PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, November 27, 2012

Anda masih sokong PAS??

Masih sokong PAS

Alhamdulillah bersyukurlah pada Allah kerana kita masih lagi diberikan hidayah oleh Allah untuk menyokong serta mendokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS

Ingatlah saudara bahawa nikmat ini Allah tidak kurniakan kepada semua manusia bahkan tidak kepada semua umat islam..

sedarlah bahawa kita di antara manusia yang dipilih oleh Allah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi..

perjuangan ini penuh dengan ranjau dan dugaan yang memerlukan ketabahan yang sejati...

suka saya ingin berkongsi...

Peraturan Am Penceramah Pemuda PAS : [mendepani PRU 13]

a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.

b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]


c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]


d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.


e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"

f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .

g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.

[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan individu khas untuk membacakan doa penutup]

Nota : 5 Rukun Ceramah :

1. Muqaddimah [ a ]
2. Protokol [ b ]
3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa & Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ g ]

Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :


a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.

b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]

c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka. Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.

d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga bahasa badan.

Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga sewajarnya  :

i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu disampaikan

ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan serta tahap audien

iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada saudara sebelum tampil di khalayak.

iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang dijadualkan agar audien tidak menanti lama.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, November 13, 2012

Hadis Rasulullah Menampar sikap Syi'ah

Kata Nabi SAW : " Barangsiapa yang menghina @ mencela sahabat-sahabatku maka dia akan mendapat laknat oleh Allah, para malaikat dan seluruh manusia" - hadis ini telah dihasankan oleh Syeikh Nasiruddin al-Bani

Thursday, October 18, 2012

PAS DAN KUASA

Sejarah kelahiran Pas ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

” Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut.

Penyertaan Pas di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya Pas, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasal 3. Dasar Pas ialah Islam.
Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Di Dalam fasa 5. Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.
. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Di dalam fasal ini jelas bahawa Pas berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya Pas tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh Pas tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Di dalam Fasal 8 Perlembagaan Pas telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu:
i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar Pas dalam Perlembagaan Pas.
ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam Pas serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti Pas.
iii.Rayuan disiplin

Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas sudah membayangkan inilah perjuangan Pas yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh Pas seperti yang disebut pepatah cina “Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat”

Pas hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. Pas tidak mengiktiraf pendekatan “Matlamat menghalalkan cara”. Pas perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka’bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Kuasa yang Pas miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin

Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.
Kalau tuduhan orang mengatakan Pas utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau Pas gilakan kuasa lebih baik Pas bersetongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya Pas tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya Pas terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang Pas laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah.

Ustaz Idris Ahmad

Friday, October 5, 2012

Bertaqwalah kepada Allah..

Sekian banyak ayat-ayat quran yang mengingatkan kita supaya bertaqwa kepada Allah...

Sungguh!! orang yang bertaqwa sahaja yang mulia di sisi Allah walau apa bangsa pun...tidak kira warna kulit...

Taqwa dalam erti kata melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya..

Jom kita bertaqwa...

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem

Jadual Tazkirah Ramadhan 2012

21/7/2012 - Surau Iman AU3Lembah Keramat

22/7/2012 - Surau Nurul Hidayah Shah Alam

23/7/2012 - Surau An-Naimah Kelana Jaya

24/7/2012 - Surau Ubudiyyah Sri Gombak

25/7/2012 - Surau Al-Mujib Cheras

27/7/2012 - Surau Mustaqimah AU5 Lembah Keramat

28/7/2012 - Surau Al-Karimiah Batu Caves

29/7/2012 - Surau Ansor BTHO (Kuliah Dhuha)

30/7/2012 - Alliance Bank (Kuliah Zohor) Masjid Muhtadin Damansara Damai

31/7/2012 - Masjid Al-Khairiah Taman Sri Gombak

1/8/2012 - Surau Azhar Sri Damansara

4/8/2012 - Kuliah Subuh di Sentul

6/8/2012 - Masjid Bandar Baru Ampang

9/8/2012 - Surau Hijriah Taman Medan

10/8/2012 - Surau Ustaz Kechik Seksyen 27 Shah Alam

12/8/2012 - Surau Al-Karimiah Kampung Laksamana

Tuesday, April 3, 2012

Muamalat Dengan Yahudi

1. Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.

2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.

3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.

4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.

5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.

6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.

" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "

" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "

7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.

8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.

9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.

10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Tuesday, March 6, 2012

Kelantan Roll Model PAS..

Rasa gatal tangan nak menulis pagi ni...

nak berkongsi sikit...

Antara bukti kebenaran perjuangan PAS anda boleh tengok kesan dan hasilnya di Kelantan..

Dari sudut ekonomi ( jauh dari Riba), Sosial ( suasana islamik di merata tempat), pendidikan ( penekanan tentang kefahaman islam di sekolah YIK), politik ( mengajar rakyat apa itu politik islam yang jauh daripada penyelewengan dan rasuah),

Kalau nak dibandingkan dengan negeri lain (bawah UMNO) jauh langit bumi bezanya dgn Kelantan..

Cuba tengok ada tak kedai yang jual arak kt Kelantan?...ada x kedai Seven Eleven yang jual arak?...ada tak kedai2 judi di Kelantan ( Agensi nombor ramalan)??... ada tak disko atau kelab malam di Kelantan??

Inilah bukti kesungguhan perjuangan PAS dalam menegakkan Islam..

Kelantan sebenarnya menjadi ROLL MODEL sebuah kerajaan islam sebagaimana yang telah dibuat oleh Rasulullah S.A.W 1400tahun dahulu...walaupun hakikatnya bukanlah 100% menyamainya...

So rakyat Kelantan sepatutnya berbangga...

kekalkanlah pemerintahan islam di Kelantan dalam PRU 13 nanti

pastikan Kelantan tidak jatuh ke tangan UMNO sekular..

kalau jatuh kpd UMNo mungkin anda boleh menganggarkan apa nasib yang bakal menimpa rakyat Kelantan..


Sunday, March 4, 2012

5 Sebab Kenapa tolak UMNO

1. UMNO Memperjuangkan Bangsa...prinsip perjuangan UMNO sebenarnya bertentangan dengan prinsip perjuangan Rasulullah S.A.W...Rasulullah memperjuangkan islam bukannya bangsa

2. UMNO tolak hukum Allah...dalilnya Kelantan pernah cadang kepada Kerajaan pusat supaya dilaksanakan hukum islam tapi malangnya Kerajaan pusat

3. Maksiat Berleluasa...sebabnya UMNO memerintah gaya sekular bukannya gaya islam..Kesannya??..Nah lihatlah gejala sosial yang sedang parah membarah dalam masyarakat malaysia

4. Membiarkan pusat2 judi dan jualan arak berleluasa...ini jugak suatu sikap yang lahir daripada UMNO yang gagal memahami islam secara menyeluruh

5. Menjadikan Israel( Yahudi) sebagai teman setia sedang mereka menjadi musuh ketat umat islam seluruh dunia especially di Palestine..

Sebenarnya banyak lagi sebab kenapa kita mesti tolak UMNO,.,,aku tak larat nak tulis semua..korg cari sendiri lah maklumat..

Jangan cari maklumat dalam Utusan Melayu plak..mampus korg

Perlu diingat bahawa Utusan Melayu dan Berita harian adalah surat khabar UMNO

Lebih baik korg baca Harakah, itu lebih telus dan jujur

Wallahua'alam

Thursday, March 1, 2012

Pesanan Ringkas...

Aku ingin berpesan kepada semua gunakanlah internet ( blog, facebook, twitter dan lain2) untuk kita mengajak manusia mengenal islam dan perjuangannya..

Gunakanlah medan ini sebagai salah satu cabang jihad kita untuk menegakkan agama Allah S.W.T...

Tuesday, February 7, 2012

BlackBerry dan Perjuangan Islam


Belilah BlackBerry dengan saya sambil-sambil anda menderma kepada tabung Fi Sabilillah demi kemenangan Islam yang suci...

Banyak kelebihan BB sebenarnya menyebabkan hand phone ini sangat berbeza kualiti dan fungsinya berbanding dengan hand phone mahal yang lain..

BB ada satelite nya tersendiri menyebabkan connection internet dan BBM terlalu laju..

Mesej di antara pemakai BB hanya makan kos sehari 50 sen sahaja dalam tempoh 24jam walau banyak macam mana pun anda bermesej..

Ada 3model dengan saya iaitu BB Bold 9700 = RM750, BB Curve 9300 = RM650 dan BB Torch 9800 = RM1050

Warranty 2 tahun

Kalau anda berminat boleh hubungi saya segera 0132041372