PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, November 8, 2008

Ruginya kalau tak datang Yaman

Disini suka aku nak berkongsi sedikit sejarah tentang negara yaman tempat aku belajar sekarang. Aku sengaja meletakkan tajuk sebegini semata-mata nak tarik perhatian pembaca supaya menghayati hakikat negara Yaman yang sebenar yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Memang aku boleh katakan rugi kalau tak datang Yaman. Sebab apa? Yaman pernah disebutkan oleh Nabi s.a.w dalam hadis shahih muslim yang maksudnya: negara Yaman adalah negara iman dan hikmah dan dalam ramai-ramai bangsa arab yang aku jumpa orang Yaman lah orang arab yang paling lembut dan bersopan, begitu juga perempuan Yaman. Kalau tak percaya datanglah sendiri. Dan hadis yang aku sebutkan tadi menjadi kebanggaan dan keyakinan rakyat Yaman yang berpegang teguh pada agama.


Negara Yaman adalah sebuah tempat pertumbuhan kebudayaan yang paling penting pernah tumbuh di Semenanjung Tanah Arab sebelum Agama Islam datang. Perkataan Yaman berasal dari perkataan "Yumn" yang bererti "berkata" (Yaqut : Mu’jamul Buldan pada kata "Yaman". Lihat pada Encyclopedia of Islam artikel "Yaman") Ianya dinamakan sedemikian, kerana di negara ini dikatakan banyak berkat dan kebaikannya. Negera Yaman juga tersangat makmur kerana tanahnya yang subur dan hujan pun lebih kerap turun di sana.

Rakyat Yaman telah mendapat satu akal untuk membuat takungan-takungan air dan beberapa buah empangan. Mereka telah membuat empangan dan tempat takungan air ini adalah kerana dengan adanya empangan dan takungan air itu, air hujan dapat dipergunakan dengan baik sama ada untuk tujuan pertanian mahupun sebagai sistem perparitan;dan dari itu, kota-kota dan juga kampung-kampung serta tanaman mereka tidak lagi dilanda air bah di musim hujan.

Rakyat Yaman juga pernah memegang peranan yang besar dalam sejarah pelancaran perdagangan antara timur dan barat. Sebaliknya, kerana faktor-faktor yang disebutkan itu yang telah menyebabkan keturunan mereka tidak murni lagi; antaranya bahasa mereka telah menjadi rosak, kerana datangnya kaum-kaum saudagar dari India, Sumatera, Tiongkok, Mesir dan Syria ke negera mereka yang tidak pernah luput dari dunia penjajahan, yang telah dilancarkan oleh negara-negara jiran yang lebih kuat dan yang mempunyai cita-cita untuk menjajah. Kerana kestabilan dan cara hidup yang makmur sebelum penjajahan, maka telah lahir di Yaman ini beberapa raja-raja purba yang mempunyai mahkota kekuasaan dan istana yang besar.

Bila adanya seorang raja yang kuat, maka tunduklah seluruh negeri di Yaman itu kepadanya. Ianya dipatuhi oleh sekalian raja-raja yang lemah yang mengetuai wilayah wilayah kecil dan ketua-ketua daerah di seluruh daerah Yaman, bahkan Hadramaut pun tunduk kepadanya. Akan tetapi dimasa kekuasaanya lemah, Negara Yaman terbahagi kepada beberapa daerah yang kerap kali berperang dan bermusuh-musuhan. Diantara kerajaan-kerajaan penting yang pernah berdiri di Yaman ialah :Kerajaan Ma’in, Qutban, Saba’ dan Himyar.Kerajaan Ma’in telah wujud kira-kira tahun 1200 sebelum masehi, dan Kerajaan Qutban wujud kira-kira tahun 1000 sebelum Masehi. Kerajaan Qutban inilah yang jadi pengawal Selat Bab el Mandeb yang memisahkan Yaman dengan Sudan. Akan tetapi hanya sedikit fakta fakta mengenai kerajaan ini dikenal pasti. Akhirnya kedua-dua kerajaan ini telah roboh, dan di atas punca kerobohannya berdirilah kerajaan Saba’.

TEMPAT BERSEJARAH DI YAMAN

1- Qulais : (kesan ka`bah Abrahah yang dibina sebelum kelahiran nabi Muhammad s.a.w) kisahnya tersebut di dalam Al-Quran surah Al-Fil.

2-Jame` Kaber : Masjid pertama yang dibina oleh seorang sahabat yang bernama Wabr bin Yuhannas Al-Khauza`e Al-Ansari masijid tersebut dibina pada tahun 6 Hijrah. ianya terletak di bandar Sana`a.

3- Ma`rib : Istana puteri Balqis yang terbina dari zaman Nabi Sulaiman a.s dan kisah-kisahnya masyhur sepertimana tersebut di dalam beberapa surah di dalam Al-Quran antaranya surah An-Naml ayat 20-44.

4- Kesan kebun terbakar : kisah yang tersebut di dalam surah Al-Qalam ayat 17-32 yang mengisahkan tuan pemilik kebun yang baru berniat tidak akan memberikan sedekah kepada orang-orang miskin pada esok hari. Lantas Allah memberikan bala bencana pada kebun mereka dengan menjadikan kebun mereka seperti arang pada malam itu (ketika mereka sedang tidur nyenyak)

5- Kaum Saba` : Adalah kaum yang terkaya di dunia pada zaman purba. mereka hidup pada zaman puteri Balqis yang memeluk Islam di tangan nabi Sulaiman a.s. mereka juga dikenali dengan kekayaan kebun yang cantik dan mempunyai tanah yang paling subur pada ketika itu. Namun setelah kematian puteri Balqis, kaum tersebut berpaling dari ajaran yang dibawa oleh puteri Balqis (Islam) maka Allah menurunkan bala pada mereka dengan menimpakan banjir yang besar ketika itu yang dikenali juga sebagai SAYL `ARIM (banjir besar). kisah ini tersebut di dalam Al-Quran surah Saba` ayat 15-17.

6- Kaum `Ad : Adalah kaum yang hidup pada zaman nabi Hud a.s. mereka juga dikenali sebagai kaum yang mahir dalam bidang memahat dan mengukir batu. dan mereka tinggal di satu daerah kawasan lembah di selatan yaman yang dikenali tempat tersebut sebagai WADI AHQAF. Kisah kaum `Ad dan nabi Hud a.s banyak diceritakan di dalam Al-Quran. antaranya di dalam surah Hud dan surah Al-Ahqaf.

7- Bab Al-Yaman : yang dikenali juga sebagai Sana`a kadem. ianya terletak ditengah ibu kota yaman utara iaitu Sana`a. ia juga dikenali sebagai kota tertua di yaman yang berusia lebih dari 1000 tahun. ia juga adalah salah satu pasar yang termashur di kalangan bangsa arab dan bangsa-bangsa luar yang datang ke yaman. kerana barang perniagaan arab yang datang dari penduduk tempatan yaman dan juga datang dari pedagang luar terkumpul di situ, ia juga digelar di kalangan bangsa arab sebagai SUQ MILH (pasar garam).

sape-sape yang berminat untuk datang Yaman dalam erti kata nak belajar yang paling utama bukannya nak melancong khususnya kepada orang yang mengenali aku boleh lah kontek aku di no yaman@malaysia, ataupun hantar emel d alamat: jd alyamani87@yahoo.com@ibnuzaid359@gmail.com_ lebih jimat hantar mesej pada no malaysia. Insyaallah aku akan tolong semampu yang mungkin.wassalam

No comments: