PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, November 23, 2008

KOTA KONSTENTINOPEL VS MALAYSIA

KOTA KONSTENTINOPEL VS MALAYSIA

Hampir dua minggu aku agak kurang menulis dalam ruangan blog ini. Ianya berpunca kekeringan idea, disamping kesebukkan sedikit dengan usaha mendekati anak-anak muda.

Dalam kesebukan itu, aku sempat mengkhatamkan dua buah buku sejarah yang menampilkan dua personality perjuangan yang amat mengkagumkan, iaitu Sultan Muhammad Al-fateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Dan kini, aku sedang berusaha mengkhatamkan buku sejarah yang menampilkan seorang lagi personality jihad, iaitu Tariq bin Ziyad yang berjaya membuka pemerintahan Islam di Andalusia.

Dari kedua-dua personality ini, aku amat kagum dengan perjuangan mereka, tetapi aku amat teruja sedikit kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menguasai Kota Konstentinopal.

aku tidak mengetahui, apakah sebab kekaguman aku itu melebihi kepada Sultan Muhammad Al-Fateh berbanding Sultan Salahuddin Al-Ayubi, sedangkan jika diperhatikan kepada Sultan Salahuddin, beliau juga mempunyai kehebatan yang tidak kurang hebatnya dalam perjuangan menguasai Baitul Muqaddis.

Aku merasakan, kekaguman itu bermula, apabila kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh itu berpunca dari hadis Nabi SAW yang berbunyi;

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Maksudnya;
“Akan dibuka Kota Konstantinopal. Sebaik-baik raja, adalah rajanya. Sebaik-baik tentera, adalah tentera itu[1]”

Menurut ceritanya, usaha membuka Kota Konstantinopal ini, bukan sekadar di usahakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sahaja, bahkan telah diusahakan oleh ramai sahabat-sahabat Nabi SAW, seperti Saidina Ali, Saidina Muawiyyah dan Abu Ayyub Al-Ansari.

Yang menariknya, sahabat-sahabat Nabi SAW ini tidak berjaya menguasai Kota Konstantinopal, bahkan didapati Abu Ayyub Al-Ansari merupakan antara sahabat Nabi yang paling serius untuk menguasai kota itu sehinggakan beliau syahid dan jenazah beliau disemadikan di kawasan Kota Konstantinopel tersebut. Tetapi, kemenangan ini telah dikecapi dengan seorang raja muda seumur 19 tahun, dengan berjaya Islam menguasai Kota Konstantinopel, yang akhirnya kota itu diberi nama Islambul yang kemudian namanya ditukar kepada Istambul.

Setelah dihayati kekuatan yang wujud bagi menguasai Kota Konstantinopel, didapati Sultan Muhammad Al-Fateh sentiasa menghayati hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ini. Iaitu, hadis yang menyatakan bahawa Kota Konstantinopel akan dikuasai dikala raja mereka adalah raja yang baik, dan tentera mereka adalah tentera yang baik.

Memandangkan keadaan itu, menyebabkan Sultan Muhammad telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dirinya sebagai seorang raja yang baik, disamping itu juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mentarbiyyah tentera-tenteranya sehinggakan mereka menjadi tentera yang terbaik.

yang lebih menarik lagi adalah, apabila dikala tentera Islam sedang berempas pulas untuk menjayakan usaha agar kapal-kapal Perang Islam berjaya melepasi sempadan tanduk emas bagi memasukkan kapal-kapal perang ke kawasan Kota Konstantinopel, didapati tentera Islam agak kurang berjaya melepasinya.

Kebimbangan Sultan Muhammad Al-Fateh semakin bertambah, apabila didapati musuh-musuh dari eropah sedang berlayar menuju ke arah sempadan Tanduk Emas bagi melakukan serangan terhadap tentera Islam dari belakang, menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh telah berdoa dan bermunajat kepada Allah agar memberi idea bagi mengatasi masalah dalam menjayakan usaha memasukkan kapal melepasi sempatan Tanduk Emas tersebut.

Ekoran dari ketaqwaan Sultan Muhammad Al-Fateh, menyebabkan pada malam tersebut, Sultan Muhammad telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, yang mana dalam mimpi itu Baginda SAW berpesan agar Sultan Muhammad tidak melalukan kapalnya melalui laluan laut, tetapi hendaklah dilakukan melalui laluan darat.

Tindakan itu dilaksanakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh setelah bermesyuarat dengan segala ahli mesyuarat peperangan baginda, dan akhirnya kemenangan itu berbelah pihak kepada Islam.

Setelah dilihat, didapati Sultan Muhammad Al-fateh, walaupun seorang raja yang umurnya agak muda, tetapi memandangkan ketaqwaan baginda menjadi punca utama kemenangan Islam di Kota Konstantinopel. Disamping itu juga, tarbiyyah yang dilakukan baginda sendiri terhadap tenteranya menyebabkan Islam berjaya menguasai Kota Konstantinopel yang akhirnya menjadi pusat pemerintahan islam dibawah kekuasaan Kerajaan osmaniyyah turki.

Keadaan ini agak kurang berlaku dalam usaha kita untuk memenangkan islam di Malaysia. Perjuangan kita di Malaysia, walaupun didakwa sebagai dakwah, tetapi dilihat lebih kepada kepolitikan kepartian.

Kita agak kurang berjaya melahirkan petugas-petugas parti (baca: pejuang) yang ramai, sepertimana usaha meramaikan pejuang-pejuang Islam yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Setelah berjaya menghimpun pejuang-pejuang islam, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri mentarbiyyah pejuang-pejuang itu dengan Islam.

Tetapi, apa yang dapat dilihat, dikala sebelum sebuk dengan berita pilihanraya, kita lebih suka memandang sinis kepada anak-anak muda berambut panjang, telinga bertindik dll, sedangkan mereka ini sebenarnya mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai pejuang Islam, tetapi ketika berita pilihanraya sebuk dibicarakan, tenaga mereka digunakan sepenuh-penuhnya.

Ekoran mereka ini tidak ditarbiyyah bermula sekarang, menyebabkan dalam pilihanraya akan datang, walaupun mereka bertugas dengan begitu hebat, tetapi jiwa mereka kosong dari sebarang pengisian islam, yang akhirnya kita akan dapati, pejuang-pejuang islam sendiri yang keletihan memasang bendera pada waktu malam, menunaikan solat subuh setelah terbit matahari.

Keadaan inilah yang menyebabkan kita agak kurang berjaya mencapai kemenangan sepertimana kemenangan yang telah dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menguasai kota konstentinopel.

Apa yang pasti, kemenangan islam adalah kemenangan yang disertai bantuan dan pertolongan Allah SWT. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آَمَنُوا

Maksudnya;
“Allah adalah pembantu orang-orang beriman”

(Surah Al-Baqarah : 257)

Bermakna, Allah akan memberi bantuan kemenangan kepada Islam, apabila pejuang-pejuang Islam adalah manusia yang benar-benar meletakkan sayangnya kepada Allah melebihi dari segala-galanya.

Mereka menunaikan solat subuh lewat, semuanya bermula, sayang mereka dengan kehendak hawa nafsu didahului berbanding sayang mereka kepada Allah SWT. Ekoran itu, Allah tidak memberikan bantuan kemenangan kepada Islam di tempat kita. Persoalannya, Mengapa mereka lewat subuh?? Ianya adalah, kita tidak memulakan mentarbiyyah mereka dari sekarang.

Oleh itu, sebelum kita berbicara tentang kemenangan, selayaknya kita berbicara, apa yang perlu kita lakukan bagi mencapai kejayaan ini???

Sebelum kita berbicara tentang memerintah, selayaknya kita berbicara, apa yang telah kita telah lakukan bagi mencapai kemenangan untuk memerintah???

Renung-renungkanlah !!!!!

Sekian
Aku forwardkan artikel dari ustaz kesayanganku(ustaz wanji)

1 comment:

Jannah said...

assalamualaikum ustaz..
ngaji sggh..
gud luck..