PRODUK-PRODUK SUNNAH

PRODUK-PRODUK SUNNAH
Keaslian dan Kilauan Madu Asli Yaman semakin menjadi buah mulut...jom mesej saya +60132041372 atau whatsapp +967714794353 @ emel jer pun ok ibnuzaid359@gmail.com..kalau anda berminat..selanjutnya lawati www.produkyaman.blogspot.com

Wednesday, August 4, 2010

Happen because of refuse Islam


Akibat menolak Islam

Sedarilah wahai saudara dan saudari bahawa sekarang kita sedang menghadapi suatu suasana yang amat merbahaya kepada aqidah & pegangan umat islam..jikalau difikirkan hampir majority umat islam sedang, akan, dan telah mengalami kehancuran pemikiran 'suci' (Aqidah Islamiah)..Semoga Allah S.W.T menetapkan keimanan kita di akhir zaman ini...

Di sini aku suka nak berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mana penuh dengan pengajaran dan peringatan. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bahawa "Ulamak itu pewaris nabi"...

Apa yang penting di akhir zaman ini jangan sekali-kali kita menjauhi para Ulamak kelak kita akan menanggung suatu kerugian BESAR di hari Kiamat...


1. Tidak dinafikan bahawa umat manusia kini termasuk juga umat islam sedang menghadapi masalah dalam segala aspeknya meliputi rohani dan material, individu dan masyarakat. Kesemua masalah tersebut memerlukan penyelesaian sebenar berkesan, kerana penyelesaian yang tidak sebenar dan tidak berkesan hanya memanjangkan masalah menjadi lebih lama dan bertambah berat, seterusnya membawa penderitaan dan malapetaka lebih besar.


2. Keseluruhan umat islam mengadu mundur di bidang ekonomi, politik, social, kelemahan pendidikan dan pelajaran, keruntuhan akhlak, kepincangan akidah, segala-galanya menandakan kegagalan penyelesaian yang dicuba laksanakan selama ini.


3. Berapa lemahnya penyelesaian yang dilakukan selama ini jelas kelihatan apabila generasi baru barat tidak yakin dengan agama Kristian dan tidak percaya kepada dasar Negara. Mereka terpaksa mengubah caranya di samping menciptakan falsafah baru tetapi malangnya kedaan menjadi semakin kabur apabila manusia barat mengubah fitrah mereka. Di Negara-negara sosialis dan komunis kelihatan keadaan yang sama, dimana pelarian ke Negara barat makin meningkat. Polisi sosialis terpaksa diubah dari prinsip asalnya kerana terdapat tanda-tanda kebuntuan menyelesaikan masalah.


4. Umat islam yang terpengaruh dengan tamrin bukan islam, mengimport di atas tanpa melihat adanya penyelesaian islam. Akibat kegagalan penyelesaian tidak islam itu turut menimpa umat muslimin dan keruntuhan yang berlaku menjangkiti Negara-negara islam sekiranya mereka tidak merujuk kepada penyelesaian islam.


5. Betapa tebalnya pengaruh bukan islam itu menguasai jiwa umat islam, dapat dilihat kepada betapa gigihnya di kalangan orang-orang islam memperjuangkan ideology dan teori bukan islam, sama ada melalui parti politik atau lain-lainnya, dan penyelesaian yang bukan islam itu dianggap setaraf dengan akidah hingga berani mengeluarkan pendapat yang menunjukkan keraguan mereka terhadap islam.


6. Oleh kerana islam merupakan (al-Din) yang lengkap, maka tidak wajar ianya dianggap tidak mempunyai dasar dan cara untuk menyelesaikan masalah manusia dan masyarakat. Menganggap islam tidak perlu diberi peranan bererti mencabar ketuhanan Allah dan kesempurnaan agama.


7. Cuba kita renungi firman Allah ini: “ ……..pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan aku telah redha islam itu menjadi agama untuk kamu” ( surah al-Ma’idah ayat 3)


Petikan daripada ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam bukunya yang berjudul ISLAM: FIKRAH, HARAKAH & DAULAH


Kesimpulannya


· Selagi mana kita tidak berusaha untuk mendalami ilmu agama maka selagi itulah kita akan gagal memahami kesyumulan agama islam yang kita anuti dan sekaligus kita akan kabur meneliti keizzahan islam


· Hidayah merupakan suatu elemen yg amat mustahak. Walau macam mana hebat pun ilmu agama yang kita perolehi tanpa hidayah daripada Allah semuanya akan menjadi sia-sia. Betapa ramainya umat islam di zaman ini alim ilmu agama tetapi malangnya ilmunya itu menjadi sia-sia bila mana hidayah ditarik oleh Allah


· Penulis teringat kepada kata-kata Hassan al-Banna: “Kehebatan islam akan terpancar sekiranya ia diterjemahkan ke dalam perlembagaan Negara”

No comments: