PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Konspirasi "My Spy"


Dalam kitab Riadhussolihin Imam Nawawi membawa satu hadis penting untuk renungan umat islam iaitu yang bermaksud: “takutlah kamu kepada Fitnah Dunia, takutlah kamu kepada Fitnah Wanita……”


Kenapa fitnah wanita diasingkan daripada fitnah dunia sedangkan fitnah wanita sudah termasuk di dalam fitnah dunia?


Inilah bukti bahawa FITNAH WANITA TERSANGAT BAHAYA….


Aku sempat tengok sekejap perjalanan cerita terbaru di Malaysia yang bertajuk “My Spy” yang mengandungi pelbagai konspirasi dan rancangan jahat untuk menghancurkan AKHLAK umat islam khususnya di Malaysia….


Aku tak mampu untuk tengok secara ‘feeling’ sebab di dalamnya mengandungi racun yang amat berbisa disantap oleh umat islam…(just sekadar tengok untuk ambik pengajaran jer)


Watak utama cerita ini adalah dua orang spy iaitu Ac Mizal dan Harun Salim Bachik (setahu aku la)…


Jalan ceritanya begini seorang Datin yang tersangat menjolok mata pakaiannya mengupah 2 orang spy demi mengintip rahsia suaminya iaitu Dato’ O…


Aku menyampah nak citer banyak-banyak sebab tiadalah pengajaran yang kita dapat melainkan semuanya sia-sia belaka…(tetapi itulah hakikatnya yang sedang berlaku di Malaysia sekarang)


Aku melihat selain hiburan dunia yang teramat melampau, ‘godaan wanita’ menjadi faktor utama menariknya cerita ini..Betapa seksinya pelakon-pelakon wanita di dalam cerita my spy ini…Astaghfirullah...memang betul kata Rasulullah S.A.W " wanita itu perangkap syaitan"


Saudara yang dirahmati Allah,


Sedar tak sedar cerita my spy juga membuktikan kepada kita bahawa betapa HANCURNYA sebuah Negara dan Kerajaan sekular yang seringkali menyogok dan menjolok rakyatnya dengan kelalaian dunia dan hiburan yang melampaui batasan syariat..( Inilah PUNCA BESAR APABILA SYARIAT ALLAH DIKETEPIKAN OLEH UMAT ISLAM)


Halal dan haram semakin tidak dipedulikan oleh KEBANYAKKAN rakyat Malaysia..Yang lebih menyedihkan kita artis-artis di Negara kita semakin disanjung-manjung di sana sini seolah-olah merekalah menjadi idola dan contoh tauladan kepada rakyat Malaysia…


PERSOALANNYA SIAPA YANG SELAYAKNYA MENJADI IDOLA KITA?


Tersentak di fikiranku bahawa inilah hasil 1 Malaysia yang selalu dilaung-laungkan selari dengan perancangan 1 Israel yang diciplak oleh Malaysia…


Rupa-rupanya Malaysia HANCUR sebab ISRAEL menjadi penasihatnya….


Di mana peranan mufti?


Terkadang kita boleh mengatakan bahawa MEMANG PERANAN MUFTI DIRENDAH-RENDAHKAN MARTABAT mereka..Suara mufti tidak langsung bernilai di sisi PEMERINTAH melainkan hanya benda-benda remeh sahaja….


Mufti berjiwa UMNO


Pada pandanganku sepatutnya filem My Spy menjadi isu besar bagi Mufti untuk mengeluarkan fatwa bahawa ianya DIHARAMKAN oleh Islam untuk ditayangkan kepada umat Islam..


Kesimpulan:


Selagi mana GOLONGAN THOGHUT memerintah Negara Malaysia selagi itulah kita TIDAK AKAN dapat melihat KESYUMULAN ISLAM……Indahnya ISLAM apabila isinya diterjemahkan ke dalam pemerintahan negara..wallahu'alam

No comments: