Ibtila’ Ramadhan (2)
Kadang-kadang aku terasa pelik ada manusia yang nak lari daripada ujian hidup..mereka lupa akan firman Allah...
Teringat aku akan sebuah firman Agung:
أحسب النّاس أن يتركوا أن يقول ءامنّا وهم لا يفتنون
Maksudnya: “ Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan untuk mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka masih belum diuji??” ( surah al-Ankabut ayat 2)
Ayat ini membuktikan kita bahawa:
1. Bukan mudah untuk kita diiktiraf sebagai manusia yang beriman terhadap Allah S.W.T tanpa diuji terlebih dahulu.
2. Manusia tidak akan terlepas daripada ujian Allah walaupun mereka cuba dengan pelbagai cara untuk melarikan diri.
Kemudian Allah berfirman lagi:
خلق الموت والحيوة ليبلوكم ايّكم أحسن عملا وهو العزيز الغفورلّذيا
Maksudnya: “ Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” ( surah al-Mulk ayat 2)
Saudara/i yang budiman,
Terkadang kita gagal berfikir apakah hikmah di sebalik kelaparan yang kita alami di bulan ini. Lebih dahsyat lagi kita merasakan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan merupakan suatu yang hanya mendatangkan mudharat dan sia-sia sahaja..Astaghfirullah…
Persoalannya adakah kita berlapar sampai kebuluran??
Bukankah lebih kurang 12 jam sahaja kita berlapar??
Sekalipun memang mudharat (disebabkan penyakit tertentu) kalau kita berpuasa maka di sana terdapat rukhsah (keringanan) daripada Allah untuk kita berbuka..no problem
Sebenarnya kita salah sangka dengan Allah yang Maha Adil..
Betapa malang dan anehnya aku melihat ada sebahagian umat islam sendiri meninggalkan puasa tanpa keuzuran takkala non-muslim mengambil manfaat puasa untuk menghindari penyakit!
Kita harus ingat Allah S.W.T sekali-kali tidak akan mengsia-siakan apa yang telah ditakdirkan-Nya..Percayalah
Nah!
Sudah pun terbukti di zaman globalisasi ini kita dapat menyaksikan majority doktor-doktor seluruh dunia termasuklah non-muslim mengiktiraf bahkan menegaskan bahawa puasa merupakan suatu cara yang efektif untuk seseorang menghindari segala penyakit..
Kalau anda tak percaya tanyalah doktor di tempat anda. Sekiranya dia menafikannya maka itulah tanda mereka masih lagi dalam ruangan KEJAHILAN!
Inilah bukti kebenaran Mukjizat al-Quran..
Puasa jugak merupakan sebahagian daripada UJIAN ALLAH..
Barangsiapa yang tidak mahu menempuh ujian maka sebenarnya dia tidak layak untuk hidup di atas dunia..
KESIMPULAN
Kita mesti ingat di sebalik lapar dan dahaga yang kita alami terselit seribu hikmah dan manfaat..
Hidup kita akan lebih bermakna sekiranya kita menghayati 100% firman Allah.
Selagi mana kita berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah maka selama itulah kita akan SELAMAT..
Percayalah
Tidak akan rugi orang yang mentaati Allah
Wassalam.
No comments:
Post a Comment