PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Wednesday, November 17, 2010

Perutusanku di Aidiladha 1431H


Perutusanku di Aidiladha 1431 H

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian makhluk yang ada di dunia yang sementara ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Pembawa Risalah Allah yang Maha Agung iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana telah berjaya menyebarkan sinar hidayah ke seluruh pelosok dunia, serta tidak lupa juga kepada ahli keluarga Baginda dan para Sahabat Ridwanullah 'alaihim ajma'in yang telah bertungkus lumus menjadi pendokong kepada perjuangan Rasulullah S.A.W dalam menegakkan islam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Musim haji itu pada bulan-bulan yang telah maklum. Barangsiapa yang mengerjakan haji pada bulan itu maka janganlah dia berkata perkara yang tidak senonoh, berbuat maksiat dan bertengkar dalam melakukan ibadah haji. Segala yang baik yang kamu kerjakan Allah mengetahuinya. Bawalah bekal kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah bekal taqwa. Dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang orang-orang yang mempunyai akal yang sihat" (surah al-Baqarah ayat 197)

Alhamdulillah marilah sama-sama kita tingkatkan seinfiniti kesyukuran kita terhadap Allah S.W.T kerana Dia telah mengurniakan kita nikmat yang terlalu banyak hatta kita sendiri tidak mampu untuk membalasnya. Bahkan lebih daripada itu pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menhayati dan merasai suasana Aidiladha yang penuh dengan hikmah dan nikmah.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t takkala mana Nabi Ibrahim A.S diperintahkn untuk menyembelih anaknya. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Wahai ayahku buatlah apa yang diperintahkan kepadamu. Engkau akan dapati aku dengan kehendak Allah dalam kalangan orang yang bersabar"

Firman Allah yang menceritakan kita betapa hebatnya ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S terhadap Allah S.W.T sehingga sanggup untuk menyembelih anaknya semata-mata arahan daripada Allah. Tanpa sedikit pun pertikaian Nabi Ibrahim terus menyahut arahan Allah tetapi akhirnya Allah menggantikan Nabi ismail dengan seekor binatang untuk disembelih. MasyaAllah begitu hebat ujian yang diterima oleh para Anbia'. Cuba kita bayangkan ujian itu terkena kepada kita, apakah kita boleh taat perintah Allah??

Sebab itulah wujudnya Aidiladha adalah merupakan suatu mesej yang teramat penting kepada kita selaku umat islam khususnya dalam soal pengorbanan kita untuk mentaati apa jua suruhan Ilahi tanpa kita mempersoalkan sedikit pun. Siapa kita hendak melawan perintah Allah? Bukankah Allah yang menciptakan kita?? Apakah Allah tidak mengerti akan hakikat kejadian kita? Mustahil lah bagi Pencipta yang tidak tahu hakikat ciptaanNya..

Pengorbanan juga sering dikaitkan dengan perjuangan islam. Pendek kata pengorbanan dan perjuangan islam adalah suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu. Sudah menjadi lumrah orang yang berjuang untuk mengorbankan segala jiwa raga dan hartanya demi memastikan kemenangan islam. Orang yang tidak rela berkorban sebenarnya dia tidak layak untuk berjuang. Lebih-lebih lagi dalam kita menyeru manusia ke jalan Allah yang menjadi keperluan yang tersangat penting di akhir zaman. Itulah kenyataan yang pernah diluahkan oleh Mustafar Mayhur dalam kitabnya 'Dakwah Fardiah'.

Justeru saya menyeru kepada semua umat islam khususnya warga Malaysia yang berada di Yaman agar kita dapat menghayati sebaik mungkin kebesaran hikmah yang terselit di sebalik Aidiladha yang kita sambut pada tahun ini. Mungkin inilah Aidiladha yang terakhir dalam hidup kita. Jadi janganlah kita sia-siakan kehadirannya….

1 comment:

Ukhar said...

selamat hari raya =)