PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

5 Wasiat Imam Syafi’e


1.“Perbanyakkanlah menyebut Allah daripada menyebut makhluk”

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit sahaja kita puji habis-habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Alhamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sendawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. Ingatlah puji Allah sahaja yang MUTLAK

2.”Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia”

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang sendeng fikiran sibuk memikirkan dunia hingga terlupa akhirat. Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang akhiratnya. Saham-saham dunia tak penting, tapi yang paling penting ialah saham akhirat yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3.”Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan”

Pesan Nabi S.A.W yang bermaksud : “ Perbanyakkanlah engkau mengingati mati, nescaya akan meremehkan segala kelazatan-kelazatan dunia”. Ingatlah saudara, walaubagaimanapun kita nak lari namun kita tetap akan merasai bagaimana suasana kematian. Cuma yang tinggalnya kita hanya mampu mengubah bagaimana memilih cara kematian.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini.

4.”Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga”

Syaitan memang sentiasa menghasut dan memerangkap diri kita dengan menyuruh atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingati kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

5.”Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain”

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita men yebut-nyebut kesalahatan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang “kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan.Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari ke arah orang itu tapi 4 jari lagi menuding kea rah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita yang lebih buruk daripadanya.

-petikan daripada buku 30 wasiat imam syafi'e-

No comments: