PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Friday, January 30, 2009

Ahli Yaman pada Perspektif Rasulullah

Satu hadis shohih riwayat Imam Muslim dalam kitab yg disyarahkan oleh Imam Nawawi jilid yg kedua bermaksud:

"Telah datang ahli yaman kepada kamu, mereka mempunyai hati yang sangat lembut, Iman itu yamanin dan Hikmah itu adalah Yamaniah"

Akan datang ana akan ceritakan apa yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang mengaitkan Iman dan Hikmah itu ada pada penduduk Yaman dan mempunyai hati yang lembut.........

Kalu nak tau lebih lanjut mai jumpe ana Di Sana'a Yaman kite muzakarah.he2

Jumpe lagi.....

Friday, January 23, 2009

MERENUNG MASA DEPAN AKHIRAT


Pesanan Nabi S.A.W dalam hadis hasan yang ke-66 termaktub di dalam kitab masyhur iaitu Riadhussolihin karangan Abu Zakaria Al-Imam An-Nawawi sangat bermakna kepada kita yang bermaksud: “Orang yang BIJAK & CERDIK adalah orang yang memuhasabah dirinya dan beramal untuk manfaat kehidupan selepas mati dan orang yang BODOH & LEMAH ialah mereka yang selalu mengikut hawa nafsu….au kama qol

Mendengar bunyi gegak gempita yang tidak terdaya ditanggung oleh telinga yang kerdil, adalah suatu keadaan yang menyiksakan

Perhentian pertama manusia selepas kematian adalah alam barzakh, kemudian manusia berdepan dengan perhentian yang lebih besar iaitu dataran Mahsyar. Suatu perhentian sebelum menemui ketentuan diri masing-masing, sama ada mereka memasuki syurga ataupun terhumban ke dalam neraka.

Berkata seorang ahli sufi dalam kitabnya yang diberi nama At-Tawahhamu wal Ahwal, bahawa Allah S.W.T akan menghimpunkan sekalian makhluk-makhluk ciptaan-Nya terdiri daripada kalangan jin dan manusia, dalam keadaan telanjang serta dalam keadaan hina.

Yang menjadikan manusia dalam keadaan hina-dina ialah disebabkan Allah S.W.T telah mencabut semua jenis kekuasaan dan kehebatan yang pernah dipinjamkan kepada manusia di dunia. Manusia diberi peluang untuk memilih dua jalan sama ada jalan syukur ataupun jalan kufur (anda boleh rujuk surah asy-syamsu ayat 8). Sebahagian daripada manusia ada yang diberi kuasa dan memiliki kerajaan dan kekuasaan di muka dunia, suatu amanah yang dibebankan kepada khalifah Allah S.W.T. Tetapi sebahagian besar telah menyalahgunakan ataupun khianat terhadap amanah itu dengan melakukan kekejaman dan kezaliman sesama manusia (sila rujuk surah al-qasas ayat 41).

Justeru Allah mencampakkan ke atas mereka segala kehinaan, setelah manusia bermaharajalela dengan kekuasaan yang pernah dipinjamkan oleh Allah S.W.T di dunia dahulu. Sedangkan manusia itu hanyalah hamba Allah S.W.T, mereka tidak sedar bahawa diri mereka sangat lemah dan memerlukan pertolongan-Nya. Malangnya mereka bertindak melebihi batas-batas yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Kehinaan yang melekat pada diri manusia sangat menggerunkan di perhentian Mahsyar itu, walaupun antara mereka tiada sebarang kesalahan yang pernah dilakukan. Hatta manusia yang sangat ganas dan kejam yang digeruni oleh ramai semasa di dunia dahulu, begitu juga yang sangat angkuh mereka terpaksa menyorok di belakang orang lain, lantaran mereka merasa amat kerdil dan hina di hadapan Allah S.W.T.

Apabila telah berhimpun sekalian makhluk Allah S.W.T daripada jenis manusia, jin, syaitan, binatang buas dan semut yang melata, kesemuanya telah terhimpun di dataran Mahsyar, maka ketika itu segala bintang-bintang berterbangan di udara, seluruh planet terungkai dari gugusannya. Matahari dan bulan menjadi gelap tidar menyinar lagi, langit pula bergentayangan dan terumbang-ambing bagaikan bumbung kehilangan sokongan.

Seluruh biji mata sekalian makhluk yang terhenti di Mahsyar terbeliak cemas memerhatikan bintang-bintang, bulan dan matahari yang berterbangan bagaikan rangkai belon yang terputus daripada ikatan. Orang-orang mukmin turut cemas ketika berdepan dengan peristiwa itu, tetapi mereka segera terputar ingatannya kepada Rasul Allah yang telah mengingatkan mereka tentang hari itu. Ketika mereka berhadapan dengan kenyataan yang sebenar, debaran jantung mereka agak terkawal kerana mereka telah dimaklumkan lebih awal.

Bagi golongan kuffar yang mendustakan hari akhirat, yang menganggap akhirat hanyalah khayalan golongan beragama, dengan spontan wajah mereka bertukar menjadi pucat bagaikan kain kafan atau hitam muram (bukti di dalam surah an-nisa’ ayat 106). Debar jantung mereka tidak terkawal seolah-olah akan tercabut dari tangkainya, mereka amat terkejut kerana tidak mendengar sebarang perkhabaran mengenainya disebabkan mereka menolak utusan Allah serta tidak sudi mendengar segala perkhabarannya.

Seluruh gugusan bintang dan planet yang berterbangan serta langit yang terumbang-ambing itu bertembung sesama sendiri, pecah berhamburan mencetuskan bunyi yang gegak gempita. Jika kenderaan di jalan raya bertembung sesama sendiri mencetuskan bunyi yang kuat, betapa pula bintang-bintang yang antaranya seratus kali ganda lebih besar daripada planet bumi ini, tiba-tiba ia bertembung sesama sendiri di angkasaraya. Pasti bunyi dentuman pelanggaran itu tidak terdaya telinga kerdil manusia untuk mendengarnya.

Mendengar bunyi gegak gempita yang tidak terdaya ditanggung oleh telinga, adalah suatu keadaan yang sangat menyiksakan. Jika dibakar mercun di sisi seorang dalam masa satu jam, ia sudah cukup membingitkan, sedangkan suasana hingar-bingar yang berlaku ketika manusia berada di Mauqif akhirat itu berjalan selama lima ratus tahun tanpa henti.

Sabda nabi yang bermaksud: " Dunia adalah tidur, manakala akhirat adalah tersedar dari tidur (sebenar-benar kehidupan).

Sunday, January 11, 2009

25 Dalil Pilihan


Pesan Nabi S.A.W : “ Aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana seandainya kamu berpegang teguh dengannya kamu TIDAK AKAN SESAT buat selama-lamanya, iaitu Kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah”

1. Ucapan orang beriman apabila ditimpa musibah – Surah Al-Baqarah ayat 156

2. Sifat Syaitan – Surah Al-Baqarah ayat 169

3. Keindahan dunia untuk orang kafir – Surah Al-Baqarah ayat 212

4. Kadang2 apa yang kita benci itu menjadi manfaat pada kita – Surah Al-Baqarah ayat 216

5. Doa supaya tidak dipesongkan hati – Surah Ali Imran ayat 8

6. Bukti sombongnya Iblis – Surah Al-‘Araf ayat 12

7. Allah lebih hampir daripada urat leher – Surah Qaf ayat 16

8. Syurga firdaus untuk orang beriman – Surah Kahfi ayat 107

9. Bandingan ilmu Allah – Surah Kahfi ayat 109

10. Kenapa Isa dilahirkan tanpa bapa? – Surah Maryam ayat 21

11. Allah tidak akan sia-siakan Orang yang berbuat baik – Surah Hud ayat 115

12. Siapa sebenarnya yang Berjaya? – Surah Al-Mukminun ayat 1-6

13. Seruan Jihad – Surah Al-Hajj ayat 7-8

14. Muhammad Rasul Terakhir – Surah Al-Ahzab ayat 40

15. Tugas Rasulullah – Surah Al-Ahzab ayat 45-47

16. Ahli Syurga sibuk dengan kesenangan – Surah Yaasin ayat 55

17. Waktu mulut kita dikunci? – Surah Yaasin ayat 65

18. Taat pada Ibu Bapa – Surah Al-Ahqaf ayat 15

19. Jasad Firaun tidak hancur? – Surah Yunus ayat 92

20. Cantiknya Bidadari itu – Surah Ad-Dukhan ayat 54

21. Sifat Negara Islam – Surah Saba’ ayat 25

22. Sifat Ahli Syurga – Surah Al-Waqi’ah ayat 25

23. Kesan orang yang berjihad mencari Keredhaan Allah – Surah Al-Ankabut ayat
terakhir

24. Mat motor kahwin dengan minah rempit – Surah An-Nur 26

25. Jangan Ikut Syaitan – Surah An-Nur 21

Friday, January 9, 2009

Kenapa aku perlukan seorang isteri?


• Dia merupakan sayap kiri perjuanganku

• Dia mampu meyejukkan pandangan mataku dan menjadi pelindung mataku yang sering khianat

• Dia selalu mengingatkan aku di kala aku lalai

• Dia menjadi tempat untuk aku meluahkan segala isi hatiku

• Dia menjadi assistant dan rakan kongsi dalam segenap gerak kerjaku yang memerlukan bantuan

• Dia menjadi tempat untuk aku berbincang strategi perjuanganku di medan dakwah

• Dia membakar semangat ku takkala aku lemah di medan perjuangan

• Dia telah banyak meredakan nafsu jahatku

• Dia banyak membela ku ketika aku dikutuk oleh musuh Allah

• Dia melahirkan anak hanyalah dengan tekad untuk memastikan anaknya mewarisi perjuangan ayah dan ibunya dalam menegakkan Islam

• Dia rela mati syahid bersama-sama dengan ku


Kenapa aku bencikan seorang isteri?


• Dia telah banyak melemahkan perjalanan dakwah ku

• Dia banyak mencemarkan nama baik ku

• Dia gagal memahami kesibukan ku

• Dia tidak mampu menjadi sayap kiri perjuanganku

• Dia menjadi fitnah terhadap diriku

• Dia lebih mengasihiku daripada Allah dan Rasul

• Dia banyak menggodaku supaya lebih mengasihinya berbanding Allah dan Rasul

Sedikit pesanan khas buat bakal isteri ku

Tuesday, January 6, 2009

Akibat tidak baca bismillah!!

Benarlah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:”Tiap-tiap pekerjaan atau amal yang tidak dimulai dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim, maka terputuslah (kurang berkat)”

DICERITAKAN OLEH SEORANG PEMBACA (TOK DAHAMAN)

YG TINGGAL DI KG SIDAM, KEDAH KPD MAJALAH IKTIBAR.

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari, tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara itu, jari-jari tangannya amat panjang begitu juga jari kaki. Walau bagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu drp budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sahlah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki. Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai. Ada sebahagiannya sibuk di tempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...). Syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yg muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dgn bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai.

Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. Mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang di rambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letih lah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak.

Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebutlah nama Allah... atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH...

AMAL + BISMILLAH = BERKAT (INSYAALLAH)

Friday, January 2, 2009

Air Mata Gaza Luka Umat Islam

Daripada Anas r.a, sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Tidak sempurna IMAN seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendirinya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Jarir bin Abdullah r.a, sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, nescaya Allah ‘Azzawajalla tidak mengasihaninya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Musa Musa al-Asy’ari r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Nu’man bin Basyir r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin itu dari segi kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan umpama satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berjaga malam dan merasa panas dan gusar.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Renungkanlah nasib umat islam di gaza dengan 4 hadis Muttafaqun ‘alaih. Persoalannya adakah kita juga termasuk dalam hadis di atas????

Sedikit selingan berita

Selasa ,30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Mengalir airmataku apabila berita pedih ini terngiang-ngiang di telingaku lantas ianya terus kemerah-merahan apabila mengenangkan kekejamanan israel LA’NATULLAH yang tidak pernah jemu membaham nyawa-nyawa insan di Palestin sejak berabad yang lalu. Namun aku cuba hiburkan hatiku bahawa sahabat seperjuanganku di sana ramai yang bertemu Allah dalam keadaan yang tersangat MULIA (mati syahid). Itulah kelebihan mereka.

