PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, August 28, 2010

Madu dan Habbatussauda' dari Yaman



Dapatkan Madu dan Minyak Habbatussauda' dari negara Yaman sekarang dengan harga yang berpatutan..sekarang berada di 3 Negeri..untuk keterangan lanjut sila hubungi

Puan Noorizan di talian 0132943579 ( Pasir Mas, Kelantan)

Encik Mat Zaid di talian 0199673889 ( Rantau Panjang, Kelantan)

Saudara Hafiz Firdaus di talian 0133117543 ( UIA Gombak, Selangor)

Puan Rosmani di talian 0139543903 ( Pahang )

Saya juga menerima tempahan terus dari Yaman..sila hubungi saya sendiri di talian +967715005954 atau emel ibnuzaid359@gmail.com

Anda boleh juga melawat blog ini www.maduyamani.blogspot.com untuk mengetahui lebih mendalam khasiat madu dan habbatussauda dari Yaman...

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)HR.Bukhari, Muslim

"madu dan habbatussauda termaktub dalam hadis Rasulullah S.A.W"

Monday, August 23, 2010

Ibtila’ Ramadhan (2)


Ibtila’ Ramadhan (2)

Kadang-kadang aku terasa pelik ada manusia yang nak lari daripada ujian hidup..mereka lupa akan firman Allah...

Teringat aku akan sebuah firman Agung:

أحسب النّاس أن يتركوا أن يقول ءامنّا وهم لا يفتنون

Maksudnya: “ Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan untuk mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka masih belum diuji??” ( surah al-Ankabut ayat 2)

Ayat ini membuktikan kita bahawa:

1. Bukan mudah untuk kita diiktiraf sebagai manusia yang beriman terhadap Allah S.W.T tanpa diuji terlebih dahulu.

2. Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah walaupun mereka cuba dengan pelbagai cara untuk melarikan diri.

Kemudian Allah berfirman lagi:

خلق الموت والحيوة ليبلوكم ايّكم أحسن عملا وهو العزيز الغفورلّذيا

Maksudnya: “ Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” ( surah al-Mulk ayat 2)

Saudara/i yang budiman,

Terkadang kita gagal berfikir apakah hikmah di sebalik kelaparan yang kita alami di bulan ini. Lebih dahsyat lagi kita merasakan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan merupakan suatu yang hanya mendatangkan mudharat dan sia-sia sahaja..Astaghfirullah…

Persoalannya adakah kita berlapar sampai kebuluran??

Bukankah lebih kurang 12 jam sahaja kita berlapar??

Sekalipun memang mudharat (disebabkan penyakit tertentu) kalau kita berpuasa maka di sana terdapat rukhsah (keringanan) daripada Allah untuk kita berbuka..no problem

Sebenarnya kita salah sangka dengan Allah yang Maha Adil..

Betapa malang dan anehnya aku melihat ada sebahagian umat islam sendiri meninggalkan puasa tanpa keuzuran takkala non-muslim mengambil manfaat puasa untuk menghindari penyakit!

Kita harus ingat Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengsia-siakan apa yang telah ditakdirkan-Nya..Percayalah

Nah!

Sudah pun terbukti di zaman globalisasi ini kita dapat menyaksikan majority doktor-doktor seluruh dunia termasuklah non-muslim mengiktiraf bahkan menegaskan bahawa puasa merupakan suatu cara yang efektif untuk seseorang menghindari segala penyakit..

Kalau anda tak percaya tanyalah doktor di tempat anda. Sekiranya dia menafikannya maka itulah tanda mereka masih lagi dalam ruangan KEJAHILAN!

Inilah bukti kebenaran Mukjizat al-Quran..

Puasa jugak merupakan sebahagian daripada UJIAN ALLAH..

Barangsiapa yang tidak mahu menempuh ujian maka sebenarnya dia tidak layak untuk hidup di atas dunia..

KESIMPULAN

Kita mesti ingat di sebalik lapar dan dahaga yang kita alami terselit seribu hikmah dan manfaat..

Hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita menghayati 100% firman Allah.

Selagi mana kita berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah maka selama itulah kita akan SELAMAT..

Percayalah

Tidak akan rugi orang yang mentaati Allah

Wassalam.

Tuesday, August 17, 2010

Ibtila' Ramadhan


Bulan Ramadhan sangat masyhur dikatakan sebagai "Shahrun Sobri" (Bulan Sabar)

Kalau kita meneliti secara lebih mendalam betapa manusia tidak mampu untuk meneruskan kehidupan jika dia gagal 'bersabar'..

mengapa??

Sedarkah kita semua manusia tidak kira muslim@bukan muslim diuji dengan "keperitan sabar"?

Kita jangan fikir hanya muslim sahaja ditimpa ujian yang menuntut kesabaran..itu silap....contoh mudah dalam bab cari duit semua manusia terlibat dalam susah payahnya..

Kadang-kadang muslim pun mengeluh dengan mengatakan 'huh..letihnya cari nafkah(duit)'..dan macam-macam lagi keluhan yang tidak bagus dilafazkan..

Kita tidak sedari bahawa non-muslim jugak bersusah payah mencari rezeki bukannya jatuh begitu sahaja dari langit tanpa sedikit pun usaha!

Saudara dan saudari,

Inilah Ramadhan yang kita cari selama ini..

Kehadirannya merupakan suatu HIKMAH dan PETUNJUK yang amat RELEVAN untuk kita berlatih supaya menjadi manusia yang sangat PENYABAR..

Aku hidup di negara Yaman yang penuh dengan IMAN & HIKMAH...ujian kesabaran terlalu banyak di sini dengan karenah dan sikap mereka hidup bergelumang dengan ketiadaan sistem..tapi aku bersyukur mereka masih lagi berpegang kuat pada ISLAM...

Lebih lagi aku syukur kerana dapat merasai kemeriahan Ramadhan di Bumi Hikmah ini yang suasananya lebih baik dari Malaysia...

Saturday, August 14, 2010

KENAPA NABI SAW TIDAK BUAT?

Nabi SAW, jika tidak melakukan sesuatu amalam, maka ia memberi sebab seperti berikut;

Pertama: perbuatan itu makruh.

contoh, nabi SAW lihat para sahabat makan dhob tanpa Nabi SAW makan. Baginda SAW pula tidak marah melihat para sahabat yang makan dhob itu.

Kedua : menghormati orang lain.

Contoh, nabi SAW tidak makan bawang putih dan bawang besar yang mentah kerana memberi penghormatan kepada malaikat.

Ketiga: bimbang diwajibkan.

Contoh, nabi SAW amat suka solat tarawih, tetapi tidak turun ke masjid untuk menunaikannya pada hari keempat bulan ramadhan secara berjemaah, kerana bimbang ia diwajibkan kepada umat.

Keempat : tanda ia tidak salah kalau buat.

Seperti, nabi SAW tidak marah dan tidak menegur ketika Nabi SAW melihat Aisyah dan kawan-kawannya sedang menyanyi ketika hadir hari raya.

kelima: tidak buat itu lagi afdhal.

contohnya, khususiyyat Rasulullah SAW bahawa tidak wajib atas Nabi SAW melakukan pembahagian bermalam untuk para isteri [lihat surah al ahzab : 51]. Tetapi Nabi SAW tetap jaga pembahagian malam, kerana ambil jalan afdhal.

Keenam : bimbang kedatangan mudharat yang lagi besar.

Contoh, Nabi SAW ada berkata kepada Aisyah, "apakah kamu perhatikan kepada kaum kamu ketika mereka bina kaabah, mereka mengurangkan daripada qawaid ibrahim.

Aisyah bertanya, "wahai rasulullah. Kenapa kamu tidak kembalikan kaabah itu pada qawaid ibrahim?".

Jawab nabi, "jika tidak kaum kamu baru [meninggalkan kekufuran], pasti aku akan melakukannya".

[al-muwafaqat : 4/60]

Saturday, August 7, 2010

Presiden MCA jadi BENGONG??


"Nampaknya Presiden MCA turut menjadi bengong. Salahkah mengaitkan Islam untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu. Kenapa beliau sibuk-sibuk bercerita pasal Islam. Kalau nak menghentam Umno, kenapa kaitan dengan Pas.

Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu'' kata Chua. Hentamlah Umno, nak menjadi konservatif ke, nak jadi primitif ke. Itu Umno punya pasal, tiada kaitan dengan Pas.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam," Chua Soi Lek bermulut buruk mengomel.

Sama ada bebas atau tidak rasuah, perhatikan Kelantan. Pas berusaha bersungguh-sungguh untuk meniadakan rasuah. Kenapa kaitan rasuah dengan negara-negara Islam. Kalau marahkan Umno yang selalu melakukan rasuah, taik rasuah, jangan kaitan dengan Islam. Umno itu sendiri tak berapa Islam. Islamnya tak cukup. Hentamlah Umno yang selalu makan rasuah itu.

Jadi Chua Soi Lek jangan menyibuk tentang Islam. Islam pun tak suruh pemimpin yang berzina di sana sini menjadi pemimpin. Tak bodohkah orang yang memilihnya. Dia sendiri memilih anaknya, kroninya dalam kabinet Najib, bengong! sendiri rasuah, tak sedar diri.

Perbetulkan dulu apa yang tidak betul dalam MCA.-ek-ele

Wednesday, August 4, 2010

Happen because of refuse Islam


Akibat menolak Islam

Sedarilah wahai saudara dan saudari bahawa sekarang kita sedang menghadapi suatu suasana yang amat merbahaya kepada aqidah & pegangan umat islam..jikalau difikirkan hampir majority umat islam sedang, akan, dan telah mengalami kehancuran pemikiran 'suci' (Aqidah Islamiah)..Semoga Allah S.W.T menetapkan keimanan kita di akhir zaman ini...

Di sini aku suka nak berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mana penuh dengan pengajaran dan peringatan. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa "Ulamak itu pewaris nabi"...

Apa yang penting di akhir zaman ini jangan sekali-kali kita menjauhi para Ulamak kelak kita akan menanggung suatu kerugian BESAR di hari Kiamat...


1. Tidak dinafikan bahawa umat manusia kini termasuk juga umat islam sedang menghadapi masalah dalam segala aspeknya meliputi rohani dan material, individu dan masyarakat. Kesemua masalah tersebut memerlukan penyelesaian sebenar berkesan, kerana penyelesaian yang tidak sebenar dan tidak berkesan hanya memanjangkan masalah menjadi lebih lama dan bertambah berat, seterusnya membawa penderitaan dan malapetaka lebih besar.


2. Keseluruhan umat islam mengadu mundur di bidang ekonomi, politik, social, kelemahan pendidikan dan pelajaran, keruntuhan akhlak, kepincangan akidah, segala-galanya menandakan kegagalan penyelesaian yang dicuba laksanakan selama ini.


3. Berapa lemahnya penyelesaian yang dilakukan selama ini jelas kelihatan apabila generasi baru barat tidak yakin dengan agama Kristian dan tidak percaya kepada dasar Negara. Mereka terpaksa mengubah caranya di samping menciptakan falsafah baru tetapi malangnya kedaan menjadi semakin kabur apabila manusia barat mengubah fitrah mereka. Di Negara-negara sosialis dan komunis kelihatan keadaan yang sama, dimana pelarian ke Negara barat makin meningkat. Polisi sosialis terpaksa diubah dari prinsip asalnya kerana terdapat tanda-tanda kebuntuan menyelesaikan masalah.


4. Umat islam yang terpengaruh dengan tamrin bukan islam, mengimport di atas tanpa melihat adanya penyelesaian islam. Akibat kegagalan penyelesaian tidak islam itu turut menimpa umat muslimin dan keruntuhan yang berlaku menjangkiti Negara-negara islam sekiranya mereka tidak merujuk kepada penyelesaian islam.


5. Betapa tebalnya pengaruh bukan islam itu menguasai jiwa umat islam, dapat dilihat kepada betapa gigihnya di kalangan orang-orang islam memperjuangkan ideology dan teori bukan islam, sama ada melalui parti politik atau lain-lainnya, dan penyelesaian yang bukan islam itu dianggap setaraf dengan akidah hingga berani mengeluarkan pendapat yang menunjukkan keraguan mereka terhadap islam.


6. Oleh kerana islam merupakan (al-Din) yang lengkap, maka tidak wajar ianya dianggap tidak mempunyai dasar dan cara untuk menyelesaikan masalah manusia dan masyarakat. Menganggap islam tidak perlu diberi peranan bererti mencabar ketuhanan Allah dan kesempurnaan agama.


7. Cuba kita renungi firman Allah ini: “ ……..pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah redha islam itu menjadi agama untuk kamu” ( surah al-Ma’idah ayat 3)


Petikan daripada ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya yang berjudul ISLAM: FIKRAH, HARAKAH & DAULAH


Kesimpulannya


· Selagi mana kita tidak berusaha untuk mendalami ilmu agama maka selagi itulah kita akan gagal memahami kesyumulan agama islam yang kita anuti dan sekaligus kita akan kabur meneliti keizzahan islam


· Hidayah merupakan suatu elemen yg amat mustahak. Walau macam mana hebat pun ilmu agama yang kita perolehi tanpa hidayah daripada Allah semuanya akan menjadi sia-sia. Betapa ramainya umat islam di zaman ini alim ilmu agama tetapi malangnya ilmunya itu menjadi sia-sia bila mana hidayah ditarik oleh Allah


· Penulis teringat kepada kata-kata Hassan al-Banna: “Kehebatan islam akan terpancar sekiranya ia diterjemahkan ke dalam perlembagaan Negara”

Tuesday, August 3, 2010

Air dan Manusia

Dr. Masaru Emoto di dalam bukunya "The True Power of Water" membuktikan bahwa air dapat mendengar kata-kata, membaca tulisan dan mengerti pesan yang dikirim kepadanya. Semakin kuat dan banyak pesan yang dikirim, maka semakin besar pula pengaruh pesan tersebut terhadap air.

Dr. Masaru Emoto juga menunjukkan bagaimana molekul-molekul air dapat berubah menurut pesan yang disampaikan kepadanya. Dengan pesan positif, molekul-molekul air berubah menjadi seperti bentuk kristal heksagonal yang sangat indah. Dan dengan pesan negatif, molekul-molekul air berubah menjadi bentuk yang tidak karuan.

Apa yang menarik, faktanya sebagian besar tubuh manusia terdiri dari air. Ini bermakna manusia sebagaimana air dapat dipengaruhi dengan pesan-pesan yang disampaikan kepadanya, baik pesan positif maupun negatif.

Sebagai contoh: Hari ini Anda merasa sehat dan bersemangat untuk melakukan berbagai aktivitas. Tapi apa yang akan Anda rasakan sekiranya kawan Anda mengatakan, "Kenapa wajahmu nampak pucat? Kamu nampak tidak sehat. Apakah kamu sakit? Sepertinya kamu perlu istirahat." Mungkin kalau hanya satu atau dua orang saja yang mengatakan begitu, Anda hanya menganggapnya sebagai gurauan semata-mata. Namun bagaimana jika hal yang sama dikatakan kepada Anda berulang kali? Walaupun Anda sebenarnya memang sehat tapi setidaknya semangat Anda akan menurun, merasa lesu dan ingin beristirahat.

Jika hal ini berlaku untuk yang negatif, maka pastinya berlaku pula untuk yang positif. Anda pernah menghadiri program motivasi? Apa yang Anda rasakan menyertai program tersebut? Pastinya Anda merasa lebih ceria, lebih bersyukur, lebih bersemangat dan merasa yakin menatap masa depan. Begitu juga jika Anda menjadikan zikir dan tilawah Alquran sebagai wirid harian, Anda akan merasa tenang dan bahagia dalam menjalani hidup

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan apa yang kita lihat, baca, tonton dan dengar. Karena hal tersebut bisa mempengaruhi keadaan diri kita. Pilah dan pilih pesan yang positif serta hindari yang negatif!