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz…………..hebatnya pemerintahan beliau sehingga serigala dan kambing pun tahu berdamai ( boleh duduk satu kandang)

Orang tidak pakai tudung dikatakan biasa – Sebenarnya saya dah jumpa ramai umat islam di Malaysia yang mengatakan orang tidak pakai tudung suatu fenomena biasa. Yang saya tak puas hati mereka bercakap di atas dasar kejahilan, bahkan mereka tidak merasakan ianya sebagai suatu dosa dan permasalahan umat islam............

Wujud ramai golongan yang memperjuangkan bangsa – Bila umat islam lebih rakus memperjuangkan bangsa maka kita akan melihat berlakunya perpecahan diantara orang islam yang menegakkan islam dan orang islam yang mempertahankan bangsa semata-mata. Apabila sesebuah kerajaan lebih cenderung memperjuangkan bangsa maka secara tidak langsung akan membangkitkan kemarahan daripada bangsa lain…………….

Saya rasa itulah sekadar perkongsian pandangan semata-mata untuk mencari kebenaran
Hakiki…….Apa yang pasti KEBENARAN islam CONFIRM TERBONGKAR suatu hari nanti........

Semoga Allah memberi HIDAYAH kepada sesiapa yang membaca risalah ini

Tolong sampaikan dan jelaskan kepada orang lain apa itu erti keamanan, keselamatan, dan kebahagiaan yang sebenar………………………

Wassalam.

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah buat abangku tersayang



Tahniah kepada abe bak kerana telah mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan mantap.he2. Semoga abe bahagia sampai ke anak cucu bahkan dapat melahirkan generasi pendokong agama bukan hanya sekadar penyokong.....................

Ingatlah wahai abangku engkau telah diberi peluang untuk mengzuriatkan anak soleh. Di sana abangku akan dapat merasai betapa bahagianya mempunyai seorang anak yang beriman sehingga ke alam barzakh...........

Walaupun semasa kematian kita anak kita yang beriman tidak pernah mendoakan kita tetapi saham kebahagiaan di alam kubur tetap akan kita kecapi dek kerana lahirnya anak yang beriman. Itulah hasil didikan agama.............

Peringkat abangku sekarang telah berada di peringkat kedua..........iaitu BAITUL MUSLIM. Peringkat individu muslim dah lepas. Sekarang abangku sedang menuju ke arah MUJTAMAK MUSLIM........Semoga abangku juga akan sempat merasai nikmatnya DAULAH ISLAM DAN KHILAFAH ISLAMIAH.

Moga-moga ana juga dapat menjejaki perjalanmu wahai abangku nanti.........