Kita berjuang menentang UMNO kerana dia
mengekalkn perlembagaan kafir dan kerana dia membawa dasar sekular yang
amat bercanggah dengan ajaran Islam..berjuang lah menentang UMNO kerana
Allah sebelum datangnya Kiamat..di sebalik perjuangan UMNO sebenarnya
Allah SWT menyediakan pahala yang besar buat orang yang berjuang
menegakkan Islam..rugi seandainya kita tidak menentang UMNO..bila dah
kiamat tiada guna lagi menyesal.takbir
InsyaAllah semoga dengan keuntungan jualan
Madu Asli Yaman yang sedang diusahakan sekarang ini dapat membantu aku
untuk aku pulang ke Malaysia berjuang dalam PRU 13...mohon teman2 doakan
aku..panjang umur kita jumpe di medan jihad PRU 13
p/s: bahang PRU 13 semakin dirasai
"Michael H. Hart, seorang yahudi merupakan ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya "The 100:A Ranking of the Most Influential Persons in History" ( 100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah )menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia, karena ia adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan"
PRODUK-PRODUK SUNNAH
Thursday, January 17, 2013
Sunday, January 13, 2013
Isu kalimah Allah : Keputusan Majlis Syura Ulamak
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan
sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh
diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati
kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:
1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Saturday, January 12, 2013
Tahniah peserta HKR112..
Sukacitanya saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada peserta HKR112 kerana telah berjaya mengharungi himpunan ini. Semoga kalian semua dikurniakan pahala jihad di sisi Allah SWT..InsyaAllah
Harapan saya dengan HKR112 akan dapat menggerunkan UMNO dan BN sekaligus HKR112 bakal menjadi petanda kejatuhan BN pada tahun ini InsyaAllah
Takbir!!

وفى رواية لمسلم من جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن
جاهدهم بقلبه فهو مؤمن وليس وراء ذلك من الايمان حبة خردل
maksudnya : daripada Ibnu Mas'ud R.A "Barangsiapa yang berjihad menggunakan tanganya maka dia
adalah Mukmin, barangsiapa yang berjihad menggunakan lidahnya maka dia
adalah Mukmin, dan baransiapa yang berjihad menggunakan hatinya maka
dia adalah Mukmin. Selain itu tidak ada iman walaupun sebesar biji
sawi" -hadis riwayat Muslim
p/s : hadis ini boleh dirujuk dalam Shohih Muslim pada Kitab al-Iman, juga dinaqalkan oleh Imam Tobroni dalam Kitabnya
Mu'jamul Kabir dan juga Ibnu Taimiyah dalam Kitabnya Majmu' al-Fatawa

Thursday, January 10, 2013
Samsung S4 dan Kehancuran BN
Gunakanlah Samsung Galaxy S4 untuk tumbangkan BN dan UMNO serta ajak masyarakat untuk turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat 12/1...ini adalah sebahagian drpd wasilah dakwah sebagaimana yang telah diperbincangkan oleh Ulamak Gerakan Islam...sblm ke HKR bangun awal solat tahajjud dan baca mathurat kerana di situ ada kekuatan 'dalaman' kita sebagai pejuang islam. Yakinlah bahawa kita sedang berjihad..wallahu'alam
Sunday, January 6, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Ucapan Pemimpin Sekular
Inilah contoh-contoh ucapan seorang pemimpin yang sangat tegar membawa fikrah sekular iaitu menolak kesyumulan islam serta memisahkan di antara agama dan pentadbiran..
Perlu diingat bahawa pemimpin sekular sekali-kali tidak akan menerima islam secara keseluruhan..
Mereka membawa pemikiran yang bakal menghancurkan masa depan islam..
Jom Tolak UMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)