"Michael H. Hart, seorang yahudi merupakan ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya "The 100:A Ranking of the Most Influential Persons in History" ( 100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah )menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia, karena ia adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan"
PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com
Kemerdekaan yang sebenarnya adalah bila mana sesebuah Negara betul-betul mengamalkan keseluruhan ajaran islam bukan hanya mengambil sebahagian sahaja dan sebahagian lagi ditolak….
Bagiku….
Kemerdekaan yang hakiki adalah bila mana diri kita tidak lagi terpengaruh dan terpesona dengan sistem perundangan yang dibuat oleh barat dan orientalis…
Bagiku….
Kemerdekaan yang sepatutnya adalah bila mana kita merasakan islam itu lah cara hidup yang paling tepat dan bermakna untuk dijadikan panduan hidup manusia
Bagiku…..
Kemerdekaan yang reality adalah bila mana kita merasakan Allah lah tempat sepenuhnya pergantungan kita…
Bagiku….
Kemerdekaan yang sebenarnya ialah setelah mana kita merasakan lagu al-Quran adalah lagu yang paling merdu sekali berbanding dengan lagu yang dicipta manusia
Bagiku….
Kemerdekaan yang paling indah adalah bila mana kita terlepas daripada godaan syaitan dan hawa nafsu….
Bagiku….
Kemerdekaan akan dapat dirasai setelah mana kita mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan RASMI daripada Allah….
Bagiku…
Kemerdekaan itu juga dikatakan bila mana Allah redha kepada kita….
Bagiku…
Kemerdekaan juga menjadi hakikat bila mana kita diumumkan oleh Allah di hari akhirat kelak sebagai penghuni syurga yang abadi…
Bagiku….
Kemerdekaan yang kemuncak adalah bila mana kita dapat merasai kenikmatan yang paling climax iaitu bila kita melihat WAJAH ALLAH ketika di dalam syurga….
Kemenangan di perang badar hasil daripada pejuang islam sanggup berlapar kerana Allah
Tarikh keramat 17 Ramadhan adalah satu ulang tahun kejayaan yang tentunya menjadi kenangan manis kepada seluruh umat Islam sejagat. Tarikh di mana bertembungnya dua pasukan yang mempunyai dua visi yang berlainan ; satu pihak ingin mencari keredhaan Allah SWT manakala satu pihak mencari keredhaan dunia. Allah SWT ternyata menyebelahi hamba-hambaNya yang sabar dengan menurunkan pertolongan yang tidak sama sekali terduga oleh akal manusia. Nyata sekali betapa besarnay kudrat manusia, jika berdepan dengan kekuatan taqwa dan iman, ia terlalu rapuh dan terlalu mudah untuk ditewaskan. Siapa lagi yang dapat menyangkal pertolongan Allah di sebalik kemenangan 313 tentera muslim menentang kemaraan hebat 1000 orang tentera kuffar yang lengkap dengan peralatan tenteranya? Siapakah yang berani menidakkan keajaiban yang berlaku apabila kaum muslimin yang tidak bersedia pun untuk berperang tiba-tiba diarahkan Rasulullah SAW untuk bertarung dengan kekuatan tentera musyrikin yang datang khusus dari Mekah hanya dengan membawa slogan peperangan?!
Namun, itulah yang berlaku. Di sebalik rayuan Rasulullah SAW menadah tangannya ke langit, Allah SWT tidak membiarkan tangan itu terangkat begitu lama. Para malaikat turun dengan kekuatan yang tidak terjangkau oleh mata kasar manusia. Lalu, kaum muslimin pulang ke Madinah dengan satu kejayaan yang menambahkan semangat juang dan memberikan satu lagi keyakinan bahawa pertolongan Allah pastinya bersama dengan mereka yang bertaqwa. Siapakah yang lebih tepat janjinya daripada Allah SWT yang menukilkan janjinya : Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad, ayat 7).
Kini, pasir-pasir di Badar telahpun kering daripada tumpahan darah manusia lebih 1420 tahun yang lampau. Hiruk pikuk peperangan dan laungan kemenangan kaum muslimin tentunya sudah tenggelam ditelan masa yang begitu laju berlalu. Tiada lagi lontaran panah-panah dan pacuan kuda-kuda perang yang menukilkan kemenangan kepada tentera muslimin, namun sejarah telah tercatit dengan kemas bahawa di situlah satu memori manis telah terbina buat azimat dan penangkal semangat kepada setiap yang ingin melihat agama ini berdaulat di muka bumi.
1423 tahun selepas perang Badar (peperangan Badar berlaku pada tahun ke 2 hijrah), di mana kita dan perjuangan ini? Kini, kaum muslimin bukan lagi berjumlah 313 orang namun berbillion ramainya melata di seluruh muka bumi. Bagaimanapun, ia sudah tidak sama dengan tentera Badar, malah teramat lemah jika dibandingkan dengan mereka. Jika para sahabat sanggup turun menentang kaum musyrikin biarpun peluang untuk menang terlalu tipis, sekarang pula terlalu sedikit individu yang sanggup turun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang manusia yang mengaku Islam. Kalangan kita sebenarnya lebih enak tidur di katil masing-masing daripada berlumur debu di medan perjuangan.
1423 tahun selepas Badar, kita melihat satu persatu kehormatan kita dicabul oleh ‘musyrikin Quraisy abad 21’. Belum selesai kedaulatan Afghanistan yang dikoyak rabakkan, Iraq pula diragut kebebasannya. Dan jangan lupa, setiap satu tahun selepas 11 September 2001, satu negara Islam menjadi sasaran kemaraan kuasa kuffar. Jika 2002 menyaksikan Afghanistan jatuh dan Iraq pada 2003, maka siapakah pula yang akan menjadi mangsa pada 2004. Mungkinkah Syria.. atau Iran? Apa yang penting, menonton sajakah negera-negara Islam atau menunggu datangnya malaikat dari langit membawa ‘rocket launcher’ bagi menolong kaum muslimin seperti di dalam peperangan Badar? Kalau di dalam peperangan Badar, tangan suci Rasulullah SAW menadah tangan ke langit memohon pertolongan Allah SWT, maka sekarang tangan siapa yang akan berdoa memohon pertolongan? Adakah tangan para pemimpin umat Islam yang berlumuran dengan darah rakyat masing-masing layak menadah tangan?
1423 tahun selepas Badar di negara kita juga tidak kurang menariknya. Telah muncul orang Islam yang sanggup mencabar hukum tuhannya sendiri. Tidak malukah manusia jenis ini sujud dan rukuk (itupun kalau dia bersolat) menyembah Allah SWT tiba-tiba memfailkan saman bagi menghalang hukum Allah dilaksanakan? Tidak malukah seorang yang mengaku Islam menolak mentah-mentah malah mempermainkan hukum agamanya sendiri. Alangkah baiknya jika yang memfailkan saman ini terdiri daripada daripada orang bukan Islam, namun hakikat yang berlaku begitu menyedihkan. Andainya manusia jenis ini hidup ketika peperangan Badar berlaku, agak-agaknya, ke pihak manakah akan disebelahi olehnya? Di sebelah umat Islam yang mempunyai peluang tipis untuk menang ataukah di pihak tentera musyrikin yang mempunyai kekuatan berlipat kali ganda..? Dalam erti kata lain, tidak samakah melawan Rasulullah ketika baginda masih hidup dengan melawan Rasulullah setelah baginda wafat?!
1423 tahun selepas Badar sebenarnya menyaksikan kita dimalukan oleh sejarah. Andainya para syuhada’ dan tentera Badar bangkit kembali untuk melihat keadaan umat yang mereka tinggalkan, apakah jawapan yang akan diberikan kepada mereka nanti? Mengalirkah air mata mereka melihat bagaimana pengorbanan mereka hanya dikenang di dalam buku sejarah, namun tidak sebagai pengajaran umat pada hari ini?
Sejarah terus berlalu. Badar menjadi kenangan kita zaman berzaman. Ya, kemenangannya perlu diulangi, namun ia memerlukan pengorbanan. Ulangilah jawapan para sahabat apabila diajak untuk berjihad oleh Rasulullah SAW : Demi Allah wahai Nabi Allah, kami tidak akan menjawab sebagaimana yang dijawab oleh Bani Israil ketika Nabi Musa mengajak mereka berperang iaitu “(Wahai Musa) pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka, (biarlah) kami di sini duduk menunggu", tetapi kami akan menjawab, pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka, kami akan bersama-sama dengan kamu untuk berperang!"
1. Ramai umat islam banyak buat ibadat dalam bulan puasa jer tapi tidak dalam bulan lain….macam nak ambik kesempatan jer kan? Alasan diorang sebab buat ibadat di bulan puasa dapat banyak pahala….adakah kita hanya inginkan pahala semata2? Bukankah keredhaan Allah itu lebih besar? Keredhaan Allah bukan wujud bulan puasa jer...
2. Quran begitu hebat dibaca di bulan puasa tapi kenapa hanya hebat di bulan puasa? Bulan lain quran tidak dipedulikan. Kesian.....
3. Ramai jugak umat islam TERPAKSA bayar zakat di bulan puasa tanpa mengetahui hikmah yang terselit di sebalik zakat….
4. Kebanyakan kita tiada apa2 kelebihan pada puasa melainkan lapar dan dahaga jer….tapi pahala puasa kita KURUS SANGAT2…..sebabnya mulut kita sedang mengumpat…mata kita tengok maksiat….telinga kita dengar lagu rock…Rupa-rupanya kita masih gagal berpuasa ketika kita puasa...
5. Kuatnya kita tidur di bulan puasa dengan alasan untuk mengelak keletihan dan kelaparan? Bukan ke bulan puasa dikatakan bulan beramal?
6. Yang peliknya ada jugak yang mengatakan kentut di bulan puasa menyebabkan batal puasa…huhu mazhab tak tau
7. Bazar ramadhan tempat tumpuan masyarakat dan mendapat sambutan di semua peringkat tapi malangnya masjid bukan begitu……
Aku melihat 8 kecelaruan umat islam yang berlaku di dalam Bulan Ramadhan
1. Ramai orang bertandan ke masjid untuk terawih tapi tak pernah datang masjid selepas bulan Ramadhan….fungsi masjid untuk Ramadhan jer ke?
2. Nafsu begitu lemah terhadap orang yang berpuasa tapi kenapa ramai jugak umat islam membazir di bulan ini? Berpuluh-puluh jenis makanan disediakan untuk juadah berbuka tapi semua mampu dimakan ke?
3. Syaitan memang dah tak de dalam bulan puasa tapi yang peliknya kenapa masih wujud lagi umat islam yang tidak menutup aurat?
4. Memang la nabi kata seafdhal-afdhal sedekah dalam bulan Ramadhan tapi kenapa kita kedekut dalam bulan lain? Sekedah untuk bulan puasa saja ke?
5. Quran hanya sekadar dibaca dan berlumba-lumba untuk khatam cepat tapi faham ke maksud ayat-ayat yang dibaca?
6. Kita pandai berpuasa menahan diri daripada makan dan minum tapi kita gagal berpuasa mulut daripada mengumpat, puasa mata daripada melihat benda maksiat, puasa telinga daripada mendengar lagu lalai…kan?
7. Kita merasa tak mampu nak buat segala ibadat dalam bulan puasa….alasannya sebab kita letih kelaparan…munasabah ke alasan tu?
8. Ramadhan tak meriah kalau tak de mercun….setuju? sedangkan mercun suatu benda yang membahayakan manusia
ana mohon kerjasama semua hamba Allah marilah sama-sama kita buat solat hajat khas supaya kita terhindar daripada wabak bahaya influenza H1N1...pesan2lah kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara supaya buat solat hajat dan sebarkanlah makluman ini bahawa selsema babi adalah salah satu bentuk bala daripada Ilahi.....na'uzubillah
Ramai yang menyifatkan "PAS ADALAH PUNCA PECAH BELAH"....hatta mereka berhujjah dgn ayat Allah "wala tafarroqu" jangan kamu berpecah belah...kita mestilah bersatu...kenape nak timbulkan huru -hara di jalan??nape nak buat demonstrasi sdangkan demonstrasi menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat....sbagai contoh perhimpunan membantah ISA hari sabtu lepas telah banyak menjejaskan premis2 perniagaan dan banyak kedai2 tutup....ramai rakyat yang bengang dgn perhimpunan ni...
So ramai yg mengatakan perjuangan gerakan islam khususnya PAS banyak memecahbelahkan masyarakat
PAS telah banyak menyebabkan masyarakat sukar bersatu
kita tengok2 sekali macam betul jgk pendapat dorg kalau fikir logik
persoalannya siapa yang sebenarnya menjadi punca perpecahan??perjuangan haq atau batil??
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Yang Maha Esa supaya perhimpunan bantahan ISA 1 Ogos nanti berjaya mengubah prinsip dan dasar kerajaan kita terhadap penyelewengan dan kezaliman ISA....
Saya teramat yakin dan percaya kehadiran rakyat di perhimpunan nanti akan lebih ramai berbanding apa yang dijangkakan.....kita tunggu dan lihat
Sebenarnya semakin hari semakin ramai rakyat malaysia yang sedar akan kezaliman ISA...Apa tidaknya? Kebenaran Islam itu sendiri memberi isyarat 'fitrah' yang ingin dimiliki oleh semua manusia bukan penganut islam sahaja....Inilah buktinya rakyat dah semakin matang menilai kebenaran dan kebenaran itu hanyalah datang daripada Islam....
Neraka binaan UMNO ini sudah membuatkan rakyat semakin 'meluat' dengan keangkuhan sikap kerajaan itu sendiri bahkan lebih teruk dari itu kita melihat mereka sanggup menzalimi sesama saudara islam....
ISA sangat bercanggah dengan syariat dan undang-undang islam kerana ianya bersifat menganiaya semata-mata...Apa buktinya???
Mangsa yang sedang meringkup dalam ISA adalah 'tertuduh' mengancam keselamatan negara bukannya 'terbukti'....Baru disyaki dah kena penjara?? Patut ke?
Undang-undang islam menyatakan bahawa "seseorang itu dituduh bersalah setelah mana telah terbukti bersalah"......
Ya Allah Engkau lebih berhak menghancurkan KEZALIMAN
Anda mungkin lebih tau islam itu sinonim dengan haq...
Walaupun bulan rejab baru sahaja meninggalkan kita bukan beerti kempen isra' dan mi'raj kita telah berakhir....peristiwa bersejarah dalam islam tetap relevan every time...
Pengajaran isra' mi'raj tetap suitable sepanjang zaman...
Teruskan berkempen di kala dunia menilai islam sudah tak relevan...
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..