PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, March 24, 2009

Berani kerana Benar, Takut kerana Salah

Takut untuk bagi permit kepada akhbar yang membawa kebenaran? Itu tandanya SALAH…………Betul lah kata pepatah melayu "BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH"………………………….

Politik Malaysia ‘khorban daaiman’ (sentiasa rosak). Sedarlah wahai saudaraku inilah BALA yang menimpa negara kita sekarang……………..SEMAKIN RAMAI UMAT ISLAM YANG TAKUT AKAN KEBENARAN………MEREKA LEBIH CINTAKAN KEBATILAN………………………

Maklumat yang terbaru saya dapati akhbar harakah dan suara keadilan telah digantung permit oleh KDN selama 3 bulan berkuatkuasa serta merta bermula semalam……….

Inilah masanya yang paling tepat untuk saya katakan bahawa peranan blog sangat relevan untuk dimainkan sebagai pengganti lidah harakah dan keadilan……………….

Bagi saya pihak kerajaan teramat BIMBANG (khouf jiddan fi kabiiril musykilah) seandainya permit kepada akhbar harakah dan keadilan masih lagi diberikan buat masa sekarang. Sebabnya??????????

Sebabnya………………….itulah yang dikatakan politik kotor (siasatul fasad wa siasatul maridh) yang dianjurkan oleh kerajaan yang ada supaya AURA KEBENARAN tidak berani menentang keangkuhan mereka. Mereka teramat takut sekiranya KEBENARAN menyinari kegelapan sistem politik Malaysia……………..

Tindakan kerajaan yang menahan permit tersebut telah mengZAHIRkan lagi betapa hancurnya makna sebuah DEMOKRASI yang dicipta sendiri oleh tangan-tangan mereka………….

Betul lah kata A.Samad Said bahawa negara kita sekarang sedang mengalami KECACATAN demokrasi..

Mereka semakin hilang kewarasan dalam mentafsir erti DEMOKRASI yang sebenar. Sebab itulah Allah turunkan pelbagai bentuk BALA dan ANCAMAN kepada rakyat. Siapa yang susah? Siapa yang terpaksa pening kepala untuk settlekan bala ini ??? Susah tentu pihak yang MENEMPAH BALA itu sendiri……………………..

Saudara perlu ingat apa erti sebenar demokrasi iaitu “KUASA DI TANGAN RAKYAT”.”KERAJAAN TIDAK BOLEH MEMAKSA RAKYAT UNTUK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK”"RAKYAT DIBERI RUANG DAN PELUANG UNTUK MENYUARAKAN PENDIRIAN MEREKA"………………..Inilah makna demokrasi sebenar tapi…………………………..

Kerajaan kita seolah-olah ingin meniru sistem pemerintahan kuku besi yang tidak memberi ruang sedikit pun kepada rakyat untuk bersuara. Kalau bersuara pun seolah-olah tidak ada kesan dan tindakan. Apa semua ni?????.............................

So………………………sebenarnya...

Kita tidak pernah membenci orang islam di dalam pihak kerajaan

tetapi

Kita BENCI orang islam yang tidak mahu MEMBELA agamanya....

Kita amat BENCI orang islam yang tidak sedar dirinya seorang MUSLIM.....

Kita amat BENCI orang islam yang bersikap ingin menghancurkan agamanya sendiri.

Anda tahu siapa mereka?

Friday, March 20, 2009

Amankah Malaysia?

Keamanan yang HAKIKI adalah bergantung kepada apa yang telah DIUKIRKAN oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang mulia. Keamanan yang diwarwarkan oleh manusia seringkali melencong daripada maksud keamanan yang sebenar sejajar dengan fitrah manusia. Oleh yang demikian mahu tidak mahu kita terpaksa menurut garisan SYARAK untuk memastikan kita betul-betul mengecapi erti SEBUAH KEAMANAN……

Bagi saya keamanan yang tidak selari dengan landasan kitab suci, maka itulah SEBENARNYA yang dikatakan KEHANCURAN………………….

Selama mana manusia tidak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah maka selama itulah juga manusia akan MERANA di dalam KEHANCURAN HIDUP………..

Negara yang AMAN adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam surah saba’ ayat 15 yang bermaksud “……………..negeri yang baik lagi mendapat keampunan daripada Allah” (KEAMANAN DAN KEAMPUNAN ALLAH TIDAK DAPAT DIPISAHKAN)……………………

Sebelum anda kata Malaysia sebuah Negara yang aman dan bahagia cuba lah anda perhatikan SEDETAIL YANG MUNGKIN dahulu apa yang telah dan sedang berlaku di Malaysia sekarang………Sudah tentu anda tahu kan? Itupun kalau anda seorang yang mengikuti arus semasa dan perdana........................

Dada-dada akhbar menjadi bukti keadaan Malaysia yang sebenar…………….

Dan boleh kita katakan masalah-masalah yang timbul sekarang masih banyak lagi tidak menemui penyelesaian sehingga hari ini……………………

Hakikatnya Malaysia sekarang memang jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan Malaysia dahulu………

Rakyat rasmi di Malaysia memang kita sedia maklum iaitu namanya MELAYU. Tau tak anda apa maksud melayu???. Senang jer jawapannya, maksudnya LEMAH. Sebenarnya saya sangat tidak setuju bangsa kita dinamakan melayu. Entah lah siapa sebenarnya yang mewujudkan nama ni. Saya betul-betul tak setuju. Tapi bila kita fikir balik betullah kata orang kadang-kadang nama yang disebut-disebut telah menjadi suatu DOA dan memberi IMPAK yang sangat BESAR kepada pemilik nama…………betul tak?? Mungkin anda pandang remeh pendapat saya. Tak kisah lah apa pun anda nak kata...................

Semasa zaman jahil dulu saya rasa seronok sangat-sangat hidup di Malaysia kerana saya sangka memang saya berada di sebuah Negara yang aman, tapi bila dah dewasa, pemikiran pun dah matang, ilmu pun bertambah, kepimpinan pun dah mula berbuah, saya jadi takut nak lafazkan bahawa Malaysia sebagai Negara aman berdasarkan pengamatan saya pada apa yang berlaku di Malaysia sekarang…………Bila fikir-fikir balik rupa-rupanya saya just membuat penilaian berdasarkan penilaian Allah sahaja. Saya tak guna pun sumber lain. Kalaulah saya tidak menilai berdasarkan agama mungkin saya akan dapati agak sukar bagi saya untuk menyedari bagaimana realiti Malaysia sebenarnya……..

Logik lah jugak kalau saya katakan masalah orang melayu sekarang bertimbun-timbun adalah revelan dengan nama MELAYU………..(layu dalam pelbagai aspek)

Selepas anda baca apa yang saya tulis ini, jangan lupa cek dulu sejauh mana benar ataupun silap kenyataan saya (itupun kalau anda tak percaya tulisan saya)……………….Kalau anda dapat menafikan semua yang saya sebut di bawah ini maka boleh lah anda katakan Malaysia adalah sebuah negara aman dan makmur. Tak gitu??

Kes Antatuya – kita pun sedia maklum kan kes ni tak settle sampai sekarang? Agak-agak anda kenapa jadi macam ni? Bagi saya benda ni mungkin lah satu bala daripada Allah untuk pemberi pengajaran kepada rakyat Malaysia. Bila penyakit itu tidak dijumpai ubatnya maka rosaklah............

Kehilangan adik syarlinie – ada orang kata kes ini telah membongkarkan lagi kelemahan sistem perundangan Malaysia. Ini bukan saya yang kata tapi kawan-kawan saya………. Apa pendapat anda?. Sehingga sekarang adik syarlinie masih belum dijumpai. Entah apa yang sedang berlaku kepada adik ni sekarang. Cuba anda bayangkan kes ini berlaku kepada anak anda macam mana? Saya yakin anda tentu akan TERTEKAN GILERRRRRRR. So adakah anda hanya sekadar menyebut “ tak pelah saya redha dengan apa yang berlaku” ? Ke di sana ada sesuatu untuk anda bertindak?

Ribuan anak luar nikah – anda pun tahu kan anak luar nikah di Malaysia sekarang semakin ramai?. Ramai giler tau tak..... Agaknya apa punca yang menyebabkan timbulnya masalah ni? Orang Malaysia kuat nafsu ke? Ataupun orang Malaysia ramai yang miskin sampai tak mampu nak kahwin? Ke macam mana? Adakah ini nilaian sebuah keamanan bagi rakyat yang merdeka?

