PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Saturday, December 6, 2008

JIWA SUFI FIKRAH HARAKI

Ustaz Hasan Al-Hudhaibi pernah berkata: “Binalah Daulah Islamiah di dalam diri kamu, nescaya akan terbina Daulah Islamiah di negara kamu”(JIWA SUFI)

Ustaz Mustafar Masyhur pernah menegaskan:”Ingatlah saudaraku sesungguhnya kita MULIA adalah disebabkan jalan dakwah yang sedang kita amalkan, seandainya kita tidak beramal di atas jalan dakwah ini maka kita tidak akan MULIA langsung”(FIKRAH HARAKI)

Saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana di dalamnya terkandung sejuta makna yang mampu mengubah pemikiran seseorang kearah yang lebih realiti dalam menempuhi ranjau duri kehidupan. Ini mungkinlah hanya sekadar tanggapan saya sahaja dan mungkin juga ramai yang mengkritik, tapi hakikatnya saya hanya sekadar mengeluarkan pandangan berdasarkan penelitian dan penilaian terhadap suasana yang berlaku sekarang. Segala kesilapan yang ada, saya mohon sangat-sangat supaya risalah saya ini dikomen dan dikritik atas dasar membina.

Sebagai muqaddimah, sebenarnya tajuk jiwa sufi fikrah haraki adalah merupakan perkaitan saya terhadap sifat yang ada pada sesetengah manusia. Realitinya manusia yang bersifat demikian akan menerima anugerah yang sangat istimewa di dunia mahupun di akhirat lantaran kelebihan dan ujian yang telah mereka terima di dunia sebagaimana berlakunya kepada nabi-nabi dan para rasul.

Contoh paling TEPAT yang boleh saya paparkan ialah Nabi Muhammad s.a.w. Bagi saya Baginda adalah orang yang paling layak dikaitkan dengan tajuk ini lantaran sirah perjalanan hidupnya yang penuh dengan dugaan dan cabaran dalam semua perkara daripada sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar ujian. Segala tohmahan, kritikan, ancaman bunuh, dipukul, dihalau, dipulau dan sebagainya menjadi WARNA WARNI KEHIDUPAN BAGINDA Semuanya kerana Baginda bersifat “jiwa sufi dan fikrah haraki”. Sebab itulah Nabi s.a.w mendapat pengiktirafan rasmi daripada Allah sebagai QUDWAH HASANAH dan AKHLAK YANG AGUNG. Inilah buktinya.

Permasalahan sekarang Nabi s.a.w sudah pun wafat beribu tahun dahulu, kita risau manusia semakin tidak mengendahkan sifat mulia ini kerana malangnya mereka hanya sekadar mampu mengaitkan dengan Nabi sahaja. Di akhir zaman ini, jiwa sufi fikrah haraki tetap WUJUD dan SUBUR pada hati yang benar-benar menghayati sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Macam mana cara untuk kita mengenalinya?. Senang saja, kita lihat siapa yang paling KUAT DAN TEPAT berpegang dengan AL-QURAN DAN SUNNAH. Sudah tentu anda akan faham orangnya adalah para ulamak berdasarkan dalil firman Allah:”Sesungguhnya orang yang paling TAKUT pada Allah adalah parak ulamak”

Kalau anda nak tahu apa sebenarnya “JIWA SUFI FIKRAH HARAKI”, cubalah anda teliti betul-betul perjalanan hidup para ulamak dari awal hingga ke akhir dalam semua aspek sama ada dari sudut percakapan, perbincangan, pergaulan, pendirian dan sebagainya. Tapi anda harus berhati-hati bahawa tidak semua ulamak yang bersifat demikian kerana Imam Al-Ghazali telah mneyebut bahawa ulamak terbahagi kepada 2 golongan iaitu ulamak dunia dan ulamak akhirat. Kata Imam Al-Ghazali:”ulamak dunia adalah ulamak yang menjadikan agamanya sebagai tempat cari makan”.beware….

Di sini suka saya nak kongsikan beberapa pandangan dan idea yang saya rasa ianya ada kaitan dengan tajuk ini berasaskan realitI yang berlaku sekarang.

JIWA SUFI- jiwa yang senantiasa mengingati Allah, lidahnya sentiasa menyebut nama Allah, matanya sentiasa menangis kerana takutkan Allah, anggota tujuhnya sentiasa melaksanakan perintah Allah, quran menjadi pegangannya, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi ikutannya, zikir menjadi budaya hidupnya, syurga menjadi idamannya, neraka menjadi penghalang baginya untuk menagih maksiat, syaitan menjadi musuhnya di mana-mana sahaja dan sebagainya…..

FIKRAH HARAKI-pemikirannya sentiasa inginkan ketaqwaan, dia mahukan orang lain beramal soleh sebagaimana dia beramal, mahu ditegakkan Daulah Islamiah di negaranya, dia menjadikan dakwah itu satu kewajipan baginya, dia akan memastikan orang lain akan masuk syurga bersama dengannya, dia tidak akan senang dengan KERAJAAN ZALIM yang membiarkan rakyatnya membuat maksiat berleluasa, bahkan dia akan menentang habis-habisan kerajaan yang sedemikian rupa, dia tidak akan membiarkan pusat-pusat hiburan dan disko tumbuh umpama cendawan, dia bukan hanya sekadar duduk dalam masjid bahkan keluar berperang di jalan Allah, keluar berdemonstrasi menentang HUKUM THOGHUT, dia bukan sekadar baca quran dan berzikir bahkan dia akan memastikan HUKUM ALLAH TERTEGAK di negaranya malahan di dunia walau dengan apa cara sekalipun termasuklah dia menjadikan POLITIK sebagai medan dan alat untuk menubuhkan DAULAH ISLAMIAH. Bagi saya inilah antara yang dikatakan fikrah haraki.

