Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan
oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.
Yang agak menyedihkan jiwaku juga di Yaman pun ada jugak segelintir umat islam yang HANYUT dengan sambutan valentine (di kawasan Haddah biasanya)
Di Malaysia kita dapat menyaksikan tiap-tiap tahun akan berlakunya suasana ini di kebanyakan lokasi sekitar ibu kota dan yang lebih menyedihkan kita beratus-ratus perempuan bakal menerima hakikat bahawa ‘mahkota’nya akan pecah pada malam yang dikatakan indah itu!
"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku
sebagai permaisuri di hati…"
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali
14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari
Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta
jamuan "supercalis"
bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani
(Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan
kematian St. Valentine.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi
Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika
pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa
pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian
kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana
Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap,
diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang
yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya
terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan
Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh
kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang
sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta
dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau
sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis
"From your Valentine".
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena
hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah
mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya
Islam adalah ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!!
Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari
jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...
No comments:
Post a Comment