PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Tuesday, February 10, 2009

ASYA’IRAH VS SALAFIAH VS WAHABIAH = AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH






Sedikit pesanan dariku sebelum pembaca menatap risalah ini: "MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA HAMBA YANG DIKEHENDAKINYA DI PERAK EKORAN PERGOLAKAN YANG BERLAKU SEKARANG. INSYAALLAH. MASALAH DI PERAK SEKARANG SEBENARNYA TELAH MAKLUM DI SISI ALLAH DAN DIA LEBIH TAHU SIAPA YANG DIA REDHA DAN SIAPA PULA YANG DIA MURKA, SIAPA YANG MENANG DAN SIAPA PULA YANG AKAN KALAH. HAKIKATNYA ISLAM PASTI MENANG"

Anda baca dan menilai. Jika anda dapati ada kesilapan terhadap pandanganku sila TEGUR dengan hujjah.terima kasih….

Mungkin maudhu’ (tajuk) yang aku utarakan ini menyebabkan berlakunya silap tanggap dari kalangan sesetengah umat islam. Hakikatnya aku bukan bermaksud demikian tetapi hanyalah semata-mata untuk menyatakan kefahaman sebenar kepada umat islam supaya mereka memandang berat soal USUL di dalam AGAMA bukannya sekadar pandai membesar-besarkan soal FURU’ di dalam AGAMA. Aku melihat dan merasakan bahawa berlakunya banyak perpecahan di kalangan umat islam adalah kerana mereka bergaduh dan bertikam lidah soal cabang-cabang didalam agama. Yang aku maksudkan soal USUL didalam agama itu ialah soal yang menjadi KEWAJIPAN seluruh umat islam untuk melaksanakannya bahkan jikalau tidak dilaksanakan akan membawa kepada dosa dan kemudharatan kepada manusia amnya dan umat islam khasnya. Sebab itulah aku berani mengatakan orang yang ada roh ‘perjuangan’ di dalam jiwanya nescaya dia akan lebih menumpukan soal USUL berbanding FURU’. Kemudian yang aku maksudkan soal FURU’ didalam agama ialah soal yang menjadi KHILAFIAH (perbezaan pendapat ulamak) di kalangan umat islam yang tidak membawa kepada dosa jikalau meninggalkannya sebagaimana USUL kerana percanggahannya hanyalah berkisar pada soal zanni bukannya qat’ie. Maka dengan sebab itu wujudnya ijtihad dan khilaf di kalangan ulamak. Sebab itulah aku berani mengatakan orang yang ada roh ‘perjuangan’ di dalam nalurinya nescaya dia akan lebih menumpukan soal USUL berbanding FURU’ demi menjaga kemaslahatan ammah. Aku teringat sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “perbezaan diantara umatku adalah rahmat”. Apa maksud Nabi sebenarnya? Cuba fakir sejenak. Sebenarnya soal khilafiah yang tidak membawa kepada perbalahan itulah yang dikatakan RAHMAT. Tetapi jikalau khilafiah itu membawa kepada pertelingkahan maka kita tidak boleh sama sekali mengaitkan dengan hadis tersebut. Contoh mudah aku nak bagi iaitu wijudnya pelbagai mazhab fekah di kalangan umat islam seperti Mazhab Syafi’e, Hambali, Maliki, Hanafi, Syaukani dan banyak lagi. Perkara inilah yang dikatakan khilafu rahmah. Faham?

Sebelum itu mari kita perhatikan sedikit latarbelakang beberapa golongan yang masyhur disebut sekarang :

ASYA'IRAH

Pengasasnya adalah Abu Hasan al-Asya’ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang dengan pada fahaman Muktazilah dan berguru ayah tirinya Abu Ali al-Jubbai.

Fahaman Asya’irah
-Mereka membuat pembaharuan dalam aliran Ahli Sunnah dengan mengemukakan hujah-hujah logik akal serta teks-teks al-Quran dan hadis yang ada. Hujah-hujah yang dikumpulkan cukup kuat bagi mematahkan hujah Muktazilah yang pesat berkembang di masa itu.



Tokoh-1.Imam Mazhab Syafie , Maliki, Hambali, dan Hanafi 2.Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali 3.Imam Haramain al-Juwaini 4.Imam Fakhruddin al-Razi 5.Abu Hasan al-Bahili 6. Habib Umar al-Yamani 7.Banyak lagi Ulamak-Ulamak pondok


SALAFIAH

Sebenarnya salafi berasal daripada aliran Imam Ahmad bin Hambal. Tokoh yang terkemuka adalah Imam Ibnu Taimiyah.

Fahaman Salafiah
-Golongan ini menentang keras golongan yang cuba menghurai ayat-ayat mutashabihat.Golongan ini mahu supaya ayat-ayat mutashabihat tidak dihurai. Mereka hanya menyebut sifat-sifat Allah berpandukan teks-teks yang jelas dalam al-Quran dan hadis.

WAHABIAH

Wujub di Arab Saudi yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ia adalah kesinambungan daripada aliran salaf yang dibawa oleh Imam Ahmad dan Ibnu Taimiyah.

Fahaman Wahabiah
-Fahaman ini tegasnya mengemukakan dua prinsip penting iaitu tauhid yang bersih daripada sebarang syirik, dan menghalang sebarang bentuk bid’ah (ajaran baru). Halal dan haram diambil terus daripada sumber al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Mereka menentang ziarah kubur wali-wali dan mengganggap amalan ini membawa kepada syirik. Namun hukum berbeza apabila menziarahi kubur bagi tujuan mengambil pengajaran dan memperingati hari akhirat bukannya dengan tujuan berdoa kepada si mati atau bertawassul melalui orang yang sudah mati. Mereka juga menentang sambutan maulidurrasul dan sebagainya yang tidak ada pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Tokoh- 1.Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) 2.Syeikh Abdul Hamid bin Badis (Algeria) 3.Syeikh Ahmad (Punjabi) 4. Syeikh Nasiruddin al-Bani 5. Syeikh Uthaimin

Kesimpulan

Kita melihat realiti umat islam sekarang segelintirnya lebih banyak menumpukan kepada perbalahan sesama umat islam yang semuanya mengakui dan mengiktiraf Allah itu Tuhan yang satu dan tiada lagi Tuhan selain Allah serta mengakui Nabi Muhammad itu Utusan Allah dan kita juga perlu ingat bahawa golongan yang aku sebut di atas semuanya mengucap kalimah suci iaitu LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

Apa yang mengecewakan kita selaku umat islam adalah berlakunya kegagalan umat islam untuk bersatu di atas satu kalimah syahadah yang sama. Perlu diingat bahawa musuh kita sebenar adalah yahudi dan nasrani yang sebagaimana termaktub di dalam al-Quran dan golongan yang secara jelas menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan mereka tidak pernah mengiktiraf kalimah syahadah. Inilah lah sebenarnya musuh umat islam.

Oleh yang demikian perbalahan sesama umat islam hanyalah menimbulkan kerugian semata-mata dan dalam masa yang sama kita telah membuatkan orang kafir ketawa terbahak-bahak melihat reaksi umat islam kini sekaligus membuka ruang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk memperkotak-katikkan islam. Takkala itulah mereka mula memasukkan jarum-jarum kuffar ke dalam hati umat islam dengan pelbagai cara dan gaya. Mungkin inilah juga punca kenapa kerosakan dan keruntuhan akhlak umat islam kini semakin menjadi wabak dek kerana “bergaduh sesama adik-beradik” hatta masalah “adik-beradik” sendiri pun tidak dihiraukan. Betul tak? Maksud adik-beradik tu sesama umat islam lah woi.

Aku ada beberapa persoalan untuk direnungkan. Kalau adalah orang bertanya kepada anda bagaimana anda menilai? 1. “Kenapa dia ni suka berzina?” 2. “Kenapa dia ni tak suka wirid? wahabi ke? 3. “Kenapa zaman sekarang wanita tak suka tutup aurat?” 4. “Kenapa pelajar-pelajar pondok suka buat bid’ah sedangkan sunnah lebih baik?

Moralnya cuba anda perhatikan persoalan mana memberi keuntungan kepada umat islam dan yang mana pula sebaliknya? Persoalan mana yang sepatutnya diambil berat oleh umat islam dan persoalan mana pula yang sebaliknya? Cuba fikir betul-betul. Anda tentu ada jawapannya.

Hakikatnya kesemua mereka yang disebutkan diatas adalah daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Walaupun terdapat pertelingkahan dan perselisihan yang keras dan tajam antara satu sama lain, namun perlu kita ingat pertelingkahan itu tidak tersasar daripada DASAR-DASAR AKIDAH. Walau bagaimanapun, ia boleh membawa kesan-kesan buruk dalam hubungan sesama umat islam. Perselisihan pendapat dan pentafsiran itu adalah perbezaan fahaman dalam mentafsirkan teks yang sama dan kadang-kadang kerana perbezaan masa dan tempat serta cabaran yang dihadapi dan keperluan hujah bagi menghadapi cabaran luaran.

Dengan kemudahan sumber-sumber rujukan dan hubungan yang ada pada zaman ini menghidupkan semula persefahaman sesama aliran. Pada masa yang sama ia tidak dihabiskan dengan pertelingkahan sesama sendiri tetapi lebih memberi tumpuan bagi menghadapi masalah pokok (usul) yang melanda umat islam dan menentang musuh yang sebenarnya.

Apa yang penting kita semua adalah SAMA cuma mungkin kita sedikit BERBEZA yang bukan sepatutnya dijadikan alasan untuk kita BERGADUH…………….

Sedikit tambahan dari penulis: “ Jami’ah Iman tempat aku belajar sekarang wujud pelbagai fahaman dan mazhab seperti wahabi, salafi, khalafi, tabligh, ikhwanul muslimin, sufi,4 mazhab terkenal, syiah zaidiah (syiah yang paling hampir dengan ahli sunnah wal jama’ah dan akidah mereka tidak rosak seperti sesetengah syiah yang lain) mazhab syaukani pun ada dan macam-macam fahaman lagi yang wujud di universitiku. Tapi yang aku pelik dan cukup kagum tak pernah pun timbul perbalahan dan pertelingkahan sesama sendiri. Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi university yang dapat menyatukan pelbagai fahaman dan fikrah hanyalah semata-mata atas satu alat sahaja iaitu IMAN. Cuma perlu diingat belajar di sini kita dilarang bersifat seperti lalang yang memungkinkan kita hilang pendirian. Cuma kita yang ada akal ni pandai-pandailah buat penilaian yang mana terbaik dan rojih bersandarkan al-Quran dan Sunnah Aku rasa inilah yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat islam kerana kesatuan kita hanyalah di atas dasar akidah yang sama iaitu LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLULLAH

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saudara pada saya orang Islam takkan sebulu kalaulah mereka berpegang kepada pendapat dan pandangan manusia. kalaulah umat Islam benar-benar berpaut kepada ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan berpedomankan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, sudah pasti tidak akan wujud perbezaan. kalau adapun kecil seumpama ketika solat mengangkat dua tangan ke paras cuping telinga atau ke paras bahu sahaja, namun pergerakan dan bacaan lainnya dalam solat kekal sama. Umat Islam berpecah kerana orang Islam mengaku mereka bijak sehingga dapat mentafsirkan kalam Allah (a.w) yg Allah (a.w) dan RasulNya tidak suruh tafsirkan! Kerana umat Islam telah mengikuti Barat dalam memberi tauliah ilmu dalam Islam dengan meniru sistem Barat seumpama belajar dapat Ijazah, Sarjana dan PhD pula. Dan, mereka yg ada PhD pula merasai mereka benar-benar berilmu.Islam tidak akan berpecah sekiranya para ulama' dan ilmuwan Islam ingin menjadi juara sebagai orang yg terpandai dari yg terpandai! Walhal jalan singkat ke syurga itu hanyalah dengan mematuhi perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan mengikuti contoh Rasulallah (s.a.w) dengan berpedoman dan berpandukan as-Sunnah, kerana Raulallah (s.a.w) sahaja yg tau secara sempurna Islam dan syariatnya. Orang lain walau bagaimana pintarnya mereka tidak boleh menandingi ilmu Rasulallah (s.a.w) tentang Islam. Mengapa tidak ambil saja as-Sunnah dan ikuti contoh Rasulallah (s.a.w) sudah pasti kita tidak sesat.
Nak tau dengan lebih jelas isu-isu seumpama ini dan yg terkait sila layari: yayasan-ilmu.blogspot.com, insya Allah saudara akan dapat jalan pintas menuju ke syurga itu.
Jazakallahu khairah