PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, December 28, 2008

Islam Tertipu Dengan Sekular

Perkataan Sekular berasal daripada bahasa Latin yang tiada agama atau duniawi. Terjemahannya dala bahasa arab ialah al-Ilmaniah. Orang arab yang beragama Kristian cuba mengelirukan umat islam dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang sebenar al-Ilmaniah ialah duniawi. Alasannya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi kemajuan kepada manusia.

Ideologi ini berasal daripada perbalahan hebat antara pemimpin-pemimpin kerajaan dengan paderi-paderi gereja. Begitu juga perbalahan antara sains (ilmu duniawi) dengan paderi-paderi di gereja. Paderi-paderi gereja memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri lalu mereka bertarung dengan pemerintah dan juga ahli-ahli ilmu dunia yang dianggap sebagai penghalang. Perbalahan berakhir dengan melahirkan suatu fahaman yang membawa ajaran yang memisahkan agama dengan urusan duniawi. Kemudian ajaran ini bertindak memisahkan antara agama dengan politik supaya politik ‘bersih’ daripada pengaruh agama.

Ajaran ini diasaskan oleh orang-orang yahudi pada Revolusi Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropah bagi menyekat pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan masyarakat.

Tokoh-tokoh yang menghidupkan ajaran ini dinamakan ahli falsafah atau ahli fikir seperti Dikart, Spinuza (beragama Yahudi) Rosu dan lain-lain. Ajaran yang dikemukakan adalah:

• Menolak agama seluruhnya dan mengingkari wujudnya Allah. Ada juga golongan yang beriman kepada Allah dan mereka berpegang Allah itu tiada hubungan dengan urusan duniawi.
• Kehidupan itu berasaskan ilmu sains semata-mata dan berada di bawah pengaruh logik dan hipotesis. Sekiranya teori terkeluar daripada logik akal, secara automatik agama itu tertolak.
• Membuat sekatan antara ilmu rohani dan ilmu material. Mereka menganggap nilai-nilai rohani menghalang dan memberi kesan yang tidak baik kepada urusan dunia.
• Memisahkan agama dengan politik (pemerintahan). Mereka membina kehidupan berdasarkan kepentingan kebendaan. Semua perkara ini menurut mereka tidak boleh dikendalikan oleh agama.
• Melaksanakan dasar Pragmatisme (mencari kesempatan) dalam semua perkara bagi menjalani kehidupan menurut kepentingan dunia.

Pengaruh Sekularisme Kepada Umat Islam.

Fahaman ini dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam sepanjang tempoh penaklukan mereka ke atas negara-negara Islam. Fahaman sekular bertujuan mengikis fahaman aqidah, perundangan Islam (syariah) dan akhlaknya secara beransur-ansur. Antara fahaman-fahaman sekular:

• Memisahkan Islam dengan politik. Mereka mendakwa politik itu kotor sedangkan Islam itu bersih.
• Menghalang pelaksanaan hukum-hukum perundangan Islam dan cara hidup Islam sepenuhnya. Mereka menyatakan ia tidak sesuai pada masa kini. Sebaliknya menghadkan agama dengan urusan ritual dan menjaga diri masing-masing.
• Melemparkan fitnah pada Islam bertujuan mengeliru dan menakutkan masyarakat yang cuba mendekati Islam.
• Menggalakkan cara hidup yang bercanggah dengan Islam. Contohnya mendedahkan aurat, hidup bebas dan menganjurkan majlis keramaian yang bercanggah dengan kepentingan akhlak.
• Menyalah tafsir mengenai Islam. Mereka menyifatkan perkara-perkara yang tidak baik apabila dilakukan secara terbuka menjadi baik. Mereka menganggap gerakan Kamal Atatuk di Turki dan lain-lain sebagai pembaharuan dan membawa kebaikan.
• Menghidupkan semula amalan-amalan Jahiliah dan berusaha melupakan sejarah Islam.
• Menyalurkan fahaman sekular melalui pendidikan, pelajaran dan penyebaran media.
• Meyebarkan ideologi-ideologi bukan Islam ke dalam masyarakat Islam.

1 comment:

Kakak Sniper said...

islam..pemerintah,bukan yang diperintah!