PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Thursday, December 23, 2010

Mufti Perak tak faham fiqh??


malaysiakini melaporkan bahawa, dalam mengherdik Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Harussani berkata;

"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku" [baca lagi disini]

komen;

soalnya pula, apakah semua orang bukan islam tidak faham Islam? bukankah wujud bukan islam yang faham islam, malahan amanah dengan ilmu islam? ini terbukti di zaman terdahulu. tentang mereka tidak beragama islam. Ini soal hidayah. Hidayah adalah kepunyaan Allah. Peliknya, orang bukan Islam yang faham islam, tidak boleh jadi peguam syarie, tapi orang macam Harussani yang tak faham fiqh boleh jadi mufti.

itu yang pertama. yang kedua pula adalah, keizinan non Muslim menjadi peguam syarie, adalah membuka ruang untuk non Muslim mengkaji Islam secara tepat dan mendalam. Jika mufti harussani yakin dengan kebenaran Islam, sudah pasti harussani akan izinkan mereka menjadi peguam syarie, kerana ia membuka ruang untuk mereka semakin mengenali kebenaran islam. Ia tidak mustahil, akan membuka jalan untuk mereka memeluk islam dengan kefahaman yang betul - Insya Allah.

Mungkin pemikiran fiqh konservatif ini, perlu diluputkan. agamawan dan mufti konservatif kena tarik diri dan letak jawatan. Di malaysia, kita ramai agamawan muda yang lebih bijak dan berkelayakan untuk membawa fiqh yang segar, seperti Dr Asri, Dr Juanda, Ustaz Zaharuddin Abdur Rahman [UZAR], Ustaz Nazri Chik, Ustaz Ramadhan Fitri dan sebagainya

para mufti konservatif perlu sedar bahawa Fiqh semakin berkembang. Jika tidak boleh terima perkembangan fiqh, maka mereka sebenarnya "tertinggal bas".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

1 comment:

blogsyarih said...

nih kena musyawarah antara dua mufti lah..tak elok do sembang di luar. Biar la pihak mufti buat muzakarah mereka lebih ariff kan. cari kesepakatan. tapi bagi saya kenapa nak perjuangkan non muslim pulak? kalau nak berdakwah tu ada banyak cara lagi kan. peguam muslim tak mampu kah mengendalikan semua itu?
BlogSyarih