PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Friday, January 23, 2009

MERENUNG MASA DEPAN AKHIRAT


Pesanan Nabi S.A.W dalam hadis hasan yang ke-66 termaktub di dalam kitab masyhur iaitu Riadhussolihin karangan Abu Zakaria Al-Imam An-Nawawi sangat bermakna kepada kita yang bermaksud: “Orang yang BIJAK & CERDIK adalah orang yang memuhasabah dirinya dan beramal untuk manfaat kehidupan selepas mati dan orang yang BODOH & LEMAH ialah mereka yang selalu mengikut hawa nafsu….au kama qol

Mendengar bunyi gegak gempita yang tidak terdaya ditanggung oleh telinga yang kerdil, adalah suatu keadaan yang menyiksakan

Perhentian pertama manusia selepas kematian adalah alam barzakh, kemudian manusia berdepan dengan perhentian yang lebih besar iaitu dataran Mahsyar. Suatu perhentian sebelum menemui ketentuan diri masing-masing, sama ada mereka memasuki syurga ataupun terhumban ke dalam neraka.

Berkata seorang ahli sufi dalam kitabnya yang diberi nama At-Tawahhamu wal Ahwal, bahawa Allah S.W.T akan menghimpunkan sekalian makhluk-makhluk ciptaan-Nya terdiri daripada kalangan jin dan manusia, dalam keadaan telanjang serta dalam keadaan hina.

Yang menjadikan manusia dalam keadaan hina-dina ialah disebabkan Allah S.W.T telah mencabut semua jenis kekuasaan dan kehebatan yang pernah dipinjamkan kepada manusia di dunia. Manusia diberi peluang untuk memilih dua jalan sama ada jalan syukur ataupun jalan kufur (anda boleh rujuk surah asy-syamsu ayat 8). Sebahagian daripada manusia ada yang diberi kuasa dan memiliki kerajaan dan kekuasaan di muka dunia, suatu amanah yang dibebankan kepada khalifah Allah S.W.T. Tetapi sebahagian besar telah menyalahgunakan ataupun khianat terhadap amanah itu dengan melakukan kekejaman dan kezaliman sesama manusia (sila rujuk surah al-qasas ayat 41).

Justeru Allah mencampakkan ke atas mereka segala kehinaan, setelah manusia bermaharajalela dengan kekuasaan yang pernah dipinjamkan oleh Allah S.W.T di dunia dahulu. Sedangkan manusia itu hanyalah hamba Allah S.W.T, mereka tidak sedar bahawa diri mereka sangat lemah dan memerlukan pertolongan-Nya. Malangnya mereka bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Kehinaan yang melekat pada diri manusia sangat menggerunkan di perhentian Mahsyar itu, walaupun antara mereka tiada sebarang kesalahan yang pernah dilakukan. Hatta manusia yang sangat ganas dan kejam yang digeruni oleh ramai semasa di dunia dahulu, begitu juga yang sangat angkuh mereka terpaksa menyorok di belakang orang lain, lantaran mereka merasa amat kerdil dan hina di hadapan Allah S.W.T.

Apabila telah berhimpun sekalian makhluk Allah S.W.T daripada jenis manusia, jin, syaitan, binatang buas dan semut yang melata, kesemuanya telah terhimpun di dataran Mahsyar, maka ketika itu segala bintang-bintang berterbangan di udara, seluruh planet terungkai dari gugusannya. Matahari dan bulan menjadi gelap tidar menyinar lagi, langit pula bergentayangan dan terumbang-ambing bagaikan bumbung kehilangan sokongan.

Seluruh biji mata sekalian makhluk yang terhenti di Mahsyar terbeliak cemas memerhatikan bintang-bintang, bulan dan matahari yang berterbangan bagaikan rangkai belon yang terputus daripada ikatan. Orang-orang mukmin turut cemas ketika berdepan dengan peristiwa itu, tetapi mereka segera terputar ingatannya kepada Rasul Allah yang telah mengingatkan mereka tentang hari itu. Ketika mereka berhadapan dengan kenyataan yang sebenar, debaran jantung mereka agak terkawal kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal.

Bagi golongan kuffar yang mendustakan hari akhirat, yang menganggap akhirat hanyalah khayalan golongan beragama, dengan spontan wajah mereka bertukar menjadi pucat bagaikan kain kafan atau hitam muram (bukti di dalam surah an-nisa’ ayat 106). Debar jantung mereka tidak terkawal seolah-olah akan tercabut dari tangkainya, mereka amat terkejut kerana tidak mendengar sebarang perkhabaran mengenainya disebabkan mereka menolak utusan Allah serta tidak sudi mendengar segala perkhabarannya.

Seluruh gugusan bintang dan planet yang berterbangan serta langit yang terumbang-ambing itu bertembung sesama sendiri, pecah berhamburan mencetuskan bunyi yang gegak gempita. Jika kenderaan di jalan raya bertembung sesama sendiri mencetuskan bunyi yang kuat, betapa pula bintang-bintang yang antaranya seratus kali ganda lebih besar daripada planet bumi ini, tiba-tiba ia bertembung sesama sendiri di angkasaraya. Pasti bunyi dentuman pelanggaran itu tidak terdaya telinga kerdil manusia untuk mendengarnya.

Mendengar bunyi gegak gempita yang tidak terdaya ditanggung oleh telinga, adalah suatu keadaan yang sangat menyiksakan. Jika dibakar mercun di sisi seorang dalam masa satu jam, ia sudah cukup membingitkan, sedangkan suasana hingar-bingar yang berlaku ketika manusia berada di Mauqif akhirat itu berjalan selama lima ratus tahun tanpa henti.

Sabda nabi yang bermaksud: " Dunia adalah tidur, manakala akhirat adalah tersedar dari tidur (sebenar-benar kehidupan).

No comments: