PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, January 30, 2011

Warning pada Kerajaan Zalim

Kerajaan yang ZALIM pasti akan diguling dan dilipat oleh rakyat..
lihatlah contoh Tunisia dan Mesir ( sekelip mata kerajaan angkuh diguling )..
inilah bukti bahawa fitrah manusia yang inginkan KEADILAN. Mereka tidak rela maruah dan hak mereka dicabul begitu sahaja.
Semoga isu ini menjadi muhasabah kepada kerajaan BN..
jangan kita menzalimi rakyat nanti buruk padahnya..rakyat akan bangkit..
sejarah tetap berulang

Sunday, January 16, 2011

Perumpamaan Al-Quran dan Sunnah..


Ana merujuk kepada kitab Syarah Hilyah at-Tholibil Ilmi..

Syeihk Sholih Uthaimin menyatakan bahawa al-Quran dan Sunnah tidak dapat dipisahkan seumpama 2 sayap burung..

Sekiranya tiada salah satu sayap maka matlamat burung untuk terbang tidak akan tercapai...so inilah pentingnya kita berpegang kedua-duanya sekali supaya matlamat Mardhotillah akan tercapai..

Bertepatan dengan Hadis Nabi S.A.W yg bermaksud: "aku telah tinggalkan kamu 2 perkara seandainya kamu berpegang teguh kepada 2 perkara ini maka kamu tidak akan sesat FOREVER..Nabi xpernah pun sebut "sekiranya kamu berpegang kpd salah satu dari dua perkara ini" akan tetapi Nabi sebut pegang 2 2..

Inilah juga dalil yang cukup jelas untuk kita menolak hujjah golongan anti-hadis...mereka ikut Allah tapi menentang Rasulullah..haza syaiun 'ajib jiddan jiddan..mereka ikut Allah tapi benci KEKASIH ALLAH!

hakikatnya kita hanya dapat mengenal Allah via Rasulullah faqath(sahaja)..

wallahu'alam..

sedikit perkongsian ilmu..

kalau ada silap tolong betulkan..

kalau ada penambahan silakan....

Friday, January 7, 2011

jangan tertipu dengan purdah!

Mata menawan belum tentu wajahnya juga begitu!



Padaku purdah adalah suatu 'pakaian' yang akan men'cun'kan lagi seseorang muslimah..

Sebab itu aku juga amat seronok apabila melihat isteriku memakai purdah menyebabkan sukar untuk ku jemu melihatnya..

Dan aku tidaklah mengatakan wajib kerana di sana terdapat khilaf para Ulamak tentang hukum memakai purdah..ada yang kata wajib dan ada juga yang kata sunat..bagiku ianya sunat pada setengah keadaan dan kadang-kadang purdah akan menjadi wajib takkala ketika itu wanita terdedah kepada suasana FITNAH!

Apa-apa pun terpulanglah kepada individu muslim untuk menilai yang mana lebih tepat untuk dirinya beramal...

Akan tetapi ada sesetengah orang bila dia melihat wanita berpurdah terus tertarik bahkan terus jatuh hati (berkenan)..jangan....

wanita yang pakai purdah walaupun matanya menawan belum tentu wajahnya cantik..kalau ikut pengalaman aku, ada setengah wanita yang pakai purdah matanya amat cantik tapi hidungnya besar, giginya rosak dan mulutnya tidak menarik!...

tapi kadang-kadang walaupun matanya kurang cantik sebenarnya wajahnya cantik..ada jugak macam ni..

So jangan korang tertipu dengan purdah..

Sebab itulah bila nak tengok bakal isteri kita mestilah melihat wajah dan tangannya terlebih dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W...

barulah kita boleh menilai wanita ini cantik atau sebaliknya..huhu

Dan apa yang penting jugak adalah kecantikan wanita bukanlah jaminan kebahagiaan sesebuah rumahtangga akan tetapi agamalah yang menjadi penyelamat..

So utamakan wanita yang ada agama berbanding wanita 'cun' kerana ke'cun' annya akan hilang suatu hari nanti..

aku sekadar menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman...

Wallahu'alam

Thursday, January 6, 2011

Sebarkan berita ini...


