PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, February 25, 2013

Minum Arak di Kala Dhorurat

Pandangan Mazhab tentang Dhorurat minum arak...
 

Rasulullah SAW pernah bersabda dlm hadis riwayat abu daud.."setiap
yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram"

 

Kata Imam Abu Hanifah : boleh minum arak di kala terdesak iaitu
terlampau dahaga yang boleh membawa kpd mudhorat dan kematian( dalam
keadaan waktu itu tiada makanan atau minuman selain arak)...namun
tidak boleh dijadikan sebagai ubat berdasarkan hadis "sesungguhnya
Allah tidak jadikan sesuatu penawar daripada benda haram"

 

Mazhab Syafie, Maliki dan Hambali : boleh minum arak untuk
menghilangkan kemudharatan diri dan boleh juga dibuat ubat  sekiranya
tiada ubat lain untuk mengubati pesakit kecuali arak dengan syarat
mendapat nasihat daripada pihak doktor muslim yang adil dan dipercayai
kata-katanya atau dia pakar tentang ubat seperti tahi, umpama daging
bangkai atau pun air kencing manusia..

 

wallahu'alam
 

merujuk kpd Kitab al-Fiqhu 'ala mazahibil arba'ah pada bab minum arak
ketika dhorurat

 

kalau ada kesilapan tolong perbetulkan

Tuesday, February 12, 2013

Penilaian manusia jahil tentang HUDUD..

Benarlah kata Nabi SAW dalam hadis riwayat Imam Baihaqi : " Akan datang suatu zaman berlaku ke atas umatku tiada berbaki islam kepadanya kecuali hanya pada nama..."