Sambutan hari maksiat – ini pun ada orang kata sambutan tahun baru dan malam kemerdekaan adalah sebagai “hari sambutan maksiat”. Saya pernah hadir pada sambutan malam kemerdekaan dekat Masjid Syakirin. Ribuan umat islam terutama para remaja yang hadir untuk sama-sama menyaksikan persembahan bunga api yang menelan belanja ribuan ringgit. Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya betapa ribuan anak-anak muda melayu bersama pasangan masing-masing menanti saat ‘bahagia’ (berseronok di lubang neraka)………………..mungkin inilah yang dikatakan Malaysia Merdeka kot........

Perogol dipotong telinga – pernah berlaku beberapa tahun lepas adalaaa…….. seorang hamba Allah tu buat cadangan supaya dipotong telinga terhadap perogol kerana alasannya amat kukuh (kononnya). Nak tau apa alasannya? Sebab si perogol ni jenis tak dengar nasihat, so dia patut dipotong telinga………………..logik tak sedara? Sedangkan kita lupa bahawa ini lah sebenarnya ‘jenayah’ kepada umat islam………….apa boleh buat bila ayat Allah dilelong..............

Mat Rempet cintakan Minah Rempet – bagi saya ini gejala menarik dan memikat sesetengah remaja juhala’. Betullah kata Allah dalam surah an-Nur yang bermaksud: “Perempuan yang jahat hanyalah untuk lelaki yang yang jahat…………..”. Maka tak mustahil lah kalau wujud mat rempet mestilah akan wujud juga minah rempet, kalau wujud jiwa ustaz maka akan wujud juga jiwa ustazah. Inilah sunnatullah…………Tapi yang saya kecewa amat sedikit rakyat Malaysia yang pandai mendidik anak mereka berjiwa ustaz. Apa boleh buat ayah dulu pun mat rempet, mak dulu pun bekas minah rempet…………..jadi maknanya kalau sape-sape yang ada anak berjiwa mat rempet, maka bersedialah untuk menerima menantu yang berhati minah rempet. Logik tak pendapat saya?

Ulamak dunia- kalau anda seorang yang belajar agama maka anda akan melihat timbulnya 2 jenis ulamak di Malaysia iaitu ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kenyataan ini ditegaskan oleh Imam al-Ghazali. Agak ramai la jugak ulamak dunia bertebaran di Malaysia. Anda tau tak apa maksud ulamak dunia? Imam al-Ghazali kata “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya sebagai tempat cari makan (mereka menjual agama Allah dengan harga yang sangat murah). Sebab tulah lahirnya banyak fatwa-fatwa yang terpesong dari syariat……………………….mungkin inilah jugak sebab kenapa Malaysia diiktiraf sebagai negara ‘bahagia’………………..

Kes Rompakan dan Kecurian – Bagi saya kes ini dah menjadi kebiasaan bagi umat Malaysia. Anda setuju?. Sebab apa saya kata biasa? Benda boleh katakan hari-hari masuk akhbar dan televisyen macam mana kita tak kata biasa? Padahal di sisi Allah kedua-dua kes ini menjadi satu dosa yang BERAT……………………….tapi hakikatnya negara kita bahagia kalau ada pencuri kan?

Perhimpunan BERSIH – saya dapat berita lah, tak tau betul ke tak, anda selidik sendirilah, perhimpunan ini berlaku atas sebab ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Saya tengok lebih 100 ribu jugak yang hadir sebab ramai yang tidak puas hati dan kita sama-sama menyaksikan perhimpunan ini telah menghuru-harakan rakyat Malaysia kerana ianya diharamkan oleh kerajaan. So disini kita melihat wujudnya 2 golongan iaitu golongan yang menentang kerajaan dan golongan yang mencintai kerajaan. So ini lah juga bukti sukar untuk kita katakan negara ni negara aman bahkan mungkin secara warasnya kita akan fikir negara kita masih tidak ‘merdeka’ kerana berlaku perpecahan rakyat.

Kes Lina Joy – anda tentu tahu bagaimana sebenarnya negara Malaysia selepas mengikuti isu ini………………..

Pembunuhan adik Nurin – Betapa sedihnya nasib yang berlaku kepada arwah adik Nurin. Mayatnya ditemui dalam keadaan yang teramat KEJAM lebih hina daripada binatang. Rupa-rupanya kita sedar masih lagi wujud manusia yang berhati binatang di negara kita. Siapa mereka itu? Anda mungkin akan mengenali mereka. Tak sekarang mungkin besok. Tak besok mungkin lusa dan seterusnya………..dan tidak mustahil anda juga bakal menjadi MANGSA seterusnya. beware…………………

Rombakan Rumah Allah (masjid) – Apa yang penting kejadian rombakan rumah Allah tanpa alasan yang munasabah telah banyak berlaku di negara kita. So kalau lah berlaku lagi penghinaan terhadap rumah Allah maka tak mustahil lah negara kita akan menerima bala…………………

Masjid Dhiror – ada orang kata Masjid Kristal di Terengganu adalah Masjid Dhiror. Entah aku pun tak pasti sejauh mana betul kata orang. Aku tak berani sangat nak menghukum. Tapi kalau benarlah masjid kristal dibina atas tujuan kepentingan peribadi semata-mata dan menjadi penyebab berlakunya PERPECAHAN di kalangan umat islam di Terengganu khasnya dan di Malaysia amnya, maka patutlah kita iktiraf sebagai Masjid Dhiror

Kes Murtad – peliknya Malaysia sampai tahap umat islam ramai yang murtad berbeza dengan amerika dan eropah yang semakin ramai memeluk islam. Kalau anda tak percaya cuba anda selidik bagaimana percambahan umat islam yang berlaku di Amerika dan Eropah sekarang. Eh negara Malaysia bukan power sangat pun dalam pembangunan tapi kenapa sampai tahap nak murtad? Pelik lah. Orang Eropah jauh lebih maju daripada kita tiba-tiba mereka pulak yang berduyun-duyun masuk islam. Tak ke terbalik?

Kes Pembuangan Bayi – telah beratus-ratus kes pembuangan bayi berlaku di negara ini sehingga kita boleh katakan isu ni bukan isu janggal di kalangan rakyat. Nak buat macam mana dah terlalu kerap berlaku. Saya rasa punca besar berlaku kes ni ialah sebab zina. Itulah logiknya. Dah mereka tak sanggup nak tengok ANAK HARAM. Eh anda tau tak binatang tak pernah diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat ada akal tapi tak pernah berlaku dalam sejarah binatang membuang anak mereka……………..pelik tak?

Al-Quran hanya dijulang berdasarkan bacaan sahaja – Kita asyik kagum dengan pertandingan tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh kerajaan hingga ke peringkat kebangsaan, sedangkan kita tak sedar apa yang berlaku di sebaliknya. Apa yang menyedihkan kita adalah quran hanya diagung-agungkan pada bacaan sahaja. Tidak lebih dari itu. Padahal matlamat yang sebenar al-Quran bukan sekadar baca bahkan WAJIB ke atas setiap umat islam atau kerajaan islam untuk memastikan al-Quran di letakkan di tempat paling tinggi dalam sistem perundangan negara…………jika sekiranya al-Quran hanya sekadar dibaca maka akan hilanglah KEHEBATAN SEBENAR AL-QURAN. Tak gitu?......

Undang-undang Allah dipinggirkan – disebabkan lahir ramai golongan yang menjual agama Allah dengan harga murah maka automatik akan berlakunya perbahasan-perbahasan untuk melumpuhkan undang-undang al-Quran. Hal ini berlaku hanyalah kerana mereka merasakan undang-undang Allah dah tidak sesuai di zaman moden bahkan ia just suitable pada zaman dahulu kala sahaja………Maka saya merasakan permasalahan umat islam selama-lamanya tidak akan dapat diselesaikan selagi mana hukum Allah tidak diyakini sepenuhnya………….

Nabi Muhammad hanya disanjung bulan Rabi’ulawal sahaja – kita sedia maklum Nabi S.A.W merupakan contoh paling ideal bagi manusia bukan untuk umat islam sahaja. Tapi satu perkara yang mengecewakan kita, Nabi Muhammad hanya diingati pada bulan Rabi’ulawal sahaja. Apa reaksi sesetengah umat Malaysia selain bulan ini?? Mereka seolah-olah tidak pernah pun mengenali siapa Rasulullah. Jauh lagi nak mengamalkan sunnahnya…………

Pemimpinnya tidak menjadikan islam sebagai cara hidup yang sebenar bagi rakyatnya – ini isu telah lama diperbahaskan oleh kebanyakan rakyat yang sedar. Saya teringat satu kata-kata hikmah iaitu “ manusia itu akan terikut-ikut dengan agama yang dibawa oleh pemimpin mereka”. Maka senang kita nak simpulkan bahawa kalau pemimpin borek maka rakyat CONFIRM akan rintik. Inilah bukti betapa pentingnya kita mengangkat pemimpin yang mampu membawa QUDWAH kepada rakyat……………….Cuba anda perhatikan zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz…………..hebatnya pemerintahan beliau sehingga serigala dan kambing pun tahu berdamai ( boleh duduk satu kandang)

Orang tidak pakai tudung dikatakan biasa – Sebenarnya saya dah jumpa ramai umat islam di Malaysia yang mengatakan orang tidak pakai tudung suatu fenomena biasa. Yang saya tak puas hati mereka bercakap di atas dasar kejahilan, bahkan mereka tidak merasakan ianya sebagai suatu dosa dan permasalahan umat islam............

Wujud ramai golongan yang memperjuangkan bangsa – Bila umat islam lebih rakus memperjuangkan bangsa maka kita akan melihat berlakunya perpecahan diantara orang islam yang menegakkan islam dan orang islam yang mempertahankan bangsa semata-mata. Apabila sesebuah kerajaan lebih cenderung memperjuangkan bangsa maka secara tidak langsung akan membangkitkan kemarahan daripada bangsa lain…………….

Saya rasa itulah sekadar perkongsian pandangan semata-mata untuk mencari kebenaran
Hakiki…….Apa yang pasti KEBENARAN islam CONFIRM TERBONGKAR suatu hari nanti........

Semoga Allah memberi HIDAYAH kepada sesiapa yang membaca risalah ini

Tolong sampaikan dan jelaskan kepada orang lain apa itu erti keamanan, keselamatan, dan kebahagiaan yang sebenar………………………

Wassalam.

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah buat abangku tersayang



Tahniah kepada abe bak kerana telah mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan mantap.he2. Semoga abe bahagia sampai ke anak cucu bahkan dapat melahirkan generasi pendokong agama bukan hanya sekadar penyokong.....................

Ingatlah wahai abangku engkau telah diberi peluang untuk mengzuriatkan anak soleh. Di sana abangku akan dapat merasai betapa bahagianya mempunyai seorang anak yang beriman sehingga ke alam barzakh...........

Walaupun semasa kematian kita anak kita yang beriman tidak pernah mendoakan kita tetapi saham kebahagiaan di alam kubur tetap akan kita kecapi dek kerana lahirnya anak yang beriman. Itulah hasil didikan agama.............

Peringkat abangku sekarang telah berada di peringkat kedua..........iaitu BAITUL MUSLIM. Peringkat individu muslim dah lepas. Sekarang abangku sedang menuju ke arah MUJTAMAK MUSLIM........Semoga abangku juga akan sempat merasai nikmatnya DAULAH ISLAM DAN KHILAFAH ISLAMIAH.

Moga-moga ana juga dapat menjejaki perjalanmu wahai abangku nanti.........

Friday, March 13, 2009

Ibuku hanya mata satu

Anda pasti akan menangis bila membaca kisah ini.......

Bacalah dengan hati....

Ibuku hanya mempunyai satu mata..

Aku benci ibuku!!! Aku bencikan dia!!!

Dia memalukan aku!!!

Dia bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah untuk menyara hidup kami sekeluarga

Ada satu ketika sewaktu aku di sekolah rendah, ibu datang untuk bertanyakan khabar..

Aku malu!! Aku malu!!

Sanggup ibu datang ke sekolah, dalam keadaan memalukan aku…

Aku mengabaikan dia, aku memandangnya dengan penuh kebencian…MENYAMPAH!!!

Keesokan harinya, semua kawan-kawanku mengejekku, “EEEE, mak kau ada satu mata aje.."

Kalaulah boleh, aku nak lari waktu itu juga… Aku nak menyorok daripada kawan-kawan aku.. Kalau boleh aku nak ibu hilang daripada dunia ini…

Suatu hari, aku pernah berkata pada ibu, “kalaulah aku hanya sebagai bahan ketawa kawan-kawan oleh kerana kecacatanmu, kenapa ibu tak mati aje?!!!"

Ibu terdiam seribu bahasa!!!

Dalam keadaan marah, aku tak pernah berfikir sebelum berkata-kata kepadanya. Aku tak pernah terfikir akan perasaan ibu...

Namun, aku tak kisah apa perasaan ibu lagi…

Aku mahu ibu keluar dari rumah ini…

Jadi, aku belajar bersungguh-sungguh untuk menyambung pelajaran ke universiti

Kemudian, aku berkahwin. Aku mempunyai rumah sendiri, aku mempunyai beberapa orang anak, aku gembira dengan hidupku…

Pada suatu hari, ibuku datang untuk melawat kami sekeluarga.. Dah bertahun lamanya ibu tidak bertemu aku, dan juga cucu-cucunya…

Apabila ibu berdiri di hadapan pintu rumahku, anak-anakku mentertawakannya..

Lantas aku menjerit kepadanya, “Berani kau datang ke rumah aku, kemudian menakut-nakutkan anak-anakku!!”

“KELUAR!!! KELUAR KAU DARI SINI!!!
SEKARANG!!!”

Kemudian, ibu terdiam seketika…
“maafkan saya, mungkin saya tersalah rumah.."

Dan diapun menghilangkan diri.

Suatu hari, surat jemputan ke perjumpaan rakan sekolah lama aku sampai ke rumah.

Aku menipu pasanganku bahawa aku telah pergi ke luar negara…

Selepas perjumpaan itu, aku kembali ke rumah lamaku yang telah lama kutinggalkan..

Jiranku memberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia…

Aku tidak merasa sedih sedikitpun…

Jiran memberikan kepadaku sekeping nota yang ditulis oleh ibu sebelum meninggal dunia…

“Anakku, ibu sentiasa mengingatimu sepanjang masa…”

Ibu meminta maaf kerana datang ke rumahmu tempoh hari…

Ibu gembira kerana ibu mendapat berita yang kamu akan ke perjumpaan rakan sekolah lama kamu...

Tetapi ibu tidak mampu untuk bangun dari katil walau sekalipun untuk melihat kamu, wahai anakku..

Ibu minta maaf kerana selama ini memalukan
kamu sepanjang kamu membesar..

Anakku, semasa kamu kecil kamu pernah terlibat dalam kemalangan, dan kamu kehilangan sebelah daripada matamu…

Sebagai ibu, ibu tak sanggup untuk melihat kamu membesar dengan sebelah mata sahaja…
Lantas… ibu memberikan mata ibu kepadamu…..

Ibu sangat berbangga, anak ibu dapat melihat dunia dengan mata ibu….
SEKIAN
…yang sangat menyayangimu…

Friday, March 6, 2009

33 Kata-kata HEBAT……….



1. “Apabila kata-kata keluar daripada hati, maka ia akan masuk ke dalam hati, apabila kata-kata keluar daripada lidah, maka ia akan hilang begitu sahaja” – Nabi Muhammad S.A.W

2. “Bukanlah yang dikatakan kuat itu dengan hebatnya bergusti, sesungguhnya orang yang kuat adalah mereka yang mampu menahan dirinya daripada sifat marah” – Nabi Muhammad S.A.W


3. “Bukanlah yang dikatakan kaya itu adalah kaya harta benda, tetapi hakikat sebenar kaya adalah mereka yang kaya jiwa (budi pekerti)” – Nabi Muhammad S.A.W

4. “Permulaan itu itu adalah 1.dengar 2.faham 3.hafal 4. amal 5.sebar (dakwah)” – Ibnu Mas’ud (Kitab Hilyatu Aulia’)


5. “Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan, tiada kepimpinan tanpa ketaatan” – Saidina Umar R.A

6. “Makin bertambah ilmuku makin terasa kebodohanku” – Imam Syafie


7. “Katakan siapa kawan saudara, kemudian saya akan katakan siapa sebenarnya saudara” – Imam al-Ghazali

8. “Rumahku Syurgaku” – Ibnu Taimiah

9. “Barangsiapa yang tidak berubat menggunakan al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya” –Ibnu Qayyim al-Jauzi

10. “Orang yang tidak melalui dunia (ambil dunia), maka dia tidak akan dapat masuk syurga” – Ibnu Taimiah