1. Gabungan 2 kepentingan- bagi saya jiwa sufi dan fikrah haraki adalah 2 kepentingan yang teramat penting sebagaimana perlunya seorang anak kepada ibu, saling bergantung antara satu sama lain. Seseorang anak akan merana hidupnya jika dia ditinggalkan oleh ibunya

2. Antara teori dan praktikal-bagi saya jiwa sufi fikrah haraki adalah gabungan teori dan praktikal. Jiwa sufi hanya sekadar TEORI dan fikrah haraki adalah PRAKTIKAL yang DIBUKTIKAN daripada teori. Tanpa gabungan 2 perkara ini maka ianya tidak akan lengkap sama sekali. Jika anda hanya sekadar pandai berteori tetapi gagal mempraktikkannya maka anda sudah tentu akan dituduh sebagai MANUSIA YANG HIPOKRIT sekaligus anda telah menghilangkan kepercayaan manusia kepada anda.


3. Ibarat isi dan kuku/ Aur dan tebing- bagi saya jiwa sufi fikrah haraki diibaratkan sebagai isi dengan kuku ataupun ibarat aur dengan tebing. Maksudnya ia merupakan suatu benda yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Saya amat YAKIN DAN PERCAYA bahawa orang yang ada jiwa sufi tetapi tiada fikrah yang haraki sebenarnya masih belum memahami erti perjuangan ISLAM yang sebenarnya seolah-olah dia telah mencabut kuku pada isinya tanpa dia sedari

4. Antara jiwa dan fikrah- bagi saya juga jiwa adalah hati dan kita sedia maklum hati adalah PENGHULU SEGALA ANGGOTA sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Seandainya baik baik hati ini maka seluruh anggota lain akan turut baik seperti hati, tetapi sekiranya buruk hati ini maka akan buruklah segala anggota yang lain. Inilah buktinya bahawa jiwa dan fikrah adalah sesuatu yang saling berkai rapat antara satu sama lain.


5. Antara gerakan dan tarikat- bagi saya jiwa sufi fikrah haraki juga adalah gabungan antara ahli gerakan dan ahli tarikat yang mana saling memerlukan antara satu sama lain. Maksudnya ahli gerakan juga perlukan jiwa sufi sepertimana ahli tarikat dan ahli atrikat juga perlukan fikrah haraki sepertimana yang ada pada ahli gerakan. Mungkin tidak semua individu yang mampu memahami apa yang saya maksudkan.

6. Ahli masjid dan kaki perang- ramai orang yang separate 2 golongan ini padahal hakikatnya ia perlu pada satu jasad sahaja. Tetapi apa yang menyedihkan saya kadang-kadang ahli masjid tak pernah pun berniat untuk berperang di jalan Allah, tak pernah pun keluar berdemonstrasi untuk menenta ng hokum thoghut daripada kerajaan, tidak pernah pun memikirkan masalah umat islam. Mereka hanya sekadar pandai berzikir, membaca quran dan menangis sahaja. Mereka tidak menyedari keluar berjihad atau berdemonstrasi juga adalah amalan yang DIZAHIRKAN daripada ayat AL-QURAN. Begitu juga kaki perang atau kaki demonstrasi yang sering meremehkan jiwa sufi. Ini juga menyedihkan kita bilamana kita melihat orang yang bersemangat keluar berdemonstrasi tetapi mengabaikan solat subuh berjemaah, mereka memandang remeh soal baca quran, soal zikir dan solat tahjud sedangkan elemen itulah SEBENARNYA yang akan membakar semangat mereka keluar berjihad di jalan Allah dengan penuh KEIKHLASAN


7. Matlamat perjuangan-senang sahaja saya nak katakan kepada orang yang gagal menggabungkan sifat ini, kesannya dia akan sukar untuk mencapai matlamat perjuangannya di jalan Allah kerana TIDAK CUKUP SYARAT. Kenapa saya katakan demikian? Pada pendapat saya gabungan jiwa sufi dan fikrah haraki sebenarnya akan menghasilkan sebuah KEBERKATAN

8. Daulah Islamiah- hakikatnya Daulah Islamiah tersangat memerlukan individu yang ada sifat ini kerana mereka akan memberikan sumbangan yang HEBAT pada DAKWAH dan memberi idea kepada membangunnya negara islam


9. Individu muslim- saya berani menyatakan bahawa jiwa sufi fikrah haraki adalah sifat sebenar yang dikaitkan dengan individu muslim yang menjadi PUNCA UTAMA tertegaknya KHILAFAH ISLAMIAH di muka bumi sebagaimana telah disebutkan oleh Hassan Al-Banna. Tambahan pula umat islam dikatakan berdosa sekirannya TIDAK ADA usaha untuk menegakkan khilafah islamiah di muka bumi Allah ini

No comments: