PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Friday, March 26, 2010

Islam tetap dijulang..

Alat pengimbas bogel di Lapangan Terbang Manchester England.Alat pengimbas bogel di Lapangan Terbang Manchester England.

MANCHESTER - Seorang wanita Islam dilarang menaiki satu penerbangan ke Pakistan selepas enggan melalui mesin pengimbas baru di Lapangan Terbang Manchester yang memaparkan tubuh manusia dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang lagi wanita yang merupakan rakannya juga enggan menjalani imbasan mesin Rapiscan itu kerana masalah perubatan. Dua wanita itu sedang dalam perjalanan ke Islamabad apabila mereka dipilih untuk melalui imbasan mesin Rapiscan selepas mendaftar masuk di lapangan terbang berkenaan.

Setakat ini, kira-kira 15,000 orang telah melalui alat pengimbas itu manakala pasangan tersebut merupakan penumpang pertama yang enggan berbuat demikian. Pasangan tersebut yang sanggup kerugian dua tiket penerbangan berharga £400 (RM2,000) daripada menjalani prosedur imbasan, kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan terbang itu.

Beberapa mesin Rapiscan yang berharga £80,000 (RM406,000) diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow dan Lapangan Terbang Manchester pada 5 Februari lepas. Mesin sinar-X itu membolehkan kakitangan-kakitangan keselamatan melihat imej bogel penumpang untuk mengesan sama ada senjata dan bahan letupan disembunyikan pada tubuh mereka tetapi penggunaannya dikritik kerana ia memaparkan bentuk kemaluan penumpang.

Ulama-ulama di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan fatwa yang melarang orang Islam melalui mesin itu kerana ia melanggar hu-kum agama berhubung isu bogel.

"Islam jelas melarang lelaki atau wanita dilihat dalam keadaan bogel oleh mereka yang bukan muhrim," kata fatwa itu.

Sementara itu, seorang aktivis sebuah badan bukan kerajaan di Britain, Alex Deane menyatakan pertubuhannya bersedia mewakili dua wanita itu sekiranya mereka mahu mencabar keputusan pihak berkuasa di mahkamah. Demikian menurut sumber berita Agensi hari ini.

Menurut sumber yang sama pada Februari lepas di Washington, Majlis Fikah Amerika Utara mengeluarkan fatwa dengan memberi peringatan supaya penumpang beragama Islam tidak melalui alat pengimbas bogel di lapangan terbang, lapor sebuah akhbar semalam.
"Ia merupakan satu pelanggaran jelas ajaran Islam mengenai lelaki dan wanita dilihat berbogel oleh lelaki dan wanita lain," kata fatwa tersebut.

Larangan itu merupakan tamparan hebat berhubung penggunaan mesin X-ray yang ditempatkan di Lapangan Terbang Heathrow dan Manchester, Britain. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 40 alat pengimbas di 19 buah lapangan terbang dan dijangka meningkat sehingga 450 unit pada hujung tahun ini.

Penempatan mesin itu dibuat sebagai sebahagian daripada kawalan keselamatan selepas seorang warga Nigeria, Umar Farouk cuba meletupkan bom dalam seluar dalamnya semasa dia menaiki pesawat komersial ke AS pada 25 Disember tahun lalu. Umar kini ditahan di sebuah penjara di AS.

(Sumber: Agensi/AH)

Tuesday, March 23, 2010

Pelajar Agama Di"anak tiri"kan??

Sebagai sedikit iktibar...

Kita melihat reaksi 'pihak atasan' terhadap 'pelajar agama'...bagaimana?

Sepanjang penelitianku tiada seorang pun pelajar agama lebih2 lagi yang belajar di Timur Tengah mendapat support khas daripada pihak kerajaan...

Kalau nak dibandingkan dengan Medic Student yang berada di London, Amerika, Mesir dll semuanya dapat BIASISWA atau TAJAAN daripada mara, petronas dan lain-lain tetapi amat MALANG SEKALI pelajar agama macam akau ni tidak pernah mendapat TAJAAN...PATUT KE JADI DEMIKIAN?

Aku merasakan seolah-olah pelajar agama sudah DI" ANAK TIRI" KAN !

Sedangkan ILMU YANG PALING UTAMA DAN PALING SEPATUTNYA UMAT ISLAM AMBIL BERAT IALAH ILMU AGAMA YANG BERKISAR TENTANG AL-QURAN DAN SUNNAH....

Suka aku nak kuatkan lagi hujjahku bahawa Al-Allamah Sa'id Hawwa pernah meluahkan perasaannya dalam Kitab Tazkiyatunnafsi yang berbunyi : " Sesungguhnya Ilmu yang paling Agung dan paling tinggi martabatnya berbanding dengan ilmu-ilmu lain ialah ILMU AL-QURAN DAN SUNNAH"

SO?Kenapa pelajar agama terpaksa dijadikan MANGSA ANAK TIRI?

Saturday, March 13, 2010

Ulamak Dunia VS Ulamak Akhirat



Imam Al-Ghazali menukilkan dalam Ihya' Ulumiddin...

Ulamak ada 2 jenis:

1. Ulamak Dunia- iaitu ulamak yang menjadikan agamanya sebagai tempat cari makan, tempat cari gaji..menggunakan agamanya semata2 untuk dunia SAHAJA tanpa sedikitpun memikirkan KEPENTINGAN UKHRAWI...Mereka menjual agama ini dengan harga yang sangat MURAH. Dalam masa yang sama mereka sanggup menggadai maruah agama dan menggunakan politik untuk menentang perjuangan islam..SIAPAKAH ULAMAK ITU?

2. Ulamak Akhirat- iaitu ulamak yang menjual ayat2 Allah dengan harga yang teramat BERNILAI sebagai bukti kebenaran ISLAM....Mereka tidak sedikitpun menggunakan agamanya sebagai alat untuk menyesatkan manusia...Dalam masa yang sama mereka berpolitik hanyalah tujuan untuk memastikan PERLEMBAGAAN AL-QURAN DAN SUNNAH diletakkan di tempat yang paling tinggi..siapakah mereka?

Sunday, March 7, 2010

Syeikh I'jazul Ilmi


Aku teramat mengkagumi Syeikh Abdul Majid Az-Zindani seorang yang amat pakar tentang Ilmu Mukjizat Sains dalam Al-Quran....

Semalam aku sempat mengikuti Muhadharah Kitab "Ilmul Iman" bersama dengan pengarang kitab sendiri iaitu Syeikh Abdul Majid Az-Zindani...

Suatu amat amat dibanggakan lagi Beliau telah banyakkan mengislamkan Saintis-Saintis di seluruh dunia termasuklah seorang pengsyarah di University Chiang Mai yang pakar tentang kulit manusia...

Satu jer aku nak petik isi penting huraian beliau ialah berkenaan dengan ILMU

Syeikh Majid menegaskan bahawa Ilmu yang paling PENTING dan paling AGUNG sekali kita pelajari ialah Ilmu Agama yang mengenalkan kita kepada HAKIKAT KETUHANAN KEPADA ALLAH...

"Al-Quran dan Sains tidak dapat dipisahkan"

sila lawat www.mukjizatqurani.blogspot.com

Saturday, March 6, 2010

Banyakkan Istighfar

Pesanan ringkas daripada pengarang

Marilah sama2 kita beristighfar dan banyakkan bertaubat kepada Allah especially waktu tahajjud...

Sesungguhnya jiwa umat akhir islam zaman amat mudah terjebak dengan godaan nafsu dan syaitan yang senantiasa bermain-main di dalam benak fikiran

"JANGAN JEMU ISTIGHFAR"

Tuesday, March 2, 2010

As-Siasah Qismaani

Semalan sedang aku asyik mendengar syarahan daripada Syeikh Anisi ketika mana Beliau menghuraikan kitab 'hilyah tholibil ilmi' satu jer aku tertarik...Beliau menyatakan bahawa As-Siasah Qismaani yakni Politik ada 2 jenis iaitu:

1. Siasah Syariyyah
2. Siasah Syaithoniyyah

Rupa2nya politik Syaitan pun ada

Agak2nya siapa yang suka menggunakan politik syaitan?

UMNO ATAU PAS?