11. “Ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya tempat cari makan (menjual agama dengan harga yang murah)” – Imam al-Ghazali

12. “Ya Allah seandainya aku beribadat kepada-Mu semata-mata kerana takutkan azab api neraka-Mu, maka Kau masukkanlah aku ke dalam neraka” – Rabiatul Adawiah

13. “Sesungguhnya hidayah itu tidak akan sampai melainkan dengan ilmu” – Ibnu Qayyim al-Jauzi

14. “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan kenal siapa Tuhannya” – Ulamak Sufi

15. “Ilmu yang bermanfaat itu adalah sesuatu yang mendatangkan takut kepada Allah S.W.T” – Imam al-Ghazali

16. “Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang lain yang menangis engkau yang gembira” – Hamka

17. “Memisahkan agama dan politik adalah cara yang paling mudah untuk menjadi kafir” – Syeikh Mustafa Sobri

18. “Sesiapa yang meniru golongan yang soleh, maka ia akan dimuliakan sebagaimana mereka dimuliakan, sesiapa yang meniru golongan yang fasik ia tidak akan dimuliakan” – Al-‘Aqomi

19. “Orang yang buta huruf pada zaman ini adalah mereka yang tidak bersedia untuk belajar perkara baru” – Troffler

20. “Jangan tanya apa yang negara boleh sumbang kepada anda, tanyalah apa yang anda boleh sumbang kepada negara” – Washington Kennedy

21. “Keberanian mengandungi keajaiban, kuasa dan kebijaksanaan di dalamnya” – Geothe (pujangga Itali)

22. “Pengikut bukannya menyokong pemimpin tapi mereka hanya menyokong perjuangannya” – Mahatma Gandhi

23. “Pemimpin yang hebat dilihat sebagai hamba kepada organisasi” – Greenleaf

24. “Ramai orang berusaha mencari siapa yang bersalah daripada menyelesaikan masalah itu” – Robert Schuller

25. “Apabila saudara mula ke hadapan masyarakat, kekuatan dan keterampilan saudara banyak bergantung kepada kebolehan saudara dalam menyampaikan ucapan dan idea” – Peter Druker

26. “Kemahiran berucap adalah faktor paling utama seseorang pemimpin dilihat berkarisma dan hebat” – Conger dan Konungo

27. “Berikan saya 10 orang pemuda, nescaya saya akan gegarkan dunia” – Sukarno

28. “Harga sesebuah kemasyhuran adalah tanggungjawab” – Winston Churchill

29. “Apa yang seseorang lakukan dalam kehidupan sosialnya adalah cerminan daripada kehidupan peribadinya” – Steven R. Covey

30. “Tatacara saudara menjadi tidak bermakna sekiranya ia tidak dilakukan dengan keyakinan” – Elisabeth Egan

31. “Tiada terpelihara kehormatan yang tinggi daripada penderitaan, sehingga mengalir darah dari tiap-tiap bahagian tubuh” – Hamka

32. “Saya fikir kita harus kembali kepada agama” – tokoh Athies

33. “Barangsiapa yang masih lagi tidak meninggalkan maksiat walaupun umurnya mencecah 40 tahun maka bersiap-siaplah untuk dihumbankan ke dalam neraka” – Imam al-Ghazali

Pujangga Arab

1. “Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tidak potong masa, maka dia akan potong kamu”

2. “Air mata adalah senjata bagi wanita”

3. “Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tiada buahnya”

4. “Alangkah kecilnya duniaku ini, kalau tidak kerana besarnya cita-citaku”

5. "Istiqamah itu lebih baik daripada 1000 karamah (kemuliaan)"

Tuesday, March 3, 2009

Apa itu Islam?



Saidina Umar pernah mengungkapkan dalam kata-katanya yang masyhur: “ Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka selagi mana kita mencari kemuliaan selain apa yang dimuliakan Allah, maka kita akan dihina oleh Allah”

Seorang ahli pemikir barat pernah menyatakan: “Sesungguhnya ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W bukanlah suatu dongengan. Barangsiapa yang mengatakan ajaran Muhammad itu sebagai dongengan maka itu adalah satu penipuan yang sangat nyata”

“Kerajaan Pusat yang sebenar adalah kerajaan Allah. Mana-mana kerajaan yang tidak mengikut acuan yang diaturkan oleh kerajaan pusat maka secara automatik ia akan tertolak secara total dan tidak akan diterima buat selama-lamanya, dan Islam itulah yang mengenalkan kita siapa sebenarnya Kerajaan Pusat”

Cuba perhatikan adakah anda juga termasuk dengan pengertian islam yang ditakrifkan di bawah:

1. Islam itu adalah sebagaimana suatu hari Jibrail pernah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk mengajar manusia tentang agama Islam, “Ya Muhammad khabarkan kepadaku apa itu islam?” lalu jawab Rasulullah S.A.W, “ Islam itu adalah menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Utusan Allah, dan kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji di Mekah seandainya kamu mampu.


2. Islam itu adalah menyerah diri dan mengikat diri secara sukarela khas untuk Allah S.W.T sahaja. Syaratnya kita menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dengan sukarela bukannya terpaksa dan dipaksa. Firman Allah di dalam surah ali-Imran ayat 83 yang bermaksud: “Maka mengapa kamu mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan?”.


3. Islam itu adalah satu sistem lengkap dan mempunyai undang-undang yang merangkumi seluruh kehidupan manusia bahkan kehadirannya memberi kesempurnaan dalam mengatur kehidupan manusia dan memberi rahmat terhadap makhluk lain seperti binatang, tumbuhan dan sebagainya. Semua ini kita menyedari dan mengenalinya melalui utusan Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Allah berpesan di dalam surah ali-Imran ayat 85 yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam maka dulu kini dan selamanya tidak akan diterima oleh Allah S.W.T dan dia akan menghadapi kerugian di hari akhirat.”


4. Islam itu adalah himpunan segala apa yang diturunkan oleh Allah ke atas rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia sama ada dari sudut hukum aqidah, akhlak, ibadat, muamalat dan banyak lagi hukum-hakam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

5. Islam itu adalah merupakan jawapan yang tepat kepada 3 persoalan penting iaitu:

1. Dari mana kita datang?

Jawapannya adalah, firman Allah bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya jika kamu ragu pada hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air (hujan) di atasnya, hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tumbuhan yang indah.” (surah al-Hajj ayat 5).

Firman Allah lagi yang bermaksud: “ Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati tanah, ‘Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), ‘Kemudian Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kami jadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.” (surah al-Mukminun 12-14)

Firman Allah dalam surah as-Sajdah: “Yang memperindahkan segala sesuatu yang Dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah, ‘ kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani), ‘ Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)-Nya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.” (ayat 7-9)

Allah berfirman lagi dalam surah al-Insan: “ Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut, ‘ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” (ayat 1-2)

Juga di dalam surah at-Thoriq ayat 5-7 yang bermaksud: “ Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan, ‘ Dia diciptakan dari (mani) yang terpancar, ‘ yang keluar dari antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.”

2. Kenapa kita dihantar ke dunia?

Jawapannya adalah sebagaimana firman Allah: “ Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menjadi HAMBA (melakukan ibadat) kepadaku” (surah az-zariat ayat 56)

3. Ke mana pula kita akan pergi?

Jawapannya adalah terkandung di dalam surah al-Insyiqaq ayat 6 yang bermaksud: “ Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah berkerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya”

Dalam surah ar-Rum ayat 11 yang bermaksud: “Allah yang memulai penciptaan (makhluk),kemudian mengulangi-nya kembali, kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan.”

Dalam potongan surah az-Zumar ayat 7 yang bermaksud: “……….Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan……….”

Dalam surah an-Najmu ayat 42 yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu)

Dalam surah al-‘Alaq ayat 8 yang bermaksud: “Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan”



6. Islam itu adalah satu roh yang hakiki untuk manusia dan cahaya petunjuk bagi
manusia dalam kehidupan dan juga mempunyai penyembuh yang cukup dan
lengkap. Dalam surah as-Syura ayat 52 dan 53 yang bermaksud: “Dan demikian
lah kami wahyukan kepadamu(Muhammad) ruh(al-Quran) dengan perintah Kami.
Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah kitab al-Quran dan apakah iman
itu, tetapi kami jadikan al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk
siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh engkau
benar-benar membimbing manusia kepada jalan yang lurus, Yaitu jalan Allah
yang milik-Nyalah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, Ingatlah
segala urusan kembali kepada Allah.”

Sumber daripada Kitab Usul Dakwah ( Doktor Abdul Karim Zaidan)