Israel LA’NATULLAH telah lama mengisytiharkan perang kepada Allah tetapi kadang-kadang kita merasa pelik kenapa Allah tidak menurunkan bala-Nya kepada mereka sebagaimana berlaku kepada tentera bergajah suatu ketika dahulu? Ramai yang tertanya-tanya ‘Bilakah pertolongan Allah akan muncul?’. Bersabarlah saudara dalam menanti saat-saat JANJI ALLAH yang pasti. Kita harus sentiasa HUSNU ZON pada Allah kenapa zionis tidak di bala. Mungkin ini adalah hikmah Allah nak bagi peluang pada umat islam untuk menempah syahid di jalan-Nya. Mungkin juga inilah hikmahnya Allah nak melihat siapa di kalangan umat islam yang sanggup membantu saudaranya di Palestin. Mungkin juga inilah hikmahnya Allah nak tengok siapa sebenarnya yang ikhlas dalam berjuang. Mungkin inilah hikmahnya Allah nak tunjukkan realiti kesatuan umat islam sekarang yang merudung. Mungkin juga inilah hikmahnya Allah nak melihat siapa di kalangan umat islam yang sanggup bermati-matian mempertahankan tanah suci yang menjadi kiblat pertama umat islam. Mungkin juga hikmahnya Allah nak melihat siapa yang paling bersungguh-sungguh berdoa kepada-Nya demi menyelamatkan umat islam di sana dan banyak lagi hikmat yang mungkin tersirat di sebalik air mata Gaza.

Kadang-kadang seronok jugak bila difikirkan suasana di Gaza kerana ruang dan peluang untuk mati syahid di sana sangat besar dan cerah. Beruntunglah kalau kita dapat syahid di akhir zaman. Betul tak?. Adapun suasana di Malaysia amat mengecewakan jiwaku dek kerana semangat perjuangan islam, jihad fi sabilillah dan kerakusan untuk menempah syahid sangat gersang di kalangan segelintir umat islam di sana. Aku fikir mungkin lah puncanya tidak lain hanyalah disebabkan pengaruh SEKULAR yang terlalu menebal di hati umat islam di Malaysia yang meyebabkan mereka hanyut. Sebenarnya sekular telah banyak mengajar kita supaya takutkan kematian walaupun mati syahid sekalipun dan rata-rata umat islam di dunia ini banyak dimomokkan dengan CINTAKAN DUNIA TAKUTKAN MATI menyebabkan nilai mereka tak ubah hanyalah seperti buih-buih di lautan. Inilah diantara punca nasib umat islam di Gaza tidak dibela oleh saudara mereka sendiri.

Suasana di Yaman telah banyak memotivasikan hatiku untuk berjuang fi sabilillah kerana bermula Gaza diserang minggu lepas sehingga hari ini imam-imam di seluruh masjid Yaman tidak pernah miss membaca doa qunut nazilah di rakaat terakhir pada tiap-tiap kali solat fardhu khas untuk nasib saudara kita di Gaza. Semalam khutbah jumaat seluruh masjid d Yaman semuanya berkisarkan tentang Palestin. Pada hari Sabtu minggu lepas hampir seluruh rakyat di Sana’a Yaman keluar berdemonstrasi bersama-sama dengan pihak kerajaan demi menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan ganas Israel LA’NATULLAH terhadap Gaza. Yang aku peliknya pimpinan-pimpinan kerajaan juga turut keluar berdemonstrasi sebagai tanda protes sedangkan mereka juga banyak terpengaruh dengan sekular. Alangkah seronoknya kalau ianya berlaku di Malaysia tetapi malangnya hanya segelintir sahaja yang menyedari.

Sedikit sahaja pesananku kepada yang membaca artikel ini, bermula sekarang marilah sama-sama kita tanamkan niat untuk MATI SYAHID DI JALAN ALLAH. Sama-samalah kita bertekad untuk pertaruhkan nyawa demi membela agama Allah yang tercinta ini walaupun kita berada di bumi Malaysia sekalipun. Bantulah saudara kita di Gaza semampu yang mungkin walaupun hanya seringgit, janganlah kita lepaskan peluang untuk berjuang dengan wang ringgit.Inilah masanya. Ingatlah kekayaan yang kita ada sekarang sebahagiannya adalah milik Gaza di atas dasar mereka juga SAUDARA kita. Selain itu bagi yang tidak mampu untuk membantu dari sudut kewangan maka perbanyakkanlah berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan, ketabahan dan kesabaran yang hakiki kepada saudara kita di sana dalam mengharungi ujian dan rintangan di dunia yang fana ini. Mungkin suatu hari nanti tak mustahil kita juga akan diuji sepertimana mereka, Na'uzubillah. So berwaspadalah daripada sekarang. Berpegang teguhlah dengan islam sepenuhnya.

“Orang islam berjuang untuk MATI, Orang kafir berjuang untup HIDUP”

“GAZA ADALAH MILIK SEMUA UMAT ISLAM” TAKBIR!!!