PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, July 20, 2010

Promosi Madu Yaman





MADU LEBAH sudah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir pada tahun 300 sebelum Masihi hingga ke tamadun Parsi, Greek dan Rom, sebagai satu cara penjagaan kesihatan.Di Eropah, ada kesatuan diberi nama Apitheraphy, diasaskan oleh Profesor Bernard Descottes, Perancis yang menggunakan produk MADU LEBAH bagi penjagaan kesihatan.Di Timur Tengah, masyarakat Arab tidak dapat dipisahkan dengan pengambilan MADU LEBAH sebagai minuman kesihatan harian.Bagi masyarakat Cina, amalan memberi madu lebah kepada anak sejak kecil sudah lama dipraktikkan.Dalam persekitaran masyarakat berteknologi tinggi dan sentiasa sibuk sekarang, keperluan kepada makanan seimbang dan selamat adalah penting, malangnya kebanyakan pihak mengabaikan keperluan itu dengan mengambil jalan mudah dengan hanya bergantung kepada makanan dan minuman segera yang kurang berkhasiat. Oleh itu, madu disyorkan menjadi makanan tambahan kepada kita disebabkan khasiatnya yang tidak ternilai.


KHASIAT MADU LEBAH

Berikut adalah antara lain Khasiat MADU LEBAH ASLI

• Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
• Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
• Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).

• MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.

• Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.

• Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.

• Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.

• MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).

• MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.


Khasiat Berterusan Madu Lebah


Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•


Kencing manis• Barah/Kanser• Mata kelabu• Letih/Lesu/Tenat• Tenaga batin/Seks• Lendir/Kahak• Penyeri muka• Awet muda• Pendarahan otak• Gastrik• Gagap• Bersalin - senang• Batuk• Penyakit Kulit• Sakit Telinga• Lemah jantung• Jerawat• Pening• Pekak• Lumpuh• Uban (Berpenyakit)• Susah tidur• Sakit sendi • Sembelit• Selsema• Sakit puan• Resdung• Darah tinggi• Sakit kepala• Angin• Luka• Keputihan• Bintik-bintik hitam• Rambut gugur• Sakit pinggang• Terbakar• Haid• Buasir• Batuk kering• Lupa• Keracunan Makanan• Asma/Lelah• Kurang darah• Alahan/Allergic• Kanak-kanak (Sihat)• Dan lain-lain...


MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN & HADIS


Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" ( Hadis riwayat Abu Daud)


Firman Allah dalam surah an-Nahl:

(Surah An-NAhl: 69). Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

" Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:


Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an." (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."


MADU ASLI


Madu lebah asli dan berqualiti sukar diperolehi. madu yang banyak terdapat dipasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam capuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Adakalanya kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandugi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli. Tidak dinafikan banyak juga madu asli dipasaran tetapi telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli.


PERBEZAAN MADU ASLI & TIRUAN


Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu. Sukar untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.


Kesimpulannya


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MADU ASLI YAMAN bolehlah emel saya segera di alamat:


ibnuzaid359@gmail.com


jd_tokwoli@yahoo.com


ataupun boleh hantar mesej ke nombor ini +967711802596 @ +967715005954


dapatkan harga berpatutan dan murah


madu sidir ( sekilo ) = rm400


madu sumur ( sekilo ) = rm200

No comments: