PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, February 26, 2011

Sikap Perdana Menteri Kita...


Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel

dengan tuduhan ekstrem yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri

Najib Tun Razak terhadap gerakan Islam antarabangsa Ikhwanul Muslimin dan Sheikh

Dr Yusof al Qardhawi semasa menghadiri satu program di Istanbul beberapa hari

yang lalu.


Tuduhan yang dibuat terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) dan

tokoh-tokohnya seperti Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu adalah merupakan satu

fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang

penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan Barat yang memekakkan

telinga kepada kebenaran. Ikhwan ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan

tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara

jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga

ke hari ini. Ikhwan menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi

apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan

pemimpinnya dizalimi. Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah

fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada

iman sebesar zarah. Dalam masa yang sama, tindakan mengambil sikap dan

pandangan Setiausaha Negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis

pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak

mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu

sendiri.


Al Qardhawi juga adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan. Dia

berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar

dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang

mengikut ajaran Islam yang sebenar. Malah Malaysia sendiri pernah memberikan

Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.


Dengan ini saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah

yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu.


Presiden PAS

Sabtu, 3 Rabiul Awal 1432 H / 26 Februari 2011

Thursday, February 24, 2011

Hukum Muzhoharah...

Dunia sekarang sedang hangat digembar-gemburkan dengan istilah muzhoharah atau demonstrasi yang mampu menjadi wasilah rakyat untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan sepertimana yang telah berlaku kepada Tunisia dan Mesir. Istilah ini sedang dipraktikkan pula oleh rakyat Libya dan Yaman untuk menjatuhkan kerajaan yang disifatkan sebagai zalim. Kita yakin dan percaya inilah gelombang kebangkitan rakyat dalam melepaskan diri mereka daripada belenggu pemerintahan ala kuku besi ini.

Inilah fitrah manusia inginkan keadilan dan bencikan kezaliman yang sememangnya menjadi darah daging mereka sejak dahulu lagi. Sesiapa pun yang menentang fitrah maka tetap akan wujud golongan yang mempertahankannya. Kita sekali-kali tidak akan mampu menghalang sifat semulajadi ini yang senantiasa mengalir ibarat air sungai yang mengalir walaupun terdapat pelbagai macam halangan di sepanjang muara sungai..

Firman Allah dalam surah as-Soff yang bermaksud:

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, dan Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya walaupun mendapat kebencian daripada orang kafir"

Di antara cahaya Allah adalah keadilan dan keadilan itu sangat sinonim dengan islam itu sendiri.

Jumhur Ulamak mengatakan bahawa Muzhoharah ataupun dalam bahasa inggeris dinamakan sebagai 'Demonstrasi' adalah sebahagian daripada dakwah kerana jika kita melihat kepada objektif dan hadaf muzhoharah itu sendiri ialah di atas dasar ingin mengubah kerajaan zalim kepada kerajaan yang adil. Tambahan pula rakyat tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan hanya mampu untuk berkumpul ramai-ramai di suatu tempat dan melaungkan kalimah-kalimah dengan harapan kerajaan yang zalim sudi mendengar luahan dan bantahan mereka.

Benarlah sabda Nabi S.A.W di dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim:

" Barang siapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangan, kalau dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lidah, dan kalau dia tidak mampu juga maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati"

Ulamak haraki telah bersepakat bahawa mengubah dengan hati bermaksud 'muzhoharah'.. Oleh sebab itu di antara cara kita sebagai ahli gerakan islam untuk mengajak manusia ke jalan Allah adalah melalui muzhoharah ataupun demonstrasi walaupun kita mendapat tohmahan dan kritikan daripada segelintir pihak yang mengatakan bahawa muzhoharah adalah tidak syar'ie dan bertentangan dengan sunnah Nabi S.A.W.. Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa ini adalah sebahagian cara kita dalam mencegah kemungkaran..

Thursday, February 17, 2011

Sayap Kiri Gerakan Mahasiswa


CABARAN masa kini dan arus modenisasi kian mendesak kaum Hawa untuk memerah keringat dan membanting tulang bagi memastikan tertegaknya kalimah Allah. Bagi golongan mahasiswi pula, kemestian untuk menceburkan diri dalam pengurusan di alam mahasiswa atau dengan kata lainnya berpersatuan sudah semestinya diberikan prioriti.

Realiti bahawa amal ijtima’ie yang dituntut oleh agama ini menagih sejuta persediaan mental, thaqafah, fizikal juga spiritual seharusnya mendorong kaum Muslimah untuk bekerja keras menyiapkan diri ke arahnya. Gerakan mahasiswa merupakan medan yang cukup ideal untuk melatih para Muslimah dengan pelbagai kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Bagaimana mungkin matlamat ini mampu dicapai sekiranya golongan mahasiswi ini enggan meleburkan masa, tenaga, harta dan buah fikiran dalam gerakan mahasiswa itu sendiri?

Senario ‘tidak pedulisme’ dalam kalangan mahasiswa lahir kesan daripada kefahaman agama yang cetek atas tuntutan mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Penting bagi kaum Muslimah untuk menyumbang tenaga dalam gerakan mahasiswa selaras dengan saranan Allah SWT melalui Al-Furqan yang bermaksud:

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)

Desas-desus yang mengatakan bahawa gerakan mahasiswa mampu merencatkan prestasi akademik individu haruslah ditepis secara matang. Seharusnya gerakan mahasiswa itu sendiri membentuk individu yang mampu menguruskan masa dengan baik dan mendisiplinkan diri bagi memastikan prestasi akademik tidak terabai. Kaum Hawa bakal bergelar isteri, ibu dan naqibah dalam masyarakat seharusnya dilatih membahagikan masa dan menjalankan tiap peranan yang ditaklifkan dengan kesungguhan. Tidak salah apabila disimpulkan bahawa gerakan mahasiswa merupakan platform persediaan bagi para Muslimah sebelum terjun ke medan dakwah yang penuh variasi di tanah air kelak.

Dalam mendepani cabaran pelbagai ideologi yang kian meresap masuk ke dalam masyarakat dewasa ini, seorang mahasiswi mesti menyiapkan diri dengan kelengkapan thaqafah yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Bukan sahaja pengetahuan pada ilmu agama, bahkan penguasaan terhadap isu semasa, ekonomi, perundangan, kesihatan, komunikasi bahkan pelbagai soft skills yang lain adalah perlu sebagai bumbu kepada uslub dakwah. Gerakan mahasiswa mampu menawarkan kesemua pakej pengetahuan tersebut melalui latihan yang panjang dan berterusan. Maka dengan itu tidak ada alasan lagi untuk meminggirkan diri dalam lautan kelalaian tanpa mahu bekerjasama menghidupkan perjuangan melalui gerakan mahasiswa.

Sekiranya kaum Muslimah melalaikan tanggungjawab amal ijtima’ie di alam mahasiswa ini, padahnya akan dirasai bukan sahaja oleh Muslimah itu sendiri, bahkan agama dan komuniti mahasiswi tersebut akan turut terjejas. Universiti bakal melahirkan mahasiswi yang sekadar memiliki ijazah untuk bekerja tetapi cetek kefahamannya akan tujuan dirinya diutuskan ke bumi Allah; iaitu sebagai khalifah. Masyarakat luar akan memandang para Muslimah sebagai kelompok yang tidak kompeten dan tidak reliable. Dan kemuncaknya dapat dilihat apabila kaum Muslimah ini tidak mampu bangkit membela masyarakat yang kian mabuk dirasuk pelbagai ideologi yang merosak akhlak dan cara hidupnya.

Apakah kita selaku Muslimah sanggup membiarkan perkara-perkara tersebut terjadi lantaran sikap tidak peduli di atas taklifan ini?

Muslimah yang dicari-cari untuk menjadi benteng organisasi daripada sebarang pengaruh negatif ini haruslah membajai diri dengan kualiti-kualiti seperti taqwa agar usaha sebegini dapat disuburkan. Hakikatnya taqwa itulah yang mencetuskan kesabaran dalam mengorbankan kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Taqwa itulah yang mencetus kesyukuran kemudian dizahirkan dengan kesetiaan menjalankan hukum-hukum Allah SWT.

Keyakinan akan syariat Islam yang bersifat universal dan sikap optimis akan masa depan Islam yang dijanjikan kemenangan ini mesti dimiliki oleh tiap Muslimah. Seharusnya refleksi diri dilazimi dan usaha membersihkan hati daripada sikap mementingkan diri serta malas dijadikan keutamaan.

Agama ini tidak akan sempurna tanpa pengurusan dan pengurusan itu memerlukan keyakinan akan kesempurnaan Islam juga kepatuhan pada sunnah Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik pemimpin. Berjuanglah untuk menjadi Muslimah mursyidah yang bakal mendokong amalan syura sedang ia dijamin kedudukannya di sisi Allah.

Akhirnya buat para Muslimah yang bergelar sayap kiri perjuangan, usahlah gentar pada cabaran menegakkan kalimah Allah dan onak durinya.

Bukankah cabaran dan ujian itu sunnatullah dalam menjulang Islam di mata dunia?

Disediakan oleh,
Urus Setia Penerangan Umum (UPU)
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010 &
Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2010

Ya Allah jauhkanlah aku daripada zina..


Tuesday, February 15, 2011

Kapsul Habbatussauda' dan Atar dari Yaman..

Minyak Wangi Yaman
Sample Kapsul Habbatussauda'

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh lah menghantar emel kepada saya ataupun mesej ke no ini +967715005954..

Lebih dialu-alukan kepada individu yang ingin membuka syarikat barangan Yaman..

insyaAllah saya akan poskan dari Yaman sekiranya anda berminat..

Saturday, February 12, 2011

Valentine Day: Zina Tumbuh Mekar





Just orang KAFIR dan penganut KRISTIAN sahaja yang bergembira dengan kedatangan Valentine Day esok...
So aku sape2 yg berada di malaysia tu ambik lah peluang u bersama dgn Pemuda Pas turun padang mengedarkan risalah malam ni..inilah sebahagian cara kita untuk mengajak manusia ke jalan Allah..

Gambar2 di atas menggambarkan akibat Hukum Allah tidak dilaksanakan di Malaysia...

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah syukurnya..

Alhamdulillah hari ini aku menerima tempahan MADU ASLI YAMAN daripada seorang individu..terima kasih aku tujukan kepada individu tersebut yang sudi menempah madu denganku..harap2nya bertambahlah sikit sumber kewanganku..ameeen

Friday, February 4, 2011

Tindakan Mufti Umno Mesir..

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

mufti_mesir.jpg

Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Pesanan Qaradhowi kpd Hosni..


Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami. Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.

Tuesday, February 1, 2011

jangan lembab! kelak buruk padahnya

KUALA LUMPUR, 2 Feb: PAS mendesak kerajaan bertindak segera sebelum terlambat dengan menghantar kapal terbang bagi membawa keluar seluruh pelajar dan rakyat Malaysia daripada Mesir yang kini kian meruncing akibat kebangkitan rakyat terhadap pemerintahan 30 tahun Hosni Mubarak.

“Memandangkan keadaan di Mesir yang tidak menentu bahkan keadaan bertambah kritikal, sewajarnya tindakan segera perlu diambil,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ke Harakahdaily.

Tuan Ibrahim turut berkata kerajaan persekutuan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan nyawa rakyat Malaysia kerana keadaan di Mesir semakin tidak terkawal sekarang dan tiada tanda-tanda yang ianya akan reda dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ramai yang membidas kelambatan kerajaan Malaysia dalam membuat keputusan untuk membawa lebih kurang 10,000 pelajar negara yang kini terkandas di Mesir berbanding negara jirannya, Indonesia.

Pada petang semalam, Indonesia dilaporkan akan menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu manakala kerajaan Malaysia masih lagi sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

“Kalau pihak kerajaan beria-ia menghantar misi pengaman ke beberapa negara untuk keselamatan dan keamanan negara luar, apakah keselamatan rakyat tidak menjadi keutamaan?

Sudah sampai masanya kerajaan menghantar penerbangan khas bagi membawa keluar rakyat Malaysia, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan negara barat bagi menyelamatkan warga negara mereka yang melancong ke Mesir,” bidas Tuan Ibrahim.

Mengenai keadaan di Mesir, Tuan Ibrahim berkata hanya dengan peletakan jawatan seluruh rejim Mubarak dan satu pilihanraya bebas boleh menstabilkan kembali keamanan di negara tersebut.

“Kita tidak mahu nasib rakyat Mesir menjadi mangsa campurtangan luar, sebagaimana berlaku di Iraq akibat seorang pemimpin, maka negara hancur,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sementara itu, pada pukul 1 pagi selepas laporan ini ditulis, Bernama telah melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya telah memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara.

Mengikut laporan Bernama, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke Mesir yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir. Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” Najib dipetik sebagai berkata.

Najib juga dipetik sebagai berkata bahawa syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia telah diminta untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya.

Dalam pada itu, blog (http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/) yang melaporkan berita-berita terkini keadaan pelajar-pelajar Malaysia mengesahkan bahawa Putrajaya telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tengah malam tadi bahawa mereka akan dikeluarkan menggunakan kapal yang berlabuh di Teluk Aden.

“Pelajar di Alex sudah mula mengemas dan berkumpul untuk bersedia dibawa keluar dari Mesir melalui kapal terbang dan dibawa keluar dari Mesir. mereka akan dipindahkan ke negara berjiranan Mesir, BUKAN DIHANTAR PULANG,” kata blog itu lagi.