PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Sunday, November 2, 2008

tiada alasan untuk aku mengeluh

Apa yang aku rasakan sekarang adalah menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang yang mulai. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah kalah, serta penuh dengan keyakinan pada diri. Oleh kerana itu jika aku tidak bersabar apa lagi yg boleh aku lakukan?

Apakah aku mempunyai penyelesaian yang lebih baik daripada bersabar?dan apakah aku mempunyai senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan&kesulitan hidup?

Aku tiba-tiba terlintas satu cerita tentang seorang tokoh menghadapi berbagai musibah yang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkan kehidupannya. Setiap kali selesai satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya.

Meskipun demikian ternyata ia mampu menepis segala kesulitan yang dihadapinya dengan penuh kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran. Bila aku baca kisah ini aku hampir-hampir menangis krn memikirkan jauhnya dengan sifatku yang selalu tidak bersabar menghadapi kehidupan

Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang mulia dan terhormat itu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan segala kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.

Ketika beberapa orang sahabat mengziarahi Abu bakar Radhiallahu ‘anhu yang sedang terbaring sakit, para sahabat bertanya kepadanya: “apakah perlu kami panggilkan seorang tabib kepadamu?”Jawab Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu: “seorang tabib telah memeriksaku!” Para sahabat bertanya: “Apakah yang dikatakan olehnya?”Jawab Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu: “inni fa’aalun limaa uriid”(sesungguhnya aku boleh melakukan apa sahaja yang aku mahu).
Bersabarlah wahai diriku! Akan tetapi, aku perlu ingat bahawa aku tidak akan mampu bersabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah.

Bersabarlah wahai diri sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa.

Bersabarlah wahai diri meskipun aku menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan aku tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

Aku berpesan terutama pada diriku sendiri cubalah cubalah aku hayati apa maksud Allah dalam surah al-baqarah ayat 216 yang sangat berkait dengan dugaan hidup kita. Sedar tak sedar setiap kali aku baca ayat ini terus terlintas di fikiranku: “setiap yang Allah takdirkan pada aku sudah TENTU ada hikmah di sebaliknya”. Kemudian jiwaku terus lega.

Wahai saudara sekalian, aku ingin nasihatkan supaya perbanyakkanlah muhasabah diri kita, kalau kita sukar untuk tahan sabar menghadapi ujian hidup cubalah kita tatapi buku ‘LA TAHZAN’ yang dikarang oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni iaitu ulamak komtemporari yang banyak menghuraikan tentang persoalan hidup manusia yang tiada kesudahan mencari jawapan.
Bagi aku tidak ada sebab kenapa mesti aku bersedih di dalam hidup lebih-lebih lagi aku dilahirkan sebagai orang ISLAM dan aku yakin sangat2 sepatutnya di dunia ni orang islamlah paling gembira sekali kerana dikurniakan nikmat yang paling BERHARGA dalam hidup iaitu nikmat IMAN DAN ISLAM.wassalam

2 comments:

Nusaybah Jr. said...

salam..
"jiwa sufi fikrah haraki"..
sama ngan title blog ana..
kindly visit..
kalamhawariyyun.blogspot.com

Syahir Safwan bin Ahmad Suhaimi said...

salam..
jumpe nte kat sini.. hehe..
semoga sihat sejahtera disana dan berjaya...