PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, December 13, 2008

PAKAI PURDAH LEBIH BAIK?

Al-Quran diturunkan kepada manusia adalah untuk memberi HIDAYAH @ PETUNJUK jalan yang lurus, oleh yang demikian orang yang betul-betul memahami hidayah tidak akan melulu dalam menilai syariat.

Begitulah juga bila kita berbincang soal pakai purdah ataupun tidak, maka penilaian kita mestilah tidak melencong daripada petunjuk Al-Quran supaya kita terhindar daripada membuat keputusan berasaskan nafsu semata-mata.

Perkara utama sekali suka saya nak ingatkan kepada para pembaca agar kita dapat berlapang dada dengan percanggahan dan perselisihan pendapat di antara ulamak kerana mereka semuanya berhujjah dengan menggunakan nas Al-Quran dan Hadis. Pendek kata saya berpendapat “ulamak ni betul dan ulamak tu pun tak salah”. Yang pentingnya kita dapat berlapang dada dengan semua pendapat ulamak selagi mana ianya tidak bercanggah dengan petunjuk yang sebenar. Kesannya kita tidak akan mudah serong terhadap mereka dan sentiasa berhusnu zon kerana para ulamak kerana mereka bukanlah maksum seumpama nabi, sudah tentu mereka tidak akan lari dari membuat kesilapan seperti kita.

Di sini saya sharekan sedikit huraian yang telah dihuraikan oleh Professor Dr. Yusof Al-Qaradhawi:

Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai Al quran dan As sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.

Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat kedua iaitu ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Menutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'. Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah KHILAFIAH, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.

Asal masalah adalah dari Firman Allah yang bermaksud
" Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya" Surah An Nur.
Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, yang dikatakan dengan perkataan 'ma zahara minha' ialah pakaian dan tudung.
Sebelum itu, jilbab menurut bahasa arab ada 3 pengertian:
1. baju yang menutup seluruh tubuh.
2. pakaian perempuan bahagian luar jika dipakai 2 lapis.
3. tudung yang dipakai oleh perempuan. (lihat mu'jam asasi arab)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menafsirkan 'ma zahara minha' dengan makna celak dan cincin. Ibnu Abbas juga mengatakan bahawa bahagian muka dan tapak tangan. Begitu juga dengan riwayat Aisyah dan Anas b Malik berpendapat begitu. Mereka juga berselisih dengan pendapat apa yang dikehendaki 'melabuhkan pakaian' sebagaimana dalam surah ahzab ayat 59. Apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas adalah berlawanan berkenaan dengan penafsiran ayat 'ma zahara minha' tadi. Beliau menafsirkan bahawa maksud melabuhkan pakaian adalah dengan praktikal, iaitu menutup muka dan kepala dan mendedahkan mata kiri! Ikrimah menyanggah pendapat ini. Beliau menyatakan maksud adalah menutup bahagian lekuk dibahagian atas dada, tempat dimana rantai dipakai dengan tudungnya dan melabuhkan sehingga menutup bahagian lekuk tersebut. Said b Jubair menyatakan tidak harus bagi wanita Islam dilihat oleh lelaki asing melainkan ia memakai tudung kepala yang disertai dengan kain penutup muka, purdah.

Antara ulama' yang bersependapat muka dan tangan bukan aurat dan tidak wajib menutupnya adalah Dr, Yusuf Qhardawi, Syeikh Nasirudin Al Bani, kebanyakan ulama di Universiti Al Azhar dan ulama' kebanyakan tempat. Ulama Arab saudi dan sebahagian negara teluk tidak sependapat dengan pendapat di atas (wajib menutup muka) antaranya Syeikh Abd Aziz b Baaz. Juga ulama dari Pakistan yang terkenal, Ustaz Abu Al A'la Al Maududi serta Prof Dr, Muhamad Said Ramadhan Al Buuti. Jg terdapat risalah yang dan fatwa dikeluarkan dari masa ke semasa yang menentang dan menyebut keaiban mendedahkan muka. Mereka menyeru memakai purdah dengan nama iman dan agama. Maka apabila seseorang perempuan mengambil pendapat ini, serta mewajibkan dikalangan mereka menutup muka, maka bagaimana kita mahukan wajib beramal dengan pendapat lain yang dianggap silap (tidak wajib menutup muka) sedangkan kita mengetahui perkara ini merupakan khilafiah. Mereka menghukum golongan yang tidak beramal dengan pendapat lain sebagai berdosa dan fasik sedangkan ia adalah perkara furuk! Menjadi kewajipan kita adalah bersikap berhati-hati dalam perkara agama dan apakah elok jika seseorang mempertikaikan pendapat lain sedangkan ia bukannya perkara usul. Lainlah jika seseorang tidak memakai tudung, itulah yang sepatutnya ditentang!

Tiada ulama mengatakan memakai purdah adalah haram, maka harus seseorang memakainya tanpa ada prasangka buruk ke atas individu tersebut. Menjadi hak seseorang untuk memakai purdah atau sebaliknya. Memakai purdah tidak melanggar kewajipan dan tidak memudaratkan orang lain. Adakah kita menyebut kesalahan mereka yang memakai purdah sedangkan terdapat sekeliling kita yang tidak menutup aurat? Sedangkan kita mengetahui bahawa menampakkan tubuh badan, tidak menutup selain muka dan tapak tangan adalah pengharaman secara ijmak menurut syariat.

Adakah purdah wajib?
Perselisihan ini memang tidak dinafikan wujud. Kadangkala bersikap syadid dalam perkara agama menjadi keruncingan perselisihan. Tetapi secara mudah, kenapa kita mempertikaikan orang yang memakai purdah, kita mengata sedangkan ia adalah khilafiah dan hak individu, maka mungkin kita mendapat dosa. Tetapi jika kita menegur orang tidak memakai tudung, ia adalah perkara disepakati dan usul, mungkin kita mendapat pahala dengan menegur. Jumhur Mazhab dan ulama' bersependapat aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tangan. Kedua perkara ini adalah bukan aurat. Ibnu Marzuk berpendapat bagi mereka yang cantik dan boleh menimbulkan syahwat, sunat menutup muka. Ini bersandarkan perselisihan sama ada wajib wanita menutup atau wajib lelaki menutup penglihatan, menghindarinya. Kesimpulan, jumhur mengatakan aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Dalil : Surah An Nur ayat 30 dan 31.

:Hadis Rasul SAW yang bermaksud " Tidak harus bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan bahagian ini,sambil Rasul SAW memegang bahagian tengah lengan ( had aurat dalam hadis ini menunjukkan dari tengah lengan tangan hingga jari bukannya dari pergelangan tangan).: Dalil yang menyuruh menutup belahan leher bukan menutup muka.

Surah An Nur ayat 31. : Dalil perintah supaya lelaki menyekat pandangan mata An Nur ayat 114. dan beberapa hadis yang berkaitan dengan tidak wajib menutup muka.

Dalil mereka yang mengatakan purdah adalah wajib.
1. Surah Al Ahzab ayat 59 berkaitan ayat jilbab.
2. Tafsir Ibnu Mas'ud berkenaan firman Allah dalam surah An Nur 31. Yang menyatakan wajib.
3. Surah Al Ahzab ayat 53 berkaitan belakang tabir. Termasuk bagi mereka memakai purdah.
4. Hadis Aisyah yang mengatakan melabuhkan tudung hingga menutup muka.
5. Saddu Zaraii'ah. Menyekat jalan yang mengundang dosa.
6. Uruf sesuatu tempat. Wajib bagi mereka menutup aurat.

Secara akhirnya, jumhur ulama' yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah.
Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:
1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.
2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.
3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan 'tidak boleh masuk dengan masyarakat'. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain. Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi. Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan? Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar'i di dalam Al Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini!

Sedikit ulasan

Ada satu kata-kata iaitu “hasanaatul abrar, sayyia’tul muqorrobin”(baik pada orang awam, buruk pada orang alim)

Maksudnya perbahasan di atas menunjukkan macam mana cara orang berilmu dan orang tidak berilmu menilai syariat. Apa yang penting ianya tidak menyimpang daripada apa yang telah digariskan oleh islam.

Hakikat sebenar yang saya boleh simpulkan tentang mana yang lebih baik antara berpurdah ataupun tidak adalah berdasarkan waqi’(suasana@keadaan) persekitaran@diri seseorang wanita dan mungkinlah wanita itu sendiri tahu sama ada perlu ataupun tidak untuk dia pakai purdah sekiranya dia menilai dirinya dengan islam. Kalau lah wanita ini terlalu cun dan cantik sehinggakan majority lelaki yang melihat wajahnya menyebabkan naik syahwat maka inilah yang dikatakan fitnah. Bagi saya wanita jenis macam ni memang PATUT pakai purdah untuk menjaga maslahat umum.

Sebagaimana yang berlaku di yaman tempat saya belajar. Saya boleh katakan majority wanita kat sini cantik dengan kulitnya, wajahnya, seksinya dan sebagainya. Maka sebab itulah mereka semuanya pakai purdah dan amat susah untuk kita jumpa wanita yang tidak berpurdah kat sini. Kalau seandainya mereka tidak mengenakan purdah sudah tentu kebanyakan lelaki yang ada di situ tertarik(berzina mata) bahkan lebih teruk lagi ada yang sampai tahap pening kepala apabila melihat wajah wanita yaman. Masalah ini banyak terkena kepada pelajar Malaysia yang belajar di sini termasuklah saya. Bagi kami di sini sangat bersyukur apabila wanita yaman memakai purdah, bahkan kadang-kadang pakai purdah pun nampak seksi jugak. Mata mereka sudah cukup mencairkan jiwa lelaki yang melihat. Inilah yang dikatakan kadang-kadang waqi’(keadaan) menjadi penentu wajib@tidak wajib bagi wanita untuk berpurdah.
Adapun suasana dan keadaan di Malaysia pada saya tidaklah seperti yaman. Kalau ada pun mungkinlah bagi orang-orang yang tertentu sahaja seperti wanita yang terlalu cantik dan sebagainya. Bagi saya pakai jubah dan tudung labuh pun dan memadai sebenarnya tapi kalau pakai purdah adalah lebih baik dan selamat.

Suka saya nak tekankan di sini sebenarnya perbincangan ini adalah khilafiah dan furu’iyyah sahaja bukan bermaksud untuk memperlekehkan, Cuma terkadang ramai umat islam lebih memberatkan soal furu’ berbanding usul yang jelas diharamkan oleh islam. Betapa ramainya umat islam di Malaysia murtad, syirik, mendedahkan aurat, minum arak, berzina, sumbang mahram dan sebagainya menjadi kerisauan dan kebimbangan kepada kita semua. Inilah yang dikatakan benda usul yang sepatutnya kita tentang habis-habisan dengan pelbagai cara dan kaedah. Kita kena faham betul-betul bahawa benda furu’ ni dari sudut hukumnya kalau buat pun tak pe (SUNAT) tak buat buat pun tak pe (TAK BERDOSA) tapi kalau benda usul seperti yang saya sebutkan tadi hukumnya kalau buat TETAP BERDOSA tinggal DAPAT PAHALA.

Bab kata pepatah: “tiada maaf bagimu”(berlapang dada pada benda dosa)

5 comments:

Anonymous said...

salam ustaz zaidy, saya ni rahim morocco. ustaz ngaji di yaman ko? moga selamat semuanya..moga terus berhubung. ni blog ana www.inskripsiabdi.wordpress.com

Unknown said...

Salam ustaz, kawe cut & Pase falsafah kat tepi tu. Ambil dulu baru minta. Sila lawati pada pautan diatas.

Ummu Iman said...

salam..boleh ana link blog enta? ana tertarik dgn tajuk ini..teruskn perjuangn

noramohamad said...
This comment has been removed by the author.
nurul said...

Ustaz, sya dah 1 tahun berpurdah atas dasar sunnah Dan menutup aurat dgn lebih sempurna. Tapi akhir2 ini sya dapat tahu purdah bukanlah sunnah yg perlu/wajib diamalkan. Sya cuba untuk memakai atas dasar lebih sempurna tutup aurat tapi kadang2 sya sedar sya lebih diberi perhatian Dan mendapat tumpuan sekeliling( mungkin ada yg menyangka sya wanita Arab).
Adakah lebih baik sya memakai purdah atau sebaliknya?