PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, December 22, 2008

Siapa yang BERJAYA sebenarnya???

Cuaca di yaman sekarang teramat sejuk bagiku. Maklumlah aku tak pernah merasai kesejukan seperti ini di Malaysia. Sejuknya hingga kulit pun jadi kering dan bulu kaki luruh serta-merta. Hebatnya kuasa Allah. Aku terus melafazkan kalimah suci SUBHANALLAH. Tapi yang peliknya air turut serta jadi sejuk semacam air yang diletakkan di dalam peti padahal aku tak pernah pun letak dalam peti sejuk. Inilah yang dikatakan kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya peraturan alam ini. Peti sejuk hanya dapat menyejukkan air pada adat namun pada akal air tak semestinya sejuk sebab peti sejuk.

Dalam kesejukan ini aku terlintas untuk mengarang satu artikel yang jarang sekali manusia bersembang especially di kedai kopi. Perbualan umat islam sekarang lebih cenderung kepada duniawi semata-mata tanda ada sedikit pun perkaitan dengan future akhirat.

Aku amat yakin dan percaya bahawa tajuk ini sangat sesuai untuk diutarakan kepada manusia khususnya umat islam bahkan aku merasakan ramai yang akan tertanya-tanya "siapa yang dikatakan berjaya sebenarnya?". Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia tentunya persoalan ini akan melahirkan banyak jawapan dalam pelbagai aspek. Contohnya orang mukmin yang muslim menilai KEJAYAAN berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah secara keseluruhannya, adapun orang muslim yang without mukmin menilai KEJAYAAN berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi mereka hanya mengambil sebahagian sahaja menyebabkan maksud islam yang sebenar GAGAL diterjemahkan dalam bentuk reality. Manakala orang kafir menilai KEJAYAAN berdasarkan nafsu dan akal semata-mata. Kesimpulannya kita sebagai manusia yang berakal harus menilai sesuatu berdasarkan kewarasan fikiran yang hakiki dan abadi sehingga hari kiamat kelak.

Ramainya manusia di dalam dunia sekarang GAGAL memahami hakikat KEJAYAAN yang sebenar lebih-lebih lagi manusia yang tiada roh islam dalam hatinya. Tambahan pula kita melihat pengaruh barat yang terlalu hebat mengancam dan menindas jiwa dan pemikiran umat islam daripada pelbagai sudut dan cabang telah menambahkan lagi kerisauan kita bersama. Inilah yang saya rasakan antara punca kenapa maksud KEJAYAAN gagal direalitikan oleh ummat islam sendiri. Kita sedia maklum para orientalis sekarang banyak meyerang ummat islam melalui "GHAZWATUL FIKRI" (serangan pemikiran) yang telah banyak memecahbelahkan kesatuan ummat islam. Sebagai contoh timbulnya golongan ahli sunnah wal jama'ah, salafi, wahabi, syiah, khawarij, muktazilah, dan banyak lagi. Setakat yang aku tahu timbulnya juzuk-juzuk pemikiran dalam adalah berpunca daripada terpengaruh dengan hasutan orientalis yang niat mereka hanyalah semata-mata hendak merosakkan kesatuan umat islam. Maka tidak hairanlah kenapa ramai umat islam sekarang "TIDAK SERONOK" berada dalam islam sedangkan nabi jelas memberitahu kita seandainya kita masuk islam nescaya kita akan selamat.

Umat akhir zaman sekarang kebanyakannya menafsirkan kejayaan hanya berlegar di sekitar dunia sahaja tanpa menjangkau hingga ke hari akhirat. Ini bukanlah kejayaan yang HAKIKI. Kalaulah kejayaan itu dikatakan di dunia sahaja maka sudah tentu islam tidak akan bernilai.

Terlintas di benakku bahawa kejahilan manusia memahami erti kehidupan merupakan salah satu punca lain kenapa mereka tersalah faham maksud kejayaan. Kejayaan pada mereka hanyalah berlegar di sekitar dunia sahaja tanpa menjangkau hingga ke hari akhirat. Maknanya kejayaan mereka hanyalah bersifat sementara sahaja kerana suatu hari nanti dunia akan berhadapan dengan kehancuran takkala itu lenyaplah segala kelazatan dunia yang dikatakan kejayaan. Tambah menyedihkan kita hal ini banyak mempengaruhi pemikiran umat islam lebih-lebih lagi di akhir zaman.

Selain itu sesetengah umat islam mengganggap kejayaan itu hanyalah berlaku bilamana seseorang itu kaya-raya, makan sedap, dapat ijazah, dapat kerja dengan kerajaan, dapat kereta mewah, dapat rumah banglo, dapat 20 A dalam SPM, dapat cemerlang dalam "peperiksaan dunia", mempunyai harta yang banyak, dan lain-lain lagi tanpa mereka sedari hal itu semua tiada langsung sangkut-paut dengan ISLAM. Ingat saudara kita berjaya dan mulia hanyalah kerana ada kaitan dengan islam. Tanpa islam kita lebih hina daripada binatang.

Bagiku orang yang dikatakan BERJAYA secara hakiki adalah sebagaimana difirmankan oleh Allah di awal surah Al-Mukminun iaitu:

1.Sesungguhnya SANGAT BERJAYALAH ORANG YANG BERIMAN PADA ALLAH

2.Mereka adalah orang yang KHUSYU' DI DALAM SOLATNYA

3.Mereka juga adalah orang yang MENJAUHI PERKARA-PERKARA YANG MELALAIKAN

4.Mereka juga adalah orang yang MENUNAIKAN ZAKAT

5.Mereka juga MENJAGA KEMALUANNYA DARIPADA MAKSIAT.

Inilah diantara sifat-sifat orang yang berjaya sebenarnya. Tanpa sifat atau ciri ini bagi pendapat aku mereka belum lagi dikira BERJAYA dalam erti kata yang sebenar. Sifat inilah yang bukan hanya berjaya di dunia bahkan berterusan sehingga kiamat. Adakah anda setuju???

Namun masih banyak lagi sifat orang yang berjaya terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah. Aku nak selitkan beberapa kata-kata hikmah daripada Rasulullah S.A.W sebagai tambahan perkongsianku.

1. Siapa yang dikatakan BIJAKSANA? Jawapannya adalah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Orang yang bijaksana sebenarnya adalah orang yang MEMIKIRKAN dan BERAMAL untuk kehidupan selepas MATI"(shohih bukhori)

2. Siapa yang dikatakan BODOH@LEMAH? Jawapannya adalah sambungan hadis di atas iaitu "…..dan orang yang BODOH adalah orang yang SELALU MENGIKUT HAWA NAFSUNYA…."

3. Siapa yang dikatakan KUAT? Jawapannya adalah sebagaimana pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita di dalam hadisnya yang bermaksud: "Bukanlah dikatakan orang yang kuat itu, kuat bergusti, sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang dapat MENAHAN DIRINYA DARIPADA SIFAT MARAH' (muttafaqun 'laihi)

4. Siapa pula yang dikatakan BAIK? Jawapannya mudah sahaja iaitu berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: " Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk menjadi BAIK, maka Allah akan fahamkan dia tentang Agama(islam)".

Dalam hadis lain juga disebut: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain" (shohih bukhari).
Dalam hadis lain juga disebut: "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"

Akhir kalam satu kata-kata hikmah yang berbunyi:"Berjaya di dunia bukanlah bererti berjaya di hari akhirat". Inilah yang anda perlu ingat. So kejayaan di dunia langsung tidak boleh dibanggakan oleh umat islam sekiranya ia tidak memberi bekas pada masa depan akhirat.

"SEBENAR-BENAR KEJAYAAN KELAK ADALAH APABILA KITA DIUMUMKAN OLEH ALLAH UNTUK MEMASUKI SYURGA-NYA DAN KEMUNCAK KEJAYAAN ITU IALAH APABILA KITA DAPAT MELIHAT CANTIKNYA WAJAH ALLAH"

Wallahu'alam

1 comment:

Petunjuk Ketenangan said...

salam alaik.. syukran ala ziarah.. ana nk minta izin untuk copy smua tulisan anta sbg bhn bcaan tmbhn ana. boleh?