PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, December 16, 2008

Ilmulah yang membahagiakan kita

"UNGKAPAN IBNU QAYYIM AL-JAUZI YANG BANYAK MENGINGATKAN JIWAKU "MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MERASAI NIKMAT HIDAYAH SEANDAINYA DIA GAGAL MERAIH ILMU"

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’, ayat 113 yang bermaksud:

“….dan Dia telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah kurniaan Allah itu sangat besar”

Kebodohan itu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan mensia-siakan kemudian dia Kami hidupkan umur.

Sebaliknya ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat.

Firman Allah lagi dalam surah Al-An’am ayat 122 yang bermaksud:

“Dan apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?.....”

Sesungguhnya kebahagiaan dan keceriaan itu datang bersama ilmu pengetahuan. Itu kerana ilmu mampu mengubah sesuatu yang tidak jelas, menemukan sesuatu yang telah hilang, dan menyingkap sesuatu yang tersembunyi. Dengan ilmu, jiwa manusia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru dan selalu ingin mengkaji pengetahuan yang lain.

Kebodohan atau kejahilan itu sangat MEMBOSANKAN dan MENYEDIHKAN. Ini adalah kerana ia tidak pernah menimbulkan sesuatu yang baru yang lebih menarik dan segar dalam hidupnya, di mana yang kelmarin tarasa bagaikan hari ini, dan hari ini pula bagaikan hari esok.

Saya teringat pesan Nabi S.A.W: “ Celakalah barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam”

Sekiranya saudara inginkan KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI, maka TUNTUTLAH ILMU sebanyak yang mungkin, carilah ilmu pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, saya amat yakin nescaya akan hilanglah segala kesedihan, kepedihan dan kecemasan.

Imam Syafie pernah mengungkapkan: “Semakin bertambah ilmuku, semakin terasa kebodohanku”

Cuba renungi kata-kata Imam Syafie yang sepatutnya menjadi pegangan setiap umat islam. Memang hakikat yang sebenar bila kita semakin menuntut ilmu, kita akan semakin terasa kebodohan dan kejahilan. Orang yang MALAS dan kurang menuntut ilmu amat SUKAR untuk menyedari bahawa dirinya masih lagi JAHIL dan BODOH

Saya ingin mengingatkan terutamanya kepada diri saya bahawa orang yang banyak menuntut ilmu sahaja yang akan mudah terasa kejahilan lantas ia terus berlari meninggalkan KELEMAHAN itu sebaliknya orang yang tidak menuntut ilmu SELAMA-LAMANYA akan terus dibuai arus KEJAHILAN.

Amalkanlah selalu doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita sebagaimana yang terungkap di dalam surah Thaha ayat 114: “……dan katakanlah:”YaRabbi, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”

Begitulah juga pesanan Allah dalam surah Al-‘Alaq ayat 1: “Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan.”

Nabi S.A.W juga telah memberi motivasi kepada kita tentang menuntut ILMU AGAMA: “ Sesiapa sahaja yang dikehendaki Allah menjadi BAIK, nescaya Dia akan fahamkan agama (islam)”

INGATLAH SAUDARAKU BAHAWA “ORANG YANG DIKATAKAN BAIK SEBENARNYA ADALAH ORANG YANG FAHAM DAN MAHU BERAGAMA. Inilah nilaian yang digariskan oleh Allah terhadap orang yang baik. Sebaliknya ORANG YANG DIKATAKAN JAHAT adalah orang yang tidak diberikan oleh Allah kepadanya akan KEFAHAMAN AGAMA lantaran sikapnya yang teramat SOMBONG PADA ALLAH.

Janganlah seseorang itu merasa sombong dengan harta atau kedudukannya, sedangkan ia seorang yang tiada berpengetahuan sedikit pun. Sesungguhnya kehidupannya tiada kesempurnaan dan umurnya tiada langsung memberikan manfaat.

Firman Allah dalam surah A-Ra’d ayat 19: “ Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu itu benar sama dengan orang yang buta….

Az-Zamakhsyari, dalam syairnya berkata:

Berjaga malam kerana mencari ilmu,
lebih nikmat bagiku daripada kekayaan,
dan kepuasan yang telah kucapai,
perputaran dosa kehidupan,
telah melemparkan ke dalam kesulitan,
namun itu lebih menyenangkan,
sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah,
suara goresan pena di atas kertasku,
lebih merdu daripada alunan lagu kesamaran,
lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri,
sedangkan lembaran tulisanku,
menebarkan butiran pasir hikmah,
wahai kalian semua,
raihlah harapan dan mimpimu,
seberapa pun jarak penulis dengan bukunya,
haruskah aku tertidur dua bulan,
sehingga mimpiku menjadi kenyataan?

Betapa mulainya ilmu pengetahuan dan betapa gembiranya jiwa seseorang yang menguasainya. Betapa sejuknya dada yang disiramnya dan betapa gembira perasaan ini menyambut kehadirannya.

Firman-Nya dalam surah Muhammad ayat 14 yang bermaksud:”Maka apakah orang yang berpegang teguh pada keterangan yang datang sama dengan orang yang (syaitan) menjadikan dia memandang baik perbuatannya yang buruk dan mengikuti hawa nafsunya?

No comments: