PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, January 1, 2011

Hukum Meninggalkan Solat..


Merujuk kepada Syarah Shohih Muslim oleh Imam Nawawi R.H

Ijma' Ulamak bersepakat mengatakan bahawa meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya adalah KAFIR MURTAD..

Namun dalam soal meninggalkan solat kerana malas dan tidak menafikan kewajipannya ada beberapa khilaf di kalangan Ulamak..

1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi FASIQ. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud sebagaimana penzina yang sudah berkahwin, akan tetapi ia dibunuh dengan pedang.

Ini pandangan Imam Malik, Imam Syafie dan Jumhur Ulamak Salaf dan Khalaf

2.Orang itu menjadi KAFIR. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.

Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih dan juga pandangan sebahagian daripada pengikut Imam Syafie

3.Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.

Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.

Adapun pandangan Jumhur Ulamak mengatakan orang yang meninggalkan solat kerana malas tanpa menafikan kewajipannya maka mereka tidak KAFIR berdasarkan ayat Allah dalam surah an-Nisak ayat 48...

Wallahu'alam

No comments: