KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan
sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh
diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati
kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
"Oleh
kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab
agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya
salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar
yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.
"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.
Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat
Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013
mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan
perkara-perkara berikut:
1) Allah adalah kalimah suci yang
merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa,
Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.
2) Kalimah
Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa
pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang
tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.
3)
Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya
Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa
dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian
juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah
Allah.
Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari
mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak
dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak
menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh
kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.
Mesyuarat
Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan
Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan
memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden
memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung
menerusi TV1 dan TV3.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia
"Michael H. Hart, seorang yahudi merupakan ahli astronomi dan ahli sejarah terkenal di Amerika Syarikat dalam bukunya "The 100:A Ranking of the Most Influential Persons in History" ( 100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah )menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling berpengaruh di antara jutaan penduduk dunia, karena ia adalah satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan mahupun pemerintahan"
No comments:
Post a Comment