PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

Antara Perkahwinan dan Jiwa Da'ie


Hubungan Perkahwinan dan Dakwah sebenarnya tak dapat dipisahkan seumpama INTIMnya hubungan kucing di atas.....betul kan?

Bukan semata-mata nafsu tetapi pendorong semarak perjuangan seorang da'ie. Inilah hakikat yang amat sukar untuk direalitikan..

Fokus pada tujuan dan dasar..jadikan ianya sebagai PERINGATAN buat da'ie yang memiliki 'asistant'...

Berhubung dengan persoalan kahwin atau nikah ini, kita perlu mengetahui apakah tujuan kita kahwin. Bagi orang Islam yang sebenar, tujuan perkahwinannya atas mencari keredhaan Allah, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

Oleh itu niat kita hendak mendirikan rumahtangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. Kalau niat mendirikan rumahtangga tidak betul mengikut kehendak Allah dan Rasul, maka keluarga yang didirikan tidak akan mendapat pimpinan dari Allah swt.Sekiranya kita sudahpun mendirikan rumahtangga, tidak salah kalau niat ini kita perbetulkan semula.

Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumahtangga kita ialah untuk mendapat sebanyak-banyak anak yang soleh seterusnya kita berpotensi melahirkan seramai yang mungkin jiwa-jiwa dakwah..Ini kena jelas

Allah dan Rasul memang menghendaki niat seperti ini kerana muka bumi ini adalah diserahkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia untuk ditadbirkan dengan baik mengikut peraturan-peraturan yang telah Allah berikan.

Manusialah yang telah dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Aku hendak jadikan KHALIFAH-KHALIFAH di muka bumi ini.”
Rasulullah saw juga penah bersabda:
‘………..kerana aku berbangga di hari kiamat nanti dengan ramainya umat-umatku dibandingkan dengan umat Rasul-Rasul sebelumku.”
Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah hamba-hamba Allah yang patuh dan tunduk kepada perintah-perintah Allah serta yang beriman kepada Allah dan Rasul.

Adalah hikmah dan rahsia pada ramainya bilangan isteri Rasulullah saw itu ialah supaya menggemarkan umat Islam pada membanyakkan bilangan umat Islam.

Jelas pada kita betapa Allah dan Rasul memang mengkehendaki umat yang ramai dan kerana itu Allah sediakan nikmat-nikmat yang banyak untuk manusia. Dan dengan sebab itulah, apa saja yang ada di muka bumi ini, samada kita sedar atau tidak, semuanya adalah untuk kita. Ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud:
“Dialah Tuhan, yang menjadikan apa saja di atas muka bumi ini untuk kamu (manusia).”
Perlu kita ingat bahawa Allah amat mengetahui rancangan kita dalam merancang keluarga. Contohnya,kita tidak mahu anak yang banyak., kita makan pil-pil atau sebagainya.

Hakikatnya perbuatan kita itu adalah menipu Allah swt.Muslihat itu Allah amat mengetahui dan akibatnya,Allah akan lebih menipu daya kita. Buktinya, ada setengah-setengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang keluarga, langsung Allah tidak kurniakan anak kepadanya.

Ada sesetengah wanita itu, kerana terlalu hendak merancang anak supaya dapat anak yang sedikit, apabila dia melahirkan anak, lahir anak-anak kembar yang banyak. Jadi haruslah kita sedar siapakah Allah yang hendak kita tentang kehendak dan kekuasaannya.

Bukan sedikit anak itu yang menjamin kebahagiaan hidup kita. Malah, anak yang banyak yang kemudiannya soleh-soleh pula, dia akan mendatangkan kebajikan dan memberi kebahagiaan hidup kita, bukan saja di dunia,bahkan di akhirat juga. Jika anak itu mati semasa kecil, dia akan mendatangkan syafaat kepada ibubapanya.

Jadi, niat yang pertama dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah niat untuk mendapat anak sebanyak yang boleh. Pasanglah niat ini baik-baik kerana, kalau pun pada pelaksanaannya, ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua dalam kita mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu dapat menghilangkan nafsu yang jahat dan yang rakus, khususnya nafsu syahwat terhadap wanita-wanita yang tidak halal bagi kita.

Melalui perkahwinan akan dapat mengelakkan diri kita daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat. Melakukan perkara yang halal dengan niat untuk mengelakkan diri daripada perkara yang haram merupakan satu kebajikan yang akan membawa pahala dari Allah. Rasulullah sawbersabda yang maksudnya:
“Pada kemaluan seseorang kamu itu pun adalah sedekah.”

Apabila seseorang itu berkahwin dengan niat ini,ia memilih jalan yang dihalalkan oleh Allah dan telah dicontoh oleh Rasulullah saw untuk memenuhi keinginan semulajadi.Ia mengatur dan menyusun perhubungan tadi mengikut lunas-lunas Islam.Dengan sebab itulah, Allah telah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan perzinahan.

Niat yang ketiga dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu akan menyelesaikan masalah hati daripada mentadbir rumahtangga.

Dengan berkahwin, seseorang itu tidak akan menumpukan perhatiannya dalam menghadapi rumahtangga, terhadap ibadah kepada Allah terutamanya di dalam sembahyang.Kerana segala perurusan rumahtangganya sudah diselesaikan oleh isteri daripada memasak makanan,mambasuh pakaian, mengemas dan sebagainya, sekiranya seorang isteri itu tidak bekerja makan gaji. Isteri yang solehah dan yang beragama itu, dia akanmenyelesaikan semua urusan rumahtangga.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud:
“Perempuan itu dinikahi dengan empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Tetapi hendaklah kamu pilih yang kuat beragama, nescaya dia menguntungkan kamu.”

Rasulullah menyuruh kita memilih yang beragama kerana perempuan yang beragama itu sempurna Islamnya dan sempurna ihsannya. Ini adalah syarat agama atau rukun beragama iaitu iman, Islam dan Ihsan.
Apabila kita hendak berkahwin, terpaksalah kita mencari perempuan yang sempurna agamanya kerana beragama itu adalah salah satu sifat wanita-wanita solehah.

Niat yang keempat dalam kita hendak mendirikan rumahtangga ialah bahawa kahwin itu boleh menghiburkan hati kita.

Dengan kita kahwin, pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka. Dengan demikian akan menenangkan hati kita serta memberi kegembiraan kepadakita lantaran kita dapat menumpukan sepenuh kusyuk kepada ibadah kita dengan Allah swt terutamanya di dalam sembahyang yang mana merupakan ibadah yang terpokok.

Sedangkan untuk mendapat kekusyukkan di dalam sembahyang itu adalah yang paling susah sekali selagi kita tidak dapat hadir hati di dalam sembahyang. Kalau hati sentiasa resah dan gelisah, maka akan bertambahberserabutlah sembahyang kita.
Sebab itulah, hati kita ini perlu diberi hiburan dengan senda gurau kita terhadap isteri. Malah bukan dalam sembahyang saja, kita dapat mengusahakan kekusyukkan beribadah bahkan puasa juga tidak akansempurna kalau hati kita tidak tenang.
Puasa yang sempurna itu ialah apabila hati kita tidak teringat kepada perkara-perkara yang boleh melalaikan kita kepada Allah swt seperti kita teringat kepada dunia, kepada wanita-wanita dan sebagainya.

Pendek kata "PERKAHWINAN MERUPAKAN TEMPAT SEORANG DA'IE BERHIBUR"

Dan akhirnya, niat yang kelima yang hendak kita pasang apabila kita hendak mendirikan rumahtangga ialah dengan niat untuk melawan hawa nafsu. Ia bererti yang apabila kita telah mempunyai isteri, kita terpaksa berlawan dengan kewajipan-kewajipan menjaga dan mendidik anak isteri.

Dalam hal ini Rasulullah saw pernah mengingatkan kita tentang sifat-sifat seorang perempuan itu bahawa kata baginda, perempuan-perempuan itu adalah dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok yang kalau kamuluruskan ia dengan cara paksa dan mendadak, ia akan patah. Sebab itu, hendaklah di jaga isteri itu dengan bijaksana.
Satu daripada tugas kita dalam melawan nafsu ini ialah dalam menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat. Memang sudah demikian Allah jadikan kamu perempaun mempunyai nafsu lebih daripada lelaki.

Nisbah kalau nafsu itu ada sebanyak 10, 9 daripadanya adalah pada kaum perempuan dan satu pada kaum lelaki.Sedangkan nafsu itu sentiasa mengajak manusia berbuat jahat. Ertinya, kejahatan sajalah yang mempengaruhi kaum-kaum perempuan. Oleh itu, tugas kita bila berhadapan dengan isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.

Sejauh mana kita berjaya memimpin anak isteri kita ke jalan yang diredhai Allah hingga mereka dapat melaksanakan syariat Allah, maka di situlah nilai pahala yang tinggi bagi kita di sisi Allah swt.

Di sinilah akan lahirnya sifat sabar pada suami iaitu kenalah banyak bersabar dalam menghadapi ujian yang didatangi oleh isteri, selain daripada terpaksa berhadapan dengan berbagai-bagai ujian yang lain.Firman Allah swt yang maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang sabar itu diberi ganjaran tanpa hisab.”

Demikian lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumahtangga.Lima niat ini adalah yang paling kurang selain dari niat-niat baik yang lain seperti niat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak isteri dan lain-lain.

Kalau sekiranya kita ada mempunyai 5 niat yang betul dan baik ini, maka di situlah Allah akan bantu kita dan akan memberi taufik dan hidayahnya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumahtangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah swt.

p/s:- perlu diingat bahawa perkahwinan juga menjadi penyebab kita kehilangan JIWA DA'IE..beware.......

2 comments:

mizi_ said...

Assalamu alaikum,

Shaykh Abdul Fattah Abu Ghuddah, muhaddith dan bekas pemimpin ikhwan di syria telah menulis satu buku kecil mengenai biografi 20 orang ulama salaf yang tidak berkahwin atau menangguhkan perkahwinan kerana menghambakan diri kepada ilmu.
Mereka tidak berkahwin kerana berbagai sebab - di antaranya ialah perkahwinan dan kesibukan mencari rezki akan menghalang mereka dari menuntut ilmu dan menyebarkannya. Ada juga yang kerana terlalu sibuk menuntut ilmu sehingga mereka menjadi miskin tidak lagi untuk berkahwin.

Imam al-Ghazali di dalam kitabnya ihya ulumuddin telah memberi penjelasan yang panjang berkenaan sebab-sebab utama kenapa seseorang itu tidak perlu untuk berkahwin.

Percayalah, apabila anak-anak kecil berderet-deret keluar - anda tidak akan ada masa lagi untuk ta'lim wa ta'lum atau dakwah.. kecuali anda anda banyak harta, ada pembantu, dan ada extended family.
atau anda serah urusan menjaga anak-anak bulat-bulat pada isteri dan tak peduli lagi -- hati kering.
macam pendakwah tabligh.
Semasa bujang semangat juang memang tinggi - jazbah yang kuat dan commitment yang jitu.

Bila dah kahwin dan dah ada anak-anak - mulalah semangat kendur - semua urusan tertumpu untuk cari nafkah, sehingga kadang kala berebut-rebut untuk mengajar di masjid bagi mendapatkan upah untuk menampung gaji yang tak cukup dan tak pernah cukup -- loan kereta, sewa rumah, yuran jaga anak, loan rumah etc..
akhirnya dari himmat al-'aliah jatuh terus merudum jadi himmat al-rizq. begitulah nasib kebanyakan ustaz-ustaz dan da'i di malaysia.
Zaman Dolah badawi dulu golongan ini - terutama yg berkerja dgn JAKIM/Kakitangan Kerajaan terpaksa sokong ajaran sesat Islam Hadhari -- malang sungguh nasib !

Dari da'i kepada ALLAH lansung jadi dakwah jahiliyyah..

telah banyak sangat naqib-naqib/ah yang jatuh tersungkur dalam perjuangan - dulu nya cakap berdegar-degar, kini jadi setan bisu.

Banyak sangat aktivis-aktivis dan naqib/ah yang pakat masuk UMNO dan jadi pemimpin UMNO - think tank UNO - sebab tu meraka expert dan faham sangat mentality budak-budak usrah / ahli PAS ini!

Na'uzubillahi min zalik

di mana kan ku cari Abdullah ibn mubarak zaman ini?

sekadar peringatan buat kita semua - ingatlah ayat dan amaran dari ALLAH:

وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ (١١٣)
113. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu akan ditangkap oleh api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun Yang lain dari Allah. kemudian tidak akan ditolong.

humaira11 said...

humm..