Sahabat seperjuangan, teman media, serta seluruh warga Malaysia;

Mohon jasa baik Tuan/Puan, Saudara/i, seluruh kenalan untuk mengwar-war & panjangkan pemakluman program berikut kepada kenalan, teman media, serta penghebahan melalui media kawalan Tuan/Puan terutamanya kepada seluruh warga Malaysia yang berada di sekitar Lembah Kelang;

Program : SOLAH HAJAT & PIDATO PERDANA
Tarikh : Ahad malam Isnin, 9 Januari 2011
Masa : 7.00 - 11.00 malam
Lokasi : Stadium Malawati, Shah Alam

PIDATO PERDANA OLEH:

- YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
- YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

TAZKIRAH KHAS selepas Solat Maghrib oleh : Tuan Guru Dato' Dr Haron Din

Perjalanan Program : Solah Maghrib, Tazkirah Maghrib, Solah Isyak, Solah Hajat & Pidato Perdana

Mohon jasa Tuan/Puan, Saudara/i untuk memaksimumkan hebahan program ini kepada seluruh kenalan. Mohon hadir dengan membawa sejadah @ alas untuk Solat.

Semoga kehadiran ke program ini diberkati Ilahi & diberikan pertolongan olehNya.

Program dianjurkan oleh : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Sekian . Terima Kasih.

p/s- kalau lah aku sekarang berada di Malaysia insyaAllah aku tak kan lepaskan peluang ini..tapi apa kan daya aku di luar negara..huhu

Tuesday, January 4, 2011

Tahniah Idham dan Zaujah...

tahniah kepada sahabat seperjuanganku yang baru 'panas-panas' lagi di jinjang pelamin..

setakat yang aku tengok kat gambar ni gaya-gayanya macam akan bahagia sampai ke syurga ni..insyaAllah moga-moga doaku dimakbulkan..ameeeenn

fuhhhhh nampak macam pasangan ayat-ayat cinta jer kan?

sampai aku pun rasa jealous..macam nak tambah sorang lagi jer..huhu ( teringat kenangan manis perkahwinanku suatu ketika dahulu)

apa-apa pun aku berasa cukup bangga dan syukur apabila mendengar sahabat-sahabat yang telah kahwin mahupun yang bakal kahwin..perlu sebut nama tak??..ha relax dulu..suprise

Kepada yang bujang lagi dan mampu untuk kahwin sekarang aku nasihatkan agar jangan tangguh sebab benda ni Sunnah Rasulullah buat apa kita nak tangguh beramal dengan sunnah..kalau nak tangguh 'zina' kire bagus la jugak kan daripada berzina terus ( lagi bagus kalau langsung tak berzina)..tapi kahwin ishhhhh rugi kalau tangguh sebab benda ni dah confirm Allah redha..

Lagipun pahala di sebalik perkahwinan itu cukup-cukup banyak dan hebat..

just orang-orang MUTAZAWWIJ jer yang tahu hakikatnya..

kalau anda (bujang) nak tau kahwin dulu...

Wallahu'alam

kelak kita akan tahu jugak siapa pulak yang bakal menyusul...

Saturday, January 1, 2011

Hukum Meninggalkan Solat..


Merujuk kepada Syarah Shohih Muslim oleh Imam Nawawi R.H

Ijma' Ulamak bersepakat mengatakan bahawa meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya adalah KAFIR MURTAD..

Namun dalam soal meninggalkan solat kerana malas dan tidak menafikan kewajipannya ada beberapa khilaf di kalangan Ulamak..

1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi FASIQ. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud sebagaimana penzina yang sudah berkahwin, akan tetapi ia dibunuh dengan pedang.

Ini pandangan Imam Malik, Imam Syafie dan Jumhur Ulamak Salaf dan Khalaf

2.Orang itu menjadi KAFIR. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih dan juga pandangan sebahagian daripada pengikut Imam Syafie

3.Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Adapun pandangan Jumhur Ulamak mengatakan orang yang meninggalkan solat kerana malas tanpa menafikan kewajipannya maka mereka tidak KAFIR berdasarkan ayat Allah dalam surah an-Nisak ayat 48...

Wallahu'alam