MADU ASLI YAMAN

MADU ASLI YAMAN
Tempahan MADU ASLI YAMAN dibuka sekarang kepada sesiapa yang berminat..sila hubungi saya di talian 0132041372 atau ataupun emel ibnuzaid359@gmail.com. Anda juga boleh melayari blog ini www.produkyaman.blogspot.com untuk keterangan lanjut..

Saturday, November 26, 2011

Puasa Muharram...

Apakah dalilnya bahawa bulan Muharram bulan terbaik untuk puasa sunat?

Iaitulah sabda Nabi s.a.w.; “Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Oleh demikian, kita digalakkan banyak berpuasa di bulan Muharram.[1]

Apa hikmah kelebihan puasa di bulan Muharram itu?

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura. Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi s.a.w. sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’.[2]

Nota kaki;
[1] Al-Wajiz, Syeikh Mustafa al-‘Adawi, hlm. 206.
[2] Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182.

1 comments:

Nuruddin Azri ibn Zulkifli said...

salam.nice post.

besarlah harapan saya untuk admin blog ini supaya me'link'kan blog saya pada blog ini.cukuplah sekadar pautan itu.dan saya sendiri pun sudah linkkan blog ini di dalam blog saya.

moga sama2 dpt kongsi ilmu utk menegakkan Islam dan meneruskan hunusan pena2 dakwah.

apa2 pun semuanya tertakluk kepada admin blog ini sama ada handak bersetuju dgn perkongsian ini atau tidak.

sama2 dpt manfaat.

boleh lawati saya di

http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/