PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, November 29, 2008

islam tak pernah perlukan kita

Dalam kesibukan dan kesesakan bandar sana'a aku terlintas nak karang tajuk ni yang mana aku merasakan ia sangat penting untuk aku tatapi, tambahan pula dalam kekusutan bila aku bertembung dengan gadis yaman yang 100% cantik hanya kerana terpesona dengan pakaian purdah yang mereka kenakan, lantas terus aku mengalihkan pandangan. Niatku menulis tajuk ni semata-mata untuk meraih balik cas-cas iman yang kian hilang dalam jiwaku.

Islam tak pernak perlukan kita tetapi sebaliknya kita lah yang sentiasa dan senantiasa PERLUKAN ISLAM walau di mana jua kita berada, pernah tak anda menyedarinya?

Cubalah tanya diri masing-masing 'adakah kehidupan aku sekarang memerlukan terasa islam itu suatu yang perlu? ataupun pernah ke aku terasa yang sebenarnya islam yang perlukan aku'?

Pembaca sekalian, suka aku nak kongsikan bahawa hidup kita sebagai manusia biasa sentiasa perlukan islam, tanpa islam sudah tentu jiwa kita tidak akan tenang buat selama-lamanya. Orang yang merasakan islam yang perlukan dia bagi aku dia sedang berangan-angan, merasakan dirinya hebat disisi Allah. Sebaliknya orang yang ada sifat tawaddhu' dalam diri tentunya kan merasakan bahawa "aku yang perlukan islam"

Wahai pembaca kalau anda tak sembahyang, tak bayar zakat, tak berzikir, tak baca quran, tak pernah ingat Allah, tak pernah hargai perjuangan Rasulullah, tak pernah pun membuatkan islam gembira kerana anda, anda harus ingat ISLAM TAK PERNAH SEDIKIT PUN RUGI DAN LEMAH sebaliknya Allah terus akan menggantikan anda dengan orang yang taat pada islam. Sedarlah

Bila orang ajak anda berdakwah lantas anda menolaknya, anda harus ingat Allah akan terus menggantikan anda dengan orang yang sanggup untuk berdakwah ilallah, so ISLAM TAK AKAN RUGI kalau anda "jual mahal" dengan islam. Inilah bukti bahawa ISLAM TAK PERNAH PERLUKAN KITA, TAPI KITA YANG AKAN RUGI BILA KITA TAK PERLUKAN ISLAM.

wahai pembaca yang disegani ingatlah,

Segala tuntutan yang ada dalam islam WAJIB untuk kita amal dan kita harus "setting" dalam jiwa kita bahawa "ITU ADALAH KEPERLUAN AKU","KALAU AKU TAK BUAT SEBENARNYA KAU YANG AKAN MENANGGUNG DERITA KERANA AKU TINGGALKAN ISLAM"

HAMKA pernah kata: 'DI SAAT ENGKAU DILAHIRKAN ORANG LAIN KETAWA ENGKAU YANG MENANGIS, MAKA BERJUANGLAH DI SAAT ENGKAU MATI, ORANG LAIN YANG MENANGIS ENGKAU PULA YANG GEMBIRA' kerana di saat itu kita meninggalkan jasa yang sangat banyak pada islam

Inilah manfaat jika anda perlukan islam takkala islam begitu terharu apabila berpisah dengan anda

2 comments:

sahabatsejati said...

salam...allahuakbar..lama x jumpa sahabat lama...teringat masa duk falahiah dulu...teruskan perjuangan!

mohd azizul abdullah.(http://perjuanganabadi.blogspot.com)

no said...

share deh